Tauhu yang digoreng kemudian disumbat dengan sayur dan dimakan bersama kuah kacang nyata dapat memberi rasa yang cukup menyelerakan. Sesuai sangat kalau dijadikan menu untuk minum petang bersama keluarga tercinta.
Selain menjadi menu yang enak, nyata tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap imun tubuh.
Jadi apa kata hari ini anda sediakan menu berkhasiat dan enak ini untuk keluarga. Resipinya boleh follow resipi yang dikongsikan oleh Shah Shatry di mana difahamkan menu ini disediakan khusus untuk isteri tercinta.
Bahan-bahan tauhu sumbat :
Tauhu basah
Timun
Sengkuang
Lobak merah
Taugeh
Langkah 1 : Tauhu di goreng sehingga masak kemudian di potong segitiga…
Langkah 2 : Tengah-tengah tauhu tu di kelar untuk sumbat sayur-sayur nanti
Timun, sengkuang, lobak merah disagat atau di potong memanjang
Langkah 3 : Taugeh di buang ekornya kemudian celur sekejap dengan air panas… Jangan celur terlalu lama, takut nanti lembik pula.
Langkah 4 : Bahan-bahan sayur ni boleh la di sumbat dalam tauhu yang dah digoreng dan di kelarkan kat tengah-tengah tu
Bahan-bahan kuah kacang :
Kacang tanah di sangai tanpa minyak kemudian di blend kasar
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 inci halia
3 btg serai
15 biji cili kering ( nak pedas, lebihkan )
Air asam jawa
Gula merah, gula nisan atau gula kabung
Garam, gula
Air
Minyak untuk menumis
Ads
Langkah 1 : Bawang besar, bawang putih, halia, serai & cili kering di potong kasar-kasar kemudian goreng sekejap di dalam minyak.. Bila agak-agak dah garing, angkat dan toskan
Langkah 2 : Masukkan bahan-bahan tadi dalam blender, kisar sehingga halus
Langkah 3 : Gunakan minyak lebihan goreng bahan² tadi kemudian tumis bahan² yg di blend tadi sehingga masak & pecah minyak
Langkah 4 : Bila dah agak-agak pecah minyak, masukkan gula merah atau nisan beserta air asam jawa
Langkah 5 : Kemudian masukkan kacang tanah yang di blend kasar tadi… Kalau agak kering dan pekat, boleh masukkan air… Ikut citarasa masing-masing nak kuah kacang tu macam mana… Pekat atau agak-agak cair sikit
Langkah 6 : Kemudian perasakan dengan garam dan gula… Agak dah ok rasanya, boleh tutup api
Langkah 7 : Siap kuah kacang. Boleh la di makan dengan tauhu yang dah di sumbat tadi
Apa agaknya menu untuk keluarga anda hari ini? Mungkin ada yang tengah belek-belek resipi kan.
Nak cuba resipi Udang Nestum tak? Bunyi macam menarik kan, cara buat pun simple je ni. Admin kongsikan resipi dari puan Nor Azian Iskandar. Selamat mencuba!
Hai… Hari ni saya nak share cara saya buat Udang Nestum…
Bahan bahan
45 ekor udang size sederhana,digoreng salut tepung terlebih dahulu dan ketepikan.
5ulas bwg putih
1 biji lada besar merah/lada merah cili api
2 sudu butter
6 sudu nestum
2 tangkai daun kari
Cara caranya
Tumis daun kari,kemudian masukkan bawang dan lada.Bawang dan lada tu sy chopped.
Bila dah naik bau,masukkan udang yang dah digoreng salut tepung tadi.Kacau sekejap bagi dia mesra.
Masukkan nestum,dan gaul hingga meliputi semua udang.
Nasi Dagang, salah satu menu kegemaran Orang PantaTimur. Yang belum pernah cuba buat, jom admin kongsikan resipi mudah bersama tip untuk menambahkan kesedapan gulai. Resipi ini adalah air tangan dari puan Rozie Mnor.Hari rajin pagi ni
Nasi dagang
Untuk nasi
3 cawan beras basmathi (beras biasa pun blh )
1 cawan beras pulut
Rendam 2 jam bersama 2 sudu halba
Kukus beras td sampai nasi masak
Untuk santan nasi
Guna 4 cawan santan pekat
6 ulas bawang merah ( byk pun xpe )
2 ulas bawang putih
2 in halia
Potong semua bahan2 td masuk dlm santan masak sekejap saja masuk gula dan garam
Ambil nasi yg di kukus td gaul dgn santan yg kita nasak dgn bawang halia td
Dan kukus sekejap..siapp Gulai ikan tongkol (2 ekor ikan yg sederhana besar)
Wajib rebus ikan tongkol dgn garam gula atau nisan keret asam keping bg cukup rasa semua
Biarkan semalaman ( ini rahsia utk gulai yg sedap)
Bahan-bahan
6 bj cabai kering
6 ulas bawang merah (byk pun xpe bg pekat kuah )
2 ulas bawang putih
Sedikit lengkuas
Sedikit kunyit hidup
Cara membuat:
Blend semua bahan2 td dan campurkan dgn 2 sudu serbuk kari babas
Tumis sehingga naik myk
Masukkan santan
Masukkan ikan tongkol yg di rebus
Masuk garam gula dan asam keping (hati2 ye sebab ikan dah ada rasa masin manis dan masam )
** ini cara saya ye banyak lagi resepi versi lain.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau ditanya, masih ingat lagikah rasa kek mak-mak kita masak dulu?
Lazimnya, kek orang dulu-dulu bahan-bahan yang digunakan cukup ringkas, dan marjerin adalah antara bahan yang biasa digunakan berbanding mentega.Pun begitu rasanya memang terbaik!
Dan ini satu lagi resipi kek marble ringkas yang menggunakan marjerin dikongsikan oleh Suraya .
Terlihat begitu enak dan buat kita tidak sabar pula mencuba untuk menyediakannya.
Tahun lepas saya ada share resepi kek marble versi span, guna ovallette dalam resepi tu. Harini saya nak share resepi kek marble versi marjerin @ butter pulak.
Resepi ni memang sedap, lemak, berminyak dan tinggi kolestrol haha, tu yang jadi sedap tu.
Customer pun ramai yang repeat order untuk kek marble ni. Saya ambik dalam group mahn tapi tak ingat siapa owner dia, apa pun terima kasih pada tuan punya resepi sebab kongsi kan resepi kek yang sedap ni, jadi sekarang saya plak nak panjangkan resepi ni pada orang lain.
1 adunan kek ni dapat 1 biji kek loyang 7 inci. Sukatan dia memang dalam gram, saya tak pandai nak tukarkan gram kepada cawan, jadi tolong jangan pm saya suruh saya tukarkan sukatan gram kepada cawan. Pandai pandai la pegi cari penimbang kat mana mana ye.
Saya jual kek ni rm10 sebiji tapi saiz kek 5 inci, iaitu saya guna loyang yang lebih kecik.
Lagipun saya guna marjerin pelangi, jadi boleh lah jual murah. Kalau ada yang nak jual kek ni, sila kira kos bahan mentah masing masing ye.
Ok jemput baca resepi dan sila la cuba lepas baca ye. Sedap sangat oiii
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.