Setelah melalui banyak cabaran sepanjang mengandung anak keenam ini, usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kesyukuran apabila isteri tercintanya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid selamat melahirkan cahaya mata mereka pada Isnin.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Aliff Syukri memberitahu isterinya terpaksa bertarung nyawa agak lama bagi melahirkan anak keenam mereka.
“Anak kali ini amat mencabar, dari jam 5 pagi dalam bilik bersalin sampai jam 3 petang baru selamat keluar (melahirkan),” tulisnya.
Malah dia turut mencoretkan perasaan takut dan sedih apabila melihat isteri tercinta menangung kesakitan bagi melahirkan anaknya.
Sementara itu, Datin Seri Nur Shahida di laman Instagramnya ada berkongsikan pengalaman melahirkan anak keenam pada kali ini agak sakit jika hendak dibandingkan dengan zuriatnya sebelum ini.
“Syukur Alhamdulillah tepat jam 2.40 petang hari isnin 3 April 2023 (sama birthday dengan abah @aliffsyukriterlajaklaris, lahir lah seorang Putera setelah bertarung menahan kesakitan selama 7 jam.
Ads
“Tak sangka serumit ini untuk cahaya mata ke 6. Boleh pula tangan dia keluar dulu..jenuh Dr nak masukkan tangan dia…tetap dia nak minta duit raya juga……jadi hujung2 mmg sambut tangan baby la dulu kita..apapun semuanya selamat..” tulisnya di kapsyen entri tersebut.
Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.
Sejak arwah ibunya masih ada, dialah orang yang paling menyokong hobi anak sulungnya, Uwais Al Qarni bermain sukan golf.
Bahkan, Allahyarham Siti Sarah pernah berkongsi anaknya mengikut ayahnya, Shuib dan atuknya, Raissuddin Hamzah ke padang golf. Tidak hairanlah jika skill bermain golf anaknya semakin baik.
Nora Danish bimbang penampilan berhijab dihakimi, dilabel munafik – “Tidaklah sempurna tapi lebih baik.” Pelakon Nora Danish seperti yang kita ketahui sudah berhijab. Wanita ini tampil berhijab dengan penampilan yang sopan setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
“Dalam proses penghijrahan ini, saya tidak mahu orang melihat saya sebagai seorang yang suci atau terlalu alim. Itu yang paling saya takutkan, kerana apabila saya melakukan kesilapan, orang akan menilai saya sebagai munafik dan sebagainya.
“Saya juga sedang berusaha untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tidaklah sempurna, tetapi sekurang-kurangnya lebih baik. Itulah yang sangat saya inginkan,” katanya.
Wanita berusia 43 tahun itu kerap dilihat menghadiri majlis-majlis ilmu agama, mengakui dirinya sedang berusaha untuk memperbaiki diri menjadi seorang muslimah yang lebih baik.
Pelakon Bukan Cinta Malaikat itu mula berhijab sekitar Jun tahun lalu. Menurutnya, niat untuk berhijrah sudah lama disimpan, dan dia memohon doa orang ramai agar dirinya kekal istiqamah.
“Saya membuat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana saya sedar usia saya juga sudah tidak muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pasti ada keinginan yang sama. Apapun, terima kasih kepada semua yang mengambil berat dan mendoakan saya,” katanya.
Wabak Coronavirus atau COVID-19 ini membawa seribu satu makna buat semua. Bukan hanya kita bahkan satu dunia terkena tempiasnya. Beribu-ribu kematian dicatatkan dan yang sedang dirawat tidak terkira jumlahnya. Semuanya dek kerana ‘virus’ kecil dan tidak mampu dilihat dengan mata kasar.
Negara dalam saat getir dan susah. Kita perlu bekerjasama dan berganding bahu MELAWAN virus COVID-19 dengan bersungguh-sungguh. Malah, dalam situasi sekarang, ramai terkesan sehingga menjejaskan dari segi emosi dan psikologi seperti gangguan tidur, bimbang dan sebagainya. Tak kurang juga timbul isu menyalahkan golongan tabligh yang menyebarkan wabak ini memandangkan golongan ini paling ramai dijangkiti.
Hakikatnya bukan salah mereka dijangkiti. Ada yang dijangkiti tanpa disedari. Membaca luahan ahli keluarga go
Kisah ini dimuat naik oleh saudara Fedtri Yahya menerusi laman facebooknya baru-baru ini.
LUAHAN HATI ISTERI JEMAAH TABLIGH
“Covid19 adalah asbab dakwah terhenti seketika. Masjid sepi. Majlis ilmu tiada. Tanah Haram lengang. Dan para pendakwah juga tak dapat bergerak. Dakwah ‘terhalang’ oleh ‘tentera Allah’ yang tak dapat dilihat dengan mata kasar. “
Saya, isteri kepada ahli jemaah tabligh.
Untuk pengetahuan semua, tiada siapa dalam kalangan jemaah yang mahukan penyakit,menyebarkan penyakit dan mengakibatkan kemudhorotan. Mereka menyertai ijtima’ dengan tujuan belajar menghidupkan Sunnah Nabi. Tiada biaya daripada mana-mana. Kerelaan sendiri. Pergi dengan niat belajar melakukan amal kebaikan. Bukan pergi berjimba,berpoya. Ujian untuk mereka, diuji dengan pendemik covid-19.
Cukup-cukuplah mencela dan menghina. Kami juga punya keluarga. Anak2 hanya melihat bapa, tapi tidak boleh didekati. “Ayah kuarantin lagi. Adik main jauh-jauh. Allah izin,kita dekat-dekat semula.” Jatuh air mata seorang ibu, melihat anak kecil merengek mahukan ayah.
Kami faham letih dan sedih para frontliners. Mereka letih, takut dan tertekan. Tapi ketahuilah,kami tak minta ini semua terjadi.
Dalam kalangan jemaah,ada juga doktor, ada suami kepada jururawat,ada polis pence,askar pencen. Mereka juga tak ingin semua hal ini berlaku. Tetapi kagumnya saya pada jemaah,mereka tak salahkan orang lain atas apa yang terjadi. Mereka akan salahkan diri sendiri. Mungkin mereka kurang amal,kurang dakwah,kurang doa untuk ummat.
Ada yang kecam jemaah dan keluarga menyembunyikan fakta. Ya,memang salah BESAR. Tapi Kita tidak berada dalam kasut mereka. Kita tak merasa apa yang mereka rasa.
Mungkin takut,malu,serba salah dan sebagainya.
Contoh seperti seseorang yang dirogol,tidak melaporkan kepada Polis. Mungkin rasa takut,malu,trauma. Kita yang tidak tahu apa-apa, boleh saja melabel mangsa sebagai bodoh,melepaskan penjenayah,menggalakan penjenayah ulangi perbuatannya. Tidak semudah itu. Hanya yang terkena akan faham perasaan itu.
Memang ada segelintir yang degil dengan arahan pihak syura untuk melakukan saringan.Tapi pandang juga kepada yang tidak degil. Ada antaranya yang disaring dua kali. Mereka tetap mengikut arahan. Pergi semula selepas dihubungi pihak klinik. Yang degil,nak buat macam mana. Sikap manusia, undang-undang Allah pun masih ada yang ingkar. Inikan pula arahan sesama makhluk. Bukan semua boleh wala’ pada ketua.
Saya juga berharap para netizen menjaga bicara dalam penulisan. Bimbang ‘terkutuk’, ‘ter-menghina’ jemaah, tak daya nak merangkak mencari di mahsyar nanti.
Sepatutnya,sama2 kita doa untuk semua staf KKM dan mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menangani pendemik ini.
Lebihkan berdoa. Kurangkan dosa.
#isteriahlijemaahtabligh
#maafkankami
#kamitakmintasemuainiterjadi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...