Jika namanya suka bercucuk tanam, pasti pelbagai jenis tanaman ada ditanam di laman rumah. Tidak terkecuali menanam tanaman jenis memanjat seperti pokok telang, pokok anggur dan sebagainya.
Apa yang penting, tumbuhan jenis memanjat ini memerlukan para, dinding atau struktur lain dan untuk itu, di sini disediakan cara mudah untuk menyediakan struktur untuk tumbuhan memanjat andai ditanam di dalam pasu. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh D’Pro A’Nas.
Membuat penahan pokok dan tempat pokok memanjat.
Bahan-bahannya :
Dawai Tebal…Dawai untuk buat string Pagar hijau..Segolong 10 meter RM4
Cable Tie.
Tape Penyukat
Lukisan untuk sample buat menahan pokok dan pokok memanjat.
Cara-caranya:
Ads
Buatkan 3 bulatan dawai yang diikat dengan menggunakan cable tie mengikut ukuran berbeza iaitu 30 inci, 12 inci dan 10 inci.
Sediakan 3 dawai untuk dijadikan tiang dengan ukuran 30 inci.
Ads
Kemudian ikat 3 bulatan pada bahagian tiang dengan bahagian kecil di bawah dan besar di atas menggunakan cable tie dengan kemas.
Semoga dengan perkongsian ini memberi idea kepada anda yang suka bercucuk tanam untuk tumbuhan jenis memanjat agar lebih nampak kemas dan sekali gus cantik dipandang. Selamat mencuba.
Teknik melakukan tut elok juga untuk dipraktikkan bagi tujuan pembiakan pokok untuk mendapatkan baka daripada induk yang berkualiti.
Bilamana bahagian yang ditut mengeluarkan akar, itu menandakan proses tut yang dilakukan telahpun berjaya.
Memahami lagi tentang teknik tut tanaman, jom kita baca perkongsian cara tut pokok paling mudah.
Menurut Pyan Sempoy, teknik ini mudah dan siapa-siapa pon leh buat insyaAllah. Di sini saya tunjukkan step by step cara tut pokok limau purut..boleh juga buat untuk lain-lain pokok.
Lain orang mungkin lain cara dia..sekadar perkongsian je tau..kalau rasa bermanfaat boleh ikut & share kan.
Apa yang perlu ada?
Pokok yang nak di tut dalam tutorial ni saya tut pokok limau purut. Pastikan kalau pokok buah kena pilih pokok yang sudah atau sedang berbuah..insyaAllah nanti hasilnya pokok tut tu akan cepat berbuah..pilih ranting yang sihat dan bercabang elok..
media tut : Saya guna campuran cocoapeat 1 bahagian, sekam bakar + tanah hitam sawit masing-masing setengah bahagian..boleh jer guna apa-apa media yang dah ada..cocoapeat saja pon boleh, sekam bakar saja pon boleh, tanah saja pon boleh, ada peatmoss lagi bagus. Media perlu dilembapkan siap-siap, boleh guna air biasa & lebih bagus lg kalau guna larutan penggalak akar (exotic/b1 dll) atau yg serbuk boleh gaul sekali dgn media..
plastik & tali atau cable tight: Digunakan untuk membungkus media tut (bunjut) & jangan mengikat tut di ranting.
pisau yg tajam& bersih (steril)
penggalak akar: kalau ada dan tak kisah nak guna yang cair atau serbuk..boleh juga guna barang-barang dari dapur contoh bawang merah,madu,serbuk kayu manis dll..
aluminium foil atau plastik hitam : Yang ni pon tak wajib..sekadar untuk tutup tut di lapisan luar..tujuan supaya media tut kekal lembab tak mudah kering..kalau gelap tak kena cahaya lebih mudah berakar.
kena ada SABAR : Tak semestinya akan berjaya 100%..saya tak bagi jaminan tau..ada pokok yang mudah & cepat berakar contoh pokok tin, limau kasturi, lemon, jambu air, jambu batu..kalau limau purut agak susah sikit nak berakar & amik masa lebih lama..kalau durian,rambutan,mangga (pokok2 besar) lagi lah lama proses nak berakar…ada yang 1 bulan dah boleh potong & tanam, ada yang sampai 3-4 bulan baru ada akar..so kena SABAR.
Penerangan step by step ada di setiap gambar yer…silakan mencuba.
Step 1 : Pilih ranting yang sihat dan bercabang elok. Buat kelaran cincin lebih kurang 1-2 inci bergantung saiz batang. Buang kulit dan kikis lendir ( kambium) sampai kering.
Step 2 : Kalau ada penggalak akar, sapu dekat bahagian atas kelaran….tempat yang akan dibungkus.
Step 3 : Siapkan media tut. Lembabkan sip-siap.
Step 4 : Bungkus media di dalam plastik dan ikat ketat-ketat. Istilah popular dipanggil bunjut tut.
Step 5 : Belah tengah bunjut tut seperti ini.
Step 6 : Tangkupkan bunjut tut yang dibelah tadi kebahagian yang disapu penggalak akar tadi dan ikat ketat-ketat. Nak mudah guna cable tie.
Step 7 : Last sekali balut dengan aluminum foil atau plastik hitam. Tunggu lebih kurang sebulan, insyaAllah berakar dan ready untuk dipotong dan ditanam.
Melakukan kerja-kerja pembersihan rumah selepas banjir tentunya sangat memenatkan. Maklumlah bukan satu ruang malah satu rumah sama ada bahagian dalam mahu pun luar rumah perlu dibersihkan.
Pastinya ini akan membuatkan badan kita pula merasa sakit-sakit kerana membuat kerja-kerja yang berat.
Namun bila kerja-kerja pembersihan dilakukan sendiri, diakui kita rasa lebih puas hati. Tak kiralah sama ada rumah kita sendiri mahu pun rumah ibu ayah di kampung. Setidak-tidaknya dapat juga kita berbakti pada ibu ayah meringankan beban mereka dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah yang ditenggelami banjir kembali bersih seperti sedia kala.
Begitulah juga yang telah dilakukan oleh Puan Sri Normala Samsudin, 58 apabila baru-baru ini berkesempatan pulang ke kampungnya yang terletak di Kampung Kuing Patah, Buloh Kasap, Segamat Johor untuk menziarahi ibu tercinta dan sekali gus membantu membersihkan rumah yang dinaiki air banjir.
Langsung Tak Kekok
Apa yang menarik perhatian pengikutnya apabila bekas penyampai berita Buletin Utama dan pengacara NONA ini berkongsi video di instagramnya sedang membersihkan bilik ibunya. Dilihat tidak sedikit pun kekok untuk melakukan kerja-kerja pembersihan meskipun kini berstastus VVIP.
Kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan baginya itu suatu kepuasan untuk melihat rumah yang dihuni oleh ibunya kembali bersih dan kemas.
Difahamkan juga bahawa ibunya tidak suka jika orang lain mengemas biliknya melainkan dirinya atau adiknya sahaja.
“Hampir dah 5 tahun tak spring cleaning dan bersihkan bilik emak. Rasa sakit badan tapi puas hati buat sendiri. Biasalah emak kita memang tak suka kalau orang lain bersih bilik dia, samada adik saya atau saya, kemas lama2 sikit pun takpa… kalau orang lain cuci dia akan jenguk bilik dia 10 kali.”
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikutnya tumpang rasa bangga dan bahagia melihat Puan Sri Normala membantu ibunya melakukan kerja-kerja membersihkan rumah. Bahkan ramai juga yang turut mendoakan agar diberi kesejahteraan untuk kedua-duanya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Mencuba hobi baru dengan bercucuk tanam, tentunya banyak perkara asas berkenaan menanam ingin dipelajari.
Jika ada perkongsian tentang tip atau trik cara menyemai anak benih yang mudah bagi memastikan tanaman dapat hidup dengan subur, pastinya ilmu itu cukup bernilai.
Dan untuk itu, di sini dikongsikan rahsianya untuk anda cuba!
Meh rapat2 siapa yang nak tau “CARA CikSue SEMAI BENIH” ramai yang tanya tapi tak boleh nk balas satu2.. ddk rumah pun bz tak boleh nk ngadap hp 24jam..
YANG PERTAMA- Tanah
Tak kisah nk guna tanah organik ke tanah bakar ke cocopeat ke, nak campur ngn tanah merah pn boleh.. kalau tanah tu elok utk tanaman elok la utk semaian.. bab tanah pun kena hati2 nak guna elok cuba dulu.. tanah PANAS pokok blh mati tau..
YANG KE2 – Benih
CARA RAJIN = Letak tanah dlm pasu, lubangkan di tengah sikit, letak benih & kambus tanah..
CARA MALAS = Tabur je benih dlm pasu bila dh 4 daun baru alih satu persatu, benih tak semuanya tumbuh.. CikSue memang guna cara malas nie.
YANG KE3– Semai
Masa semai benih tu bagi je dia kena panas pagi.. CikSue mmg tak pernah bungkus ngn kain hitam ke plastik hitam ke kotak hitam ke bila kena panas pagi dia akan tumbuh dengan sihat.. tak la tinggi melayut je macam cacing, daun pn tak nampak.
YANG KE4 – Air
Bab air tak payah rajin sgt nk jirus hari2. Cukup sekadar basahkan tanah je.. kalau hari kedua tanah tu masih basah takyah la jirus.. sng kan?
YANG KE5-Baja
Nak anak-anak hijau kita tu gemuk kene la bagi makan. Lagi senang guna baja AB sebab baja nie jenis cecair, cepat serap & senang nak bancuh cair.. budak kecik bagi baja cair je jangan banyak kang meninggal pulak dia.
Nie CARA SENANG dari CikSue.. harap bermanfaat kepada semua yang baru nak belajar menanam sayur.. Selamat mencuba.
Lampin cawat masih menjadi pilihan sesetengah ibu bapa. Kisah seorang bapa membesarkan lima anak menggunakan lampin cawat menarik perhatian ramai kerana lebih menjimatkan, boleh digunakan semula dan mesra alam.