Seronok juga melihat ada dikalangan antara kita bila menanam sayur-sayuran di laman rumah terlihat subur. Terasa teringin juga untuk mencuba menanam sepokok dua.
Pun begitu, sebagai langkah permulaan tentunya kita mahu mencuba menanam pokok yang mudah hidup dan cepat dapat dituai.
Ikuti perkongsian ini untuk anda dapat menanam bayam dengan cara yang mudah dan dapat menikmati hasilnya dengan cepat.
Siapa-siapa yang baru cuba berkebun saya sangat rekemen tanam bayam. Senang hidup dan cepat tumbuh.
Pokok ni baru 3 minggu, dah nak boleh kutip.
Ads
Medium yg saya guna ialah tanah: sekam: cocopeat, 1:1:1.
Baja boleh guna air beras @ npk
Cara tanam.
Ads
1. Campur benih dengan tanah dalam bekas kecil @ gaul. Ini nk elak benih tumbuh terlalu dekat.
2. Tabur gaulan tadi atas medium . Kemudian tabur lapisan medium atas benih (ambil medium dari tapak tanam)
3. Kemudian siram guna air yang semburan halus, jangan siram terus guna paip nanti abis benuh berterabur. Tutup medium dengan zink@kain@ pelepah kelapa untuk bagi gelap
Ads
3. Dlm 3-4 hari pucuk akan keluar. Terus buang penutup atas utk elak pokok lonjong.
4. Amalkan siram guna semburan halus 2 kali sehari, kalau malas cam saya sehari sekali pun ok, asalakan medium tak kering kontang.
Sumber : Abdul Quyyum
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dikurniakan keberkatan hidup adalah sebuah anugerah untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Bila ada keberkatan, hidup ini akan sentiasa berada di dalam kecukupan.
Di sini pula dikongsikan antara tanda-tanda hidup ini TIDAK BERKAT :
1. Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
2. Buat kerja, tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.
3. Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.
4. Masa habis dengan sia-sia.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fesbuk, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.
Adakah kita salah seorang yang mengalami atau merasai tanda-tanda di atas?
Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah…
Suami terindah bukanlah yang mampu memberikan segalanya. Tetapi suami yang setia dan selalu ada dalam tangis dan tawa bersama isteri serta anak-anak. Sifat sabar dan bertolak ansur perlu ada dalam sesebuah rumah tangga. Termasuklah juga ringan tulang membantu isteri tambah lagi jika kedua-dua anda bekerja.
Jangan biarkan isteri berpenat lelah di luar, apabila pulang, sendirian melakukan kerja rumah. Tidak perlu tunggu isteri meminta tolong, sebaliknya sama-sama melakukannya. Percayalah, isteri pasti tersenyum bahagia.
Perkongsian ustaz Ebit Lew mungkin boleh membuka pintu hati dan mata para suami dalam memahami situasi sekali gus menjaga hati seorang yang bernama isteri…
Sebak bila melihat seorang isteri….
Malam tadi jumpa seorang abang 4 pagi di kedai mamak…ustaz, sakit jiwa saya bila balik rumah berserabut. Malas rasa duk rumah. Isteri selekeh, rumah bersepah, dan kuat membebel dan marah-marah..apalah kerja dia di rumah. Anak 2 orang. Saya balik penat-penat nak rehat. Rasa nak berehat..dia cuma suri rumah jer…Ke ustaz rasa macam mana?
Kerja seorang isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa atau wanita yang bekerja. Dua-dua sangat penat abang. Sebab kerja rumah ini tak pernah habis..
Terutama jika ada anak-anak. Kerja di rumah tak pernah habis..
Cuba suruh isteri kerja 3 hari. Kita lelaki urus rumah 3hari. Rasanya Allah jer yang tahu. Penat, letih, lesu dan rasa nak menangis. Nabi saw paling memahami dan melayan perasaan isterinya. Tak marah dan sentiasa prihatin dan suka menawan hati mereka..
Saya jika balik tengah malam atau balik kerja isteri senyap atau tengah baring. Saya tolong picit kakinya. Urut tapak kaki. Saya tahu dia letih. Dan tolong tolak tarik bagi badan bunyi-bunyi. Sebenarnya bukan apa, saya tahu dia penat sangat..Bidadari saya buat semuanya kerana Allah. Begitulah semua isteri di dunia ini…kerana cinta kerana Allah mereka buat semua tu. Itulah ubat hati mereka..
Perkara asas dalam hidup mereka terabai. Makan minum, rehat tidur, waktu mandi dan ke tandas, urus diri dan kasih sayang..mereka kena layan kerenah anak-anak. Jika ada anak di rumah. 24 jam nak makan. 24 jam rumah bersepah. Baru kemas sejam. Sekejap isteri urus benda lain. Rumah dah tak rupa rumah. Bersepah semula…mereka menjerit marah penat…belum kira anak menangis 24 jam. Nak susu, nak berak, main air, berebut mainan…Boleh darah tinggi 24 jam kena menjerit. Melihat dan nak menegur anak-anak..
Basuh baju jer. Dari pagi kutip baju. Basuh baju. Lepas tu jemur baju. Lepas tu angkat baju. Lipat baju. Kemas dalam almari ikut jenis. Ikut almari masing-masing. Kadang almari tak cukup beli bekas dekat giant. Sekejap lagi anak terbalikkan. Kasihankan. Ya Allah…
Duduk seorang diri di rumah. Takde orang lain. 24 jam mengadap pintu rumah. Takde kawan bercakap. Banyak nak cakap. Suami balik. Ingat nak cerita. Salah luah. Sebab dah penat. Cakap merapu.
Suami pula cakap awak duduk rumah apa kerja? Awak duduk rumah macam mana duit habis? Awak duduk rumah tak boleh urus rumah? Terus rasa nak pecah kepala mereka. Kat mana nak mula. Kerja rumah kalau terang habis satu buku. Kalau cerita 3 hari 3malam tak selesai. Suami mengamuk pergi lepak dengan kawan. Lepak mamak. Cian isteri..isteri nak lari mana. Siapa nak jaga anak di rumah..ya ALLAH… Kita kahwin ini amanah ALLAH. Tolak ansurlah. Kerjasamalah. Biar ada hati budi. Ada hati perut. Doaakn isteri. Sayangi mereka. Bantu mereka. Beri masa dengar kisah hidup mereka. Ya Allah kami suami sangat sayang isteri amanahmu. Sayangilah mereka. Kekurangan kami dalam sayang dan beri masa bangunkan mereka dengan Islam kau maafkanlah.
Abang tadi menangis. Ya Allah… ustaz. Terima kaseh. Sedih rasa. Rindu isteri saya. Betul lah ustaz. Tuler abang, saya lagi rindu isteri anak-anak saya. Bila tadi saya suap anak-anak 3 pagi duduk lepak. Jauh mereka merayau. Ya ALLAH selamatkanlah keluarga kami semua. Dari tadi saya sebak. Maaf saya emosi sikit cerita pada abang ini.
Biasanya jika menanam sayur di atas tanah, pokok lebih cepat besar dan subur berbanding di dalam pasu. Apatah lagi andai ukuran pasunya kecil, agak sukar untuk tanaman hidup subur.
Pun begitu, bukan juga mustahil untuk mendapatkan hasil tuaian yang segar dan nampak gemuk-gemuk walau ditanam di dalam pasu.
Tapi ada syaratnya, hal ini dikongsikan oleh saudara Azuan Abdullah. Jom kita lihat satu persatu.
“7 TIPS NAK BAGI SAWI DALAM PASU JADI GEMUK GEMUK”
Sawi antara sayur daun yang paling mudah di tanam. Tanam dalam pasu pun ia boleh jadi subur bila kena caranya.
Mesti ramai yang tak tahu sebenarnya nak bagi sawi gemuk dalam pasu senang sangat sangat. Saya dah biasa buat sampai kawan – kawan isteri minta nak beli sawi saya.
Baik. Ini tipsnya :
1. Pilih saiz pasu yang sesuai. Lagi besar saiz pasu, lagi baik. Saya biasa guna pasu saiz 16 x 12 inci.
2. Guna media tanaman yang paling sesuai. Jenis media yang kita guna akan menentukan jenis baja yang perlu kita gunakan nanti. Saya selalu guna tanah campuran sebagai media tanaman sebab ianya boleh jimatkan air dan baja.
3. Tanam dari benih yang berkualiti. Macam saya, saya guna benih sawi giant. Saya suka sangat sawi giant ni sebab ia tak pahit, tak berbunga, boleh tahan lama dan beratnya boleh mencapai 1 kg sepokok.
4. Guna baja yang sesuai mengikut jenis media tanaman kita. Bila guna cocopeat atau sekam padi bakar sebagai media tanaman, kita wajib guna baja AB sahaja. Sebabnya ke 2-2 media ini kosong kandungan bajanya.
Bila kita guna tanah campuran, kita ada banyak pilihan baja untuk pokok sawi tersebut. Kita boleh guna baja sebatian NPK 15:15:15, Baja Sebatian NPK 16:16:16, Baja Organik 8:8:8:8 + Mgo, Baja NPK Larut Air 18:18:18 + Mikro, semua jenis baja organic yang ada di pasaran dan boleh juga guna baja AB.
5. Lokasi kedudukan pasu juga amat penting. Untuk pokok sawi hidup subur, pasu mesti diletakkan di tempat yang dapat 100% pancaran matahari. Jika cahaya tak cukup, pokok akan terbantut tumbesarannya. Orang Kelantan panggil “berit”.
6. Siram pokok mengikut keperluan berdasarkan jenis media tanaman yang kita guna. Jika guna cocopeat atau sekam padi bakar, kekerapan siraman paling kurang 3 – 5 kali sehari. Jika kita siram kurang 3 kali, pokok akan jadi layu dan risiko pokok mati adalah sangat tinggi.
Berbeza jika guna tanah campuran, saya siram 1 kali je sehari. Kadang kadang tu, ada juga 2 hari baru siram. Alhamdulillah, setakat ni pokok ok je. Inilah salah satu kelebihan guna tanah campuran.
7. Kawalan perosak dan penyakit dilakukan secara berkala 1 kali seminggu. Untuk tanaman di tepi rumah, disyorkan guna kawalan organic sebagai langkah pencegahan.
Saya guna bio pesticide buatan sendiri. Semasa nak sembur pada pokok sawi, bio pesticide tadi saya akan campurkan dengan cuka kayu supaya ia jadi lebih power. Hihi.
Kawan – kawan, tanam sawi dalam pasu ni sangat sangat mudah bila kita tahu caranya. Ia akan jadi lebih seronok bila pokok yang kita tanam tu besar besar dan gemuk gemuk.
Dan yang paling best, kita dapat makan sayur fresh yang 100% bebas racun kimia. Bila bila masa je boleh terus petik.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...