Sejak akhir-akhir ini banyak pula dilihat di media sosial tentang perkongsian sayur bayam brazil. Ada yang berkongsi resipi enak masakan menggunakan bayam brazil, war-warkan manfaat dan khasiat bayam brazil dan tidak kurang juga berkongsi dekor halaman rumah yang nampak cantik sempurna dengan adanya bayam brazil sebagai penyeri tanaman dilaman rumah.
Sebab itu juga, tidak hairanlah ada antara kita yang teringin untuk menanam sendiri bayam brazil ini. Ada sepasu dua pun sudah memadai untuk dimakan sendiri mahupun sebagai pokok hiasan di laman rumah.
Untuk itu, ketahui cara menanamnya pelibg mudah debgan teknik keeatan batang. Jom dicuba, ini perkongsiannya.
SEMAI KERATAN BATANG BAYAM BRAZIL
Keratan batang adalah satu cara mudah untuk menghasilkan pokok baru dengan cepat dan banyak.
Musim hujan adalah waktu paling sesuai untuk semai keratan batang.
Ads
Sayur bayam brazil banyak khasiat dan manfaatnya tau.
.
Boleh tengok step semaian dalam gambar di bawah.
Selamat mencuba .
Step 1
.
Ads
Pilih bahagian pucuk berwarna hijau
dan segar. Panjang keratan lebih kurang 10cm- 15cm.
Step 2
.
Buag daun di bahagian bawah.
Step 3
.
Ads
Potong bahagian pangkal secara serong.
Step 4
.
Cucuk separuh dari panjang keratan ke dalam medium, secara tegak atau mengiring. Siram medium. Letakkan di tempat teduh dan siap.
sumber : Afiq Rahman via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu mana yang tidak bersedih bila anak yang menjadi harapan keluarga pergi buat selamanya. Bukan mudah untuk menerima kenyataan tersebut namun perlu reda dengan takdir Ilahi.
Begitulah yang dirasai oleh Puan Razilah Daud, ibu kepada Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.
Menurut apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia, anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan harapan keluarga kerana banyak berjasa terhadap kedua ibu bapanya, Bustamy Tuakal, 70, dan Razilah Daud, 52.
Belikan Rumah & Beri Duit Belanja
Razilah berkata, rumah didiaminya bersama suami serta dua orang lagi anaknya di Taman Redan Perdana di sini dibeli oleh Mohamad Affendi.
Sebelum ini katanya, suami yang bekerja sebagai buruh dan dia mengambil upah menjahit pakaian tinggal menyewa di Felda Keratong 3 dan Keratong 5.
“Sudah tiga tahun kami duduk sini (Taman Redan Perdana) sejak 2017, arwah beli rumah ini dan dia maklum emak duduk sini, anggap seperti emak dan abah berpencen. Duduk berehat.
“Kelengkapan rumah semua lengkap dan disediakan oleh arwah. Duit belanja pun setiap bulan arwah beri. Arwah memang banyak berjasa pada keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana, di sini semalam.
Nahas Pesawat Hawk
Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.
Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan stabil.
Razilah berkata, anak keduanya itu yang menetap di Labuan, Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus atau latihan penerbangan di situ.
“Kebiasaannya jika ada peperiksaan atau ujian, arwah biasanya akan hubungi makcik, tapi semalam tidak. Cuma sebelum ini dia ada maklum akan ada periksa paling susah sekali, namun dia tidak cakap periksa apa,” katanya.
Razilah berkata, dia dan suaminya sebak ketika menerima perkhabaran itu namun menerima ketentuan ilahi.
“Pada awal pagi tadi (semalam) mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga,” katanya.
Sebut sahaja nama Syahmi Sazli, pasti akan terbayang gelagat mencuit hati Asif dan juga Yoe yang berlakon di bawah produksi youtuber ini. Tak kering gusi dibuatnya apabila menonton video drama spontan oleh mereka.
Semalam, Syahmi Sazli memuat naik satu perkongsian dan bercerita keterujaan apabila berpeluang bertemu dengan idolanya iaitu pelawak dan penyampai radio Era iaitu Johan bersama isterinya Ozlynn Wati.
Menerusi satu posting tersebut, Syahmi turut berkongsi beberapa keping gambar pertemuan antara mereka di sebuah restoran. Turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah Yoe dan Asif.
“Dari dulu memang minat betul dengan Johan, Alhamdulillah hari ini dapat makan tengah hari sekali.
“Mereka pun sangat baik dan pemurah beli hadiah untuk Asif, Yoe serta isteri dan anak saya.
“Patutlah rezeki mereka murah. Moga abang Johan dan kakak Ozlynn sentiasa dalam rahmat Ilahi,” katanya.
Sementara itu Johan dan Ozlynn yang berkongsi akaun Intstagram itu turut membalas komen pada posting tersebut.
SubhanAllah Alhamdulillah Allahuakbar segala puji bg Allah.. rezeki Allah bg lebih juga satu ujian buat kami.. Allah nk tgk adakah kita kongsi.. demo bg oghe happy.. x tahu nak balas guano.. nih je la yg mampu..
Moga kita semua dpt bg manfaat pada org lain.. dan di berikan kesihatan yg baik, di bekalkan idea yg bagus, dan di dekatkan dgn org2 yg beriman.. aamiinn.. mekasih mi utk peluang nih.. jumpa lg nnt bila dtg kl..
Siapa sahaja yang tidak gembira atau teruja bila mendapat hadiah daripada insan tersayang sempena sambutan ulang tahun kelahiran.
Apatah lagi anak-anak yang masih kecil. Seakan ternanti-nanti, apakah hadiah yang bakal dimiliki pada sambutan hari lahir mereka daripada keluarga. Maklumlah, biasanya ibu ayah akan berikan hadiah yang istimewa.
Umpamanya seperti perkongsian daripada seorang bapa ini di facebook, Zaim Zainudin Zakaria yang menghadiahkan anaknya sebuah kolam renang. Bukan biasa-biasa hadiah yang diberikan, ia adalah hasil kegigihannya berpanas di bawah matahari berbulan lamanya.
Meski pun asalnya ia adalah projek yang tergendala ketika musim PKP yang lalu, namun baru sahaja siap sepenuhnya dan sempena sambutan hari lahir anak lelakinya, terus dijadikan hadiah istimewa buat si anak.
Difahamkan juga kolam renang di tepi rumah ini, hanya bermodalkan sebanyak RM3K dan ianya jauh lebih jimat berbanding jika dibuat oleh pakar hingga boleh mencecah RM40K.
Jadi jom kita baca perkongsian pengalaman daripadanya untuk info bersama.
Kolam Renang Sebagai Hadiah Hari Jadi Anak
Alhamdulillah. Akhirnya siap juga kolam impian di halaman rumah. 100% buat seorang diri. Modal 3k je. Pernah tanya tukang rumah, dia nak 30k, kalau specialist kolam nak 40k. Jadi ambil keputusan buat sendiri la sambil keluar peluh petang-petang.
Projek pkp 2021 ni tapi tergendala sebab pkp tamat awal dan cuaca tak mengizinkan.
Amaran. Kalau jiwa tak kental jangan cuba-cuba buat ye…Nanti siap separuh jalan..Sebab diri sendiri pun berkali-kali putus asa…Tapi kuatkan semangat jugak sebab nak tengok hasil tangan sendri.
Sempena birthday Zharif, Daddy hadiahkan kolam renang. Zharif cakap dah tak payah pergi hotel. Rania muka tak puas hati kolam abang punya.
Proses Pembuatan Kolam Renang
Tanah sekangkang kera tepi rumah. Projek bermula dengan mengalihkan paip air buang pada Ogos 2021.
Proses galian bermula.
Banyak pulak paip bawah tanah ni. Terpaksa la buat kolam berbentuk sikit, sebab lari dari paip kumbahan.
Alhamdulillah. Berbekalkan cangkul dan sikul maka siap la gali. Plan nak gali 5 kaki tapi gali-gali dah keluar mata air, jadi kedalaman 4 kaki saja. Sebulan proses menggali.
Bila order barang sampai. Fuhhh! ini jangan cerita, boleh patah pinggang dibuatnya seperti gambar kanan.
Proses buat kotak konkrit. Pakai gergaji saja, mesin tak ada.
Ini pun kita pakai gunting je. Potong besi 12mm kalau tak silap.
Proses memampatkan tanah, pijak-pijak saja.
Ini konkrit lapisan pertama sebab elakkan tanah runtuh musim-musim hujan ni.
Kita gaul sendiri saja. Jiran-jiran suruh order lori siput, tak apa la kita buat slow-slow macam siput.
Meratakan konkrit buatan sendiri.
Fuhhh menggali lagi, ruang pump pulak. Dan lagi…
Bila hujan turun kita termenung saja tengok air bertakung. Ambil kesempatan air hujan tengah penuh kolam, kita buat marking. Tak payah guna laser atau penimbang air. Marking bertujuan untuk pastikan level air n ktggian kolam cun.
Ternyata bukan kerja mudah yang dilakukan oleh ayah ini untuk menghasilkan kolam renang untuk menggembirakan hati anak-anaknya. Pelbagai proses dilakukan sendiri dengan sabar.
Akhirnya ini lah hasilnya.
Alhamdulillah setelah 5 bulan siap jugak! Bata depan tu next projek tempat BBQ. Dan inilah orangnya yang buat kolam, boleh jadi sado tak payah pergi gym.
Ternyata hebat sungguh usaha yang dilakukan oleh seorang ayah ini. Untuk anda yang ingin lihat lebih detail langkah demi langkah yang dilakukan olehnya bolehlah klik di sini.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.