Hujung minggu lalu penuh di sosial media kita lihat gelagat anak-anak daftarkan diri ke universiti untuk melanjutkan pelajaran mereka. Terutamanya buat yang pertama kali duduk di asrama, macam-macam barang diangkut untuk di bawa ke sana.
Itu baru barang, belum lagi gelagat bersama kawan-kawan baru di asrama. Bagi yang sudah biasa duduk berjauhan dan pernah masuk asrama, pasti tiada masalah. Tetapi yang baru masuk asrama, berjauhan pula dengan keluarga, pasti akan cepat rasa ‘homesick’ dan rasa ‘insecure’ di tempat baru. Mana tidaknya, khuatir manalah tahu ada sesuatu yang ‘horror’ ke? Hehe!
Itulah yang terjadi pada seorang pelajar yang dikongsikan oleh rakan sebiliknya di Tiktok berkongsi gelagat rakannya yang merupakan seorang pelajar berbangsa Cina melindungi dirinya dari gangguan ‘hantu’.
Ads
Dek kerana takutkan identiti mistik ini, lelaki itu sanggup membuka surah Yassin di telefon pintarnya. Malah dia turut membiarkan surah Yassin yang dipasangnya itu bergema di dalam biliknya gara-gara takut dengan gangguan tersebut.
Tindakannya ini turut membuatkan pemilik video tidak henti-henti ketawa dibuatnya kerana terhibur melihat gelagat rakan sebiliknya ini. Malah dia juga memberitahu di ruangan kapsyen, ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan situasi ini.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat cubaan pelajar berbangsa Cina ini melindungi dirinya. Dalam masa yang sama, ramai yang turut berkongsikan pengalaman melalui situasi yang sama dengan mereka yang bukan beragama Islam.
Hidup ini tidak lekang dengan pelbagai ujian, ada yang diuji dengan kesempitan harta, ada yang diuji dengan pelbagai penyakit dan bermacam-macam lagi. Begitulah lumrah kehidupan, yang menguji diri seseorang untuk berdepan dengan masalah hidup. Adakah mampu untuk bertahan atau semata-mata menyalahkan takdir hidupnya?
Kisah yang dilaporkan di Harian Metro berkenaan seorang ayah yang mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’, cukup tersentuh hati dan terinspirasi membacanya.
Walau kehidupannya diuji dengan kesempitan hidup dan anak-anak pula dengan penyakit kronik, pastinya saat ini bukanlah mudah untuk dilaluinya. Namun betapa mulianya jiwa seorang ayah ini, dia masih mampu berbahagi rezeki daripada bantuan yang diterima daripada pelbagai pihak telah diagihkan selebihnya untuk membantu keluarga lain yang dalam kesusahan di musim PKP ini.
Menurut sumber, seorang bapa tunggal yang memulangkan semula sebahagian daripada 12 set barangan bantuan diterimanya antara kes menarik dikesan Sekretariat Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang (MAKPEN), minggu lalu.
Setiausaha Kehormat MAKPEN, Salamon Ali Rizal Abdul Rahman berkata, bantuan prihatin berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 itu diberikan kepada lelaki itu oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Beliau berkata, lelaki terbabit mempunyai tiga anak termasuk seorang menghidap penyakit saraf kronik dan seorang lagi ‘sindrom down’ dan kedua-duanya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang.
Berbahagi Rezeki
“Disebabkan bantuan diterima terlalu banyak, lelaki terbabit mengambil keputusan menyumbangkan semula kepada MAKPEN untuk diberikan kepada golongan memerlukan.
“Selain beras, lelaki terbabit menerima pelbagai barangan keperluan asas lain seperti bihun, gula, tepung, minyak masak, biskut dan sardin,” katanya ketika ditemui semalam.
Beliau berkata, lelaki itu kehilangan sumber pendapatan selepas tidak dapat bekerja sebagai penjual air membuatkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan untuknya sekeluarga.
Menurutnya, tindakan dilakukan lelaki berusia 54 tahun itu seharusnya menjadi contoh pada pihak lain apabila bantuan diterima hingga berlebihan sepatutnya disumbangkan semula kepada individu lain.
“Antara faktor terlalu banyak bantuan diterima lelaki terbabit ialah penyumbang menghantar bantuan tanpa pengetahuan lelaki berkenaan dan hanya meletakkan barangan dalam pagar rumahnya tanpa memaklumkan.
“Sejak sekretariat MAKPEN beroperasi bulan lalu yang bertujuan menyelaras agihan bantuan kepada golongan memerlukan, kes bapa tunggal berkenaan kali pertama ditemui dan dianggap begitu menarik sekali,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya banyak menerima kes individu memberi maklumat peribadi salah serta mengelirukan bertujuan ingin mendapatkan bantuan keperluan asas lebih daripada sekali.
Menurutnya, sekretariat MAKPEN menyediakan bantuan dengan syarat individu terbabit benar-benar memerlukan dan boleh menghubungi di talian 013 9314004.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
“Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan.”
Demikian luahan Sabariah Hussein, atau terkenal dengan panggilan Sister Sabria, yang kisah kerja amalnya di Montreal, Kanada, tular di media sosial sebelum ini. Sabariah Hussein, anak Malaysia kelahiran Johor, terkenal dan disenangi rakyat Kanada khususnya di Montreal. Mereka menggelarnya ‘Muslim Mother Teressa’.
Setiap hari Sabariah akan memberi makan kepada 400-500 insan-insan yang memerlukan. Dia juga mengendalikan rumah perlindungan wanita yang dikenali sebagai “Rumah Kedua Kita” (Our Second Home) di rumahnya sendiri. Hebat anak Malaysia ini. Bekas guru pendidikan khas di Montreal Kanada ini mengakui sifat kasih sayang dan empati sudah sebati dalam dirinya. Dia memulakan kerja amalnya di Kanada dengan mengagihkan karipap dalam kuantiti yang kecil kepada masjid berdekatan rumahnya.
Langkah kecil itu telah membuka matanya apabila dia melihat ramai orang yang memerlukan makanan. Ketika itu, Sabariah bukanlah seorang jutawan. Bukan orang terkenal. Dia hanya seorang guru pendidikan khas yang berjiwa besar.
Masak bersendirian
Dari dapur kecil di rumahnya, berbekalkan kemahiran memasak yang ada, dia mula memasak bersendirian. Kemudian dia akan mengagihkan sendiri kepada mereka yang memerlukan. Sungguh luar biasa kesungguhan insan ini membantu orang yang langsung tak punya sebarang ikatan. Sabariah terus menggiatkan usahanya untuk membantu seramai yang boleh. Bayangkan di saat kita sedap menjamu selera, ada insan yang sudah berhari-hari tak menjamah makanan.
Insan-insan ini dijamu dengan air tangan Sabariah. Bayangkan bagaimana perasaan mereka disaat mengunyah makanan yang enak dikala perut sedang kelaparan. Betapa bahagianya mereka ketika itu.
Oleh kerana itu Sabariah disayangi oleh orang sekelilingnya. Sifat mulianya itu telah menjentik hati orang lain tanpa mengira status, agama dan bangsa.
Begitulah rutin Sabariah setiap hari. Tanpa jemu dia menyediakan makanan buat mereka semua. Senyuman mereka menciptakan kebahagiaan dalam hati Sabariah. Keluar berniaga cari dana Pada peringkat awal Sabariah menggunakan keuntungan dari hasil jualan makanan di luar masjid untuk membeli barangan makanan yang hendak dimasak.
Ketelusan dan keluhuran jiwanya terserlah apabila dia keluar berniaga semata-mata mahu mencari dana untuk memastikan tiada insan yang tertidur dalam kelaparan. Betapa mulianya hati insan ini. Ternyata hidupnya adalah untuk kebahagiaan insan-insan lain.
Masak dari hati penuh kasih sayang
Makanan yang disediakan oleh Sabariah juga enak. Dia memasak dari hati dan sesekali tidak memasak dengan hanya sekadar melepaskan batok ditangga. Katanya,
“Saya memasak dari hati dengan penuh kasih sayang. Saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk mereka. Itulah kebahagiaan saya.”
Usahanya itu saban hari mendapat sambutan. Malah kini ratusan sukarelawan pelbagai bangsa membantu Sabariah menyediakan dan mengedarkan makanan kepada mereka yang memerlukan.
Sabariah adalah insan yang rendah diri. Dia membantu tanpa mengira status, agama dan bangsa. Dia membawa contoh akhlak Islam yang baik di kalangan orang bukan islam.
Golongan Islam & gelandangan Sabariah turut membantu memasak makanan untuk 8 buah masjid dan 2 buah gereja di Montreal buat golongan miskin dan gelandangan di sekitar kawasan tempat tinggal beliau, tanpa mengira agama dan bangsa. “Sebagai seorang yang beragama Islam, kita harus sentiasa berganding bahu supaya dapat mencermin masyarakat Islam adalah dalam kalangan orang yang baik-baik.” “Apa yang saya buat semuanya kerana Allah, tidak pernah menyimpan niat untuk mendapatkan balasan,” demikian luahan Sabariah.
Usaha Sabariah ini juga adalah dakwah yang mencerminkan kebaikan islam. Di kala dunia barat digembar gemburkan dengan Islamophobia, Sabariah tampil menjernihkan ketegangan itu dengan makanan masakannya. Sesungguhnya, jalan dakwah itu luas. Apa yang paling penting adalah tindakan kita. Orang melihat apa yang kita lakukan berbanding apa yang kita perkatakan.
3 hari tidur keletihan
Tindakan Sabariah jelas menunjukkan hasil yang baik terhadap persepsi orang barat terhadap Islam. Kebaikannya itu diiktiraf oleh penduduk setempat apabila dia digelar “Muslim Mother Teressa” oleh penduduk non Muslim. Sabariah juga pernah koma 3 hari selepas dia bertungkus lumus mengutip sumbangan bagi korban tsunami di Indonesia.
Ketika itu dia sangka dirinya tertidur selama 3 hari akibat keletihan. Selepas berjumpa doktor, barulah dia tahu bahawa dirinya diserang stroke ringan dan menurut doktor tempoh tiga hari tidurnya itu adalah koma. Allah, sampai sakit dia bantu orang. Alhamdulillah selepas itu dia kembali sihat dan meneruskan kerja amalnya sehingga kini. Sabariah turut membuka rumah anak yatim di Kota Tinggi, Johor dibawah naungan Sister Sabria Foundation. Terima anugerah
Sabariah telah menerima pelbagai anugerah dari kerajaan Kanada dan Malaysia. Sabariah juga dijemput untuk bertemu Perdana Menteri Kanada sebagai tanda penghargaan terhadap usahanya. Sabariah umpama permata berkilauan yang menyinari kehidupan orang-orang di sekelilingnya. Sabariah sedang berniaga dengan Allah. Pasti dia tak akan pernah rugi. Kini usianya sudah mencecah 73 tahun. Tetapi sedikit pun tidak pernah melonggarkan usaha Sabariah untuk terus membantu orang yang memerlukan. Semoga Allah beri kesihatan dan kekuatan buat insan ini terus menyumbang dan berdakwah. Pasti anak cucunya bangga punya ibu dan nenek yang hebat begini.
Kita pula bagaimana? Hidup kita untuk apa? Apa sumbangan kita kepada ummah? Adakah kita hanya memikirkan tentang diri semata-mata. Sebab itu hidup kita sentiasa stres dan serabut.
Kegiatan amal Sabariah boleh diikuti di laman Facebook, Sister Sabria Foundation.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.