Jangan putus asa jika sebelum ini berkali-kali mencuba untuk menanam pokok kesum tapi tak hidup-hidup.
Apa kata cuba cara yang dikongsikan oleh Jwan Juan, Siti Aziz dan Diza Acha, di mana mereka menanam pokok kesum dengan menggunakan pucuk. Nak tahu detail caranya, jom baca perkongsian daripada mereka.
Tip jimat dan cara tanam kesum.
1-korang cari tong polistren yang orang buang,janji bawah tak bocor la.
2-Korang letak tanah yang beli kat nurseri@cedok la mana-mana tepi jalan yang boleh diambil. Tak kisah tanah macam mana pun.
3-korang tebuk lubang pada tong polistren sama level dengan tanah permukaan dalam tong tu. Tujuan tak mau bagi air bertakong nanti nyamuk.
Ads
4-cari 50 sen pergi beli daun kesum,ambik pucuknye untuk semai.
5-Siram la 3,4 hari sekali ke. Bagi lebih sikit siramnye. Air bertakung sampai sama paras tanah je. So tanah sentiasa lembab dan tak ada nyamuk bertelur.
Ads
6- Lepas 2 minggu korang dah tak yah beli daun kesum untuk masak.
Bahkan bukan sahaja Jwan Juan yang berkongsi kaedah pemilihan pucuk kesum dijadikan baka untuk menanam, cara yang hampir sama juga dikongsikan oleh Siti Aziz.
“Ada yang gagal tanam daun kesum..boleh cuba cara ni..ambik pucuk kesum..dah tanam..letak tempat redup..dalam seminggu macam tu pokok dah segar..boleh ubah ke panas..pastikan bekas bawah sentiasa ada air..7 April mula tanam pucuk kesum..hari ni 15 April pokok dah cantik..baja siraman air basuhan ikan n beras..”
Begitu juga dengan perkongsian daripada Diza Acha, menurutnya “Saya tiada tips special tanam kesum ni. Cuma saya tanam menggunakan pucuk, dalam pasu saya lapikkan dengan plastik sebelum letak tanah, siram 2 kali sehari, baja AB seminggu sekali.”
Lama beliau menantikan kehadiran si comel bernama anak dalam rumah tangganya bersama suami. 11 tahun berusaha dan berdoa, akhirnya apa yang dihajati dimakbulkan Yang Maha Esa.
Kehadiran si comel bernama Siti Aafiyah melengkapi kehidupan penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suaminya tersayang, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Kasih sayang semakin bersemarak dan bahagia dikecapi sangat disyukuri oleh penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini.
Keletah si kecil benar-benar menceriakan pasangan ini. Malah, impian beliau untuk membawa Aafiyah ke tanah suci Mekah bakal menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Dalam satu perkongsian, Dato Sri Siti Nurhaliza memberitahu impian tersebut sudah lama tertanam di jiwanya.
“Saya telah lama memasang niat semenjak mengandungkan Aafiyah. Akhirnya apa yang saya hajati akan terlaksana. Aafiyah bakal mengikuti saya dan suami mengerjakan umrah pada 23 Mei ini,” jelas Dato Sri Siti atau mesra disapa Tokti.
Selain Tokti dan keluarga, mereka juga turut disertai oleh beberapa ahli keluarga yang lain.
“Ini adalah doa saya setiap kali ke Mekah sebelum mengandung dulu iaitu mohon dikurniakan cahaya mata dan membawanya menunaikan umrah selepas dilahirkan. “Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat.
“Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya. Saya bersyukur doa saya ini dimakbulkan Allah kerana bukan senang mahu ke sana tanpa keizinanNya.
“Apa yang lebih menyeronokkan apabila hasrat ini tidak memerlukan masa yang lama memandangkan usia Aafiyah baru sahaja setahun tetapi sudah berpeluang ke sana.
“Dari segi persiapan, saya banyak berdoa agar semuanya dipermudahkan kerana Aafiyah masih kecil. Saya berserah kepada Allah,” jelas Siti yang mahu Aafiyah membesar dengan didikan agama yang cukup.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Tambah Siti lagi, dia mahu anaknya itu membiasakan diri dengan apa yang beliau lakukan (ibadah) seperti melihat dirinya bersolat.
“Cuma saya perlu memikirkan waktu yang sesuai untuk membawa Aafiyah ke Masjidil Haram kerana terlalu ramai jemaah di sana.
“Ini penting demi kesihatan dan keselesaannya memandangkan dia masih kecil. Saya turut membawa kakaknya (panggilan kepada pengasuh Aafiyah) untuk memudahkan urusan di sana nanti,” katanya.
Justeru kata Siti, dia mengambil kesempatan tersebut juga mahu bertanya kepada rakan-rakan artis yang pernah bawa anak mereka mengerjakan umrah.
“Misalnya Yatt Hamzah yang pernah bawa anak-anaknya ke Mekah walaupun sedang mengandung ketika itu. Ia menguatkan lagi semangat saya untuk membawa Aafiyah,” ujar Siti.
Penyanyi ini ditemui dalam majlis Berbuka Puasa Siti Nurhaliza Bersama Sitizone dan majlis penyampaian anugerah Universal Music Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.
Dalam majlis penghargaan itu, Siti dinobatkan sebagai penerima anugerah Legend Award Universal Music Malaysia yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Universal Music Malaysia, Singapura dan IndoChina, Kenny Ong.
“Bakat dan profesionalisme yang ada pada beliau adalah sesuatu yang sangat berharga buat kami. Kami berbangga untuk menyampaikan Legend Award kepada Siti,” kata Kenny Ong.
“Bekerja dengan Siti dan pengurusannya adalah satu pengalaman yang menakjubkan. Selama bertahun-tahun bersama, beliau sangat profesional dan sangat mudah bekerja dengannya.
Siti menerima anugerah ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam penjualan fizikal dan digital bagi album Fragmen, Konsert Unplugged dan SimetriSiti serta empat lagu single.
Empat single tersebut adalah lagu Anta Permana apabila Siti menerima 11 kali Platinum, Comel Pipi Merah (4 kali platinum), Mikraj Cinta (Platinum) dan Cinta Syurga (emas).
Malah kedudukan dirinya yang masih tidak tergugat dengan kehadiran mana-mana artis baharu lajn melayakkan beliau menerima anugerah tersebut.
Dalam masa yang sama Siti turut menerima anugerah emas untuk album SimetriSiti.
Malah beliau turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai Malaysia’s Most Streamed Local Artist untuk tahun 2017 dan 2018 di pelantar muzik digital Spotify.
Sumber: Kosmo & Utusan Online
Gambar: IG Rozisangdewi & CTDK
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Patutlah Ramai Tanam Pokok Mulberi Rupanya Ada Trik Boleh Berbuah Lebat.
Rasa masam manis buah mulberi dan khasiatnya yang banyak membuatkan ramai yang memilih untuk tanam pokok ini.
Mulberi adalah sejenis tanaman yang memerlukan sinar cahaya matahari dan dapat tumbuh sehingga ketinggian lebih dari 100m dari permukaan laut.
Pokok ini juga menghasilkan buah berwarna hitam dan merah dan banyak ditanam di negara-negara beriklim tropika dan sub-tropika.
Lantaran khasiatnya yang banyak, ramai yang mencari kaedah untuk mengelak pokoknya meninggi dan menjadi rendang serta berbuah lebat apabila menanamnya di laman rumah .
Nak tahu caranya ikuti perkongsian Siti Saja mengenai kaedah tanaman ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya. Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah.
Untuk pengetahuan pokok mulbery akak ni baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak ni.
Begini caranya.
KAEDAH MUDAH TANAM MULBERRY
1.Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
2.Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
3.Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang… ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
4.Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
5.Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi… masih di dalam jangkauan tangan.
6.Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
7.Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manafaat pada semua.
Sumber : Siti Saja via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Biasanya saiz bilik tidur yang dibuat oleh pihak pemaju adalah kecil dan sempit. Jadi sebagai pemilik rumah tentu ada yang tidak berasa selesa dengan keadaan ruang sebegitu. Apatah lagi jika jika di dalam bilik tersebut disaratkan dengan katil, almari pakaian, meja belajar dan lain-lain kelengkapan.
Untuk itu, tentunya kita tercari-cari idea untuk menjadikan ruang bilik menjadi lebih selesa dan luas. Jadi apa kata anda lakukan DIY atau serahkan pada yang mahir dalam pertukangan kayu seperti yang diilhamkan oleh pemilik akaun facebook Anisah Abdul Halim ini.
Difahamkan bilik anak lelakinya sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft nampak cukup selesa.
Difahamkan bilik anak lelakinya sebelum dilakukan ubahsuai terlihat sempit dan tidak selesa. Bilik ini berukuran 11 kaki x 11 kaki. Namun setelah dilakukan tranformasi pada jenis katil loft nampak cukup selesa.
“Bilik tidur dengan keluasan 11′ x 11′ terpaksa la buat katil kat atas. Ala alas tiny house gitew. Baru lah nampak luas dan tenang,” ujarnya di ruangan kepsyen.
Selain itu menurutnya, sebelum dilakukan tranformasi ruang, suami dan anak lelakinya mencari idea dan lakaran 3D dihasilkan untuk memberi gambaran jelas pada tukang untuk menghasilkan rekaan katil yang diingini.
Apabila ditanya berkenaan kos, ujarnya tidaklah mahal sangat kerana dia menggunakan tukang kampung sahaja.
“Kebanyakannya kami guna semula katil lama untuk dijadikan rak, bahkan tangga katil sebelum ini juga kami gunkan bagi melengkapkan lagi rekaan katil jenis loft tersebut. Kos sebenar, saya pun tak pasti sebab kami tempah bersama-sama dengan kelengkapan lain juga. Mungkin dalam RM1K,” jelasnya lagi.
Apa yang pasti dengan menggayakan ruang bilik menggunakan katil jenis loft ini menjadikan ruangan bilik lebih nampak luas. Ini kerana penggunaan ruang dapat dilakukan dengan lebih efisyen.
Untuk itu, untuk anda yang tercari-cari idea untuk menyelesaikan maaslah ruang bilik yang sempit bolehlah jadikan idea yang dikongsikan oleh Anisah Abdul Halim ini sebagai inspirasi.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.