Masalah tahi cicak yang memenuhi ruang tingkap dan kaki lima rumah antara yang memeningkan kepala ibu-ibu. Lebih-lebih lagi jika ia dibiarkan lama di situ maka ia menjadi keras dan sukar untuk dibersihkan. Walaupun sudah dibersihkan, namun masalah tersebut tetap berlaku.
Untuk para ibu dan suri rumah di luar sana, mungkin boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh salah seorang pengguna laman facebook iaitu Muna Binti Mohammad. Petua ini dapat menghalang cicak sekaligus menjaga kebersihan tingkap rumah.
Bahan-bahan
3 cuka makan
Ads
1/3 air
1/3 cecair basuh pinggan
Ads
cara membuat:
♦ Spray di kawasan tersebut, seluruh bingkai tingkap, dinding dan tempat cicak bersembunyi seperti di belakang lampu.
Ads
♦ Petua ini juga boleh digunakan untuk kawasan yang banyak semut suka melata.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Bayi yang dinanti 10 tahun lamanya, dijaga penuh kasih sayang tatkala diusung 9 bulan. Namun takdir mengatasi segala-salanya. kebahagian dan kegembiraan bergelar ibu dan ayah hanya sementara.
Hanya tiga hari kesempatan bergelar ayah, akhirnya si kecil dijemput kembali bertemu Sang Pencipta.
Sungguh berat ujian yang terpaksa dilalui Azmi Saat dan isteri, namun kekuatan luar biasa yang ada pada pasangan kelainan upaya ini membuatkan mereka tabah dan kuat.
Pemergian si kecil diiringi doa dan pasangan ini reda dengan apa yang telah tertulis buat mereka. Hari ini, si ibu dibenarkan keluar wad, walaupun pihak hospital memintanya tinggal lagi buat sementara, namun pasangan ini sepakat untuk pulang ke rumah walaupun tanpa si kecil di sisi.
Hari ni kami sudah dibenarkan keluar dari hospital walaupun mereka sangat menyarankan untuk kami tinggal di sini beberapa hari lagi sampai isteri benar-benar sihat.
Kami datang bertiga tapi balik berdua sahaja. Itulah takdir. Sehebat mana pun rancangan kita, sekuat mana pun penjagaan kita, tetap Allah yang maha merancang dan pemilik segalanya.Kami bersyukur Ya Allah dengan ujian ini. Kami redha dan sabar dengan apa yang kau takdirkan untuk kami.
Kau sahajalah yang tahu betapa kuat kami meharungnya. Moga sabar kami tergolong dalam sabar yang cantik. Ganjarilah kami dengan rahmat dan kebaikanMu di dunia lebih lagi Akhirat.
Terima kasih @ohanaspecialisthospital. Allah tarik satu tapi Allah gantikan dengan ramainya orang-orang yang super baik dalam hidup kami.
Itulah keluarga Ohana Specialist. Mereka semua sangat menyangi kami seperti keluarga sendiri. Moga kami tetap berkeluarga sampai ke Syurga.
Kami akan kuat. Kami yakin Allah akan berikan yang lebih baik.
Selamat tinggal Ohana. Nantikan anak kami yang kedua.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati itu mendapat perhatian warganet. Rata-rata menitipkan doa supaya pasangan ini diberi kekuatan untuk terus mellaui ujian tersebut.
Perjalanannya dalam dunia bisnes tidak semudah yang disangka. Pelbagai dugaan dan ujian yang terpaksa dilaluinya sebelum menempa kejayaan pada hari ini.
Ibarat jatuh terduduk, beliau sebelum ini pernah mengalami zaman kejatuhan sehinggakan diisytiharkan bankrap. Dek kerana itu jugalah beliau tidak boleh menggunakan nama sendiri untuk mendaftar syarikat, sebaliknya terpaksa menggunakan nama orang lain.
Enggan mengalah dengan situasi tersebut, jauh sekali berputus asa, sebaliknya beliau terus bangkit dari kegagalan lalu. Bermula dengan zero kos dalam tempoh dua tahun, bisnesnya mula melonjak. kini beliau boleh berbangga sudah memiliki 10000 pengedar dalam tempoh yang singkat.
Demikian serba sedikit mengenai personaliti yang juga Ketua Pengarah Urusan Rezekifajar merangkap pengasas In3Tree, Sudirman Abdul Rahman atau lebih mesra dengan panggilan CS. Menjenamakan produk makanan khas untuk pelajar dan kanak-kanak berusia tiga hingga 20 tahun iaitu In3Tree, ternyata jejaka berumur 35 tahun ini kian dikenali ramai.
“Waktu bekerja sebagai guru sebelum ini, saya ada membuat pinjaman. Tetapi selepas berhenti kerja, saya terlupa nak sambung bayar sehinggalah diisytihar bankrup pada tahun 2016.
“Walaupun sudah selesai membayar, namun mengambil masa yang agak lama untuk nama saya dikeluarkan dari senarai. Sebelum ini saya nak menunaikan umrah terpaksa mengeluarkan surat meminta kebenaran untuk keluar negara.
“Ketika diuji dengan masalah kewangan dan tiada sumber pendapatan ketika itu, saya enggan berkongsi hal tersebut pada orang lain termasuklah ahli keluarga sendiri. Sebaliknya saya mengambil pendekatan mendiamkan diri.
“Bayangkan waktu itu, saya terpaksa kutip duit-duit syiling atas almari lalu kumpulkan untuk dibelanjakan bagi membeli beras dan telur selama empat bulan. Malah,demi berjimat, sebiji telur tu saya pecahkan dalam cawan dan bahagi dua. Saya gunakan sumber makanan itu selama empat, lima bulan sebelum In3Tree keluar,” jelas graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling ini.
Beliau yang ditemui dalam satu majlis meraikan kejayaan pengedar serta pengguna In3tree sekali gus meraikan ulang tahun ke-2 In3tree. Percaya dengan konsep ‘memberi semula’, CS juga yakin kaedah yang dipraktikkan itu akan lebih banyak apabila kita selalu memberi.
“Saya mengamalkan konsep memberi pulangan 10 peratus daripada pendapatan yang diperoleh kepada ahli di dalam perniagaannya. Alhamdulillah, sepanjang dua tahun menjalankan perniagaan, kami sudah punya 10,000 pengedar. Bayangkan dulu saya memulakan bisnes ini tanpa modal jauh sekali mendapatkan pinjaman bank.
“Mungkin sudah tertulis rezeki memihak pada saya dalam bidang ini. Bayangkan saya memulakan bisnes ini dengan berbekalkan kepercayaan 138 orang stokis walaupun ketika itu yang saya ada hanyalah sekadar kertas kerja dan perancangan tentang produk tersebut. namun mereka cukup yakin dan percaya, produk tersebut boleh pergi jauh.
Menurut CS lagi, al-Quran banyak membantu dalam ‘menyuluh’ dalam mencari jalan yang betul.
‘Waktu diri dihujani masalah dan saya menjadi buntu, saya serahkan segalanya kepada Dia Yang Satu. Saya bangun setiap subuh dan bertahajud selain membaca terjemahan al-Quran. Daripada situ saya mendapat jawapan yang selama ini dicari-cari.
“Untuk yang aktif dalam bisnes dan apabila buntu, kembalilah kepada al-Quran kerana di dalamnya tersingkap pelbagai mukjizat termasuklah mengandungi rahsia bagaimana mengelakkan kerugian dalam bisnes.
Meletakkan sasaran jualan RM50 juta untuk tahun 2019, pihak syarikat juga turut menawarkan Toyota Camry dan Toyota Vios bagi pengedar yang mencapai sasaran jualan.
Selain berjaya melahrikan 8 jutawan, beliau juga turut menganjurkan ‘Apprentice Junior’ khusus untuk mereka yang berumur 28 tahun ke bawah dan belum berkahwin. Modul ini dibina khas untuk membantu belia dan perlu dibuat secara sepenuh masa.
Adat berniaga, pasti ada ‘trial and error’, jelas CS lagi, pengalaman yang cetek dalam bidang tersebut membuatkannya melakukan kesilapan.
“Sebelum ini saya hanya tahu berniaga tapi tidak merancang. Saya buat duit tapi tidak tahu menambahkannya. Setelah saya sedar, barulah saya ambil inisiatif untuk anjurkan seminar dan ajar usahawan untuk melabur dalam hartanah dan sebagainya.
“Cuma saya ingin berpesan, dalam bisnes jangan beli kereta mewah masa awal berniaga. Jangan jadi macam saya dulu. Usahakan untuk melabur dulu dan jalankan perniagaan dalam laluan yang betul dan bayar cukai. Bila dah berjaya, barulah beli kereta idaman,” ujarnya lagi sambil memberitahu In3tree mula ditubuhkan pada Februari 2017.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mendidik anak lelaki zaman sekarang jauh berbeza dengan zaman dahulu. Tidak terkecuali dalam hal melakukan kerja-kerja pengurusan rumah. Mungkin selama ini kita sebagai ibu dan ayah terbiasa dengan didikan orang-orang tua terdahulu, mengatakan hanya anak perempuan perlu membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah.
Sedangkan situasi hari ini, kita sebagai ibu bapa seharusnya melengkapkan anak-anak lelaki juga perlu pandai dan ringan tulang untuk membantu melakukan kerja-kerja di rumah. Sebabnya apa dan kenapa? Ayuh baca perkongsian ini.
TUGAS ANAK LELAKI DI RUMAH
Kita pastinya mahu anak lelaki kita membesar dalam didikan yang baik. Kerana kita tahu, satu hari nanti dia akan berkahwin dan berkeluarga, mempunyai isteri dan anak-anak mereka sendiri.
Zaman sekarang dah tak sama dengan zaman dulu. Dulu orang lelaki hanya pergi kerja, selebihnya orang perempuan uruskan segalanya di rumah. Sekarang zaman berbeza, kebanyakan pasangan suami isteri, dua-dua kena bekerja atau mahu bekerja.
Kalau kita masih nak ikut cara dulu, pengurusan rumah tangga memang tak akan baik. Masa yang suntuk di rumah ditambah lagi dengan kepenatan yang amat sangat kedua-dua pasangan.
Jika masih dengan norma lama, kesian kepada isteri yang pastinya sangat kepenatan untuk uruskan segalanya. Emosi yang tak baik akan cenderung kepada pergaduhan yang kemudiannya menyumbang kepada asbab keruntuhan rumah tangga.
Jika anak-anak lelaki kita tidak diajar dan dibiasakan dari kecil dengan kerja-kerja rumah. Bagaimana mungkin kita nak harapkan keajaiban berlaku. Kerana dalam kepalanya sudah tertanam bahawa ini kerja perempuan.
Silapnya kita, jika kita lebih suka untuk minta anak perempuan kita bantu buat kerja rumah.
Sikit-sikit panggil kakak atau adik perempuan untuk uruskan dapur, tolong basuh baju dan sebagainya. Kerana kita masih berpendapat ini semua kerja perempuan. Sementara anak lelaki tidak dipanggil untuk membantu.
+ minta anak lelaki cuci pinggan
+ suruh anak lelaki buang sampah
+ ajar anak lelaki sidai kain
+ tegas dan pastikan mereka mengemas
+ biasakan anak lelaki memasak
Beritahu dan ajar anak lelaki kita yang kerja rumah bukannya kerja orang perempuan, tapi ia sebenarnya tanggungjawab bersama.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.