Menu hari ini pilih yang simple je ibu-ibu, mudah tapi membuka selera seisi keluarga. Kalau waktu bulan puasa memang resipi ini satu kemestian, tak beli di bazar ramadan pasti buat sendiri kan.

Baik ikan mahupun ayam percik mesti wajib dihidangkan. Untuk ibu-ibu yang nak cuba buat sendiri kuah percik yang sedap tapi mudah, boleh cuba resipi dari puan Afy AL Habibi. Tengok pun dan terlir.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!Cikgu pilih untuk berkongsi semula resepi ikan percik warisan keluarga cikgu. Cikgu rasa rugi pula kalau tak tunjuk langkah masak satu persatu. Sebab cikgu tengok bulan puasa kali ini makin ramai yang cari balik resepi cikgu sayang ni.

Cikgu buat ikan percik tu betul-betul duduk bersila berguru depan mak. Resepi yang sememangnya turun temurun dari emak. Tak ada rahsia yang disembunyikan. Cikgu belajar masa balik kampung dua tahun lepas. Haa. Dari proses perap ikan, buat kuah sehinggalah siap sepenuhnya.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!Kalau nak buat ayam percik ada cara berbeza. Nanti cikgu kongsi lagi lain kali.

Yang pasti kawan yang sudah cuba resepi ini mereka suka sangat. Cikgu lebih suka percik warna merah dari putih. Bezanya satu sahaja. Boleh baca dekat gambar di bawah.

Musim bulan puasa bazar di Kelantan memang tersohorlah menu percik ni. Jadi puasa dalam tempoh pkp sekarang bolehlah kawan cikgu cuba buat sendiri.

Ikut sahaja semua langkah cikgu bagi.
Mesti menjadi dengan sedapnya. Boleh follow cikgu untuk resepi lengkap yang lain.

IKLAN

Terima kasih emak kongsi resepi paling enak!

Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!

Bahan-bahan
Ikan Kembung 5 ekor
( basuh bersih dan kelar ikan)

IKLAN

– 2 batang serai
– 5 ulas bawang putih
– 1 inci halia
– 1 1/2 inci kunyit hidup
( Semua bahan di hiris nipis)
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!Masukkan dalam tabung pengisar. Tambahkan 3/4 sudu besar garam dan 1 sudu kecil serbuk perasa Hilal atau jenama lain. Kisar hingga lumat.

cara membuat:
Lumur rata bahan kisar pada ikan. Perap selama 20 minit.

Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!

IKLAN

Bahan untuk kuah percik

– 5 biji bawang merah saiz syiling 20 sen
– 2 ulas bawang putih
– 1/2 hiris nipis halia
– Secubit belacan
– 1/2 sudu besar serbuk ketumbar (disangai dan dikisar halus)
Kisar semua bahan hingga lumat.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!cara membuat:
1. Tambahkan sekali 6 senduk santan segera. ( Beli dekat pasar. Pekat asli daripada buah kelapa) Tambahkan 1 senduk air kosong.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!2. Masukkan 1 1/2 sudu besar cili kisar ( kisar sendiri). Guna cili kering saiz paling besar. Tak pedas. Warna pun merah cantik. Nak buat warna percik putih maka tak perlulah letak cili kisar. Itu bezanya. Pada warna sahaja.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!3. Letak periuk atas dapur. Buka api perlahan. Perahkan sehiris limau nipis.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!4. Masukkan 2 1/2 sudu besar gula, 1/2 sudu besar garam dan secubit serbuk perasa Hilal atau jenama lain* kuantiti rasa terpulang kepada citarasa sendiri/ masukkan sedikit demi sedikit untuk lebih selamat. Kacau kuah dengan api sederhana besar.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!5. Tutup api setelah kuah berbuih mendidih. Siap untuk kuah percik lazat tak terkata.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!
6. Bakar ikan di atas bara api. Jangan bakar hingga kering garing supaya isinya kekal juicy.
Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!7. Sendukkan kuah percik tadi dan ratakan atas badan ikan. Salutkan dua kali untuk hasil yang cantik. Masa ni memang tak tahan bau kuah yang disalai sekali atas bara api.

 

Resipi Ikan Percik Warisan Keluarga. Wanita Ni Kongsi Rahsia Masak Kuah Enak & Ikan Lebih Juicy Dari Ibunya!Nikmat yang tak dapat diucapkan. Haa Siap. Nampak sedap kan?

Semoga bermanfaat.
#resepicikguafy

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI