Bagi penghidap asma, selain bergantung kepada ubat-ubatan seperti inhaler dan sebagainya, menjaga pemakanan adalah menjadi satu keutamaan. Ramai penghidap
asma alah dengan bermacam jenis makanan tetapi tidak semua penghidap asma mengalami alahan yang sama.
Ada yang alah kepada pengambil air sejuk dan ais tetapi ada juga yang langsung tidak boleh mengambil jenis buah-buahan sitrus seperti oren. Tak kurang juga yang alah pada kekacang. Itu sebahagian daripada masalah orang-orang terdekat dengan kita.
Bila dapat dikenal pasti, asma akan dapat dikurangkan serangannya. Bagi Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini.
Salah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.
” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.
Ads
Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”
Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam
Caranya:
1. Tumbuk halus halia tua.
Ads
2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.
Ads
3. Goreng hingga garing.
Rasanya kita bolehlah mencuba amalkan resipi ini. Mana tahu ianya baik untuk kita. Halia memang terbukti baik untuk membuang angin. Sedap dan sihat. Jom
cuba!
Sumber: Mulianis Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergedil sebagaimana ramai tahu tersedia dalam pelbagai jenis, sama ada bergedil kentang, bergedil ayam mahu pun bergedil daging. Memang enak jika dimakan bersama nasi atau tidak lengkap rasanya jika tidak dihidang ketika menikmati soto dan sebagainya.
Pun begitu, ada satu lagi jenis bergedil yang mungkin ada yang belum pernah lihat atau menikmatinya, iaitu bergedil biskut. Bergedil nan satu ini akan dikapit dengan biskut kering sebelum dicelup ke dalam telur untuk digoreng.
Tentu rasanya istimewa, rasa lemak masin biskut yang rangup dan kelembutan kentang yang dilenyek dapat memberi gabungan rasa yang enak. Sangat sesuai dijadikan menu minum petang atau sarapan yang cukup mengenyangkan.
Jadi buat anda yang ingin mencubanya, bolehlah buat sepertimana yang dikongsikan oleh Nuraisyah ini. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini adalah daripada ibunya yang pernah belajar cara buatnya daripada arwah kakak iparnya ketika muda-muda dahulu.
“Bergedil biskut.. Sape pernah makan ni.. Mak saya belajar dengan arwah kakak iparnya masa muda-muda dulu.. Favourite kami dari kecik.. Inti bergedil kentang kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng.. Sedap makan macam tu jer.. Tak payah cicah-cicah pun boleh.. Siapa berminat cubalah.. InsyaAllah rasa tak menghampakan.”Tulisnya di salah satu group berkongsi resipi masakan di fb.
Bahan-bahan:
Kentang dalam 6 7 biji direbus dan dilenyek
Garam, lada sulah, cukup rasa
Bawang besar potong dadu
Bawang putih 2 ulas cincang halus
Daun sup dan bawang hiris halus
Telur sebiji
Biskut hupseng secukupnya
Telur untuk celup bergedil sebelum goreng
Cara buat : Sama macam buat bergedil biasa tu.. Cuma di kapitkan dengan biskut hupseng celup telur dan goreng seperti biasa.
*boleh jugak guna resepi mana-mana bergedil.. Cuma saya dah biasa buat dengan bergedil kentang jer.. Tak pernah lagi try dengan ayam atau daging.
* yang saya buat ni tak ada daun sup sebab tak ada stok kat rumah, kalau letak mesti lagi sedap.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Rangup & Rapuh Kulit Karipap Sardin Ni. Sekali Buat Boleh Dapat 200 Biji, Puas Makan!
Diakui ketika menikmati keenakan karipap yang membuatkan kita makan puas hati adalah apabila kulit karipap tersebut terasa rangup dan rapuh bila digigit. Ditambah pula dengan rasa inti yang enak menjadikan kuih karipap tidak cukup dimakan sekadar sebiji dua. Pasti berulang kali dimakan dengan berselera!
Jadi untuk pastikan karipap yang enak cukup dijamu kepada seisi keluarga, ada baiknya kita masak sendiri.
Jangan gusar bab resipi, anda boleh jadikan panduan resipi yang dikongsikan oleh Puan Nida Halim. Difahamkan resipi yang dikongsikan ini dapat menghasilkan hingga 200 biji karipap.
KARIPAP SARDIN
Kulit Karipap Rapuh
Untuk 200 pcs karipap
-Sy uli pakai mixer. Pakai tgn pon bole , cuma sado je la jadinye
Bahan A = campur & kacau rata
2 kg Tpg Gandum
1 cwn Tepung Beras
2 sdt garam halus
Bahan B = panaskan sampai berasap
1/2 cawan marjerin
3/4 cawan Minyak Masak
Bahan C
Air sejuk dr peti sejuk ( agak2 je )
Cara
Mix bahan A, masukkan bahan B, biar jadi macam berserbuk. Masuk air sejuk sikit2. Mix sampai sebati . Peram dulu dalam 1/2 jam baru guna.
*Air jgn banyak, nti kulit lembik. Agak2 je. Bancuh keras sikit takpe. Dah peram dia lembut.
Selamat mencuba
*UPDATE* :
Saya share inti sardin dia pulak ye.
1 labu Bawang putih
Cili kisar ikot la nak pedas mana
4 tin sardin – brand terpulang selera, hancurkan dan asing kuah
1 guni kentang (guni panjang) potong dadu
Air Asam jawa
Gula garam aji
Tumis bawang putih, masuk cili blend. Dah naik minyak, isi kentang dan kuah sardin. Kalau tak cukup tambah air. Kentang dah nak kering masukkan sardin, air asam jawa dan perasa.
Peminat sawi jeruk masin kini anda boleh sediakannya sendiri dengan resipi yang dikongsikan ini. Rupanya tidak susah dan apa yang penting bila kita buat sendiri lebih terjamin kebersihannya. Malah kemasinan jeruk sawi juga dapat kita tentukan mengikut kesesuain citarasa seisi keluarga.
Jadi untuk yang ingin mencuba membuatnya, jom ketahui langkah-langkah penyediaan jeruk sawi ini.
Saya kongsi cara-cara saya membuat jeruk sawi pahit. Buat sendiri lebih bersih dan tak terlalu masin.
Cara membuatnya :
1. Sawi pahit dicuci dan dikeringkan.
2. Setelah kering jemur hingga layu. Sawi yang besar dibelah dua supaya cepat layu.
3. Sekali sekala terbalikkan supaya layu sepenuhnya.
4. Dah layu.
5. Blend sedikit nasi sejuk bersama garam dengan air secukup. Seeloknya guna garam kasar. Kalau tak ada garam halus pun ok tapi yang tak beriodin ye.
6. Sawi yang dah dijemur direndam dalam air garam yang telah diblend tadi. Simpan dalam bekas kedap udara.
7. Selepas seminggu sayur dah jadi sayur sawi masin