Setiap wanita yang hamil ada karenah tersendiri. Ada yang alahan ada juga yang tiada sebarang masalah. Tak kurang bab mengidam, sehinggakan ada yang meminta yang di luar kotak fikiran. Namun selagi ia tidak memudaratkan, tidak mengapa.

Demikian juga dengan pelakon Hanez Suraya, 34 tahun. Baru-baru ini dia mengakui terlalu obses dengan drama Korea dan muzik K-Pop sejak hamil anak kedua. Dek kerana itu, dia  kerap menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen dan menyaksikan program hiburan terbitan negara itu.

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“Sebelum ini, saya memang minat budaya dan industri Korea. Tetapi, tidaklah terlalu obses namun ketika hamil anak kedua ini saya banyak menghabiskan masa menonton drama Korea. Sehinggakan, saya pernah mengajak suami untuk bercuti di sana.

Menariknya, daripada situ timbul idea untuk dia mengeluarkan produk sendiri.  Ditemui pada majlis pelancaran produk pewarna bibir, Cake Pop di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini, akui Hanes, dia tergerak hati untuk memasarkan produk pewarna bibir kerana terpengaruh dengan solekan natural pelakon Korea yang sering ditonton di layar kaca.

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“Sejak obses menonton drama Korea, saya sangat tertarik dengan solekan mereka. Disebabkan itu, saya memilih untuk mengeluarkan pewarna bibir ini,” katanya produk terbabit kini dijual secara dalam talian di Instagram miliknya.

Sementara itu, Hanez yang kini hamil tujuh bulan turut mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan yang dijangka lahir pada awal Julai depan.

IKLAN

“Mengikut ramalan doktor bayi saya dijadualkan lahir pada 7 Julai depan. Doakan kelahiran kedua ini dipermudahkan. Kebetulan suami saya suka nombor 7, katanya tu nombor bertuah dia. Anak sulung dulu, Puteri Aleesya induce sebab overdue. Kalau boleh tak nak sebab sakit induce. Tetapi apapun  saya harap segalanya dipermudahkan.

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“Saya jenis badan kecil dan perut besar. Memang kali ini sangat terasa ‘beratnya’. Kalau ikutkan saya tak trauma beranak tetapi saya hanya tak suka induce. Dulu saya masuk ubat. Jarak antara anak sulung dengan yang ini agak jauh kerana saya tak nak anak sulung rasa kurang kasih sayang.

“Yang kedua ni ikutkan tak rancang tapi suami yang nak. Aleesya nampak kurang dengan saya lepas tahu saya hamil. Dia lebih banyak dengan ayahnya. Tetapi selalu juga ajak dia berborak dengan adiknya dalam perut,” ujar Hanes yang tidak kisah bilangan anak memandangkan suaminya, Romie Razin Adilha Abd Rais suka anak ramai.

IKLAN

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

Ditanya soal lakonan ujarnya buat masa sekarang fokusnya lebih kepada keluarga dan juga produk yang diusahakannya.

“Suami memang jenis suka tengok saya depan matanya. Kalau nak ke pejabat pun dia akan ajak sekali. Kalau sibuk sangat ada pembantu yang tolong. Soal berlakon tu rasanya ‘hold’ dulu. Memang suami tak kisah tapi sebagai isteri faham dia sebenarnya lebih suka saya berada disisinya.

“Jadi, saya pilih untuk buka bisnes dan suami nampak sokong ke arah itu. Kalau dulu keluarkan tudung nampak dia tak ambil ‘port’ tapi untuk produk Cake Pop Liptint ni memang nampak suami all out bantu. Sebenarnya bukan mudah nak ajak suami bantu, saya ambil masa lebih kurang 4 tahun saya ‘pujuk’ suami dan akhirnya kini baru dia setuju dan mahu turun padang bantu. Kebetulan dia banyak pengalaman jadi segalanya dipermudahkan,” ujar Hanes lagi.

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

IKLAN

Mengulas lanjut mengenai selebriti yang membuka hijab, jelasnya itu bergantung pada pemahaman diri masing-masing.

“Saya tak berani nak cakap kerana kita tak tahu masa depan macam mana. Lagipun  kebanyakan yang buka tudung kembali adalah mereka yang masih bujang, Macam saya ada suami dan ada famili yang perlu jaga air muka dan aib suami dan keluarga. lagipun belah kedua-dua keluarga jenis berhijab. Kalau dulu tak pakai tudung saya segan.

“Malah, suami sendiri yang minta saya pakai tudung selepas pulang dari umrah, jadi saya mendapat kekuatan daripada situ. Tetapi dia tak paksa cuma dia sokong waktu saya ambil keputusan untuk bertudung.

“Tak Trauma Beranak, Cuma Harap Tak Induce Macam Yang Sulung.”  Bakal Timang ‘Baby Girl’ Kedua, Hanes Suraya Obses Dengan K-Pop

“ Dalam hal ini, kita tak boleh hukum orang, mana tahu nanti mereka kembali bertudung. Lagi pula saya sendiri  bukanlah pandai bab agama jadi tak nak jatuh hukum pada orang lain. Jadi, doakan yang baik-baik untuk mereka. Aurat kita bukan rambut sahaja tetapi hati mulut semua kena jaga,”ulas Hanes lagi.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI