Seronoknya tengok orang lain tanam lada solok menjadi, lebat buahnya. Untuk yang nak tahu apa rahsia dan tipnya, ini dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah.
Ini cara saya tanam lada solok tepi rumah!
1. Tanam dalam tong cat terpakai.
2. Tanam satu tong satu pokok.
3. Guna tanah campuran sebagai media tanaman.
4. Tanam masa anak pokok umur 60 hari lepas semai.
Ads
“Hari ini genap 1 minggu ditanam. Dah ada cabang Y dan putik bunga. Pagi tadi kali ke 2 siram dengan baja subur. 1 pokok 1 liter. 2 kali seminggu sembur dengan kawalan organik.Hari Selasa ni dah boleh siram dengan baja buah.” Azuan Abdullah.
*Tips Kenapa Saya Suka Guna Tanah Campuran*
1. Boleh jimatkan air sebab siram pagi dan petang je. Jika tak ingat siram 1 hari pun pokok masih ok.
Ads
2. Jimat baja sebab siram 2 kali seminggu je dengan baja subur atau buah.
3. Pokok naik tegak dan susah nak tumbang.
Nisbah tanah campuran saya
Ads
3 bahagian tanah
1 bahagian pasir sungai
1 bahagian bokashi @ kompos.
p/s : Tong cat boleh diganti dengan pasu, polibag atau apa – apa bahan terpakai. Guna yang kapasiti 15 liter ye untuk senang nak jaga.
Membaca doa Arafah disunatkan juga kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia walaupun kita tidak berada di Padang Arafah.
Oleh itu, bersamalah kita berdoa meminta pada Allah bersungguh-sungguh agar diampunkan dosa-dosa kita, ibu bapa kita, anak isteri kita, semua kaum keluarga kita, kawan-kawan kita dan semua orang-orang Islam.
Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf, umat Islam selain berdoa, boleh juga melakukan puasa sunat di Malaysia pada hari Khamis, 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Ini berdasarkan kepada Kalendar Islam di Malaysia untuk tarikh penting 2020M/ 1441H, tarikh 1 Zulhijjah adalah pada 22 Julai 2020, maka Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf yang merupakan kemuncak ibadah haji, adalah pada 30 Julai 2020 Masihi bersamaan 9 Zulhijjah 1441 Hijrah.
Min kongsikan beberapa doa yang mungkin anda boleh masukkan dalam senarai doa sedia ada. Doakan kebaikan kita semua juga ya.
1. Ya Allah, kurniakan padaku kejayaan terbesar – selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus.
2. Ya Allah, masukkan aku dan keluargaku dalam golongan yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.
3. Ya Allah, kurniakan padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah SAW.
4. Ya Allah, masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah SAW, keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.
5. Ya Allah, selamatkan rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.
6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu.
7 Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.
8. Ya Allah, terima amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkan aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.
9. Ya Allah, apabila aku mati, biarkan jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi
10. Ya Allah, kurniakan kepadaku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan iman.
11 Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunanMu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu.
12. Ya Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Jangan singgahkan keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu.
13. Ya Allah, tingkatkan kecintaanku untukMu dan NabiMu.
14. Ya Allah, ampuni aku dan tingkatkan kurnian rahmat dan rezekiMu.
15. Ya Allah, beri aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanMu.
16. Ya Allah Ya Rabb, sucikan niatku hanya untukMu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.
17. Wahai Penciptaku dan Tuhanku, jangan Kau biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.
18. Ya Allah Ya Tuhanku, jadikan aku dari kalangan orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku.
19. Ya Allah, selamatkan aku dari fitnah Dajjal.
20. Ya Allah, selamatkan aku dari azab kubur dan azab api neraka.
21. Ya Allah, tingkatkan usahaku dalam kerja-kerja sadaqatul jariah.
22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.
23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkan bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.
24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah.
25. Ya Allah, tingkatkan kesyukuranku semata-mata kepadaMu.
26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.
27. Ya Allah, izinkan aku dan suamiku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu.
28. Ya Allah, lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.
29. Ya Allah, ampuni dan berikan rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.
30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur, putus asa, salah laku dan syirik.
31. Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.
32. Ya Allah, hapuskan Virus Covid19 di seluruh dunia dan sembuhkan mereka yang dijangkiti.
33 . Ya Allah, ampunkan segala dosaku, dosa kedua ibu bapaku dan ampunkan segala dosa seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.
Baru-baru ini tular satu tangkap layar status whatsapp seorang suami yang merungut dengan sikap isteri yang didakwa tidak membenarkan dirinya melepak. Rata-ratanya memarahi dan mengutuk perbuatan lelaki itu yang dikatakan melebihkan sahabat berbanding isteri dan anak-anak.
Tidak tinggal diam, doktor dan juga pengacara, Dr Say Shazril memberikan pandangan berkenaan isu tersebut.
Menurut Dr Say, tidak salah bagi seorang lelaki sudah berkahwin untuk bertemu sahabat namun mereka sepatutnya peka dengan keadaan isteri lebih-lebih lagi yang sudah menyandang gelaran bapa.
“Saya agak triggered dengan pandangan lelaki yang dah berkahwin dan ada sorang anak ni. Saya harus akui bahawa saya bukanlah suami yang baik tapi saya cukup pantang lelaki melayan perempuan macam ni apatah lagi seorang suami melayan isteri yang merupakan ibu kepada anaknya sebegini.
“Nak berkawan silakan tapi sedar-sedar lah batas hang sebagai seseorang bergelar ayah. Hang ingat bini hang hubungi sebab hang baru lepak 30 minit ka? Bini kita ni dia punya power, tiga hari/tiga bulan/ tiga tahun atau tak dak hang selama-lamanya pun dia boleh jaga anak tu tapi alasan dia hubungi mesti sebab dia nak hang ada sekali kat rumah tu sebagai seorang ayah untuk luangkan masa dengan anak hang.
“Mungkin ada yang cakap ‘boleh lah Dr Say cakap macam ni sebab saya tengok doc macam tak ada kawan je’. Saya ada ja kawan cuma lepas kahwin terutamanya lepas ada dua anak ni kawan bukan lagi keutamaan saya,” jelasnya.
Tambah Dr Say lagi, para suami haruslah sentiasa bertolak-ansur dengan isteri dan sama-sama menjaga cahaya mata dengan baik.
” Tambahan saya ada anak istimewa dan anak saya dua-dua ligat. Benda ni simple je, letakkan diri kita dekat tempat isteri. Kalau ampa kena hadap anak ampa sorang terutamnya lelaki yang jenis utamakan kawan ni, saya guarantee 30 minit jaga anak rasa macam tiga jam.
“Hang kerja pagi sampai petang, balik hang lepak dengan kawan, dah tu bila masa hang dengan anak hang? Jadi BE CONSIDERATE. Anak tu amanah berdua bukan amanah isteri sahaja.
“Paling tak boleh bla ugut nak ‘lepaskan’ bini sebab ‘memalukan’ dia di hadapan kawan-kawan. Tak tahu nak tolong macam mana lah lelaki macam ni. Mesti egois, keras kepala, fikir dia lah yang paling hebat dalam keluarga tu dan paling penting bini tak ada hak dan tak boleh bersuara.
“Kepada wanita-wanita yang masih belum berkahwin tolonglah jauhi lelaki-lelaki kolot dan selfish macam ni. Kepada wanita yang dah ter-kahwin lelaki macam ni, my prayers are with you. Apa kata kalian? Ke ampa tuju dengan pendirian lelaki ni?” tambahnya.
Bila sebut sahaja Puding Karamel tentu sudah ada yang membayangkan kemanisan rasa adunan gula hangus yang ada di atas puding, rasanya cukup enak bersatu dengan puding yang lembut dan gebu.
Pun begitu, kali ini Kek Puding Karamel yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah di group facebook MAHN ini cukup cantik kejadiannya. Setiap lapisan terlihat beralun dan nampak cukup menyelerakan untuk dirasa.
Tulis Nor Al Fatihah di dalam posting tersebut, “Kek Karamel Alunan Kasih nama diberi, lembut dan gebus lagi sedap makan sejuk-sejuk. Dah boring wat belang-belang pelangi. Buat style alunan kasih pula.”
Jadi buat anda yang teruja untuk mencuba membuatnya sendiri, di sini dikongsikan resipi untuk membuatnya. Selamat mencuba!
Langkah Demi Langkah
Karamel/gula hangus
21/2 sudu besar gula
tabur gula di dalam loyang 9 inci. Masak di atas api kecil sehingga gula cair dan bertukar keperangan muda. Senget-sengetkan loyang supaya karamel rata. Sejukkan.
Puding
2 biji telur (putih & kuning)
3 biji kuning telur
1 tin susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanila
Cara buat :
Kacau semua bahan-bahan dengan garfu hingga sebati sahaja. Jangan sampai berbuih. Tapiskan ke dalam loyang berisi karamel.
Meringue
6 biji putih telur (pastikan tiad abercampur kuning telur dan air)
3/4 cawan gula
1 sudu teh cream of tartar
Cara buat :
Pukul semua bahan-bahan dengan high speed hingga kental dan bertanduk. Bila terbalikkan bekas, adunan tidak tumpah.
Kek
3 biji kuning telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/4 cawan minyak
1 sudu teh esen vanila
11/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
Pewarna pink dan hijau
Serbuk koko/milo secukupnya
Cara Buat :
1. Pukul telur, gula, air, minyak dan esen vanila hingga berkrim.
2. Masukkan tepung gandum dan sebuk penaik hingga kembang.
3. Kemudian masukkan meringue secara 3 peringkat. Kaup balikkan dari bawah ke atas perlahan-lahan hinggas ebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 2 bahagian campur dengan pewarna dan satu bahagian lagi dibiarkan dibiarkan warna asal. Masa ini boleh [panaskan oven dulu pada suhu 170C.
5. Dengan menggunakan sudu, tuang adunan hijau ke atas dan sekeliling puding secara perlahan. Adunan akan terapung ye. Tak perlu ratakan untuk dapatkan corak yang beralun.
6. Kemudian masukkan serbuk koko/milo ke dalam penapis dan ayak secara nipis memenuhi lapisan hijau tadi.
7. Ulang proses yang sama dengan dua lapisan lagi.
8. Lapisan terakhir tidak perlu tabur serbuk koko/milo.
9. Kaedah bakar cara ‘water bath’ -letak loyang ke dalam loyang 10×10 dan isi air panas hingga loyang kek tenggelam sedikit. Bakar selama 1 jam api atas bawah, kemudian 15 minit terakhir api atas sahaja. Bergantung pada oven masing-masing.
10. Setelah kek masak, sejukkan selama 20 minit sehingga tepi kek lekang daripada loyang. Terbalikkan eprlahan-lahan ke atas pinggan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.