Cuba bayangkan keenakan nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang berbanding nasi lemak yang dibungkus di dalam bekas plastik. Mana satu lebih beraroma dan berselera untuk dinikmati?
Percayalah, ramai antara kita pasti gemar dengan cita rasa nasi lemak yang dibungkus dengan daun pisang. Betul bukan? Ini kerana apabila makanan panas dibalut menggunakan daun pisang, dengan sendirinya daun tersebut menghasilkan aroma yang tersendiri. Menghidu bauannya sahaja sudah cukup boleh membuatkan orang menjadi lebih berselera untuk menikmati hidangan tersebut.
Lantaran itu, tidak hairanlah bukan sahaja nasi lemak dibungkus dengan menggunakan daun pisang ini malah terdapat banyak lagi masakan tradisi dibungkus menggunakan daun nan istimewa ini.
Jika ingin disenaraikan, antaranya pulut panggang, lepat, tapai, tepung pelita, lemang, koci dan banyak lagi. Setiap satunya cukup enak dimakan pada bila-bila masa. Jadi apa kata, anda sediakan menu ini untuk dihidangkan kepada keluarga tercinta.
Ads
Sebelum ingin memulakan operasi menyediakan hidangan tersebut, jangan lupa untuk pastikan daun pisang telah anda beli terlebih dahulu. Maklumlah daun pisang ini memang jarang sekali kita jadikan antara stok barang wajib ada di dapur.
Bila sudah beli dan inilah masanya untuk anda dapat menyediakan menu kuih Melayu yang menjadi kesukaan keluarga. Dan cuba lihat, jika masih ada lebihan daun pisang tersebut, jangan pula dibuang malah anda perlu menyimpannya!
Ads
Tahukah anda, sebenarnya daun pisang ini juga boleh disimpan hingga seminggu lamanya dan kekal segar. Bukan perkara pelik, tapi kenalah tahu cara dan teknik yang betul sebagai mana yang dikongsi oleh Juliana Ismail dan diharapkan info ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Ads
[su_highlight background=”#c8f6ec” color=”#04030f”]STEP BY STEP[/su_highlight]
Sediakan daun yang sudah siap dilayur dan dipotong mengikut saiz yg dikehendaki
Ambil surat khabar, bungkus kemas-kemas daun pisang tersebut
Ambil beg plastik yang bersih pula, kemudian bungkus dan ikat dengan kemas
Simpan dalam chiller (tempat letak sayur bahagian bawah sekali peti ais)
Bole tahan lebih dari seminggu dan keluarkan daun masa hendak digunakan. Secara tidak langsung juga boleh jimatkan masa dalam penyediaan kuih.
Sumber :Juliana Ismail via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebut sahajalah menu apa sekali pun jika berasaskan ikan bilis memang sedap. Meskipun ringkas penyediaannya.
Ikan bilis yang digoreng garing memang enak dimakan dengan pelbagai cara. Boleh dimakan bersama nasi lemak, bubur nasi dan juga boleh dijadikan rencah dalam nasi goreng. Malah jika dijadikan sambal goreng ikan bilis pun tidak pernah menghampakan.
Tapi tahukah anda, ada cara untuk mendapatkan rasa ikan bilis goreng yang enak dan kerangupannya dapat tahan lama? Cuba petua ini.
BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Cuka makan
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan ikan bilis dan masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan cuka dan gaulkan rata bersama ikan bilis.
3. Perap selama 5 minit.
4. Goreng ikan bilis seperti biasa.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ketika ini durian dijual dalam harga yang murah. Selain makan begitu saja, apa kata durian dijadikan bahan untuk membuat Durian Crepe.
Biasanya ia dijual dikedai pada yang yang mahal, jadi kali ini apa kata buat sendiri di rumah. Caranya pun tak sukar. Siap boleh dijual untuk menambah pendapatan keluarga.
Jom ikuti resipi ini, yang dikongsi oleh guru masakan menerusi grup masakannya di Azlina Ina Fans hasilnya tidak mudah pecah dan gebu serta sedap!
Durian crepe gebu
Kulit (80-90 ikut ketebalan dan besar kecik korg buat) kalau nak buat lg banyak ganda kan kalau nak buat sikit dah buat separuh simpan adunan dalam bekas berttup nnt nak buat lg keluakan hilang kan sejuk boleh guna 3 sudu besar tepung gandum 3 sudu besar tepung jagung 4 sudu besar tepung ubi kayu 3 sudu besar tepung kastard 5 sudu besar tepung hong kong( klau xde boleh skip tp biasa kulit mudah koyak dan xlicin) sedikit garam 2 sudu besar gula icing 3 biji kuning telur 2 biji telur keseluruhan so semua 5 biji eh 3 cawan 1/2 cawan susu segar esen vanila sket beberapa titik pewarna kuning lemon jgn guna kuning telur xlawa
step kulit
1.Kesemua tepung dan bahan kering di atas di ayak terlebih dahulu 2. Masukkan kedalam satu bekas, masukkan garam, gula icing,esen dan telur whisk sebati, dan masukkan air / susu segar dan pewarna kuning. kacau guna whisk tangan je ye..kemudian tapis 3. Panaskan non stick pan saiz kecil kalau xde boleh je pan biasa sapu butter sket api sederhana. Sapu sikit pan dgn butter ( guna tisu pon boleh)..dah panas pan tu..angkat dan masukkan kurang 1 senduk adunan ke dalam pan..lenggangkan sehingga rata dan nipis kulit tadi serta memenuhi permukaan pan kemudian letak atas dapur 2 hngga 3 mnt.jangan lama sbb nanti hangus kulitnya.tak payah terbalikkan sebb ia nipis mudah sangat masaknya sbb tu mak suka ttup pakai ttup periuk so mudah dan cepat masak 4. Ulangi smpai abis
Cara melipat pilih bahagian yg kasar di dalam licin dan comel kat luar letak cream agak2 jgn sampai xboleh lipat dan setompok letak isi durian atau filling durian kemudian lipat ketat2 ketat sket bg nampak gemokk
resepi inti durian
custard durian
1 cawan setengah susu segar 1cawan gula halus 300g isi durian 3sb tepung custard cairkan dalam sedikit air 2sb tepung ubi masak semua smpai agak pekat
kalau nak buat tuk frozen lebih dr 7 hari lebih tahan lama dan letak chiller pn xbasi tp kalau nak buat terus jual just isi durian lecek2 kan dan boleh dah gune durian fresh je fresh cream 3 cawan vivo mix kental campurkan sket dgn filling custard durian atau durian fresh kacau kan simpan storage die di tempat beku hokey kalau korg suke nak buat perise lain pn boleh,oreo ke coklat selamat mencuba!
Lauk berasaskan telur memang popular. Telur goreng mata dan telur dadar enak dimakan bersama nasi panas-panas. Menu ringkas yang sangat superb. Selain itu, menu sup telur adalah antara lauk legend yang kegemaran kita sejak kecil.
Nampak aje penyediaannya mudah. Tetapi jika tak ada skill, memang tak menjadi. Begitu dengan resipi yang disediakan ini, memang legend. Masa kita kecil-kecil memang mak sering masak. Bertambah selera makan.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Mama, sup telur mama paling sedap dekat dunia ni tau takkk? Ibu mane tak seronok kalau anak puji kann.
Sempena kita kena duduk rumah ni, saya nak share resepi sup telur mudah.
Resepi sup telur
Bahan-bahan : – 4 biji telur ayam – 7 biji fishball (belah dua) – Setengah biji carrot ( belah dua dan potong biasa) – 3 ulas bawang putih(dicincang) – Kiub pati ayam(guna separuh je) – lada sulah – Garam – 2 gelas air putih (kalau guna banyak telur lebih kan air untuk kuah) – Minyak masak
Cara masak : – Panaskan 1 sudu besar minyak masak, tumiskan bawang putih. Tumis sehingga bawang nampak kuning dan garing sikit ye. Lepas tu masukkan carrot. – Tambahkan 2 gelas air putih. Perasakan dengan kiub pati ayam, garam dan sedikit lada sulah. Bila kuah dah mendidih. Kecilkan sedikit api dapur. – Pecahkan telur sebijik ke dalam mangkuk dan dituang ke dalam periuk. Ulang sampai habis telur. (biar je sekejap sampai telur masak, jangan sebok nak kacau ye) – Bila dah nampak telur masak elok seketul – seketul. Boleh masukkan fishball. Dah masak, tutup api dan hidangkan dengan tabur bawang goreng dan daun sup.