Kuih seri muka memang ada peminatnya tersendiri. Tambah lagi jika lapisan atas santannya lembut dan pulutnya pula cukup rasa lemak santan, makan sekeping tak cukup.
Cumanya yang menjadi masalah ramai yang takut mencuba untuk buat kuih ni kerana risau tak jadi dan tak tahu cara paling mudah nak sediakan.
Bagi yang mahu mencubanya, resipi yang dikongsikan oleh Siti Aminah Basir ini boleh anda cuba.
Langkah nak buat dan sukatan bahan yang menggunakan cawan juga sangat mudah. Anda yang pertama kali nak cuba buat pun lebih yakin.
Seri Muka Pandan
Bahan-bahannya :-
Bahan Untuk Pulut
3 cawan beras
sekotak santan
2 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak
Bahan Untuk Seri Muka
1 cawan tepung gandum
3 sudu tepung jagung
2 cawan air pandan/air
1 cawan gula pasir
satu cawan/ sekotak kecil santan
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Cara-caranya :-
Cara masak pulut
Rendam 3 cawan beras pulut selama 30 minit. Kemudian kukus selama 30 – 40 minit. Letak minyak sikit nanti dia nampak berkilat cantik bila dah masak. Tapi kalau terlupa pun tak ada masalah. Loyang tu boleh alas dengan plastik tahan panas atau oles minyak supaya senang nak ambil bila dah masak.
Bila pulut dah separuh masak, gaulkan dengan sekotak kecil santan dan 2 cawan air. Garam 1 sudu kecil jangan lupa gaulkan sekali ye.
Masukkan semula dalam loyang dan kukus sehingga benar-benar masak. Keluarkan dan mampatkan. Mampatkan guna senduk plastik supaya kerja jadi mudah dan tak melekat pada senduk. Kemudian kukus lagi 5 minit.
Sediakan 1 cawan tepung gandum, 3 sudu tepung jagung, 2 cawan air pandan/air, 1 cawan gula pasir, satu cawan/ sekotak kecil santan, 3 biji telur, 1 sudu kecil garam. Tambah pewarna hijau kalau nak nampak lebih menarik.
Masukkan semua bahan dalam blander, kemudian keluarkan dan tapis.
Masak atas dapur dengan api kecil. Kacau sehingga sikit je nampak bergentel/nampak sedikit pekat.
Gaul-gaul atau kacau-kacau masa atas dapur tu. Dalam 2- 3 minit je.
Masukkan dalam loyang yang ada pulut tadi
Kukus selama 20-30 minit. Jangan buka tutup buka tutup penutup pengukus ye. Biar je 30 minit tu jangan usik-usik. Cukup masa je baru buka la. Memang nampak macam basah atas dia.
Alihkan dari pengukus. Biarkan sejuk selama 4 jam. Nanti atas dia baru la nampak kering-kering gitu.
Dah betul-betul sejuk. Baru potong. Nampak cantik kan? Yakin boleh masak. Cuba masak mesti jadi!
Kini pelbagai resipi boleh didapati di hujung jari sahaja. Jadi mudahlah ibu-ibu nak memasak kan.Salah satunya, Puding Roti Keju yang disaluti coklat chip ini.
Pasti anak-anak akan sukakannya. Resipi ini dikongsikan oleh puan Maslina Meor Radhi
Hari nie terlebih rajin buat puding roti, pastu letak cheese kat lapisan atas. Feberet anak-anak syurga
Cara buat :
1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
2. Jirus susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit camtu.
3. Pukul cheese sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.
4. Masukkan gula perang + essen vanila, dan pukul lagi hingga sebati.
5. Masukkan adunan cheese ka atas roti dalam loyang tadi.
6. Taburkan coklat chips
7. Bakar suhu 180 darjah, lepas 20 min, turunkan ke 150 darjah. Bakar dalam masa 40 minit.
Nota : Klu ikut oven Kak Mas, guna kipas dan api atas bawah.
Setiap anak pastinya mempunyai citarasa yang tersendiri dan ada juga yang sukar untuk makan buah-buahan. Pie epal antara menu pencuci mulut yang sangat popular dan palig menarik adalah menggunakan buah-buahan sebagai bahan.
Buah epal sememangnya mempunyai pelbagai khasiat termasuk kandungan flavonoid dalam epal yang dapat membantu melindungi sel-sel dalam tubuh termasuklah sel dalam otak. Olahan resipi yang dikongsikan oleh @hazwan.rl ini sangat mudah untuk dibuat di rumah.
Apple Pie
Bahan-Bahan:
Cara-Cara:
– Masakkan 2 biji epal yang telah dipotong dadu dan masukkan butter.
– Tambahkan gula perang, serbuk kayu manis dan secubit garam. Kemudian masukkan jus lemon dan esen vanilla.
– Masak dengan api yang kecil dan tambahkan bancuhan tepung jagung. Jika epal sudah lembut dan boleh matikan api.
– Letakkan inti epal tadi ke dalam doh pastri dan lipatkan mengikut cara yang ditunjukkan. Kemudian oleskan bancuhan telur dan taburkan sedikit campuran gula perang dan serbuk kayu manis ke atas epal pie tadi.
– Setelah itu boleh bakar pie ke dalam oven selama 20 minit dan siap dihidang.