Bagi yang pernah merasa kehilangan, pasti anda tahu betapa peritnya hati ini menahan kerinduan.
Kehilangan ketika masih hidup lain perasaannya dengan kehilangan sesuatu buat selama-lamanya lebih-lebih lagi insan yang paling kita sayangi.
Baru-baru ini, seorang lelaki bernama Nurnaif telah berkongsikan pengalaman dan perasaannya selepas pemergian isteri tercinta akibat kanser.
Menerusi laman Twitternya, Nurnaif menjawab soalan-soalan dari pengikutnya yang ingin tahu perasaannya ketika ini dengan begitu tenang sekali.
Jawapan yang berbentuk luahan itu mengundang sebak lebih-lebih lagi yang pernah merasai kehilangan.
“Memandang isteri saya selalu membuatkan saya gembira. Dialah hadiah dari Allah kepada saya.
“Kami sudah berkahwin selama 24 tahun. Baru saja kehilangannya kerana kanser.
“Reda. Tetapi saya masih menangis di waktu pagi ketika anak saya sedang tidur. Saya sangat merinduinya,” kata Nurnaif yang kini merupakan bapa tunggal kepada 2 cahaya mata.
Apabila ditanya apa yang akan dilakukan untuk mengubat rindu yang tidak terhingga kepada arwah isteri.
“Saya tengok gambar dan video dia, rindu nak bercakap dengan dia… dengar gelak tawa dia.”
Nurnaif menjelaskan cara yang diamalkannya untuk mencari ketenangan ketika perasaan rindu membebani isi hati ialah dengan sedekahkan al-Fatihah.
“Kalau macam saya, saya akan peluk bantal kepunyaan arwah isteri. Saya akan peluk baju-baju dia.
“Tengok gambar dan video dia. Penting untuk ada video sebab boleh dengar suara dia. Saya rindu nak bercakap dengan dia, untuk dengar gelak tawa dia.
“Saya juga akan baca semula mesej WhatsApp dia,” cerita Nurnaif.
Ads
Untuk makluman, isteri Nurnaif meninggal dunia pada hujung Oktober lalu selepas hampir tiga bulan dimasukkan ke dalam wad di Hospital Pulau Pinang.
“Isteri saya baru meninggal dunia. Saya berasa sedikit terkilan sebab mungkin kami boleh bertindak dengan lebih baik untuk selamatkan dia.
“Saya menangis setiap hari terutamanya di waktu pagi. Rumah rasa sangat sunyi. Saya perlu jaga anak-anak saya.”
“Anak-anak adalah apa yang memberikan saya semangat untuk teruskan hidup,” katanya dalam satu ciapan lain.
Salah seorang pengikut Nurnaif sempat bertanya mengenai perasaannya ketika ini adalah sama seperti perasaan patah hati kerana bercinta.
“Rasa rindu pada dia tapi kita tahu dia bahagia dengan orang lain dan dia tak rindu kita pun.
Ads
“Rasa hati yang berat seperti hati ini dihiris nipis-nipis,” soal pelayar itu.
Seorang netizen telah menjawab bagi pihak Nurnaif dengan mengatakan perasaan rindu dalam dua situasi itu adalah berbeza.
“Saya jawabkan. Tak sama. Sekurang-kurangya kalau patah hati kerana cinta kita masih dapat lihat dia dan kita tahu dia masih hidup.
“Lama-kelamaan kita akan terima hakikat yang dia dah bahagia dengan orang lain.
“Tapi seorang isteri adalah teman sehidup dan semati bagi lelaki. Hidup kita harus bersama mereka dan apabila mereka dah tak ada, kita akan rasa kosong,” terangnya.
Siapa sangka bas yang sudah berusia 30 tahun kini telah bertukar menjadi tempat untuk beribadat.
Dengan melakukan pengubahsuaian kenderaan ini menjadi sebuah mini surau yang selesa. Menerusi perkongsian saudara Yusufhadi Alhafidz telah mendapat mendapat perhatian warganet yang memuji cara beliau manfaatkan kenderaan berkenaan.
Selain itu ada netizen memberi nama jolokan kepada bas berkenaan seperti, ‘bas ke syurga’ dan ‘Bas Pencen Penuh Bermakna.’ Malah ada yang beranggapan ia seakan kehidupan manusia iaitu dihujung usia bersara daripada melakukan kerja sebaliknya fokus kepada ibadat.
Melihat pada bahagian dalam bas, menggunakan dinding dan lantai kayu sebagai menonjolkan konsep yang tenang dengan cahaya lampu yang terang.
Apa yang pasti, buat pemilik kenderaan ini, pahala yang sentiasa mengalir dengan menyediakan kemudahan sebegini kepada orang ramai. Sungguh inspirsi!
Permit smpai 30 tahun jer.. Dulu jadi bas mini kL. Pastu bas sekolah. Pencen mcm ni lah jadinya.
Sebelum diubahsuai
Selepas diubah suai
Diletakkan di kawasan pasar malam.
Bahagian dalam bas surau : Menggunakan dinding dan lantai kayu
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Semuanya demi memastikan anak-anak menjadi ‘orang’. Begitu juga dengan pelakon dan usahawan Hanis Zalikha, 30.
Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah. Melihatkan cara pemilik jenama Cakenis ini membesarkan anak-anaknya cukup memberi inspirasi terutama kepada pasangan muda yang lain.
Tidak hairanlah, setiap kali memuat naik video mahpun gambar perkongsian di instagramnya, ramai ibu-ibu yang memberi komen.
Terbaru, Hanis memberitahu yang dia membuat peraturan yang mana anak-anaknya hanya dibenarkan untuk menonton televisyen pada hujung minggu. “Budak-budak ni dapat tengok televisyen hari Sabtu dan Ahad. Pukul 6 petang kena tutup televisyen, dah faham sendiri,” demikian perkongsiannya menerusi insta stories. Sebelum ini, Hanis mendedahkan dia tidak memberi anaknya gajet di usia yang awal. Jelas isteri kepada aktor Hairul Azreen ini lagi, anak kecil tidak mudah berasa bosan jika dibandingkan dengan orang dewasa. “Ramai tanya tak bosan ke kalau anak-anak tak tengok televisyen? Sebenarnya anak-anak kecil ni hebat, imaginasi sangat tinggi. Diorang bukan macam kita dah tepu dan cepat bosan.
“Kanak-kanak mampu kreatif dalam suasana yang paling kosong dengan barang yang terhad,” kongsinya lagi.
Mendidik anak merupakan satu perkara yang sangat penting dalam dunia parenting. Lebih-lebih lagi jika anak itu masih lagi berusia kecil. Mahu mempunyai anak ini merupakan satu tanggungjawab yang besar dan bukan amanah yang boleh dipermainkan.
Ketika diusia masih kecil, ibu bapa merupakan contoh terbesar yang dipandang oleh anak-anak. Oleh itu mereka sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat kuat. Jika tidak, dari mana lagi asalnya pembentukkan personaliti mereka?
Tatkala membesar, melakukan kesilapan dalam kehidupan harian merupaka satu perkara yang normal. Apa yang tidak normal adalah apabila anak-anak diketawakan dan diperlekehkan kerana kesilapan yang dilakukan. Sepertinya menyatakan “padan muka” atau mengejek merupakan satu perkara yang amatlah tidak sihat kepada minda si kecil!
Si Manja Kehilangan Keyakinan Diri
Sama seperti kita sebagai manusia akan hilang keyakinan diri apabila diejek akan kesilapan yang telah dilakukan. Cuba bayangkan, kita yang sedang belajar mengenai sesuatu dan kita melakukan kesilapan. Apa perasaannya jika kita diejek dengan kesilapan itu? Malu bukan? Now, bayangkan pula si kecil yang mengalaminya!
Takut Mencuba Sesuatu Yang Baru
Apabila sudah sering dikuasai dengan pandangan diperlekehkan, akan munculnya pula perasaan takut untuk mencuba sesuatu yang lain. Bukan itu sahaja, perasaan ini juga akan menjadi punca kehilangan semangat untuk mempelajari sesuatu!
Murung
Si kecil akan cepat murung dan sukar untuk bergembira. Hal ini kerana mindanya sering terganggu akan perasaan seperti dirinya tidak berguna dan tidak bagus. Yang paling teruk, akan menjadi satu masalah apabila anak akan mudah terpengaruh dengan perkara negatif!
Pendedahan ibu bapa kepada si anak adalah merupakan satu pendedahan yang sangat penting. Oleh itu dinasihatkan kepada anda untuk menjadi ibu bapa yang lebih bijak.
Setiap anak berbeza ada yang cepat "pickup," ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu. Sebagai ibu bapa, penting untuk kita mengenali corak pemprosesan...