Beberapa hari yang lagi, kita dikejutkan dengan satu berita di mana sebuah keluarga telah ditemukan pengsan dan merempuh Plaza Tol Bentong.
Punca empat orang mangsa dilaporkan pengsan kerana keracunan oksigen econ. Rentetan dari kejadian itu, ramai yang mula risau lebih-lebih lagi ianya berlaku sewaktu perayaan sedang rancak diadakan.
Malah setiap hari, kesesakan di lebuhraya dilaporkan sangat luar biasa dan tempoh perjalanan meningkat dengan sangat mendadak. tidak mustahil kejadian seperti ini akan berualang malah jika ianya tidak dikawal boleh mengakibatkan kemalangan.
Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Profesor Dr Wong Shaw Voon, kejadian ini berlaku adalah disebabkan oleh tidak menghidupkan fungsi kitaran udara luaran dalam kenderaan ketika menghidupkan penyaman udara.
Tindakan ini akan menyebabkan pemandu dan penumpang mengalami kelesuan serta pengsan akibat kekurangan oksigen.
Menerutnya lagi, fungsi tersebut adalah penting bagi memastikan oksigen sentiasa mencukupi terutama untuk pemanduan jarak jauh.
Ads
“Apabila tidak menghidupkan fungsi ini, ditambah dengan perjalanan yang jauh dan sesak semasa perayaan, ia menyebabkan oksigen yang ada akan berkurangan serta memberi risiko kepada pengguna kenderaan tersebut.
“Perlu tekan butang yang ada itu walaupun kita tahu kesannya penyaman udara kurang sejuk dan bau dari luar akan masuk dalam kenderaan. Namun, ia sebagai langkah keselamatan sebelum perkara tidak diingini berlaku.”
Mengambil ikhtibar kejadian yang berlaku pada empat sekeluarga yang pengsan di dalam kenderaan dipercayai kekurangan oksigen di dalam badan sebelum kereta dinaiki merempuh Plaza Tol Bentong.
Menurut Shaw Voon, kejadian itu berkemungkinan berlaku disebabkan mangsa tidak menggunakan fungsi kitaran udara luaran sebagai langkah keselamatan.
Ads
Tambahnya, jika tidak mahu menggunakan kitaran udara luaran, adalah disarankan untuk membuka tingkap agar pengudaraan berlaku dengan baik.
“Contoh kes di Bentong, mereka ada empat orang. Jadi, kadar oksigen yang mereka dapat adalah lagi rendah sebab perlu berkongsi. Tingkap ditutup, butang tidak ditekan, ditambah dengan ruang yang terhad menyebabkan ia berlaku.
“Apabila lama sangat di dalam kereta tanpa menggunakan fungsi kitaran udara luar, mereka akan rasa penat. Ini bermaksud sudah kritikal. Bila dah rasa begitu (penat), kena buka tingkap sebelum pengsan,” ujarnya.
Ads
Jelas beliau, bagi pemanduan jarak dekat, tidak mendatangkan masalah jika tidak menggunakan fungsi kitaran udara tersebut.
“Kalau memandu dekat, dalam 10 minit sampai, memang tiada masalah. Tapi kalau 10 jam, memang akan membawa masalah. Demi keselamatan, tekan butang tersebut,” katanya.
Apa perasaan anda apabila nak menanak nasi, tiba-tiba mendapati ada bubuk atau kutu beras di dalam tempat simpanan beras tersebut. Pasti akan kembang tekak kan lebih-lebih lagi haiwan ini akan mudah dilihat kerana berwarna hitam dan bentuknya sangat menggelikan.
Ada juga yang berpndapat bahawa ianya tidak memudaratkan. Hanya rendam beras tersebut, kutu atau bubuk akan naik di atas air. Jadi mudah untuk membuangnya.
Namun, anda perlu tahu bahawa beras yang sudah dicemari oleh kutu dan bubuk ini akan mudah basi dan lembik selain sudah kurang enak untuk dinikmati.
Takkan nak buang beras tersebut lebih-lebih lagi jika kutu dan bubuk tersebut sudah ada sejak dari anda membeli beras tersebut. Oleh itu, untuk mengatasi masalah ini, ada petua yang anda boleh cuba. Moga ia bermanfaat dan membantu anda di dapur.
5 CARA MUDAH & BERKESAN UNTUK HALAU KUTU BERAS
1. Paling mudah untuk hilangkan kutu beras ialah letakkan beras di atas dulang kemudian jemur di tengah panas. Kutu beras akan keluar dari beras untuk cari tempat lembap.
2. Kedua, masukkan cili kering ke dalam bekas simpanan beras. Cili kering berbau kuat dan juga bersifat panas. Kutu beras tak suka cili kering dan ia dapat menghilangkan dan menghalau kutu beras.
3. Kutu beras tidak sukakan bau-bauan jadi boleh halau kutu beras dengan bawang putih. Bawang putih mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi ia mampu menghalau kutu beras.
4. Daun pudina perlulah dikeringkan terlebih dahulu dan kemudian kisar jadi serbuk dan masukkan ke dalam uncang. Boleh juga digaulkan bersama-sama dengan beras. Cara ini agak berkesan menghalau kutu beras.
5. Letakkan daun limau purut ke dalam beras. Selain beras berbau harum, ia boleh menghalau kutu beras dari terus menghuni bekas simpanan beras.
Anda juga boleh letak kulit kayu manis di dalam bekas beras. Bau harumnya mampu menghalau kutu dari bekas beras.
Cubalah petua ni, kalau-kalau ada yang berkesan dan masalah bubuk beras tak ada lagi.
Bagi pesakit-pesakit yang selalu berurusan dengan Klinik Kesihatan, anda tentu ada pandangan tersendiri apabila menerima rawatan di sini. Tidaklah dikatakan semua rawatan yang diterima sama cuma secara rawaknya sama terituma bagi pesakit yang menghidap penyakit diabetes atau darah tinggi.
Meskipun dasarnya tidak melibatkan kesan fizikal, namun penghidap diabetes dan hipertensi perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan stabil.
Namun terkadang, pemberian dos ubat yang berlarutan seakan mencetuskan kerisauan lain.
Dr Mani yang merupakan petugas medik di sebuah poliklinik, beliau tampil memberikan teguran buat doktor di sektor awam. Dr Mani mencadangkan agar doktor Klinik Kesihatan (KK) merangka satu plan bagi memastikan dos ubat yang diterima pesakit diabetes dan hipertensi berada pada tahap sewajarnya selari dengan keperluan.
‘Boleh tak buat 1 plan bila kena makan dan berhenti makan ubat? 3 bulan, 3 bulan, you tambah ubat.’
Di satu sudut lain, Dr Mani juga berharap cara berinteraksi yang kasar atau budaya kerja sambil lewa oleh segelintir doktor Klinik Kesihatan dapat diperbaiki. Beliau menyifatkan setiap pesakit seharusnya diberikan perhatian dan penjelasan mengenai perkembangan kesihatan mereka.
Bukannya sekadar memeriksa, tambah dos ubat dan suruh datang lagi pada tarikh tertentu.
Kenyataan ini disokong oleh ramai netizen.
‘Setuju doktor…Kalau kita minta stop insulin kena bebel suara tinggi…Rasa malu pun ada.’
Meskipun ayat-ayatnya pedas, netizen setuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Dr Mani.
Bukanlah hendak memukul rata, namun ramai juga penghidap diabetes kongsikan pengalaman buruk mereka dengan doktor Klinik Kesihatan.
‘Betul tu. Ari ni jumpa dr. Kata appointment dpn behenti ubat tertentu. Bila kita dtg semula, dr lain check. Bgtau semua ok tp X bg behenti ubat.’
‘kerja asal boleh…ckp anak demam dah berulang2..dia cek mcm tu je x de nak amik darah ke apa..dua minit dah keluar bilik doc.’
‘setuju….bila tanya…jawapan kami pantau je…bila darah n gula naik…ugut….nk insulin la…apa lah bila…tanya…..no positif answer……’
‘betul…asyik tambah ubat je..kadang tengok mak saya,bnyk nye mkn ubt…dh msuk hospital,doc hospital slh kn doc kk,sebab ubt yg diberi dos tinggi’
‘dekat kk ada doktor pakar g maki my mom sbb bacaan k.manis x turun. prescribe ubat rm150/month kene beli sendiri di farmsi n x bgtahu bila nk stop.’
Bagi penggemar-penggemar T-Shirt, tentu anda kecewa bila pakaian kesukaan anda itu sudah tidak sempurna apabila lehernya kembang membuatkan ianya tidak lagi selesa digunakan.
Bukan itu sahaja, tshirt yang mempunyai masalah yang serupa akhirnya di buang ke dalam tong sampah atau dijadikan kain buruk.
Sayang kan? T-shirt tersebut bukannya murah malah ada yang special edition.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok yang menggunakan nama @Syafiq.art, dia telah menunjukkan cara bagaimana mahu memperbaiki masalah ini.
Rupanya hanya menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya amat murah.
Langkah 1
Pertama, anda perlu jerang air dalam periuk sehingga panas dan mendidih.
Langkah 2
Kedua, sementara menunggu air dijerang, ambil baju yang kolarnya sudah meregang dan ‘kembang semangkuk’ itu, ambil segelung getah dan ikatkan pada bahagian kolar baju yang sudah hilang bentuk itu.
Ikat mengikut cara yang ditunjukkan dalam video di atas.
Langkah 3
Ketiga, setelah air siap dimasak, rendamkan baju kedalam air panas yang baharu di masak itu,
sehingga semua bahagian kolar baju yang berikat itu basah dan merata terkena air panas tersebut selama 3 hingga 4 minit.
Setelah direndam, keringkan sahaja baju tersebut dengan keadaan terikat, atau boleh juga jemur dibawah terik mentari sehingga kering.
Langkah 4
Keempat, setelah baju benar-benar kering boleh lah gosok bahagian kolar yang berkedut akibat cerutan getah tu, dan dipakai seperti biasa. Hasilnya pasti membuatkan anda puas hati, kerana bentuk kolar akan kembali seperti sediakala!
Sekadar info, pemakaian t-shirt sama secara kerap dan berulang kali boleh menjadi punca kepada masalah kolar t-shirt kembang, meskipun anda baru sahaja membeli t-shirt itu.
Kualiti kapas yang digunakan juga antara yang menjadi punca anda mengalami masalah sama, jadi sebelum membeli baju, pastikan dahulu kualiti kain dan peratusan kapas yang digunakan untuk membuat baju berkenaan.
Jadi apa tunggu lagi, jom cuba tip ini pada tshirt suami anda.