Ibu mana yang tidak bersedih bila anak yang menjadi harapan keluarga pergi buat selamanya. Bukan mudah untuk menerima kenyataan tersebut namun perlu reda dengan takdir Ilahi.

Begitulah yang dirasai oleh Puan Razilah Daud, ibu kepada  Kapten Mo­hamad Affendi Bustamy, 31, yang maut dalam nahas pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth, Pulau Pinang baru-baru ini.

Menurut apa yang dilaporkan di Utusan Malaysia, anak kedua daripada empat adik beradik itu merupakan harapan keluarga kerana banyak berjasa terhadap kedua ibu bapanya, Bustamy Tuakal, 70, dan Razi­lah Daud, 52.

Belikan Rumah & Beri Duit Belanja

Razilah berkata, rumah didia­minya bersama suami serta dua orang lagi anaknya di Taman Redan Perdana di sini dibeli oleh Mohamad Affendi.

Sebelum ini katanya, suami yang bekerja sebagai buruh dan dia mengambil upah menjahit pakaian tinggal menyewa di Felda Keratong 3 dan Keratong 5.

“Sudah tiga tahun kami duduk sini (Taman Redan Perdana) sejak 2017, arwah beli rumah ini dan dia maklum emak duduk sini, anggap seperti emak dan abah berpencen. Duduk berehat.

“Kelengkapan rumah semua lengkap dan disediakan oleh arwah. Duit belanja pun setiap bulan arwah beri. Arwah memang banyak berjasa pada keluarga,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Redan Perdana, di sini semalam.

Nahas Pesawat Hawk

Ads

“Arwah Beli Rumah Untuk Ibu Duduk Berehat…”- Pemergian Kapten Mo­hamad Affendi Bustamy, Kehilangan Besar Buat Keluarga
Dalam kejadian yang berlaku dalam kawasan pangkalan TUDM Butterworth pukul 10.07 malam itu, seorang lagi anggota TUDM dilaporkan cedera selepas pesawat jenis Hawk 108 itu terhempas.

Anggota terbabit, Mejar Mohd. Fareez Omar, 33, kini sedang menerima rawatan di HSJ di sini dan dilaporkan berada dalam keada­an selamat dan stabil.

Razilah berkata, anak kedua­nya itu yang menetap di Labuan, Sabah pergi ke Pulau Pinang untuk mengikuti kursus atau latihan penerbangan di situ.

“Kebiasaannya jika ada pe­periksaan atau ujian, arwah bia­sanya akan hubungi makcik, tapi semalam tidak. Cuma sebelum ini dia ada maklum akan ada periksa paling susah sekali, namun dia tidak cakap periksa apa,” katanya.

Razilah berkata, dia dan suaminya sebak ketika menerima perkhabaran itu namun me­nerima ketentuan ilahi.

“Arwah Beli Rumah Untuk Ibu Duduk Berehat…”- Pemergian Kapten Mo­hamad Affendi Bustamy, Kehilangan Besar Buat Keluarga

Ads

“Pada awal pagi tadi (semalam) mak cik terlalu sedih kehilangan anak yang merupakan harapan keluarga,” katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI