Pasti anda pernah mengalami bila melakukan proses menebuk dinding dengan menggunakan drill untuk menggantung gambar umpamanya, habis bersepah pasir dan habuk ke lantai jadinya.
Hal ini menambahkan satu kerja lagi untuk dibuat, lain tak bukan perlu disapu dan dimop untuk pastikan lantai kembali bersih.
Namun bila anda praktikkan cara yang dikongsikan oleh Hong Guan, masalah tersebut boleh di atasi.
Nak tahu bagaimanakah caranya itu, jom baca perkongsian ini.
Ads
Salam semua warga sekalian. Sekadar nak kongsi petua tebuk dinding. Selalunya saya buat satu sampul kertas pakai kertas A4 lipat-lipat dan masking tape lekat dekat bawah lubang yang nak tebuk untuk kumpul pasir yang keluar masa drill.
Boleh pakai sampul surat, beg plastik, apa-apa je yang boleh kumpul pasir. Macam ni tak payah nak sapu atau bersihkan lantai lepas drill. Habuk/pasir semua terkumpul dalam sampul buang je kat tong sampah.
Ads
Lagi satu tip, saya lekatkan magnet kecik beli kat Daiso di tepi cordless drill untuk pegang skru lebihan, boleh pasang skru berterusan tanpa ulang alik naik turun tangga. Harap bermanfaat.
Boleh dikatakan ramai juga yang cuba ingin berdiet bila terasa berat badan semakin bertambah.
Pun begitu, sering juga gagal untuk kekal konsisten dalam berdiet walaupun hasrat di peringkat awalnya menggunung tinggi.
Kenapa ianya boleh berlaku dan bagaimana pula cara dan rahsianya untuk kekal positif untuk berdiet?
Nak tahu jawapannya, jom kita baca perkongsian daripada seorang dietitian ini. Semoga ianya bermanfaat.
Masih ramai tak tahu cara nak pastikan kita boleh kekal motivasi dalam pemakanan sihat.
Apa-apa diet yang kita buat sekalipun, jika tidak dapat kekal lama, jadi sia-sia.
Antara tips untuk kekal motivasi dalam berdiet.
Be realistic.Kita perlu had kan pengambilan makanan yang tinggi kalori jika kita masih berbadan besar dan mahu turunkan berat tetapi sekeping dua chipsmore tidak merosakkan seluruh diet anda.
Realistic akan jadikan kita lebih lama dalam proses ini. Ia bukan proses yang sempurna tapi kita belajar setiap hari.
Sederhanakan pengambilan kanji, protein dan lemak. Ambil tak salah tapi tahu ‘sederhana’ itu banyak mana. Ilmu penting.
Sentiasa pujuk diri dan katakan ” it’s ok untuk tidak makan berlebihan walaupun majlis dan buffet”. Tidak rugi tak makan banyak dalam majlis free. Kecuali memang anda yang bayar mahal untuk makan di buffet mewah.
Fikirkan kesihatan diri dan takutlah jika anda kena ambil ubat dalam usia muda. Kalau dah berumur pun tak semestinya hidup dengan ubat kan? Kita boleh berubah dan ‘kawal’ masa depan. Allah dah kata, siapa berusaha , dia dapat.
Make it simple. Sederhanakan makan, sederhana senaman. Konsisten. Titik.
Keep your diet simple,
Keep your exercise simple,
Consistent with both.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Anak-anak yang tidur lambat sememangnya buat ibu-ibu stress. Masa rehat semakin kurang malah aktiviti malam hari seperti mengemas rumah dan melakukan persiapan untuk esok pagi menjadi semakin lambat. Banyak kerja yang tidak dapat
dibereskan bila mana anak tidak mahu tidur. Adakalanya hingga jam 12 atau 1 pagi.
Bukan bebanan bila anak tidak mahu tidur tetapi fokus ibu untuk berehat lebih awal terpaksalah dilupakan. Sebenarnya mengajar anak untuk masuk tidur lebih awal patut dilakukan sejak kecil lagi.
Cuba ikut cara wanita bernama Nurul Diana ini yang berkongsikan tipnya. Katanya mendidik anak tidur awal perlu bermula sejak kecil lagi. Tapi tak salah kalau nak mulakan dari sekarang.
Malah katanya lagi, kalau nak travel ke destinasi yang bertukar malam dan siang juga tidak menjadi soal. Asalkan anak sudah biasa dengan waktu malam dan siang.
Jom ikut caranya. Mudah!
TIP ANAK TIDUR AWAL
Uwais – 5 tahun
Umar – 9 bulan
Uwais
– Dari dalam pantang tido pukul 7-8 malam. Hanya akan terjaga untuk menyusu je, akan bangun 6-7 pagi. Bangun main takde , bangun susu je. Sekarang dah 5 tahun, dia tidur pukul 8-9 malam. Paling lambat 10 malam.
Umar
– Sama macam abang dia, dari dalam pantang sampai harini ( 9 bulan lebih ) tidur pukul 7-8 malam jugak. Bangun 7-8 pagi, bangun untuk menyusu je. Takde terjaga tgh mlm untuk main.
Dua-dua anak tak tidur buai. Ramai tanya macam mana aku buat?
1. Dari dalam pantang tidur meniarap dan bedung
Dua-dua pun sama, Uwais dan Umar, orang cakap tak bahaya ke tidur meniarap? So far alhamdullilah cuma kena monitor kepala dia tapi tak lama pun. Macam umar dalam pantang lagi dah boleh angkat kepala untuk alih posisi kepala. uwais
bedung sampai umur 1 tahun lebeh. Umar sampai 6 bulan.
2. Tiada istilah tidur ruang tamu atau ruang-ruang lain
Tidur mesti kat bilik, Umar tidur dalam pukul 7 malam macam tu, so lampu bilik akan di matikan. Bagi susu, tepuk dan tidur .
Untuk Uwais, pukul 9 akan remind dia untuk tidur, kalau dia tak tidur lagi maksima pukul 10 malam akan suruh dia tutup all tv, kemas mainan dan tidur. Sama jugak macam Umar. Tepuk dan tidur ( Uwais tak menyusu botol dah ). Angkat dia ke
katil dia sendiri atau tidur terus kat katil dia. Uwais dah tadika, so dia tidur awal, sangat mudah untuk bangun. Tak kejut lagi dah terbiasa bagun pukul 7. So terus siap-siap ke tadika.
3. Ajar siang dan malam
Dari dalam pantang dua-dua tak ada istilah tidur pasang lampu. Malam mesti tutup lampu untuk biasakan anak-anak siang dan malam. Ni penting sebenarnya sebab masa aku pergi Turki baru-baru ni, aku risau sangat tabiat tidur Umar akan
berubah beza waktu Turki dan Malaysia, Sana siang , sini malam . Ingat Umar akan berjaga malam tapi tak, bila malam dia tetap tidur macam biasa walaupun sebenarnya siang kat Malaysia.
4. Boleh tidur lambat kalau umah Opah / Tok je atau sedara mara
Kalau time balik kampung atau apa-apa aku tak tentukan waktu tidur Uwais. Cuma sebab dia dah biasa macam tu. Pukul 10 dia akan start letih. Uwais kadang-kadang je tidur siang walaupun lepas balik tadika. Selalunya tak tidurlah. Umar macam biasa umah tok ke nenek ke tetap tidur macam tu sebab dia kecil lagi .
5. Mak pak mesti tidur jugak
Ni untuk permulaan nak train anak tu lah. Memang tutup lampu dan tidur. Sebenarnya nak acah-acah tidur je tapi tertidur sekali…hahaha. Tak lama pun dalam 1-2 bulan memang kena konsisten tutup lampu awal dan tidur sebab nak ajar
minda anak.
Tutup lampu bukan samar-samar, tutup gelap lubang hidung pun tak nampak…hahaha permulaan lah. Dah lama macam sekarang tidur pasang lampu bilik air bagi samar skit. Bila diorang dah biasa yahoooo! Mak tidur pukul 12 layan
drama…hahaha.
6. Kalau keluar berjalan macam mana?
Kadang-kadang mesti keluar makan kan atau jalan malam? Tu penting sangat waktu dalam pantang. Ibu berpantang tak boleh keluar umah 40 hari, jadi dalam masa 40 hari tu latih anak untuk tidur awal. Yes ! seawal itu sebab kena mulakan. So
nanti pas pantang hang keluar pi makan ka pi mana ka , anak hang lena dalam stroller .
7. Kalau terjaga tengah malam macam mana?
Buat bodoh saja. Masa awal-awal ada jugak terjaga, pukul 12 macam tu, mak tengah layan drama hahahaha tapi dengan pantas mak tutup handphone dan buat-buat tidur. Kadang dia naik atas badan nak tengok muka mak. Mak pejam mata tidur
dan anak give up dan tidur semula.
Apa-apa pun bermula dengan kita sebagai ibu bapa. Kita nak didik anak tu macam mana? Anak ikut kita ke kita ikut anak?
Kalau nak mulakan esok, cuba lah bertahan untuk sebulan tanpa miss , walaupun dah tutup lampu tapi anak lompat-lompat atas katil, sabar…baru 1-2 minggu tiba-tiba kita nak twist rutin anak. Tak mudah, paling penting hari-hari:
– suruh tidur awal
– tutup lampu
– jangan main hp
Ni paling penting, mak gigih usaha nak tidur anak awal tapi ayah dok main hp kat luaq. Dok tengok tv serius memang
gagal. Kena kerjasama dua-dua.
Anak-anak tidur awal memang melegakan. Rasa free dan relax sangat.
Good luck mama papa!
Kredit: Nurul Diana
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umpama dibadai Tsunami, begitulah yang dapat digambarkan keadaan kira-kira 100 buah rumah atas air di Kampung Forest, Sandakan, apabila musnah selepas dipukul ombak ekoran fenomena air pasang besar baru-baru ini.
Memetik laporan Bernama, difahamkan lebih 100 buah rumah musnah dan dianggarkan 500 buah rumah lagi terancam dipukul ombak berikutan air laut pasang besar malam tadi di kawasan setinggan di Kampung Forest, Sandakan, Sabah.
Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan hari ini, sebanyak 29 keluarga melibatkan 162 orang termasuk 53 kanak-kanak dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Sungai Anib 2.
Jumlah mangsa dijangka meningkat memandangkan proses pendaftaran masih dijalankan.
Rumah Tempat Belajar Al Quran
Susulan berita yang mendukacitakan ini, turut terpanggil saudara Muhammad Ruslee berkongsi kisah tentang sebuah rumah yang masih tegak berdiri meskipun rumah sekelilingnya banyak yang musnah.
Siapa sangka rupa-rupanya rumah yang ditanda dengan anak panah ini adalah rumah tempat anak-anak kampung tersebut belajar mengaji.
“Rumah yang ada anak panah itu adalah rumah akak abang ipar ana. Yang mana rumah ni adalah tempat anak-anak kampung kat situ datang untuk mengaji iqro & al-quran itulah rutin anak-anak kampung setiap hari.
“Ana terdiam , abang ipar ana dari semalam bertungkus lumus sampai kesiang bantu family ..akak nya adalah seorang guru ugama yang siang malam mendidik anak-anak kampung yang tinggal kat situ ngaji iqro sehingga naik Al-quran,” jelas Muhammad Ruslee di akaun facebooknya.
Tambahnya lagi, “Disekelilingnya habis bersih rosak akibat dipukul ombak semalam .Dan satu-satunya rumah kat tengah² tuh masih macam tuh…
“Ya Allah pelihara keluarga ni kerana siang malam mendidik ummah terutama anak-anak tanpa ada bayaran ….Ya allah ampuni keluarga ni..luaskan rezeqi mereka yang diuji saat ini ….Ya allah ampuni mereka campakkan kesabaran di atas ujian mu ini dihati semuanya..”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.