Teknik kelar bukan lagi mitos bagi menggalakkan pokok berbuah lebat. Sebelum ini ramai yang berkongsikan kaedah ‘ugutan’ atau takik untuk pokok yang malas berbuah. Ada yang kata itu hanyalah mitos.
Tahukah anda bahawa rupa-rupanya teknik ini terbukti berkesan. Teknik ini telah digunakan oleh pekebun-pekebun untuk memaksa pokok buah di seluruh dunia. Bagaimanapun pekebun profesional tidak menggunakan teknik takik. Mereka menggunakan kelaran atau lebih dikenali dengan nama Gridling Techinque.
Teknik kelaran atau gridling ini bukan sahaja untuk memaksa pokok berbuah. Ada banyak lagi manfaat antaranya buah yang dihasilkan rasanya lebih manis.
Di mana kelaran perlu dilakukan?
-Pangkal dahan-dahan utama
-Sekeliling paksi pokok
Cara-cara Gridling Technique
1. Gunakan pisau yang telah di nyah kuman (strill) dan tajam. Buat satu kelaran asas sekeliling dahan.
Ads
2. Lakukan kelaran kedua dengan jarak tidak lebih 5mm. Untuk pokok kecil seperti pokok tin, jarak 2 mm sudah memadai.
3. Tanggal atau kupas bahagian kelaran dari batang pokok.
4. Selepas kelar, terpulang pada anda sama ada nak tutup bahagian kelaran dengan plastik atau cat. Dibiarkan begitu sahaja pun boleh cuma ia tidak cantik dan mudah terkena ancaman penyakit.
Ads
Lebatkan Dan Maniskan Buah
Kelaran boleh dibuat dengan dua cara iaitu dengan bersambung atau bertindih.
a) Bersambung jika anda dapat buat potongan dengan lurus. Jika mahu buat begini, tandakan dengan pensel atau pen. Baru potong dengan pisau.
b) Bertindih. Hujung tidak bertemu tetapi MESTI bertindih.
Ads
Info tambahan:
Pastikan baja yang digunakan tinggi P(Potassium) dan K (kalium) Elak menggunakan baja tinggi N(Nitrogen) akan menyebabkan pokok anda mabuk daun.
Semoga selepas ini, pokok-pokok buah-buahan yang kita tanam akan ‘rajin’ berbuah menggunakan teknik ini, dengan izinNYA.
Penceraian bukan penghalang untuk berbaik demi anak-anak. Jika sebelum ini Norman Hakim dan bekas isterinya , Abby Abadi serta Fasha Sandha dan Jejai menjadi contoh pasangan yang bercerai tetapi masih berhubung baik.
Terbaru Datuk Eizlan Yusof dan bekas isterinya Vie Shantie Khan dikatakan berbaik apabila dilihat bercuti bersama-sama.
Menerusi satu perkongsian oleh Dato’ Sri Eizlan Yusof , beliau memuat naik sekeping gambar bersama bekas isterinya melalui laman instagramnya baru-baru ini.
Turut kelihatan anak-anak serta isteri barunya, Datin Sri Natasha Rosa Boudville.
Rupa-rupanya keluarga ini telah bercuti bersama-sama sempena hari jadi anak mereka Vie Zaalia. Kehadiran Vie Shantie mencuri tumpuan sekali gus menutup spekulasi kononnya hubungan Eizlan dan bekas isterinya dingin.
Majlis hari jadi yang berlangsung di sebuah homestay turut dihadiri anak-anak mereka yang lain iaitu Vie Zaara dan Zareef Yusof.
Keceriaan dan wajah bahagia jelas terpancar di wajah masing-masing. Tidak hairanlah ramai yang memuji sikap sporting Eizlan dan bekas isterinya itu.ssarshat Masyaallah.. Such a warm sight… May Allah bless all of u with everlasting love and ukwah for the sake of Him!
Yang penting ruang nampak kemas, menarik dan ceria.
Kalau dah kreatif, guna bahan murah dan biasa pun sudah mampu menyerlahkan sesuatu ruang dalam kediaman. Setuju tak? Jom kita cuci mata tengok mana tahu dapat ilham untuk tandas rumah kita juga .
Baca sebelum nak kecam!!
“Ok harini haz nak share makeover yang haz dah siapkan untuk Bilik air ni.. Memandangkan bilik air ni xda apa2 masalah jadi haz buat kputusan nk hias la sikit2 bahagian ni.
“Tujuan utama adalah haz nk kawasan ni nampak ceria bukan apa bila kita bangun pagi mesti terus ke bilik air jadi sedikit sebanyak dapat la menaikkan mood ceria.
“Walaupun sebelum ni ada viral kes bahaya pasang wallpaper tapi pada haz benda ni bergantung pada individu tu sendiri.. Kalau xpasang wallpaper pun tapi tandas xjaga tetap ada kuman kan.
“Jadi secara logik akal kalau toilet dah cantik xkan kita nk biar jadi kotor.. Jadi terpulang pada individu tu sendiri..kalau dah rasa lama sgt pakai boleh je bukak terus..🤭🤣
Kisah yang cukup berinspirasi, inilah antara contoh pejuang kanser yang bangkit dan terus bersemangat biarpun di dalam diri membawa bersama penyakit yang cukup digeruni. Namun itu tidak mematahkan semangat lelaki ini untuk positif dan berusaha setiap hari melawan penyakit tersebut.
Perkongsian saudara Asuri Asri Yusof ini patut dijadikan sumber inspirasi buat semua. Satu luahan yang cukup menyentuh hati. Siapa sangka 9 bulan lepas, dia terlantar sakit di rumah sambil menahan sakit kesan daripada rawatan chemoteraphy. Kesan rawatan tersebut, dia juga sukar untuk menelan makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan rawatan radiotheraphy.
Namun, mengambil semangat arwah abangnya yang juga merupakan cancer fighter, Asuri membuktikan dia berjaya menghabiskan larian marathon sejauh 42km.
CANCER FIGHTER TO MARATHON FINISHER’
Ini kisah aku..
Siapa sangka 9 bulan lepas aku masih lagi terlantar di ruang tamu rumah mak sambil menghitung saki baki hari sambil menangis hampir setiap malam menahan sakit kesan rawatan chemotheraphy (3 cycles) dan radiotheraphy (35 sesi).
Bayangkan sakitnya rawatan aku sampaikan aku tak mampu menelan sebarang makanan akibat luka luar dan dalam leher kesan radiotheraphy.
Aku hanya bergantung kepada tube di hidung utk minum selama lebih 2 bulan tanpa boleh makan langsung. Berat aku drop mendadak lebih dari 11kg sehingga ditahan di wad HKL. Membuatkan aku menghargai nikmat setiap makanan. Aku bersyukur aku masih ada keluarga, isteri, anak dan rakan2 rapat yg sentiasa memberi semangat utk aku teruskan lawan sakit ini.
KEPUTUSAN GILA
Sekitar bulan January semasa menunggu follow up dengan ENT Hospital Ampang, aku ambil satu keputusan mendaftar secara online acara marathon terbesar di Malaysia iaitu Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2019 (KLSCM) untuk menebus balik hutang tahun lepas yang mana aku dah register. Tetapi terpaksa batalkan sebab baru lepas operation di leher tanpa mengetahui yang aku boleh sempat recover dalam tempoh itu.
Dan ini juga merupakan jarak yang belum pernah aku lari seumur hidup aku (Full Marathon 42km). Paling jauh aku pernah lari ialah 30km dan itupun 2 tahun lepas. Pada mulanya tiada siapa yang tahu keputusan aku daftar termasuk isteri dan rakan. Tapi aku beritahu isteri dan beliau bagi sokongan padaku untuk berlatih hanya jika keadaan badan betul2 pulih..
Dan sepanjang tempoh itu aku memang tak boleh berlatih langsung akibat side effect lepas treatment yang mana deria rasa aku tak ada langsung selama hampir 6 bulan..membuatkan aku lemah serta pemakanan tidak konsisten. Dan yang paling teruk ialah mulut aku tak mampu hasilkan sebarang air liur akibat kelenjar air liur yang dah rosak semasa rawatan radiotheraphy menyebabkan mulut aku sentiasa kering dan membuatkan aku terpaksa jauhi dari sebarang aktiviti sukan.
Sehinggalah 2 bulan lepas aku betul mula berlari sikit- sikit berbekalkan botol air di tangan untuk elakkan mulut kering. Seminggu dalam 3 kali aktiviti dengan jarakk 2-3km per sesi. Kemudian aku tambah jarak ke 6km setiap sesi dengan pace 8:30-9:00min perkm.
Dan sebulan sebelum event KLSCM, jerebu teruk melanda negara membuatkan aku terpaksa berhenti melakukan segala aktiviti luar rumah sambil mengharap yang KLSCM tidak dibatalkan seperti kes pada SCKLM 2015 (nama waktu dulu) dibatalkan akibat jerebu. Lebih-lebih lagi bagi aku yang sering menghidap masalah respiratori, serta sejarah aku sebagai pesakit Kanser Pangkal Hidung membuatkan aku pilih untuk tidak mahu ambil risiko.
Jadi aku pilih untuk buat aktiviti ringan seperti pumping, squating dan planking untuk kekalkan kecergasan. Dan seminggu sebelum event aku memberitahu rakan rapat dalam dunia larian yang aku nak buat ‘Virgin Full Marathon’ di event marathon terbesar di Malaysia ini. Tanpa sebarang aktiviti larian selama hampir 2 tahun membuatkan aku nervous untuk acara jarak 42km yang mana sesetengah pelari-pelari aktif pun gerun dengan jarak sejauh itu.
Tetapi aku sangat bersyukur rakan larian Ajez, Najmi, Arip, Sadiq dan Acan bagi full support pada aku sehinggakan Ajez dan Arip sanggup pilih untuk abaikan event kali ini demi teman aku habiskan distance acara ni.
And the rest is history. Siapa sangka target pada mulanya hanyalah untuk habis dalam 6jam 30minit.. tetapi dengan sokongan rakan dan isteri aku mampu habiskan jarak larian dalam tempoh 5jam 47minit walaupun baki 12km tu aku banyak berjalan daripada berlari akibat cramp teruk di seluruh otot kedua belah kaki.
Aku tamatkan larian dengan air mata sebak kerana aku tak sangka pada saat aku di diagnos dengan Kanser Pangkal Hidung tahap 3 pada awal 2018, aku tak jangka langsung aku mampu habiskan larian jarak 42km yang mana waktu sihat dulu pun tak pernah terfikir untuk buat.
Terima kasih pada rakan-rakan, ahli group NPC dan ahli keluarga saudara mara yang sentiasa beri sokongan dari awal pada saat tempoh gelap untuk aku bangun dan lawan penyakit ni.
Aku ambil semangat arwah abang aku Mohd Ashraf Yusof yang juga merupakan seorang Cancer Fighter. October ni genap 8 tahun beliau tinggalkan kami. Kami berkongsi minat yang sama dalam larian sejak sekolah menengah lagi.
Aku doakan setiap orang apa jua penyakit yang masih dalam tempoh rawatan dan yang sudah habiskan rawatan tetap cekal dan positif untuk tempuh ujian yang dah ditetapkan untuk kita. Pentingnya sokongan orang sekeliling untuk kita terus lawan dan lawan. Semoga aku pun sentiasa diberikan peluang untuk merasai nikmat kesihatan ni supaya aku boleh teruskan bagi inspirasi pada kawan- kawan yang lain. InsyaaAllah.
ASRI YUSOF Cancer Fighter Nasopharygeal Carcinoma (NPC)
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.