
Strok atau juga disebut angin ahmar sering berlaku sekarang. Ia juga tidak disangka. Seorang sahabat saya mendapat major stroke dan meninggal dunia pada usia 45 tahun. Sementara seorang lain hanya mendapat stroke ringan, tetapi serangan stroke berulang selepas tiga tahun, dan akhirnya beliau pergi buat selamanya.
ELAKKAN RISIKO MENDAPAT STROKE
Ia bermula dengan gaya hidup yang tidak sihat yang telah diamalkan oleh pesakit bertahun-tahun. Stroke berlaku bukan berpunca dari sesuatu yang kita lakukan semalam. Itu hanyalah punca secara kebetulan.
Gaya Hidup yang tidak sihat menyebabkan saluran darah ‘pecah’ dan pendarahan berlaku di dalam otak atau terdapat darah beku yang menghalang darah untuk sampai ke otak.
Akhirnya pesakit stroke tidak dapat menggerakkan sebahagian anggota tubuh, muka menjadi senget dan tidak dapat bercakap dengan sempurna. Mereka tidak dapat menjalankan keshidupan yang sempurna, dan terlantar. Mereka perlu dibantu untuk meneruskan rutin hidup seperti untuk mandi, makan dan berpakaian.
Kajian yang dilakukan di Eropah menunjukkan jika kita berhenti merokok dan arak, di samping menjaga pemakanan, melakukan pergerakan fizikal, cukup tidur dan dapat mengawal stress dengan baik, ia dapat mengurangkan risiko mendapat stroke, terutama di kalangan pesakit diabetes dan hipertensi, yang berumur 60 tahun ke atas.
Kesimpulan, ada beberapa faktor yang perlu dilakukan.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad