Berkebun sayur di laman rumah jika keluasan tanah terhad, ada baiknya menggunakan polistren untuk dijadikan sebagai bekas untuk bercucuk tanam. Cara ini tidak memerlukan kos yang mahal berbanding menggunakan pasu atau sebagainya.
Hal ini dikongsikan oleh Abdul Sapawi Abdullah tentang bagaimana menanam kucai menggunakan polistren yang lebih menjimatkan. Ini perkongsiannya.
TIPS JIMAT : Menanam Daun Kucai Dalam Kotak Polystyrene Terpakai.
Hari ni saya nak kongsikan bagaimana menanam daun kucai dengan kotak polystyrene terpakai.
Sedia maklum kotak ini memang dibuang sahaja dan bagi yang nampak kegunaannya tidak dibiarkan malah ada kegunaan untuk menanam sayuran lebih-lebih lagi daun kucai.
Bagaimana nak guna kotak ini? Ikut cara saya iaitu:
Ads
.
1. Mulanya sediakan benih kucai, bekas polystyrene terpakai, tanah merah atau lebih dikenali (Top Soil), tanah yang digaul bersama cocopeat (sabut kelapa) dan baja kompos/tahi ayam/baja bakar dengan nisbah 3:2:1
2. Potong 1/4 kotak dan tinggal 3/4 kotak sahaja.
.
Ads
3. Tebuk lubang sederhana kecil di dasar kotak, jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil.
4. Tanah merah hanya 1 inci di dasar kotak dan kemudian masuk tanah campuran.
.
Ads
5. Semai benih kucai/umbi isi dengan jarak 1 jengkal Di dalam tapak semaian.
.
6. Siram 2 kali sehari pagi dan petang. Benih kucai akan hidup 2 minggu kemudian dan potong bahagian daun sahaja. Sebulan selepas itu benih akan membiak dan ambil umbi isi 1-2 untuk ditanam di kotak polystyrene yang lain.
Semoga iannya bermanfaat!
.
NOTA : Daun kucai yang mula ditanam hanya 1 kotak sahaja dan lihatlah berapa banyak sudah membiak? Sangat-sangat mudah, murah dan meriah!
Tentunya setiap orang pernah berangan untuk memiliki rumah yang mewah. Apatah lagi apabila sudah berkeluarga, semahunya ingin mempunyai rumah yang selesa untuk didiami.
Pun begitu, dalam mencapai impian rumah idaman tentu ada usaha dan pengorbanan yang harus dilakukan.
Ini sebagaimana perkongsian kisah suami isteri ini dalam merialisasikan impian memiliki rumah idaman mereka. Semoga kisah ini dapat menyuntik inspirasi buat anda.
Ini kisahnya.
Ptg ni akak nak share kisah rumah idaman kami . Kisah anak pemandu lori & anak peniaga kedai makan. Pasangan yg suka berangan . Suka cakap “rumah kita beso, ada kolam renang”. “Motor GTR abg nnt nak parking sini tau”. Atau bila jalan² naik keta dan terjumpa org lain bwk keta idaman “ni apesal org ni pakai keta abg tak pulang²? “.
Kisah rumah idaman pertama. Banglo 5 bilik, 3 bilik air. Beli 19thn lepas. Sanggup lepaskan keta Honda Civic dan tukar kpd Satria 3rd hand.
Makan luar boleh sebulan sekali. Tudung beli kat pasar malam rm5 dpt 2lai. Saya surirumah tapi amek upah menjahit tudung. Suami g keja naik motocup, time lunch blk makan kat rumah sbb nak jimat duit. Demi rumah idaman. Sanggup berkorban. Sekarang rumah ni dah nak habis bayar. Alhamdulillah. Ni kisah 19thn lepas.
Rumah idaman kedua. Beli 3thn lepas. Banglo 7 bilik, 6 bilik air. Apa pula yg perlu “dilepaskan” kali ni ?
Kami “lepaskan” motor GTR 1400cc, Mercedes CLA250 dan Vellfire. Digantikan dgn skuter Modenas & Exora versi terbaru yg enjin turbo tu . Alhamdulillah.
Hidup ni satu pilihan. Setiap pilihan ada baik & buruk. Tiada pilihan yang lebih baik daripada pilihan lain.
Semuanya bergantung kepada perspektif masing². Jika rasa pilihan tu terbaik buat kita, teruskanlah. Pedulikan tanggapan manusia. Kita ada Allah yg menilai kita.
Kami sanggup lepaskan brg yg kurang penting utk dptkan rumah idaman.
Pesan akak utk kawan deko-deko akak, jadilah diri sendiri, kuat kerja, jgn mudah putus asa, usaha gapai impian, jaga keluarga sebaiknya, bahagiakan diri dan org tersayang.
Jgn dengki, jgn busuk hati, jgn kacau org. Doa banyak². Tawakkal. Mana tau satu hari nnt Allah makbulkan. Akak doakan semoga semua impian kawan² akak utk dpt rumah idaman & nak deko-deko tu jd kenyataan. Aminn yra .
Betapa ada orang mempunyai kekayaan dan kemewahan hidup namun di dalam hatinya terasa kosong tidak bahagia.
Pun begitu tidak hairan juga ada keluarga yang hidupnya sederhana namun dilalui dengan penuh keberkatan dan merasai nikmat bahagia.
Hakikatnya keberkatan hidup dan kebahagiaan itu perlu dicari, dan jika ditanya di mana sebenarnya punca bahagia, apakah jawapnnya?
Menjawab persoalan ini, elok kiranya kita baca perkongsian daripada saudara Ammar Kamilin.
Pinjam keberkatan Ramadan untuk merasai bahagia keberkatan al-Quran.
Beberapa hari lepas, dapat mendengar perkongsian Ustaz Faiz (Akademi Sinergi) tentang galakan tadabbur al-Quran (menyelami makna dan mesej yang Allah mahu sampaikan kepada kita).
Izin saya berkongsi beberapa buah fikir dan kesimpulan peribadi, mudah-mudahan bermanfaat.
1. Dalam surah al-Baqarah (2:185), dinyatakan, Ramadan bulan diturunkan al-Quran. Jika tidak kerana peristiwa penurunan al-Quran, Ramadan sama saja dengan bulan-bulan yang lain. Tidaklah Ramadan digelar ‘Penghulu Segala Bulan’.
Allah menyebutkan kaitan Ramadan dengan penurunan al-Quran, sebelum memerintahkan kewajiban berpuasa.
Maka, fahamlah kita, Ramadan adalah bulan yang sebaiknya kita merapatkan diri dengan al-Quran. Bukan sekadar berpuasa.
Jika bulan-bulan lain agak terleka, bulan ini, bagus jika kita kembali membaca dan menilik makna-makna ayat di dalam al-Quran.
Asbab konsisten memaknai al-Quran dalam bulan ini, besar harapan, kita akan membawa tabiat ini ke 11 bulan seterusnya. Sebelum bertemu semula Ramadan (jika dipinjam lagi nyawa).
2. Manusia hidup mencari keberkatan. Dari mana datangnya keberkatan?
Al-Quran memberikan jawapan.
Selain Allah turunkan keberkatan melalui hujan, yang menyuburkan bumi dengan tanam-tanaman dan keperluan haiwan untuk kita jadikan sumber makanan, Allah juga menurunkan keberkatan melalui al-Quran.
Ya, al-Quran yang kita pegang dan baca adalah sumber keberkatan. (Alangkah rugi selama ini tidak menghiraukannya)
Untuk merasainya, tidak cukup sekadar baca (apa pun ini lebih baik dari tidak dibuka langsung). Kita perlu memahami makna dan mesej yang disampaikan Allah. Kemudian perlu diamalkan seiring dengan apa yang telah kita fahami. Dengan faham dan amal syariat Allah, baru kehidupan akan dilimpahi berkat.
3. Kolam keberkatan letaknya di hati. Hati yang sentiasa ‘diairi’ dengan ayat al-Quran akan cukup untuk menampung apa saja ‘kemarau’ yang bertandang dalam hidup.
Ada masa kita berasa terlalu sakit di hati dengan ujian yang datang. Sesak dada tanpa ketahuan punca. Runsing dan terus buntu tanpa tahu mengapa. Puncanya kolam keberkatan di hati sudah kering. Ayat Allah sudah lama tidak masuk ke dalam hati (kefahaman pada ayat-ayat-Nya).
Solusinya, cari al-Quran. Baca dan fahami. Ada ketenangan dan manis di dalamnya. Sungguh!
4. Al-Quran perlu dijadikan amalan harian yang tidak boleh ditinggalkan, WALAU SATU HARI. Allah berfirman dalam surah al-Hadid (57:16), Hati akan jadi keras apabila tidak disirami ayat-Nya.
Hati keras umpama batu. Nak tumbuh apa pun tak boleh. Iman tak boleh tumbuh. Dengan orang jadi tiada ihsan. Cepat panas. Kena hentak sikit merekah. Pecah.
5. Yang sering disebut keberkatan itu bermakna, banyaknya kebaikan, bertambah kebaikan dan terus tetap dalam kebaikan. Bermakna hidup sentiasa baik-baik saja, walau sesukar mana ujian. Bukankah ini kehidupan yang kita mahukan?
Kongsikan catatan ringkas ini pada semua. Jangan sampai ada rakan kita yang meninggalkan Ramadan, kosong tanpa sedikit pun memahami makna al-Quran sama seperi tahun-tahun sebelum ini.
Berapa ramai yang tidak sempat mengecap ramadan tahun ini. Mereka juga seperti kita, berfikir tahun depan masih ada masa.
Kita sedang berada di dalamnya. Gunakan peluang dan untung ini untuk saham di sana. Entah ini yang terakhir.
Maka, selain menyedari untung diri, sebarkan sama mesej ini, supaya lebih ramai merasai keuntungannya.
Saya doakan, kita semua yang membaca ini dan menerima mesej ini, penuh kolam hatinya dengan air keberkatan dan cekal berdepan kemarau ujian. Dengan mencintai al-Quran. Amin.
Ibu anak dua dinobat pelatih terbaik keseluruhan PLAK. Sarjan Siti Fairuz Abdullah, 32, yang dipilih sebagai Pelatih Terbaik Keseluruhan Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).
Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu mengakui dia sejujurnya tidak meletakkan sasaran dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Satu pencapaian membanggakan sebagai seorang wanita dan tidak menjangkakan dipilih sebagai pelatih terbaik keseluruhan,”katanya.
Beliau yang berkelulusan Diploma Kejuruteraan Awam dari Politeknik Sultan Azlan Shah berkata, komitmen 100 peratus diberikan sepanjang sembilan bulan latihan di Pulapol.
“Saya kira ini satu pencapaian membanggakan kerana saya merupakan seorang pelatih wanita berjaya dipilih sebagai pelatih keseluruhan terbaik.
“Sememangnya saya telah tanam minat sejak dari kecil lagi untuk menjadi warga PDRM kerana ayah juga seorang pegawai polis,” katanya pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas tamat majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Sarjan Percubaan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.
Siti Fairuz berkata, dia bersyukur kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga tercinta dan rakan-rakan.
Ibu kepada dua anak itu berkata, cabaran utama semasa menjalani latihan selama sembilan bulan di Pulapol adalah berjauhan daripada anak-anak tersayang.
Menurutnya, selama ini dia tidak pernah berjauhan begitu lama dengan anak-anak, namun semua itu berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.
Ditanya mengenai tugas sebelum ini, katanya, dia menyertai PDRM pada 2018 dan menjalani latihan di Pulapol Langkawi sebelum ditugaskan di unit trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA.