Prof Dr Muhaya pagi tadi mengumumkan berita kematian cucunya dalam satu perkongsian di laman instagramnya. Innalillahiwainnailaihirajiun. Telah kembali ke Rahmatullah Cucunda kami putera pada Aiman dan Atiyah jam 9.50 pagi tadi di PPUKM. InsyaAllah solat jenazah akan di dirikan di Masjid Sg Ramal Luar, Kajang selepas solat zohor. Jenazah dijangka sampai ke masjid 12 insyaAllah.
Cucu lelaki Prof Muhaya yang berusia dua tahun lima bulan, Muhammad Ahmad Aiman meninggal dunia pada pukul 9.50 pagi di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur. Cucu Dr Muhaya dimasukkan ke PPUKM pada Isnin. Muhammad merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan sakit sejak kecil. Sebelum itu, Prof Muhaya ada memuat naik perkongsian mengenai cucunya yang tenat di hospital dan bergantung kepada sistem sokongan hayat. Assalamualaikum wbt semua sahabat yang dikasihi kerana Allah. InsyaAllah Pagi ini jam 9 akan di offkan ventilator atau life support system kerana dijangkakan telah habis usaha kita sebagai makhluk. Semoga semua mendoakan ketabahan Atiyah, Aiman dan anak anak serta keluarga kami dan semakin dikuatkan keimanan ketakwaan dan akhlak dalam menghadapi hadiah dari Allah yang Maha Baik, Maha Penyayang, Maha Mengetahui. Tkasih banyak atas segala doa yang ikhlas dan kasih sayang yang berpanjangan hingga ke syurga.
Snorkeling atau skin diving merupakan aktiviti yang sering dilakukan jika memilih percutian di pulau.
Biasanya peralatang wajib ada ketika melakukan snorkeling tentulah memerlukan snorkeling mask adalah antara peralatan yang sangat penting untuk membantu penglihatan semasa didasar laut atau untuk melihat ke dasar laut. Manakala pemilihan face mask yang sesuai dapat membantu menjamin keselesaan anda untuk melakukan aktiviti snokling.
Apa yang pasti semasa memilih snorkeling mask pastikan ia mempunyai ukuran yang tepat dan selasa ketika memakai supaya tidak mengganggu pernafasan anda.
Begitulah yang dilalui oleh seorang doktor ini, menerusi perkongsiannya, beliau menceritakan pengalaman menggunakan snorkeling mask sehingga menjejaskan pernafasannya.
Ikuti perkongsian beliau. Moga jadi iktibar.
Mask ni hampir meragut nyawa saya..Kisah benar pengalaman saya sendiri ni berlaku beberapa bulan lepas.
Masa tu kami satu keluarga besar bercuti di Pulau Redang. Untuk bagi experience menyelam lebih menarik, saya beli goggle special.
Ini rupa dia, beli dekat sports centre ehemm yang terkenal di KL ni. Shoppee pun ada. Istimewanya goggle ni sebab kita boleh bernafas dalam air.
Menyelam pun air tak masuk sebab ada injap halang air masuk. Memang seronok buat stunt menyelam guna benda ni.
Memang convenience lah. Cuma saya perasan tak berapa selesa sangat bernafas lama. Jadi saya bukak selalu lah untuk sedut fresh air.
Sukar bernafas
Nak jadi cerita, satu petang tu saya ajak adik-adik saya pi jauh sikit dari pantai untuk tengok coral. Terlupa jaket safety time tu.
Tapi saya fikir, saya dan adik-adik saya pandai berenang. Time tu pulak ombak tenang, arus tak kuat.
Masa pi tempat dalam dan gelap tu, macam terdetik..fuhh scary jugak tak pakai life jacket ni.. Kaki memang tak jejak lah. Tapi tak panik pun.
Tiba-tiba lepas 4-5 minit menyelam berterusan tu, rasa nafas sempit pulak. Eh tapi takdelah panik dan takut sangat pun. Cuma confuse.. kenapa?
Terus naik sebab rasa macam tak cukup oksigen. Bila timbul kat permukaan memang gasping habis, tercungap lah sedut oksigen.
Badan pulak tak pakai life jacket. Masih boleh terapung tapi bila kayuh kuat guna kaki dan tangan ni, makin gasping lah weh.. Itu yang terdetik dalam hati dan tu yang berlaku.
@Hasan tanya, “okay dok ni..napok pelik je?”
Okay, ambik nafas kejap je..konon cool (tapi macam tak cukup-cukup je oksigen) Badan pulak tenggelam timbul.
Last-last tukar strategi.
Terapung melentang pulak..sambil aturkan pernafasan deep breathing untuk ambik oksigen.
“Rasanya macam dok cukup nafas la.Kena naik darat” Kataku pada adik-adik.
Masaelahnya…goggle tak pakai. Ombak ada jugak tu sikit. Air masuk mata masa terapung melentang tu. Pelan-pelan kayuh “ke darat”.
Rupanya “mussing setempat” lawan arah darat hahaha. Kena gelak jugak time tu. Pasrah je adik tarik sampai ke darat..
Lepas tu memang tak berani dah snorkel lama-lama guna full face mask tu..
Jadikan iktibar
Moral of The Story
1)Full mask goggle ni berisikotinggi.
Saya dah cari, tak jumpa pula piawaian keselamatan untuk full face mask ni. Tradisional goggle dan snorkel asing memang ada.
2) Dead space yang membunuh.
Bila kita guna 2 piece goggle dan snorkel, kita hembuskan nafas melalui mulut keluar corong snorkel. Karbon dioksida kita hembus takkan disedut balik.
Bila kita hembus nafas dalam full face mask ni, kita sedut balik karbon dioksida yang kita hembus keluar.
Ini kerana full face mask ini memang keluar masuk corong yang sama.
3) Karbon dioksida jadi lebih tinggi. Bila kita aktif berenang guna tenaga, nafas jadi laju dan lebih banyak karbon dioksida kita hembus. Dalam dead space full mask ni, kita akan sedut lebih karbon dioksida (hypercapnia).
Simtom hypercapnia: -Pening -Mabuk melayang -Badan penat lesu -Sakit kepala -Meracau -Kulit jadi kemerahan dan panas. -Sesak nafas
4) Berisiko mencetuskan panik Sebenarnya perubahan karbon dioksida walaupun sedikit mampu mencetuskan reaksi panik.
Kajian oleh Department of Psychiatry and Neuropsychology di University of Maastricht, Netherland menunjukkan simtom panik meningkat dengan pertambahan paras karbon dioksida. Pengkaji berpendapat, peningkatan karbon dioksida menyebabkan “badan merasa tercekik”.
Panik merupakan respon paling dramatik bagi masalah kerisauan. Di mana ketika ini badan umpama menjerit minta diselamatkan.
Bila karbon dioksida meningkat, badan akan mula aktifkan mode stres: – Degupan jantung jadi laju untuk pam lebih oksigen terutamanya ke “organ nyawa” seperti jantung dan otak. – Otak jadi ligat. Pemikiran jadi negatif bila survival mode. – Pencernaan jadi lemah dan perlahan.
5) Never snorkel without live jacket laa..i learnt my lesson the hard way. Alhamdulilllah hidup lagi.
5) Kalau lah nak pakai jugak mask ni, jangan lah pakai selalu. – Guna masa menyelam je lah. Buka selalu setiap 2 minit. Sama lah macam mask jugak kan. Pakai hanya waktu tempat awam yang ramai orang.
Dalam kereta dengan family, takyah lah pakai mask. Kitaran udara dalam kereta pun bukannya bagus sangat. Sebab tu ramai jadi microsleep dan pening bila memandu.
Saya harap sharing ni dapt menyelamatkan nyawa terutamanya yang dah beli mask full face ni. Jangan guna menyelam lama-lama ya. Tolong maklumkan kat ahli keluarga juga jika ada guna benda ni ya.
Pertelingkahan atau ketidak persefahaman antara adik beradik bukanlah perkara asing dalam institusi kekeluargaan.
Malah banyak insiden mengerikan berlaku sama ada di dalam mahupun luar negara.
Pun begitu, hubungan antara adik-beradik sering disifatkan sebagai ‘air yang dicincang takkan putus’.
Menerusi nukilan Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi, mendoakan adik-beradik sendiri adalah sifat yang mulia dan ia dinyatakan dalam al-Quran.
Perkara ini dapat dilihat apabila Nabi Musa mendoakan abangnya Nabi Harun.
Hubungan abang adik ini adalah antara perkara yang menarik untuk diterokai kerana kehidupan mereka yang digambarkan di dalam al-Quran sebagai adik-beradik yang saling bantu-membantu antara satu sama lain dalam usaha dakwah.
Nabi Musa dan Nabi Harun memiliki dua karakter berbeza yang ditampilkan di dalam al-Quran.
Nabi Musa orangnya keras, sedangkan Nabi Harun itu sikapnya lembut.
Ini dapat dilihat daripada peristiwa yang berlaku setelah kaum mereka menyeleweng dari ajaran Islam, Musa memarahi abangnya Harun dengan menggenggam janggutnya dan menarik rambutnya.
Namun Harun membalas dengan baik dengan katanya yang bermaksud:
“Wahai anak ibuku (Nabi Musa)! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku.
Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: “Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku!” Surah Taha: 94.
Nabi Harun orangnya fasih sedang Nabi Musa barangkali tuturnya tidak berapa lancar.
Artikel Berkaitan
Perkara ini diakui sendiri oleh Nabi Musa ketika meminta bantuan daripada Allah supaya Allah mengutuskan Harun sebagai pembantunya kerana beliau lebih fasih dalam bertutur.
Kata Nabi Musa yang bermaksud: “Dan saudaraku Harun, dia lebih fasih dari diriku” Surah al-Qasas: 34.
Walaupun memiliki karakter yang berbeza, dua beradik ini adalah pasangan yang ideal dalam dakwah.
Ketika Allah memerintahkan Nabi Musa untuk berdakwah kepada Firaun, beliau memohon supaya Allah melantik Harun, abangnya sebagai pembantu.
Pelantikan Nabi Harun sebagai pembantu Nabi Musa ini disebut berulang-ulang kali di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa besar peranan Harun sebagai pembantu misi dakwah tersebut.
Allah menceritakan dialog Musa ini di dalam al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “Dan jadikanlah bagiku, seorang pembantu dari keluargaku. [30] Iaitu Harun saudaraku [31] Kuatkanlah pendirianku dengan sokongannya [32] Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku [33] Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu [34] – Surah Taha: 30-34.
Bukan sahaja saling membantu, Nabi Musa juga direkodkan sebagai mendoakan keampunan buat abangnya. Berapa ramai dalam kalangan kita yang mendoakan sesama adik-beradik sendiri?
“Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku dan dosa saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam syurga.” (Surah al-A’raf:151)
Melihatkan kepada doa ini, alangkah baiknya andai sesama adik-beradik itu saling mendoakan kebaikan dan keampunan sesama mereka agar mereka semua sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
Jika timbul masalah sesama adik-beradik, selesaikan secara baik menerusi perbincangan tanpa perlu mengambil langkah tidak matang seperti left WhatsApp group!
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.