Garlic bread sesuai dimakan sebagai sarapan, lebih sedap jika dihidangkan dengan sup cendawan. Biasanya sapuannya ada dijual di kedai.
Namun bagi yang suka membuat sendiri sapuan Garlic Bread ni, boleh cuba resipi mudah ini. Jom lihat perkongsian ini.
Kena pandai berjimat cermat. Nak makan garlic bread. Kita buat sapuan garlicnya. Senang dan jimat.
Sebuku je tu butternya. Modal tak sampai RM10 rasanya. Boleh dapat sebekas tu penuh membuak buak.
Ads
Tahan lama tu kalau dibuat perhiasan dalam peti ais. Kalau kerap guna kejap je habisnya. Dan boleh ulang buat lagi. Senang dan cepat. Jimat duit. Agak-agak kalau malam lapar cari roti, sapukan dan grillkan kejap settle diamkan perut yang menjerit jerit tu.
Resipi Garlic Bread Hanya Guna Dua Bahan Aje, Tahan
Bahan-bahan:
Ads
Kita kasi share resepi mudah ni Ambik butter satu ketul .Cincangkan bawang bawang putih dalam 2 genggam sampai halus. Gaulkan ngan butter yang dah lembik tu dan campurkan ngan parsley flakes. Ok siap.
Ramadan yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pemergian arwah pengasas D’nars kosmetik dalam satu kemalangan jalan raya. perginya dalam bulan yang mulia dan sedang membuat kebajikan.
Selain keluarga yang berduka, pemergian arwah nyata turut menjentik hati ramai pihak. Satu persatu kebaikan dan amalan mulia yang dilakukan diceritakan oleh keluarga, sahabat handai, serta pekerja-pekerja bawahan arwah.
Meninggalkan 8 orang anak, arwah Faziani Rohban Ahmad disifatkan seorang yang sangat merendah diri dan sangat suka bersedekah.
Sebelum tragedi tersebut, arwah sempat berpesan supaya urusan pemberian sumbangan kepada anak-anak tahfiz ditingkatkan kuantitinya dan dipercepatkan secepat mungkin.
Malah beliau juga berpeluang bertemu ustaz dan meminta pandangan tentang apa yang perlu dibuat dengan hartanya untuk agar dapat diinfakkan ke jalan Allah.
Terbaru, anak sulung Faziani menerbitkan satu filem pendek, khas buat arwah ibunya itu. Filem tersebut mengimbas kembali detik awal arwah dalam dunia bisnes. Kisah tersebut telah membuka hati ramai. Menurut Iqbar Hakim, filem pendek ini menceritakan kisah jatuh bangun ibunya dalam membangunkan Dnars.
Masih ingat kisah Arwah Pengasas Dnars, Faziani Rohban Ahmad?Jom tonton drama kisah benar dari anak beliau Iqbar Hakim..Sediakan tisu sebelum tengok ye..???
Filem pendek yang berdurasi 18 minit untuk nyata menyentuh perasaan netizen-netizen yang melihat. Tayangan tersebut juga telah mempertontonkan lakonan semula Iqbal, adik-adik serta ayahnya dalam menghadapi kehilangan bonda yang tercinta.
“Mommy, abang sedang berjuang, teruskan apa yang mommy bina. Tengoklah abang, walaupun abang mampu lagi nak lihat mommy.
“Abang tahu mommy sudah tersenyum melihat semua ini berjalan dengan lancar. Keluarga kita semua kuat, semua bersatu, semua berkasih-sayang, hanya kerana ajaranmu, ibu.”
Demikian kata-kata Iqbal menerusi filem tersebut yang membuatkan ramai sebak.
Shasha FieraaYa Allah prmudahkn urusan iqbal dan ahli kluarganya. Smoga beliau kuat dan tabah. Al fatihah untk arwah mommy. Sumpah sedih, trsentuh hati tngop vedio ni??
Ina BahariKita semua punya kisah tersendri…bertabah la hadapi dugaan,walau xsemudah apa yg d ucap,xsemudah seperti yg kita mahukn,namun kita harus kuat untuk org2 kesayangan kita yg masih memerlukn kasih d sayang dr kita,walau xdpt hidup serba mewah,namun tetap bersyukur,pengalaman mengajar erti kehidupan….
Syiqin RuslanDh 2kli tgk, tetap mengalir air mata ?? sedihnya bila Ibu dh pergikan?semoga Allah pnjangkan usia ibu ku supaya aku dpt bls jasanya walaupun sikit.. ?
Nana ArinaYaAllahhh. Sy menangissss. Tersentuh. ??
Sebagai ibu bapa, semestinya anda tercari-cari apakah kaedah mendidik anak lelaki yang terbaik dengan kesan yang memberangsangkan.
Ini 5 perkara yang ibu ayah kena tahu untuk membesarkan anak lelaki untuk lebih berjaya. Ikurti perkongsian Doktor Kanak-Kanak ini, Redza Zainol untuk ikhtibar bersama.
Ruginya kalau kita anggap anak lelaki usia 9-15 tahun dah tak perlukan perhatian kita. Padahal inilah masa yang paling penting dalam hidup mereka. Kenapa penting?
1) Pada usia inilah mereka mencapai akil baligh. Walaupun mereka pergi ke sekolah setiap hari, tapi ilmu tentang akil baligh ini belum cukup untuk mereka menempuhi zaman remaja.
2) Mak ayah wajib bantu anak dengan terangkan mengenai perubahan fizikal pada tubuh badan: – Suara semakin garau – Lagi banyak berpeluh – Semakin tinggi – Badan makin sasa – Bulu tumbuh di muka, ketiak dan kawasan kemaluan – Muka ada jerawat – Mula tertarik pada jantina berlainan – Badan mula ada bau tersendiri
3) Jika kita terangkan perubahan ni lebih awal, anak akan rasa lega sebab perubahan ni berlaku pada semua kawan lelakinya juga.
4) Yang paling penting, anak sedar yang semua perubahan ini adalah cara Allah memberitahu yang mereka sudah mencapai akil baligh.
5) Kawan-kawan, pada waktu ni juga hidup mereka mengalami transformasi yang besar. ✔️ Setiap dosa mereka mula dicatatkan. ✔️ Wajib solat fardu 5 kali sehari. ✔️ Perlu menundukkan pandangan. ✔️ Perlu minta izin sebelum masuk ke bilik makcik mereka. ✔️ Tak perlu berada berdekatan dengan wanita yang bukan mahram.
Besar sungguh tanggungjawab seorang ayah sebab dia lah orang paling utama dalam mendidik anak.
Mengimpikan sepasang anak kembar sememangnya menjadi keinginan semua pasangan suami isteri namun diberikan rezeki Allah kembar tiga pastinya terasa bagaikan satu keajaiban yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Inilah yang dilalui oleh pasangan suami isteri, Nurzahirah Mohamed Ibrahim dan suaminya, Mohd Najib Fahmi Mohd Tahar. Pasangan kembar tiga mereka, Daim Haris, Danisha Huda dan Darwisy Hakim kini sudah pun berusia 2 tahun 7 bulan.
“Sungguh saya terkejut dan gembira tidak terkata apabila doktor mengesahkan saya mengandungkan anak kembar. Bukan dua tetapi tiga!
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira dan terkejut. Tidak terkata dan sangat bersyukur kerana diberikan anugerah tidak ternilai. Akhirnya penantian kami suami isteri dimakbulkan olehNya.
Lima tahun saya tunggu untuk peroleh zuriat selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Oktober 2009. Lama menunggu namun Allah beri kami berganda.
Semuanya selepas saya menjalani rawatan kesuburan di Pusat Bersalin Barakah, Bandar Puteri, Klang. Dua tahun juga saya ambil pil kesuburan dan akhirnya saya buat suntikan hormon di perut setiap dua hari sekali. Sebulan selepas itu saya disahkan hamil. Sungguh saya bersyukur.
Sama seperti ibu hamil lain, saya juga mengalami morning sickness pada waktu pagi dan waktu tengah malam. Namun saya mula membiasakan diri.
Alhamdulillah tiada alahan yang saya alami semasa mengandung. Namun saya dinasihatkan oleh doktor untuk lebihkan pemakanan yang mengandungi zat besi seperti daging, bayam, kerang dan juga hati untuk menambah darah kerana darah saya agak rendah ketika itu.
Perut saya juga membesar dengan cepat seperti kandungan 6 atau 7 bulan, padahalnya ketika itu kandungan saya baru berusia 5 bulan.
Pernah juga saya ditahan selama 5 hari di hospital kerana mengalami kontraksi seperti mahu bersalin. Syukur setelah rawatan diberikan saya kembali pulih.
Setelah kandungan berusia 29 minggu, saya dimasukkan ke hospital dan doktor terus memberikan tarikh untuk saya bersalin iaitu pada 34 minggu.
Tiada pilihan lain kerana kedudukan 2 bayi di dalam perut yang songsang dan seorang lagi melintang di bawah perut. Saya dinasihatkan untuk berehat di hospital sahaja sepanjang tempoh itu.
Saya serta kandungan sentiasa dipantau oleh doktor pakar, manakala setiap 4 jam sekali jururawat akan memastikan ketiga-tiga bayi berada dalam keadaan selamat.
Malah saya juga terpaksa dipakaikan dengan tali pinggang sokongan untuk menjaga tulang belakang dan mengurangkan sakit pinggang yang saya alami.
2 Jun 2014 menjadi satu tarikh yang begitu dinantikan kami berdua. Walaupun sangat teruja untuk melihat anak-anak kami sendiri dalam beberapa jam lagi namun disudut hati ini juga terasa amat takut.
Untungnya bukan hanya suami malah ibu mertua saya, Hajah Shahrumbi juga dibenarkan untuk masuk ke dewan bedah kerana dia merupakan seorang staff nurse di hospital itu.
Lebih kurang 20 orang termasuklah doktor pakar bedah, doktor pakar anestetik, doktor pakar kanak-kanak, doktor pelatih serta jururawat menyambut kelahiran anak saya.
Tepat jam 9 pagi, bilik bedah yang sunyi bertukar menjadi meriah dengan suara tangisan tiga-tiga bayi saya. Anak pertama saya, Daim Haris (1.8kg) dilahirkan diikuti Danisha Huda (1.6kg) dan selang 2 minit kemudiannya barulah Darwisy Hakim (2kg) dikeluarkan.
Daim Haris dan Danisha Huda ditunjukkan terus kepada saya manakala Darwisy Hakim terpaksa dimasukkan terus ke unit rawatan rapi NICU kerana kurang oksigen.
Ketiga-tiga bayi kembar saya ini dimasukkan ke dalam inkubator kerana saiz dan berat badan mereka yang masih kecil. Keadaan saya pula sedikit lemah, dua kali juga saya pengsan ketika bangun dari katil, kerana kehilangan banyak darah.
Hari ke 9 saya dan Darwisy Hakim dibenarkan keluar hospital. Manakala Daim pada hari ke 14 diikuti Danisha pada hari ke 21. Kami sangat gembira malah seluruh keluarga teruja untuk melihat ketiga-tiga kembar ini bersama untuk kali pertama.
Memori Indah Pengalaman menjaga mereka semasa bayi amat berharga dan takkan saya lupakan. Saya berpantang di rumah ibu ketika itu. Dalam sekelip mata sahaja, rumah ibu terus bertukar seperti pusat asuhan kanak-kanak. Mana tidaknya, hampir kesemua ruang, dari ruang tamu, dapur, bilik dan bilik air semuanya terdapat peralatan bayi.
Pada peringkat awal kami memakaikan kembar 3 ini dengan baju warna yang berlainan supaya tidak tertukar. Mereka juga telah saya sediakan buku catatan masing-masing supaya perkara seperti memberi susu, menukar lampin dan memberi ubat dan sebagainya tidak tertukar.
Banyak kenangan lucu yang kami lalui ketika waktu ini. Pernah suatu hari tokwan mereka, iaitu ayah saya memakaikan Daim dengan baju berwarna merah jambu kerana dia sangkakan itu adalah Danisha.
Dan ini bukan terjadi sekali tetapi beberapa kali juga. Malah Darwisy dan Daim juga selalu tertukar. Memang sangat lucu ketika waktu itu.
Bagi saya dan suami memang kami dapat bezakan ketiga-tiga mereka kerana mereka bukanlah kembar seiras. Tidak hanya ibu dan ayah malah kami juga dibantu oleh dua orang pembantu lain yang membantu melancarkan lagi perjalanan harian kami.
Ketika itu, walaupun saya masih lemah dan sangat penat malah luka pembedahan juga masih belum sembuh sepenuhnya tetapi kehadiran mereka di dalam keluarga saya membuatkan saya lebih sempurna dan gembira.
Sejak hadirnya kesemua anak-anak ini, adakalanya saya dan suami terasa seperti selebriti. Jika kami sekeluarga keluar di hujung minggu, sebaik kereta sorong bayi ditolak, ramailah yang teruja dan bertanyakan pelbagai soalan kepada saya dan suami.
Begitulah sepanjang perjalanan kami sepanjang hari itu. Saya tidak kisah malah seronok berkongsikan cerita dan pengalaman saya kepada mereka yang ingin tahu.
Kepada mereka yang berkahwin tetapi masih belum diberikan rezeki untuk punya zuriat sendiri, janganlah berputus asa. Berusaha dan berdoalah.
-Zahirah-
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.