Menyentuh bab berkongsi rezeki, nyata terdapat pelbagai cara untuk kita bersedekah. Selain memberi secara langsung wang kepada penerima, ada juga yang melakukan secara kreatif hingga si penerima tidak sedar mendapat sesuatu daripada si pemberi.

Ini seperti mana yang dilakukan oleh pengusaha kek di Kampung Balun, Slim River, Perak ini sejak mula berniaga dua tahun lalu di mana akan berkongsi rezeki bersama pelanggannya dengan cara memasukkan wang di dalam beberapa kek setiap hari.

Auni Aufiyah See Abdullah mengambil pendekatan yang cukup istimewa dan difahamkan tujuannya berbuat demikian adalah untuk berkongsi rezeki dan dalam masa yang sama sebagai cara dirinya menzahirkan penghargaan kepada pelanggannya.

Pun begitu, baru-baru ini usaha ibu kepada seorang anak perempuan ini  mendapat perhatian dan tular di media sosial apabila ramai warganet memuji inisiatifnya itu.

Letak Duit Dalam Kek Jualan. Rupanya Begitu Cara Ibu Anak Sorang Ni Kongsi Rezeki!

Menurutnya, dia sentiasa percaya yang dalam rezekinya pasti ada rezeki orang lain dan untuk berkongsi, ia tidak semestinya memerlukan nilai besar. Ini sebagaimana memetik perkongsiannya bersama Harian Metro.

“Saya sudah lama buat seperti itu (berkongsi rezeki dalam kek) sejak mula berniaga lagi, tetapi tak pernah buat video dan kongsikan di media sosial. Video yang tular itu adalah perkongsian pertama saya.

IKLAN

“Niat saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau riak tetapi saya hanya mahu berkongsi saja dan tak sangka ia akan tular serta mendapat perhatian ramai,” katanya.

Letak Duit Dalam Kek Jualan. Rupanya Begitu Cara Ibu Anak Sorang Ni Kongsi Rezeki!

Baca artikel menarik lain di sini:

Auni Aufiyah berkata, secara tidak langsung video itu dapat menyampaikan mesej kepada orang ramai yang berkongsi rezeki boleh dilaksana dalam pelbagai cara dan mengikut kemampuan.

Katanya, tiada hari tertentu untuknya berkongsi rezeki dan biasanya, jika dia menyediakan 100 bekas kek keju mangga, wang akan diletakkan pada 20 ke 30 bekas kek.

IKLAN

Letak Duit Dalam Kek Jualan. Rupanya Begitu Cara Ibu Anak Sorang Ni Kongsi Rezeki!

“Wang itu saya akan balut dengan plastik dan pastikan ia memang betul-betul bersih kerana saya amat pentingkan aspek kebersihan makanan. Pada mulanya ramai yang sangka saya tak balut duit itu.

“Saya akan meletakkan wang kertas RM50, RM20, RM10 atau RM5 dalam bekas kek itu. Ia seperti kejutan dan siapa yang bertuah akan mendapatnya,” katanya.

Letak Duit Dalam Kek Jualan. Rupanya Begitu Cara Ibu Anak Sorang Ni Kongsi Rezeki!

IKLAN

Katanya, usaha itu juga menceriakan pelanggan yang tidak pernah jemu menyokongnya dari sejak memulakan perniagaan di rumah dan kini sudah mempunyai kedai kek sendiri serta menggaji 15 pekerja.

“Bagaimanapun tidak semua bekas kek ada wang dan itu cara saya untuk menghargai pelanggan,” katanya.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Letak Duit Dalam Kek Jualan. Rupanya Begitu Cara Ibu Anak Sorang Ni Kongsi Rezeki!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI