Sesiapa pun boleh manfaatkan kawasan laman rumah yang terhad untuk melakukan aktiviti berkebun bersama keluarga. Paling mudah, mencuba untuk menanam sebatang dua pokok terung seperti mana yang dilakukan oleh Encik Azuan Abdullah ini.
Siapa sangka, dengan hanya 2 batang pokok tersebut hasil sayur terung yang dituai bukan sahaja dapat dinikmati olehnya sekeluarga, malah turut dikongsi bersama jiran-jiran di kediamannya.
Jadi tentu kita ingin tahu apa yang dilakukannya hingga membuatkan tanaman terungnya berbuah lebat. Untuk itu, jom semak perkongsian bermanfaat ini.
Tips Nak Bagi Terung Buah Lebat Sampai Tak Habis Makan! “Pokok terung ni saya tanam suka-suka tepi rumah. Jenis antabogal. Tanam dua pokok je, buahnya memang tak habis makan. Okey. Ni cara-cara saya tanam dan jaga dua pokok terung ni.
Patutlah masa ambil benih hari tu, kawan kata terung jenis ni boleh capai 15 kg sepokok. Masa tu was-was lagi. Betul ke ni? Ke sembang je lebih!
Bila dah tanam sendiri ni, rasanya cakap member tu boleh percaya la sebab dah lebih 30 biji saya petik terung ni dari 2 pokok yang saya tanam. Buah kat pokok sekarang ada lebih kurang 20 biji lagi.
Memang kami tak habis makan walaupun tanam dua pokok. Siap pokok terung ni dapat berbakti lagi untuk 6 buah rumah saudara kami. Alhamdulillah.“-Azuan Abdullah
Ads
Langkah-langkahnya :
Tanam dalam petak tanaman. Guna tanah campuran sebagai media tanaman. Jarak antara pokok 3 kaki.
2. Tanam anak benih masa umur 35 hari lepas semai.
3. Lepas tanam terus sembur dengan kawalan organic buatan sendiri. Semburan juga dibuat pada hari kedua dan ketiga lepas tanam. Sembur pada awal pagi.
4. Siram dengan air kosong pada hari pertama dan kedua lepas tanam. Siram pada waktu pagi dan petang. 1 liter setiap kali siram.
Ads
5. Siram dengan baja subur pada hari ketiga lepas tanam. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram 1 liter satu pokok pada waktu pagi. Sebelah petang siram dengan air kosong sebanyak 1 liter 1 pokok.
6. Siram dengan air kosong pada hari yang kita tak siram dengan air baja. 1 liter pagi dan 1 liter petang.
7. Siram dengan air baja subur dua kali seminggu sehingga pokok ini berumur 14 Hari Lepas Tanam (HLT). Saya siram pada umur 3 HLT, 7 HLT, 10 HLT dan 14 HLT. Kadar pencairan adalah 10 ml larutan baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong 1 liter 1 pokok.
8. Bila pokok 17 HLT, 20 HLT, 24 HLT, 27 HLT dan 30 HLT, guna pencairan 15 ml larutan stok baja subur untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter satu pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
9. Sembur dengan kawalan organic buatan sendiri pada setiap hari kita siram air baja. Sembur awal pagi. Sembur pada pucuk dan daun muda hingga basah lencun.
Ads
10. Pastikan tiada rumput di kawasan pokok kita sebab rumput ni rumah bagi serangga perosak. Bila tiada rumput, risiko serangan perosak pun kurang dan nak kawal pun mudah.
11. Boleh start siram dengan air baja buah bila pokok dah 34 hari lepas tanam. Kadar pencairan adalah 15 ml untuk 1 liter air. Siram pada waktu pagi, 1 liter 1 pokok. Petang siram dengan air kosong, 1 liter 1 pokok.
12. Ulang langkah diatas dua kali seminggu hingga pokok umur 60 hari lepas tanam.
13. Bila pokok dah start berbuah dan boleh kutip hasil, buang daun yang tak berfungsi setiap minggu.
14. Bila pokok umur 64 hari lepas tanam, saya siram dengan baja buah antara 1.5 – 2 liter sepokok. Siram pada waktu pagi dan kadar pencairannya juga adalah sama. Petang siram dengan air kosong, juga antara 1.5 – 2 liter setiap pokok.
Sakit tumit mungkin bukan masalah bagi wanita muda tetapi bagi yang sedikit berusia, sakit tumit adalah penyakit utama yang buat kita tidak rasa selesa.
Tak terlepas juga mereka yang mempunyai masalah berat badan. Memang terasa sakit bila hendak berjalan, lebih-lebih lagi ketika baru bangun tidur.
Menurut pengamal perbidanan, salah satu penyebab sakit tumit adalah disebabkan masalah angin dalam badan.
Nak pulihkannya senang sahaja, cuba amalkan cara ini setiap hari. Guna tungku atau batu sahaja. Insyaallah sakit makin reda.
Caranya:
1. Panaskan tungku di atas api selama 15 hingga 20 minit.
2. Letakkan atas kain alas.
3. Balut kemas tungku panas tadi.
4. Panaskan kaki atau lebih senang letak sahaja kaki di atas tungku.
5. Buat hingga tungku sejuk.
Buat setiap hari hingga sakit makin reda. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sedangkan terhiris pisau pun kita dah terasa sakitnya, apatah lagi bila terputus salah satu jari yang selama ini elok di tangan kita.
Itulah yang terjadi buat Pelakon Shahronizam Noor dan menyifatkan kehilangan jari kelingking kiri yang putus ketika memotong ayam untuk memberi kucing makan di rumahnya pada 10 April lalu, sebagai ujian kecil daripada Allah.
Memetik laporan Harian Metro, Shahronizam ketika ditemui berkata, anggota badan seperti jari itu adalah pinjaman daripada Allah dan bila-bila masa saja boleh diambil semula dalam apa keadaan yang menjadi penyebabnya.
“Apapun, saya bersyukur kerana tidak panik ketika berhadapan kemalangan dan saat cemas bersendirian di rumah. Isteri saya, Safura ketika itu berada di Singapura kerana mengikuti karnival jualan sempena Ramadan di sana.
“Saya dihantar ke Hospital Ampang untuk dapatkan rawatan dengan bantuan jiran. Alhamdulillah, sedikit pun saya tidak panik kerana penting untuk saya memastikan keadaan diri stabil dan tenang. Benda pun dah jadi.
“Pada isteri pun, saya hubungi dia beritahu hanya alami kemalangan kecil dan ringan saja. Ini kerana, saya tidak mahu dia (isteri) rasa panik dan fikir macam-macam sebab perjalanan nak balik ke Kuala Lumpur dari Singapura itu jauh.
“Lagi pula, saya sudah menerima rawatan di hospital. Jadi, tak ada apa yang perlu dibimbangkan. Cuma, saya yang harus utamakan keselamatan perjalanan pulang isteri ketika itu,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga penerimaan orang tuanya di kampung ketika balik beraya pada Aidilfitri lalu, Shahronizam berkata, ibunya agak sedih melihat dia sudah tiada jari kelingking.
“Emak saya memang sedihlah bila tengok jari kelingking saya sedikit saja yang tinggal. Tapi, benda dah jadi, sabar sajalah. Benda pun sedikit. Kita pun semua ini pinjaman. Mungkin sekarang jari yang diambil oleh Allah. Esok nanti, badan kita pula. Pinjam saja, tak ada masalah pun,” katanya.
Shahronizam berkata, dia juga bernasib baik mempunyai perlindungan insurans peribadi, namun mengakui tidak membuat caruman dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Seorang wakil daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) hubungi saya bertanya ada mencarum Perkeso atau tidak. Bagaimanapun, Presiden Seniman langsung tiada menghubungi saya untuk bertanya khabar.
“Rasa terkilan juga sebab saya ahli Seniman dan kenal lama juga dengan Presiden sebagai rakan sesama pelakon. Tapi, tiada pun nak menghubungi atau menghantar mesej bertanya khabar. Saya bukan minta bantuan pun, cukuplah tanya khabar saja,” katanya.
Shahronizam bertemu jodoh dengan penyanyi dan pelakon, Safura Yaacob pada 2006 dan mempunyai empat cahaya mata.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu ayah mana yang tidak risaukan keadaan anak bila diuji dengan penyakit, apatah lagi jika anak masih kecil. Pasti akan cuba diberikan tumpuan khusus dalam merawat penyakit yang dialami untuk pastikan anak yang disayangi kembali pulih sedia kala.
Begitulah yang dilakukan oleh pelakon Aman Graseka yang terpaksa menangguhkan hasrat untuk melakukan acara ‘jejak tanah’ untuk anak lelakinya, Aishyraf Mikail Shah, kini berusia setahun dua bulan yang kurang sihat.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ini sebagaimana memetik berita Harian Metro, memaklumkan bahawa anaknya tidak berapa sihat dan turut dimasukkan ke hospital akibat demam yang menyebabkan sawan.
“Sekarang matanya pula ada jangkitan virus, baru jadi sejak lima hari lepas. Kami terpaksa tangguhkan acara ‘jejak tanah’ ini dan mungkin dibuat pada awal Disember nanti.
“Anak saya perlu berpantang tidak boleh kena pasir selagi majlis ini tidak diadakan. Dalam acara itu, dia akan diletakkan di atas pasir dan berjalan atas bunga.
“Keadaan matanya sekarang masuk hari keenam, air pecah dan nampak darah,” katanya.
Pelakon yang berusia 54 tahun dan kini menetap di kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah berkata, Aishyraf Mikail perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak untuk dikenal pasti keadaan sebenar virus di matanya.
“Saya perlukan bantuan nasihat pakar mata untuk anak saya. Malah, saya amat menghargainya jika ada. Sewaktu demam Aishyraf Mikail dimasukkan ke sebuah hospital dan menerima rawatan selama tujuh hari sebelum dibenarkan keluar.
“Saya cuma tak bawa jumpa pakar mata lagi. Lepas kami sambut ulang tahun kelahirannya, dia masuk hospital sebab demam. Selepas itu kena sakit mata pula dan kerap gosok mata.
“Saya sekarang baru lagi bekerja hantar parcel. Mana tahu kalau-kalau jangkitan kuman bermula dari situ pun boleh jadi juga,” katanya.
Mengulas berkenaan kariernya, Aman sekarang menetapkan syarat enggan bersentuhan dengan muhrim dalam lakonan.
“Begitu juga dalam bab bekerja dengan jurusolek artis perempuan dan kru perempuan. Itu yang agak susah orang nak panggil berlakon.
“Kali terakhir saya berlakon pula pada Julai lalu filem Hantu Kum Kum untuk Astro First dan penggambaran di Perlis,” katanya.
Aman mengakui menetapkan syarat untuk tidak bersentuhan bukan muhrim membawa kesan terhadap kariernya.
“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi saya dah tetapkan syarat ini. Saya tahu kesannya tapi saya percaya rezeki datang dari Allah.
“Tawaran itu ada, tapi syarat saya buat produksi berat nak terima walaupun untuk beri watak bapa
“Apapun jangan kita mengeluh dan salahkan sesiapa. Rezeki Tuhan dah tetapkan. Kita usaha sahaja,” katanya.
Menerusi perkahwinan kedua dengan Nurul Amrina Zamri, 33, dia turut mempunyai anak lelaki, Aishymir Mateen, kini berusia tiga tahun.
Fizz Fairuz tinggalkan Suria FM demi keluarga dan anak-anak. Fizz Fairuz undur diri sebagai penyampai radio Suria FM selepas 1 tahun 6 bulan. Pelakon berpengalaman, Datuk Fizz Fairuz, mengejutkan peminat apabila mengumumkan pengundurannya sebagai penyampai radio Suria FM selepas 18 bulan bersama segmen Morning Morning Suria.