Menanam kaktus ramai yang menganggapnya mudah kerana tanaman kaktus memerlukan sedikit air sahaja. Oleh itu, rutin menyiram tanaman tidak dilakukan kerap.
Pastinya buat ibu yang sibuk namun ingin melakukan aktiviti menanam pokok, memilih menanam pokok kaktus adalah pilihan tepat sekali.
Walau tidak perlu disiram selalu, pun begitu ada juga tips yang perlu dilakukan untuk pastikan tanaman hidup subur. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh saudara Fendi Isa, jom semak apa perkongsiannya.
Ads
Tips asas bagi penjagaan kaktus dan sukulen:
Ads
1. Cahaya yang terang, kalau bagus kalau kena direct matahari. Kaktus dan sukulen tidak sesuai diletakkan dalam rumah yang kurang cahaya.
2. Siram hanya bila tanah dah betul-betul kering, elakkan siram pada hari hujan. Air berlebihan boleh menyebabkan akar rosak.
3. Medium tanah yang poros – campuran tanah, batu, perlite dan pumice. Kaktus dan sukulen kebanyakannya tidak suka air bertakung lama selepas siram. Biasanya tanah perlu kering dalam masa 3-5 jam selepas siram.
4. Pastikan pasu ada lubang. Tp boleh juga yg xde lubang, make sure tahu buat layer kat dlm pasu utk filteration dan ventilation.
5. Baja – recommend baja yg slow release seperti osmocote
6. Kasih sayang! – paling penting ni
Dalam kemeriahan menyambut Tahun Baru Cina, industri hiburan tanah air tiba-tiba dikejutkan dengan amukan dari penyanyi yang terkenal dengan panggilan Mummy, siapa lagi kalau bukan Mas Idayu dalam sebuah rancangan hiburan yang menampilkan peserta yang mempunyai talian kekeluargaan bergabung untuk merebut hadiah yang ditawarkan di samping mencabar diri dari setiap cabaran yang diberikan.
Minggu lepas, apa yang menjadi bualan ramai adalah komen yang berbaur amarah dari Mas Idayu yang merupakan salah seorang juri bagi rancangan itu.
Komen yang diberikan mungkin kedengaran sangat beremosi namun penuh dengan nasihat, umpama ‘Ibu Marahkan Anak’ yang berulang kali melakukan kesilapan yang sama.
Terkesan dengan komen yang diterima, penyanyi Sissy Iman yang merupakan peserta program tersebut kelihatan sangat tersentap dan dilihat tidak mampu menahan airmata sewaktu berada di pentas.
Malah perkara itu berlarutan apabila Sissy dilihat tidak tampil di akhir rancangan tersebut dan rentetan dari itu Sissy Iman telah memuatnaik satu hantaran di laman Instagramnya seolah tidak mahu meneruskan karier nyanyian.
Bahkan penyanyi berbakat besar itu turut meluahkan kurang terujanya untuk melancarkan album terbaharunya bulan hadapan.
Terbaharu pasangan Sissy Iman dalam rancangan tersebut yang juga merupakan sepupunya iaitu Naim Daniel tampil memberikan kata-kata semangat buat Sissy Imann untuk kekal kuat bagi meneruskan perjuangan mereka di pentas rancangan yang bersisa dua minggu sahaja lagi.
Menyedari kesedihan rakan seperjuangannya itu, Naim menyatakan dirinya akan sentiasa bersama Sissy biarpun perlu menghadapi tugasan yang mencabar setiap minggu di pentas program tersebut.
Perkongsian tersebut telah dibuat oleh Naim menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita menjalani tuntutan tugasan kita dalam keadaan yang kita sendiri tak sehebat mana dalam menjayakannya, tapi kita tetap cuba.
Walau kadang kita dua tak pasti sama ada orang akan suka bagai nak gila atau benci mencuka.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada ketika dimana kita berdua berhadapan dalam satu keadaan sama ada ingin menyahut cabaran atau kekal dalam selesanya landasan, tapi tetap juga kita teruskan walau kita sama-sama takut dengan pelbagai penerimaan.
Biasalah, darah mudakan suka perubahan? Pasti adanya penentangan. Itu adat pertandingan.
Tak mengapa, saya ada.
Kadang, ada hari dimana kita berdua mati akal, kaedah apa dan lagu apa lagi yang kita nak bedal.
Supaya terhiburnya semua tanpa disangkal-sangkal. Kita tetap cuba cekal walau tahu penat minggu demi minggu kian menebal.
Tak mengapa, saya ada.
Dan jangan risau, walau ada hari dimana riang awak terhakis, menangis tak habis bagai pisau menghiris.
Tetap tak hilang peribadi awak yang umum tahu, seorang yang manis.
Tak mengapa, saya ada.
Semoga Sissy Iman terus kuat dan menganggap semua yang berlaku ini satu cabaran buatnya.
Kalah atau menang adalah adat bertanding, yang penting adalah ilmu yang diberikan oleh para juri serta pengalaman yang pasti akan mengajarnya sesuatu yang berharga.
Kasih sayang ibu tiada batasan.Biarpun berbeza agama, namun itu tidak membuatkan hubungan antara anak dan ibu terputus. Malah wanita ini membuktikan ikatan ibu-anak cukup utuh biarpun si anak memilih untuk menjadi saudara baru dalam Islam.
Beberapa hari lepas tular di media sosial mengenai sepasang suami isteri berbangsa Cina menghantar anaknya yang mempunyai masalah penglihatan ke Darul Quran. Anaknya yang sudah pun bergelar mualaf telah menyambung pengajian dalam peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran & Al-Qiraat di sana.
Anak sulung daripada tiga beradik, Tan Mike Foong , 23, merupakan pelajar mualaf yang berjaya menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Mike Foong membuktikan keupayaan menghafaz 10 juzuk al-Quran walaupun orang kurang upaya (OKU) penglihatan sejak dilahirkan.Kini dia meneruskan pengajian peringkat Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat yang ditetapkan syarat menghafaz kesemua 30 juzuk dalam tempoh tiga tahun.
Sudah hafal 10 juzuk
Menerusi Sinar Harian, mualaf yang berasal dari Selangor ini sudah pun bergelar Muslim sejak tahun 2015. Tan Mike Foong, 23 sebenarnya telah menamatkan Sijil Asas Tahfiz selama setahun di Darul Quran Jabatan Agama Islam (JAKIM) Kuala Kubu.
Dia yang sudah menghafal 10 juzuk al-Quran telah mendaftarkan diri bagi peringkat diploma untuk menghabiskan hafalan sebanyak 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 3 tahun.
Bercerita lanjut mengenai pengislamannya itu, Mike memberitahu telah terdedah dengan agama Islam dan azan sejak kecil lagi. Kemuncaknya apabila selesai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia telah mengikuti latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
Persatuan tersebut rajin mengadakan ceramah dan dari situ dia tertarik mendalami Islam dan akhirnya memeluk agama tersebut tanpa pengetahuan ibu dan ayah.
Mike Foong memeluk Islam pada 2015 yang ketika itu tanpa pengetahuan ibu bapanya. Dia yang menerima pendidikan khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Kubu Bharu dan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Setapak, Kuala Lumpur pernah meniru suara azan di rumah kerana seringkali mendengar laungan tersebut dari surau berdekatan kediamannya di Batang kali.
Menurutnya, terdapat sebuah tentera di belakang sekolah menengah yang akan memasang bacaan al-Quran sebelum masuk solat.
“Bila dengar azan saya tak rasa ia satu muzik, tapi kalimah. Sampailah masa berada di tingkatan empat, saya akan buka radio untuk dengar bacaan solat terawih.
“Lepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya ikut latihan kemahiran pengurusan pejabat di bawah Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB).
“Ramai yang beragama Islam dan bila mereka ada kuliah agama yang dikendalikan Ustaz Mat Noor, saya bersama dua rakan bukan Islam akan dengar,” katanya.
Mike Foong berkata, pada satu hari, pihak persatuan menjemput seorang pendakwah mualaf kerana ada di antara mereka yang ingin tahu tentang Islam.
Menurutnya, dia turut serta dalam perbincangan tersebut sebelum diajukan beberapa soalan berkaitan fitrah kejadian penciptaan dan pencipta.
“Pada hari itulah saya lafaz dua kalimah Syahadah dan sekali lagi seminggu kemudian ketika daftar secara rasmi di pejabat agama.
“Saya rahsiakan dari pengetahuan ibu bapa dan lepas setahun setengah, baru mereka tahu.
“Saya ajak ibu pergi makan kedai makan mualaf cina dan pemilik kedai tanya adakah saya muslim di hadapan ibu,” katanya.
Tamat pengajian Diploma Kemahiran Malaysia, Mike Fong menyertai Interactive Dakwah Training (IDK) sebagai sukarelawan dan belajar cara pendakwah menyantuni golongan mualaf.
Dia mula mempelajari dan membaca buku Iqra selain menghafaz surah serta berjaya memenangi pertandingan hafazan mualaf di peringkat negeri Melaka. Dia membaca Al-Quran menggunakan kaedah braille
“Atas cadangan seorang rakan, saya mengikuti Kursus Asas Tahfiz di Darul Quran Jakim selama setahun bermula Januari tahun lepas,” katanya.
Terkejut anak peluk Islam
Ibunya memberi reaksi terkejut apabila Mike Fong membuat pengakuan memeluk Islam. Menurut Bee Cheng, dia bertanya lanjut mengenai tersebut kepada anaknya selepas mereka pulang ke rumah. Jelasnya, walaupun terkilan dan mengambil masa hampir setahun untuk menerima hakikat namun dia akur dengan keputusan anak sulungnya itu.
“Saya takut kehilangan Mike sebab ramai yang kata, orang Islam tak boleh tinggal dengan bukan Islam dan saya takut Mike tak boleh uruskan diri.
“Lepas Mike terangkan segalanya, baru saya boleh terima dan gembira tengok perubahan dia yang semakin baik.
“Saya sendiri teman dia daftar sebagai pelajar tahfiz dan mula-mula dulu, hari-hari saya datang jenguk Mike sebab rumah kami di Kampung Asam Kumbang tak jauh, dalam 10 minit saja,” katanya.
Lahir tak cukup bulan
Bee Cheng berkata, Mike Foong dilahirkan tidak cukup bulan dengan berat 900 gram dan ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur selama tiga bulan. Bapa Mike Foong, Tan Ang Chong, 54, mengusahakan bengkel sendiri manakala dua lagi anak masing-masing berusia 20 dan tujuh tahun.
“Kami semua bukan Islam dan hanya Mike saja Islam tapi hidup bahagia malah anak bongsu suka tengok Mike solat,” katanya.
Sementara itu Mike Foong berkata, dia tidak mempunyai keluarga angkat beragama Islam kerana ibu bapa dan dua adiknya adalah harta dunia akhirat yang tiada pengganti.
Menurutnya, nama asal dikekalkan kerana tiada keperluan berbuat demikian walaupun sudah menganuti Islam.
Cerita mengenai Tan Mike Foong ini benar-benar memberi inspirasi kepada warganet. Mereka telah menurunkan komen di ruangan Facebook sumber dengan menyertakan kata-kata positif kepada insan istimewa ini.
Kalau hendak dikira-kira berapa jumlah bakul yang ada di rumah kita, memang berbakul-bakul lah jawabnya. Ini disebabkan bakul tersebut kita sering gunakan untuk mengumpulkan pakaian keluarga yang kotor, ada juga bakul untuk pakaian yang telah dicuci bersih, bakul untuk simpan mainan anak-anak dan bermacam-macam lagi kegunaan bakul di dalam rumah kita.
Pun begitu sedar atau tidak, dek kerana ada beberapa bakul yang diletakkan di satu tempat, ia seakan telah mengambil ruang yang banyak dan sekali pandang memang nampak tidak teratur dan merimaskan.
Jadi apa kata kita praktis DIY untuk hasilkan bakul bertingkat seperti ini. Selain ianya menjimatkan ruang, dan tidak dinafikan nampak unik dan bergaya jika ditempatkan di satu sudut rumah. Malahan yang membuatkan lebih teruja untuk dihasilkan kerana menggunakan bajet yang murah.
Ini perkongsiannya untuk lebih faham.
Sebelum ni ada yang pos gambar ‘A’ tanya nak beli kat mana. Tiba-tiba dapat ilham maka terjadilah seperti gambar ‘B’.
.
.
Bahan-bahan:
.
– 3 batang Paip PVC bersama penyambungnya
– 4 roda
– 3 Bakul baju
– 6 Besi penyangkut S
Cara-cara:
1. Buat kaki (cara buat kaki boleh tengok yang org post sebelum-sebelum ni cara buat rak bakul dengan PVC tu)
2. Sangkut penyangkut S pada bakul dan kaki PVC. (Seperti di gambar)
.
Semoga menjadi inspirasi rakan-rakan semua. Barang-barang semestinya dari ECO.
sumber :Abby Saipol via Kelab Kaki Deko Barang Eco /Mr Diy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...