Lontong antara juadah Hari Raya yang cukup popular bagi orang-orang Selatan tanah air. Tanpa menu ini, raya ibarat tanpa serinya. Inilah yang sentiasa di cari di meja hidangan.
Kini tidak hanya orang-orang Selatan, menu popular ini semakin berani dicuba oleh masyarakat di negeri-negeri lain khusus untuk menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Namun menyediakan Lontong haruslah kena ada caranya kerana tersalah langkah, Lontong cepat basi dan tidak tahan hingga ke petang hari. Kuahnya yang bersantan memang cukup sensitif dan mudah basi jika tidak dimasak dengan betul.
Perkongsian seorang chef yang menyediakan juadah Lontong bersama Kuah Lodeh ini patut kita cuba. Ikuti petua dan langkah yang diberikan ini.
1. Masak Waktu Pagi
Menurut chef, jangan sesekali masak kuah lodeh di malam hari sebaliknya masaklah ketika waktu subuh atau waktu pagi raya. Cara menyediakan mudah sahaja dan tidak memerlukan masa yang lama. Apa yang anda perlu lakukan adalah memotong kesemua sayuran di waktu malam hari. Ini membantu lebih cepat proses memasak pada keesokkan harinya.
2. Didih Sayur Sahaja
Bagi memastikan kuah lodeh mampu bertahan lama, apa yang anda boleh lakukan adalah hanya mendidihkan air dengan bahan kisaran seperti bawang, cili padi, kunyit hidup, udang kering dan bahan-bahan lain sahaja tanpa santan. Buat stok ini, didih dan perasakan secukupnya.
3. Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan kuahnya, biarkan ia direneh sedikit lama sebelum dimasukkan kesemua sayuran lain. Ini bagi memastikan bahan kisaran dimasak dengan tepat. Kemudian barulah dimasukkan kesemua bahan-bahan lain seperti tempe, kacang panjang, kentang, lobak merah, tauhu, terung, tauhu kering, kobis dan sebagainya mengikut citarasa anda.
4. Asingkan Santan
Sebaik tetamu datang, didihkan semula bahan stok kisar bersama sedikit santan yang sudah diasingkan dalam periuk berasingan. Masak semula kesemua bahan ini mengikut jumlah tetamu yang datang. Perasakan secukupnya dan bolehlah dihidangkan. Cara ini bukan sahaja tidak cepat basi tetapi lebih segar rasanya untuk dihidangkan kepada tetamu.
5. Sambal & Kuah Kacang
Sambal dan kuah kacang bolehlah dimasak pada malam raya kerana ia tidak menggunakan santan dan tidak cepat basi. Namun bolehlah menumis sambal lebih lama supaya cili lebih enak dan tahan lama. Pastikan sambal dan kuah kacang cukup lengkap rasanya.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak kenaikkan kes jangkitan Covid-19, banyak gerai makan di menjalankan operasi. Tentu ada yang rindu untuk menjamah makanan kegemaran. Termasuk kuih ketayap.
Memang susah sangat nak jumpa kuih ketayap ni sekarang. Sebenarnya nak buat kuih ini senang je. Cuma kena tahu sukatan dengan betul dan intinya. Jadi bolehlah buat sendiri. Bila teringin buat je di rumah. Buat lebih sikit bagi pada jiran berdekatan.
Ketayap 2 cawan tepung gandum 1 sudu tepung ubi 1 biji telor 2 sudu minyak masak Air Secubit garam Pewarna hijau@air pandan
Cara-caranya: Blend semua bahan-bahan bancuhan agak2 jangan cair sangat jgan pekat sangat..guna kan satu senduk adunkan di kuali..(lenggangkan)..buat sampai habis
Untuk inti kelapa. Kelapa parut separuh Gula merah Gula pasir Secubit garam Sedikit air 1 sudu tepung ubi Sehelai daun pandan Masak gula sampai larut..masukkan kelapa parut..garam tepung ubi..biar kering sikit..siap
Resepi Kuey Teow Theng yang sangat mudah. Jom cuba hasil perkongsian puan
BAHAN-BAHAN
Kuey Teow
Ayam
Cili flakes
Daun Bawang
Daun sup
Bawang putih
Siew Pak choy
Fish ball
Fishcake
Lada sulah
3 sekawan
kiub pati ayam
Bwg merah
Bwg putih
Halia
air scukupnya
Cara- Cara
1.Tumis bwg putih, bwg merah dan halia yg dikiisar Serta 3 sekawan. Setelah naik bau masuhkan air Didihkan, masukkan kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak keluarkan isi ayam separuh , bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut.
2.Masukkan fishball dan fishcake rebus sekejap dan toskan. Hiris nipis.
3. Kuah tadi tambah perencah sup, lada , garam , daun sup. Masak seperti masak sup biasa.
Cara buat minyak bawang putih
1. Cincang 1 labu bawang putih.
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih yang di cincang , goreng sehingga bawang kekuningan.
Cara buat kicap sambal kicap
1. Blend cili padi dan bawang putih gaul dalam kicap manis , perah limau kasturi. Ltk sedikit gula jika suka pedas Manis.
Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan.
Celur keoy teow dan toskan.
Selamat mencuba
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.