Mengawal emosi marah di dalam diri sendiri boleh dikatakan bukan senang-senang dapat dilakukan.
Apatah lagi bila kita berdepan dengan karenah anak-anak, kesabaran memang sering teruji.
Jadi bagaimana untuk kita uruskan emosi ini agar menjadi lebih tenang, tidak suka marah-marah dan sekali gus dapat urus masa dengan lebih baik.
Perkongsian daripada Puan Adlil Rajiah ini mungkin dapat membantu. Jom semak.
“Macam mana nak jadi orang yang tenang, tak suka marah-marah, dan pandai urus masa dengan baik?”
One powerfultips that I learned from my favourite ustaz, Sheikh Hussain Yee
Ads
When u make time for Allah, Allah will give you time that you need. When you practice calmness and peace in solah, Allah will give you calmness and peace that you need.
Kunci dia
1. Prektis urus masa dan emosi dalam solat. Orang yang tenang dan tak terburu-terburu dalam solat, akan jadi orang yang tenang, tak gopoh dan pandai kawal emosi di luar solat.
2. Orang yang jaga waktu solat dan tak melengahkan solat, akan sentiasa cukup masanya untuk perihal yang lain.
Ads
Masa mula-mula belajar pasal benda ni dulu, saya pun rasa tak yakin, rasa hek elehhh ye keee. Tapi sejak konsisten amalkan punctuality & calmness in solat, I’ve improved a lot alhamdulillah.
Suami pun cakap saya lebih tenang dan mudah senyum dalam keadaan huru hara. Kalau tak, sebelum ni sikit-sikit nak baling hanger.
Since then I realisedcalmness is a superpower given by Allah.
Ads
Rupanya ketenangan diri tidak ada kena mengena pun dengan faktor keadaan sekeliling atau kemewahan hidup. Ketenangan is the ability to not overreact, to keep your mind clear and your heart at peace walau dalam apa jua keadaan.
And it comes from Allah.
Malam ni sebelum tidur, cakap pada diri “I’m a calm and peaceful person.”
InsyaAllah
Nak menyediakan hidangan buat keluarga bukan perlukan menu yang mewah. Cuba sahaja menu yang simple tapi boleh membangkitkan selera sekeluarga. Nak nak lagi waktu PKP ni kan, ibu-ibu punya banyak masa untuk mencuba resipi yang baru.
Idea minum petang hari ini. Puding Pisang Bersos Kastard. Serius senang je dan tak banyak bahan! Jom tengok perkongsian dari puan Linda Zaid.
Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
pisang nangka di goreng dgn sedikit Planta.
sos kastard
1 tin susu cair
1/2 tin air
1 biji kuning telur
2 Sb tpg kastard
2 Sb gula pasir
sehelai daun pandan disimpul
Cara-cara:
– masak semua bahan sehingga pekat.
– dh suam masukkan ke dlm peti ais.
– letakkan pisang yg digoreng tadi kedlm piring, tuang kn sos kastard tdi dan – taburkan sedikit kismis.
– bahan hiasan terpulang pada masing2.
Sumber : Linda Zaid
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Percayalah setiap anak mempunyai keistimewaan dan kebolehan sendiri. Gagal tidak bermakna mereka tidak mempunyai peluang kedua. Kini melihat ada anak-anak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah asrama atau dengan kata lain sekolah SBP atau MRSM. Bagi anak yang berada disekolah harian, ini bukan bermakna sudah menjadi penamat untuk cemerlang. Masih ada lagi peluang buat mereka.
Sebagaimana perkongsian yang dipaparkan oleh Puan Nurul Hanan Arifin ,Pengarah Urusan NLI Education Sdn Bhd sungguh inspirasi mengenai bagaimana menjadikan rumah sehebat SBP dan MRSM. Semoga perpekongsian ini menjadikan ibu bapa lebih motivasi!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Bagaimana menjadikan rumah kita sehebat SBP dan MRSM, walaupun anak saya di sekolah harian?
Isu kuota SBP dan MRSM menjadi topik hangat. Seperti biasa, saya hanya berminat memandang ke hadapan. Apa yang kita boleh lakukan sebagai ibu dan bapa bagi memastikan kualiti anak yang dilahirkan nanti sehebat kualiti SBP dan MRSM, walaupun mungkin nanti anak-anak kita tidak dapat mengulangi jejak langkah kita ke SBP dan MRSM.
Tulisan ini hanyalah pencetus, banyak lagi yang belum lengkap. Sudi-sudikan sahabat budiman menambah input. Banyak adalah dari pengalaman yang dilalui sendiri, melihat di hadapan mata sendiri bagaimana rumah mampu menjadi pengeluar produk seperti SBP dan MRSM, dan pergi ke sekolah harian.
Ayah saya seorang pendidik di rumah. Ada hari-hari yang kami buka buku dengannya. Ayah hebat bahasa, sejak sekolah rendah, saya belajar cara menulis esei dengan baik dari ayah. Sering karangan kami menjadi contoh dalam kelas.
Apabila musim peperiksaan, beri galakan anak mengulangkaji. Pada peringkat ini anak mungkin sudah ada gaya ulangkaji tersendiri. Beri ruang, pastikan ia boleh belajar. Buatkan air milo dan biskut peneman ulangkaji. Ada sela masa sembang dan menjadi rakannya. Ibu saya memang akan ronda bilik anak-anak pada musim peperiksaan dan membawakan secawan milo panas, meneman kebuntuan ulangkaji.
Dari awal tahun, bincangkan sekiranya ada topik yang tidak difahami. Ajar anak untuk bertanya guru atau rakan yang lebih mahir. Kita tidak perlu tahu semua tapi perlu tahu apa yang tidak tahu agar dapat diusahakan penyelesaiannya. Kalau perlu sahaja, bolehlah pergi ke kelas tuisyen subjek yang agak buntu, bukan semua subjek! Saya percaya anak tuan puan yg hebat ini bijak-bijak seperti ibu ayahnya juga.
Kelebihan semua di atas, apabila ia dilakukan di rumah, ia melebihi kehebatan SBP dan MRSM itu sendiri. Kerana ia dikelola oleh ibu dan ayah yang penyayang.
Sungguh bertuah anak-anak yang dapat melalui pengalaman persekolahan berdekatan keluarga, cemerlang dalam pendidikan dan kehidupan, di hadapan mata ayah bonda tercinta!
Nah, boleh tak? Ibu ayah semua lepasan SBP dan MRSM yang gah semuanya, kan? Guru-guru kita dah didik kita , buktikan didikan mereka tak sia-sia. Kita adalah produk yang dilahirkan. Ulangi kecemerlangan itu, kali ini bermula dari rumah kita lagi. Anak-anak anda pasti lebih hebat. Ibu saya sering berkata, lahirkanlah generasi yang lebih hebat dari generasi kita.
Ini fasa ibu bapa menajamkan kemahiran keibubapaan, kekeluargaan. Lebih pantas kita bertindak meninggalkan idealism lama, lebih maju kita menerima hakikat masa hadapan. Banyak ruang model SBP dan asrama yang boleh dicerna dan dicerakinkan di peringkat sekolah harian dan di rumah bersama keluarga. Ini fasa ibu bapa menjiwai tugas kita bukan sekadar melahirkan dan membesarkan anak, malah menajadi pendidik dan pembimbing pelajaran dan kehidupan.
Semoga penulisan ini dapat memberi sisi pandang yang segar, menyediakan kita ntuk masa depan dari sekarang. Biasalah, perkara baharu memang akan terasa mencabar dan susah. Ia bukan senarai terhad. Tetapi ia harus bermula di suatu titik.
Melihat satu cabaran sebagai permasalahan tidak akan mampu menyelesaikan isu. Akhirnya akan tinggal alasan. Saya sedar ramai yang masih berkira-kira untuk menerimanya. Mungkin boleh menjadikan panduan di atas sebagai pertimbangan. Semoga perkogsian ini bermanfaat kepada ramai.
Kepada ibu bapa, good luck menjadikan anak anda seorang yang hebat!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, namun betapa susahnya diri kita menanggung ujian terkadang orang sekeliling hanya pandai berkata-kata sahaja hingga tanpa sedar mengguris perasaan.
Kisah dan pengalaman yang sama juga telah dilalui oleh ibu ini dalam membesarkan anak istimewanya dan kisahnya itu dikongsikan di sini.
Selama 12 tahun, saya begitu yakin cerebral palsi boleh pulih.
17 tahun, kehidupan kami banyak menggembara ke luar negara …cuba mencari penawarnya.
“Kenapa dia? Tak cuba pergi berurut ke, terapi ke?” Ayat wanita yang lalu di hadapan kami ketika di PKNS Bangi itu masih perit diingati.
Saya hanya diam memandang kosong wanita itu tanpa senyuman. Penat baharu pulang dari UK, tidak mahu dibazirkan tenaga menjelaskan padanya.
Dalam hati berdetik juga;
“If only you knew what we have done and went through.”
Tanpa mengenali,
Tapi tahu latar belakang,
Tanpa berfikir sebelum bicaranya,
Seolah dia meletakkan ‘tuduhan’ kami ibubapa yang tidak berusaha!
Sedangkan saat itu, kami baharu sahaja pulang dari UK; meninggalkan kehidupan selesa dan pekerjaan di tanahair.
Itu tuduhan sangat tajam menikam.
Mana ada ibubapa yang tidak berusaha untuk anaknya. Apatahlagi anak seperti Balqis kami.
4 tahun Balqis ke pelbagai terapi di sana.
3 tahun Balqis bersekolah di sana.
Malah menjalani operasi jantung selama 17 jam di hospital terkemuka sana!
“Waaa, best la. Rezeki Balqis kat sana.”
Mulut berbicara dari 1 sudut sahaja, tanpa berfikir panjang agaknya.
Eh, Bukan semudah itu urusannya ya.
Di sebalik tabir dalam proses 4 tahun terapi itu, Saya terpaksa tangguhkan pengajian Masters yang hanya berbaki 2 semester sahaja lagi. Malah berhenti kerja.
Kami hidup dengan elaun pelajar yang rendah di sana.
Belum lagi keadaan fisikal dan jiwa. Raungan kesakitan Balqis menjalani setiap sesi terapinya. Lelah dan demam yang seringkali dihadapinya,
Emosi dan kepenatan tubuh manusia,
Konflik yang timbul dalam keluarga,
Masalah kewangan yang dihadapi, hingga kami suami isteri bergilir waktu bekerja cuci di kampus universiti.
Semua ini datang bersama dalam 1 pakej untuk ‘kesembuhan’ Balqis.
Selepas itu, kami ke US pula. Dengan harapan “pulang nanti Balqis boleh berjalan!”
Lalu, Rumah dan kereta dijual. Kerja ditinggalkan tanpa ada tarikh tetap untuk kembali semula. 6 anak kecil berantakan resah di dalam 17 jam perjalanan udara.
Jelingan tajam mata para penumpang yang menambahkan resah di jiwa.
Kepenatan yang tidak terkata. Belum lagi kisah proses kehidupan baharu dan terapinya di sana pula.
Kami pulang ke tanahair, tetap mengendung Balqis yang sudah di usia awal remaja.
Selama 12 tahun usia Balqis, Saya begitu mudah rasa kecewa dengan diri sendiri, suami malah anak-anak.
Saya mudah stres dengan persekitaran.
Rumahtangga kami mudah goyah bila salah seorang termakan kata-kata pedih yang dilemparkan kepada kami sekeluarga.
Akhirnya,Dengan izin Allah, hanya 8 tahun yang lepas saya temui jawapan pada perjalanan berliku kami keluarga.
Selama usaha kami membawa Balqis ke luar negara mendapatkan ‘kesembuhan’ yang dicari, Saya sekalipun tidak pernah bangun malam memohon dariNYA.
Saya tidak sekalipun pernah menangis ketika sujud mengadu padaNYA.
Saya membuka Al Quran hanya untuk mencari jawapan terus “bagaimana menyembuhkan anak istimewa!”
Ya Rabb
Betapa jahilnya hambaMU ini.
Kita semua perlu sedar….
Harapan seorang ibu mahu anaknya kembali sempurna, semua ibu yang waras akan rasa.
Usaha tanpa reti berputus asa para ibubapa untuk anaknya, itu adalah naluri semulajadi setiap kita.
Namun, yang paling utama;
“Di mana iman kita ketika diujiNYA?”
“Adakah semakin dekat atau jauh dariNYA?”
“Bagaimana kita berusaha ‘menterapikan’ jiwa kita sendiri dalam usaha membantu anak yang dikasihi?”
Kisah-kisah ini, panjang dikongsikan di dalam buku “Balqis-Di Mata Kami, Di SisiNya”
Yang dipendam selama ini, disusun berhati-hati dengan kata-kata penuh makna.
Yang dilalui, diceritakan dengan terperinci dalam setiap kisahnya.
Agar ramai cuba mengerti sebelum menyemburkan kata-kata yang menikam hati ibubapa seperti kami.
Perjalanan rohani kita saat diuji hanya ada 1 ubat mujarabnya…
Berlarilah padaNYA!
Biarlah jiwa tenang dan iman teguh saat diujiNYA.
Meletakkan harapan dan keyakinan pada janjiNYA.
Keputusan akhir bukanlah yang utama dilihatNYA,
Tetapi usaha kita.
Ukurannya bukan di mata manusia, tetapi di sisiNya