
Tauhu yang tidak sempat dimasak lama biasanya akan berbau masam. Jangan terus buang dahulu kerana ada caranya untuk memulihkanya semula.
Hanya dua bahan utama sahaja diperlukan untuk kembalikan kesedapan tauhu basah tersebut. Jom cuba.
1. Belah tauhu kepada empat bahagian, tetapi jangan sampai terputus sepenuhnya.
2. Kemudian, ambil semangkuk air panas yang mendidih dan masukkan tauhu basah tadi.
3. Rendam tauhu dalam air panas tersebut, kemudian masukkan secubit garam.
4. Biarkan selama 5 hingga 10 minit.
5. Setelah itu, kacau sedikit tauhu dalam air garam sebelum digunakan.
Tauhu basah yang masam kembali elok seperti baru dibeli di kedai.
Dengan cara mudah ini yang menggunakan garam dan air panas dalam rendaman, anda tidak perlu membazir.
Wajib cuba!
@amyrulmokhtar8 PENGGEMAR TAUHU.. KALAU TAUHU DAH MASAM JANGAN BUANG.. FOLLOW TIPS AKU NI #masakansimple #masakdirumah #tips #tipsmemasak ♬ Nujum Pak Belalang Ukulele Tutorial by Azzmeir – Azzmeir Yunadi ✨
Kredit: Tik Tok @amyrulmokhtar8
Resipi Nasi Ayam Mandy Paling Simple Tapi Sedap. Lengkap Cara Masak Ayam & Sambal. Confirm Jadi!

Buat ibu-ibu yang nak mencuba resipi baru, mungkin Nasi Ayam Mandy ini sesuai untuk dicuba. Resipi yang dikongsikan oleh Nurfaryana Nazari simple je tapi membuka selera.
Bagi penggemar makanan dari Timur Tengah, Nasi ayam mandy yang berasal dari Yaman adalah salah satu hidangan nasi arab yang digabungkan nasi dan ayam dengan pelbagai rempah ratus dari Arab. Nak cuba sendiri di rumah? Jom tengok resipi ini!
NASI AYAM MANDY.. resepi simple sgt utk lunch harini
RESEPI by FARYANA:
Rebus ayam 1/2 ekor 30minit bersama
* 1kiub pati ayam
* 1/2 sudu jntn manis, 1/2 sudu ketumbar, 1/2 sudu lada hitam biji
* 1 bawang besar potong 4, 1 cili hijau/merah potong 2, 1bji tomato potong 4
*sesudu garam
NASI
beras basmathi 3cwn rendam 30minit
*tumis planta sesudu besar, daun kari(optional), 1/2sudu jintan manis, 1/2sudu ketumbar biji, 1 kulit kayu manis, masukkan beras yg direndam, gaul 1minit, transfer masuk dlm periuk nasi..
*letak sup ayam ikut paras masak nasi yg sesuai, letak tulang2 ayam (kaki n leher), masuk skali bhn2 dlm sup tu, tomato bwg, lada n lain2.. tabur daun sup/ketumbar, masak mcm biasa nasi.. baki sup tu nnt jadikan sup utk mkn dgn nasi..
* bila nasi dh masak, buka penutup titis pewarna merah n kuning sikit, gembur guna garfu.
ACAR
*potong dadu 4biji tomato, timun, hiris halus kobis n carrot..
*perah lemon, garam n gula.
SAMBAL
*blend 2biji tomato saiz sederhana, 2biji cili besar, 10bj cili padi, garam gula, n perahan air asam jawa/ lemon..
*hiris halus bawang besar n tomato, gaul dgn bhn blend.
AYAM
keluarkan ayam dalam sup td, lumur kunyit, kicap manis(perap kejap), lepas tu boleh bakar sekejap bg ada garing tu..
SIAP!! korang boleh la try.. comfirm mnjadi
Resipi Donat Untuk Newbie! Hanya Guna Sukatan Cawan Aje. Confirm Gebu Gebas & Sedap!

Kuih donat adalah antara menu hidangan yang sering menjadi pilihan anak-anak. Malah buat minum petang memang disukai ramai.
Selain beli dikedai, kuih donat ini sebenarnya membuatnya amat mudah. Sebagaimana resipi ini menggunakan bahan penyediaan secara sukatan. Sesuai sangat untuk yang baru nak cuba buat donat. Jom newbie cuba resipi ni. Memang jadi siap gebu gebas lagi!
___________________________________
Perapan Yis:
1 1/2 cawan air suam- isikan dalam gelas besar @mangkuk, nanti yis berbuih takut melimpah
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan yis Mauripan@saf
1@2 biji kuning telur gred A@B yang dibuang pusat, kacau-kacau dahulu (ni rahsia lembut gebu)
Bahan-bahan lain:
4 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh garam halus
2 sd makan shortening
2 sd makan marjerin @ (kalau tak ada shortening boleh letak 3 sd makan marjerin, cairkan dan biar sejuk)
2@3 sudu makan susu tepung Nespray
1 sudu teh baking powder
1 sd teh Bread Softener @sebarang pelembut roti yang ada
Cara buat perapan yis
Satukan air suam dan gula, kacau hingga gula larut. Masukkan yis dan kacau-kacau sekejap, biarkan 15 minit atau hingga berbuih. Bila yis dah berbuih campurkan kuning telur dan kacau sebati siap.
Satukan semua bahan lain
Gaul rata hingga sebati tepung bersama bahan-bahan lain dalam bekas besar. Tuangkan perapan yis yang dah berbuih, gaul rata dan uli hingga sebati. Tambah sedikit air jika doh terlalu keras dan rasa berat. Kalau dah rasa ok tak perlu tambah air lagi, ikut tahap resapan tepung. Doh mesti lembut melekit-melekit sedikit.
Terus uli dengan cara tarik tolak doh seperti memberus baju hingga doh yang melekit bertukar menjadi licin. Boleh juga masukkan doh ke dalam plastik bersih dan ramas-ramas, sekali sekala picit-picit hingga doh menjadi licin dan tak melekit.
Keluarkan doh dari plastik dan terus uli lebih kurang setengah jam hingga doh licin, elastik dan terasa lembut ringan. Doh dah tak melekat-melekat pada tangan.
Tutup bekas doh dengan tudungnya atau kain lembap atau plastik. Perap doh lebih kurang 1 jam hingga naik 3 kali ganda.
Apabila doh dah cantik kembang, tekan-tekan atau tumbuk perlahan untuk buang angin dan bentukkan dengan bentuk disukai. Samada bentuk donat biasa, bentuk hati atau bentuk bunga. Sentiasa lumurkan tepung pada tangan supaya doh tak melekat pada tangan.
Dah siap bentuk rehatkan lebih kurang 30 minit, bergantung suhu ruang. Dulang bekas letak donat mesti ditabur tepung agar donat tidak melekat pada dasar apabila hendak digoreng. Jangan sampai doh terover kembang tau, nanti donat mengecut lembik dan serap banyak minyak bila digoreng.
Panaskan minyak dan goreng donat dengan api sederhana perlahan, balikkan sekali sekala sahaja hingga masak kedua-dua bahagian untuk dapatkan ring putih pada tepi donat.Jangan kerap balik-balikkan donat nanti hilang ring Putin tu.
Api pulak jangan kuat sangat nanti donat garing mengejut, luar nampak terlalu garing tapi dalam tak masak sepenuhnya. Ingat tu. Angkat donat dan toskan minyak, boleh lapik bekas dengan tisu dapur. Apabila donat dah suam bolehlah salutkan dengan gula, susu tepung+gula atau coklat.
GULA SALUT DONAT:
1/2 cawan Snow Powder @Dusting Powder
Sedikit gula castor
Satukan kedua-dua gula dan kacau rata. Letak donat dalam bekas besar bertutup rapat. Goncang perlahan-lahan hingga gula tersalut cantik.
Kredit: Zurina Kifli
Rupanya Begini Cara Jika Nak Pastikan Makanan Bersantan & Santan Mentah Tahan Lebih Lama. Semudah ABC!

Makanan bersantan memang cukup sensitif kalau nak dimasak. Lebih-lebih kalau hendak disimpan keesokkan harinya atau lebih lama lagi.
Biasanya makanan bersantan jarang disediakan lebih awal, semuanya bagi mengelakkan ia basi.
Pun begitu sebenarnya ada cara nak pastikan makanan bersantan ini kekal lama. Bagaimana caranya?Biarkan Reneh Lama
Ketika mendidihkan sebarang kuah bersantan, pastikan dibiarkan ia direneh lama tetapi menggunakan api yang kecil. Cara ini buat santan masak sekata dan mampu bertahan lebih lama.
Asingkan Santan
Cara lain untuk pastikan menu bersantan bertahan lebih lama adalah dengan menumis bahan tumis dengan lama supaya apabila dimasukkan santan, ia tidak bertindak balas dan mengakibatkan santan lebih cepat basi.
Nak lebih hebat lagi, asingkan bahan tumisan dan kuah bersantan. Masak lodeh misalnya, boleh dimasak tumisan bahan lodeh terlebih dahulu dan bila hendak makan, hanya masukkan santan dan didihkan seperti biasa.
Santan Mentah Tahan Lama?
Santan mentah yang diperah secara asli memang enak dimasak. Malah rasa lemaknya memang enak. Pun begitu santan jenis ini tidak mampu bertahan lama walaupun diletakkan dalam peti sejuk yang beku.
Apabila dimasak, jika dimasukkan ke dalam peti sejuk pada tempoh yang lama adakalanya buat teksturnya sudah tidak elok lagi. Rasanya juga sudah tidak lemak dan sedikit masam.
Bagaimana nak pastikan santan ini kekal segar?
Cara 1:
1. Basahkan beberapa helaian surat khabar.
2. Bungkus kemas santan.
3. Simpan dalam tempat beku.
* Hasilnya walaupun santan beku tetapi tetap segar malah tidak terpisah air dan santanya. Malah ketika masak pun, santan tidak berketul-ketul.
Cara 2:
1. Masak santan bersama garam hingga mendidih.
2. Sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan santan ke dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk.
Cara ini buat santan dapat bertahan hingga 1 bulan.
Selamat mencuba!