Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 pada Nov 19, 2022 mencatat sejarah kerana buat kali pertama Malaysia mengalami parlimen yang tergantung. Diakui juga penuh dengan kejutannya yang tersendiri.
Buat setiap calon pula, adat pertandingan pasti ada menang dan pasti ada yang kecundang. Pun begitu, mengulas lanjut berkenaan itu, Cikgu Fadli Salleh meluahkan pandangannya berkenaan empat YB yang pada fikirannya sangat berkualiti namun tumbang pada PRU 15 ini.
Antara YB berkualiti yang tumbang.
KJ
Nurul Izzah
Dr Maszlee
Lando (Ni tak pernah jadi YB, cuma kalah)
KJ ni ada aura tersendiri. Ada karisma, bijak, dan ada bakat pemimpin semula jadi. Dia duduk block mana-mana pun pasti ada manfaat.
Tapi sayang, tersingkir kali ni. Tapi dia berjaya pecahkan majoriti besar undi lawan. Sikit ja lagi nak menang. Next PRU boleh aku rasa.
Dan sayang, politik Malaysia hilang seorang ahli parlimen muda dan berwibawa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nurul Izzah pun hampir sama dengan KJ. Muda, bijak, pengalaman luas dalam politik, idea baharu dan fresh. Pun tumbang di kubu kuat keluarga sendiri. Sayangnya.
Dr. Maszlee antara politikal baru naik. Kecil orangnya, tapi tajam fikiran. Terbuka, boleh terima apa sahaja pandangan orang walau berbeza dengan dia.
Sayang, kalah juga.
Ads
Lando Zawawi. Kali pertama turun sebagai calon ahli Parlimen. Bernaung bawah Pejuang. Masa tahu Lando tercalon, aku berharap dia menang.
Sebab brother ni, walau tak ada jawatan apa-apa pun hampir setiap hari turun bersama team brotherhood tampung jalan raya bertahun-tahun lamanya.
Tu tak ada kuasa, tak ada dana direct dari kerajaan. Bayangkan kalau orang macam ni ada kuasa, aku rasa Malaysia akan jadi negara yang lebih baik.
Okeh, tu ja nak cakap.
Aku tahu, setiap individu di atas tetap ada pembenci mereka. Ada ramai yang benci KJ, benci Izzah, benci Dr. Maszlee, benci Lando.
Ads
Semestinya mereka yang tak suka tokoh di atas akan tak setuju dengan artikel ni.
Kawan-kawan, tak ada masalah berbeza pandangan dan sokongan. Asal kita tak bergaduh sampai putus silaturrahim.
Kau suka nasi ayam. Aku suka nasi kerabu.
Kau makan nasi kau, aku makan nasi aku. Sama-sama kita kenyang. Usah kalut ribut berbeza rasa okeh.
Doa makan antara doa harian yang sedari kecil lagi sudah diajar dan dihafal oleh kita semua. Jadi tidak hairanlah doa ini begitu ‘melekat’ di hati dan lancar sahaja dibaca setiap kali sebelum menikmati hidangan.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya doa makan ini tidak terhad boleh dibacakan sebelum makan malah memberi kesan yang besar jika diamalkan dalam kehidupan harian.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Sharifah Nurzehan berkenaan doa makan bukan sekadar doa makan.
Ramai yang ingat doa ini hanyalah dibaca pada waktu makan sahaja. Sebenarnya, doa ini juga boleh dibaca bila-bila masa.
Ramai yang pandang remeh pada *kemujaraban sesuatu doa*. Doa apabila kita yakin dan faham maksudnya, insyaAllah makbul dengan izin Allah.
Bagi Pelakon cantik manis dan juga duta produk kecantikan, Mawar Rashid ada cara tersendiri dalam melayan ibu mentuanya. Biarpun mendirikan rumah tangga dalam usia yang cukup muda, namun Mawar bijak membawa diri sebagai isteri dan juga menantu.
Sangat rapat dengan mummynya, Mawar yang juga anak bongsu mengakui melayan ibu mentuanya sama seperti memberi layanan kepada mummynya.
“Dulu ke mana sahaja Mummy pergi, pasti akan ada saya menemani. Dia seorang yang caring dan cukup lemah lembut selain sanggup berkorban apa saja demi anak. Tetapi lepas kahwin, dah tak boleh macam dulu.
“Pun begitu, hubungan dengan ibu mentua juga rapat kerana sudah ada ‘bonding’ dari awal. Seperti mana saya layan mummy, begitu juga layanan saya pada ibu (mentua). Awal-awal memang sedikit kekok, tapi ibu dan ahli keluarga yang lain banyak beri tunjuk ajar.
“Jadi timbul keserasian antara kami. Lagipun saya memang dilahirkan dalam keluarga besar dan kami sangat rapat. Jadi, apabila berada di rumah mentua, ia mengingatkan saya seolah-olah berada dalam keluarga sendiri. Mummy juga selalu ajar bagaimana untuk saya menjadi menantu yang baik pada mentua.
“Seronok sebenarnya kerana saya dapat belajar cara dan budaya hidup orang lain. Maklumlah sebelum ini saya lebih ke arah orang Thailand. Tetapi keluarga mentua pula lebih tersusun, disiplin dan waktu ini saya memang belajar banyak benda baru. Ibu ajar bagaimana mahu jadi isteri dan menantu yang baik memandangkan usia saya masih muda.
“Kalau di rumah ibu memang rajin memasak, jadi saya akan bantu mana yang patut. Cuma selepas disahkan mengandung saya alami alahan dan tak boleh memasak. Tetapi ibu sangat memahami dan prihatin. Banyak nasihat yang beliau kongsikan,”ulas Mawar yang mengakui aktiviti keluarga selain makan-makan, keluarga mentuanya juga gemar menonton bersama dan itu cara mengeratkan hubungan antara mereka.
Kahwin usia muda
Bahagia menggalas tanggung jawab sebagai isteri, menantu dan ibu tiri, akui Mawar sangat bersyukur dan berterima kasih kepada suami dan familinya.
“Masih banyak yang perlu saya belajar dalam kehidupan ini terutama sekali status dan tanggung jawab saya sekarang sudah berbeza. Apa pun saya bersyukur dan bahagia dengan apa yang saya tempuhi sekarang. Dalam usia 23 tahun saya sudah menggalas tanggung jawab sebagai isteri dan juga ibu tiri.
“Walaupun dulu saya meletakkan sasaran mendirikan rumah tangga di kala usia 28 tahun, tetapi saya tidak menyesal. Sebaliknya saya bertuah kerana mendapat suami yang penyayang dan bertanggung jawab. Malah sifat penyayang terhadap ibunya menunjukkan dia boleh menjadi suami yang baik kepada saya dan itu antara sebab kenapa saya setuju menjadi isteri kepada Raf.
“Memang saya akui agak takut dan gementar untuk menggalas tanggung jawab besar ini, tetapi suami dan ahli keluarga lain banyak beri sokongan. Tak timbul soal tak boleh enjoy sebaliknya saya rasa bertuah kerana sejak dulu saya sangat mementingkan keluarga. Malah bagi saya keluarga itu membahagiakan saya,” ujar Mawar yang kini sedang hamil anak kedua dan tidak sabar bergelar ibu dan berharap dipermudahkan segalanya.
Tak sekat pilihan anak
Sementara itu, Datin Umi Kalsom Abdol Latib tidak menyekat anak-anaknya dalam mementukan pasangan hidup mereka. Sebaliknya sebagai ibu, dia mendoakan dan berharap rumah tangga mereka sentiasa bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat.
“Sebagai ibu saya hanya mahu melihat anak-anak bahagia. Tidak kisah siapa jua pilihan, baik muda, tua mahupun matang semua saya terima. Mawar misalnya, seorang yang masih muda tetapi dia cepat belajar dan mahu dengar nasihat walaupun ada masanya sifat keanak-anakkannya masih tak hilang.
“Malah, saya dulu pun kahwin usia 23 tahun. Bezanya Mawar ada anak tiri jadi tanggung jawab dia lebih berat. Usia Raf 33 tahun dan lebih tua dari Mawar, tetapi kalau Allah sudah tetapkan jodoh mereka siapa yang mampu menolak kan. Saya pula jenis ibu mentua yang sporting dan layan semua menantu macam anak sendiri.
“Saya tidak mahu menantu rasa canggung bila duduk sekali. Mawar saya layan macam anak sendiri, selalu peluk, usap rambut dia jadi itu buat hubungan kami rapat. Sementelah dia sekarang sedang berbadan dua, jadi saya selalu kongsikan ilmu dan pengalaman saya sebelum ini.
“Selain Mawar, keluarga Fazley juga tinggal bersama saya. Jadi Azrene (menantu) juga saya layan sama rata. Tiada beza antara mereka dan kami juga berkongsi minat yang sama iaitu memasak selain bercuti bersama,” ujar Datin Umi Kalsom yang mempunyai 4 orang anak, dua lelaki dan dua perempuan pelengkap hidupnya bersama arwah Datuk Yaakob Mohammad.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu daripada keagungan, keistimewaan dan kemuliaan bulan suci Ramadan ialah terdapatnya satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan. Malam yang hanya muncul pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan lebih dikenali dengan Lailatul Qadar yang amat istimewa dan amat dinanti-nantikan kemunculannya oleh setiap Muslim yang beriman dan bertakwa kepada Allah Taala.
Rasulullah SAW sendiri memohon kepada Allah Taala agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu berkenaan menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesugguhnya bulan ini (Ramadan) telah datang kepada kamu, di dalamnya terdapat malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam tersebut lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam tersebut sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara tersebut kecuali orang-orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah Taala.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dalam satu hadis yang lain, Rasulullah bersabda maksudnya: “Sesiapa yang beribadah pada Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan kepada keredaan Ilahi, nescaya dia akan diampuni segala dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat Muslim)
PERSEDIAAN UNTUK PECUTAN 10 HARI TERAKHIR RAMADAN 🌙
Allahu Akbar, terasa macam baru saja masuk ke dalam bulan Ramadan. Rupanya kurang dari 2 minggu saja lagi tetamu mulia ini akan meninggalkan kita. Insya-allah bermula malam esok, kita akan mula memasuki 10 hari akhir Ramadan.
Mari sama-sama kita kerahkan segala kudrat untuk manfaatkan baki masa yang ada, mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan mereka yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah SWT. 🤲
Tuan Puan,
Mungkin ibadah kita selama 11 bulan yang lalu banyak cacat celanya, namun apa salahnya jika kita cuba lakukan yang terbaik pada bulan ini untuk merebut ganjaran yang sangat besar pada 10 malam terakhir, khususnya Lailatul Qadar yang lebih baik dari 1000 bulan. SubhanAllah.
Saya ingin kongsikan beberapa amalan yang boleh kita lakukan pada 10 malam terakhir Ramadan. Semoga Allah SWT rezekikan kita bertemu Lailatul Qadar yang dinantikan, insyaAllah. 🌹
1. SOLAT DI AWAL WAKTU DAN MENGQADA SOLAT YANG TELAH DITINGGALKAN
Daripada Abdullah Ibnu Mas’ud, beliau bertanya kepada Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apakah amalan yang paling dicintai di sisi Allah SWT? Nabi menjawab “Solat pada waktunya.” Dia (perawi) bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Dia bertanya lagi, “Kemudian apa?”, jawab Baginda “Jihad pada jalan Allah SWT.”
Maksudnya: “Sesiapa yang terlupa solat, maka hendaklah dia menunaikannya apabila dia teringat akannya. Tidak ada kafarah (menutup dosa) untuknya melainkan hal tersebut.”
Maksudnya: “Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya untuk beribadah pada malam sepuluh akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam yang lain.”
(HR Muslim, hadis sahih)
Daripada Aisyah r.a., beliau bertanya kepada Nabi SAW: “Wahai Nabi Allah, jika aku bertemu dengan malam al-Qadar maka apa yang sepatutnya aku ucapkan? Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Kekasihku (Muhammad SAW) mengingatkanku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat Witir sebelum tidur.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
c) Solat Sunat Tarawih
Daripada Ummul Mukminin Aisyah r.a bahawa beliau berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم صَلَّى ذَاتَ لَيْلَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ، ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ، ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ أَوِ الرَّابِعَةِ، فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم، فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ وَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ تُفْرَضَ عَلَيْكُمْ وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW pada suatu malam sedang solat di dalam masjid. Maka orang ramai pun mengikut solat bersama Baginda. Kemudian pada malam berikutnya, Baginda solat sekali lagi dan jemaah yang mengikutnya semakin ramai. Pada malam yang ketiga atau keempat, orang ramai berkumpul menanti ketibaan Rasulullah SAW sebaliknya Baginda tidak keluar kepada mereka. Apabila masuk waktu subuh, Baginda bersabda kepada para jemaah: “Sesungguhnya aku telah melihat apa yang kamu semua lakukan. Dan tidaklah yang menghalang aku dari keluar kepada kamu melainkan aku takut solat itu akan difardukan ke atas kamu semua. Yang demikian itu berlaku pada bulan Ramadan.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
d) Solat Sunat Rawatib
Daripada Ummu Habibah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Maksudnya: “Maka aku berkata (kepada mereka), “Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, sungguh, Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu. Dan Dia memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.”
(Surah Nuh 71: 10-12)
Daripada Abu Hurairah r.a., beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: “Ya Tuhan, aku telah berdosa. Ampunilah aku.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu.”
Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: “Tuhanku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini.” Lalu Allah SWT menjawab: “Adakah hambaKu mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hambaKu sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki.”
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab 33: 56)
Daripada Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah SAW bersabda:
فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا
Maksudnya: “Sesungguhnya siapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”
Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran.”
Maksudnya: “Doa Nabi SAW yang paling kerap diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) – “Ya Allah, Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(Surah al-Nisa’ 4: 36)
Rasulullah SAW bersabda:
خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
Maksudnya: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia.”
(HR Daruqutni, hadis hasan)
8. HINDARI SIFAT RIAK, ‘UJUB, SUM’AH DAN TAKABBUR DENGAN AMALAN YANG DILAKUKAN
Riak bermaksud melakukan ibadah dengan niat supaya dipuji manusia dan tidak niatkan ibadah yang dilakukan kerana Allah SWT.
‘Ujub pula ialah seseorang yang menganggap bahawa amal soleh yang dilakukannya adalah kerana diri sendiri atau sesuatu perkara, bukan kerana Allah SWT yang mengizinkannya.
Sum’ah ialah menghebahkan perbuatan baik yang dilakukannya agar diketahui orang lain dengan berharap akan dipuji, diberi penilaian yang baik, penghargaan, dll.
Takabbur pula bermaksud sombong dengan merasa dirinya lebih baik daripada orang lain dari segi kesempurnaan. Apabila seseorang merasakan dirinya lebih hebat, dia akan menghina orang lain yang tidak setaraf dengannya sama ada melalui kata-kata, pandangan atau bicara hati.
Maksudnya: “Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan (walau sebesar) biji sawi, dan tidak akan masuk neraka orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan (walau sebesar) biji sawi.”
Maksudnya: “(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (Juga bagi) orang-orang yang riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya).”
Maksudnya: “Tidak akan berkurangan harta apabila bersedekah dan Allah SWT pasti akan memberikan kemuliaan bagi yang memaafkan. Manakala bagi mereka yang tawaduk pasti Allah SWT akan mengangkat darjat mereka.
(HR Muslim, hadis sahih)
10. MENINGGALKAN PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENGURANGKAN PAHALA BERPUASA
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Boleh jadi orang yang berpuasa itu tidak mendapat apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan boleh jadi orang yang berqiam itu tidak mendapat apa-apa daripada qiamnya melainkan hanya berjaga malam.”
(HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Solat lima waktu, dari hari Jumaat ke Jumaat (berikutnya) dan dari Ramadan ke Ramadan (berikutnya) akan menghapuskan (dosa-dosa) di antara tempoh tersebut apabila menjauhi dosa-dosa besar.”
(HR Muslim dan Tirmizi, hadis sahih)
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
Mungkin kita tertanya pada diri sendiri, mampukah nak buat kesemua amalan ini? Di dalam kaedah fiqh, para ulama ada menyebutkan:
مَا لَا يُدْرَكُ كُلُّهُ لُا يُتْرَكُ كُلُّهُ
Maksudnya: “Apa yang tidak boleh didapatkan kesemuanya maka jangan ditinggalkan kesemuanya.”
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita berlumba-lumba mendekatkan diri kepada Allah SWT, manfaatkan masa serta nikmat yang ada dengan sebaiknya dan rebutlah peluang sebanyak mungkin.
RUJUKAN :
1. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-192: Kelebihan Solat Sunat Fajar
2. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-223: Solat Dhuha Mendapat Istana Emas
3. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-152: Sifat Solat Malam Nabi SAW
4. Irsyad Al-Hadith Siri Ke-83: Kelebihan Solat Sehingga Imam Selesai
5. Bayan Linnas Siri Ke-194: Konsep Sedekah Jariah Menjana Kesatuan Ummah
6. Irsyad Al-Fatwa Khas Ramadhan Siri Ke- 131 : Siapakah Yang Mendapat Ganjaran Pahala Memberi Makan Kepada Orang Berbuka?
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...