“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
Ads
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
Ads
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
Ads
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua orang dipilih untuk menerima ujian dariNya. Untunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Malah, penyakit itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi. Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
“Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan.”
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Jika dulu, kuih ini mungkin boleh dilihat setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri mahupun Hari Raya Aidiladha, tetapi kini tidak lagi. Permintaan untuk Kuih Tart sentiasa ada. Tidak hairanlah jika ada yang membuat duit dengan kuih Tart ini.
Bagi ibu-ibu yang baru mahu membuat sendiri resipi Kuih Tart, boleh baca perkongsian dari Datin Anida Azmi di dalam page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN). Mana tahu boleh hasilkan sendiri Kuih Tart untuk raya nanti. Tak perlu lagi nak tempah atau beli. Malah, anda juga boleh menjana pendapatan sampingan dengan menjual Kuih Tart.
25 tahun dulu saya dpt Ilmu belajar buat kueh tart dgn yuran RM10…ilmu yg saya dpt manafaatkan utk tambah pendapatan saya.. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tp hg kini kuih ni mmg menjadi kegemaran tetamu dan biskut yg wajib ada setiap kali raya.
Dgn ikhlas hati saya kongsikan resipi ni utk teman2 disini. Mana tau bole dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.
Beli barang banyak-banyak, bila nak pakai dah rosak. Macam ubi kentang, ada sesetengah orang anggap ubi yang sudah naik tunasnya masih boleh di makan. Tetapi sebenarnya, tak boleh dah tau!
So… Kalau tak boleh nak makan, kena buang je la ye?
Oh jangan! Daripada membazir buang macam tu je, apa kata gosok ubi tu pada cermin kereta je. Untung-untung, jimat duit dari polish kereta di kedai, guna kentang sahaja untuk elakkan titisan air melekat pada cermin kereta dan jadikan ia mengalir dengan laju seperti yang dikongsikan oleh pengguna Tiktok @jasin_fezi. Tak percaya? Cuba sendiri! Jom tengok cara-caranya.
1. Mula-mula potong ubi yang sudah bertunas. Tak perlu kupas kulitnya.
2. Gosokkan ubi yang telah dipotong tadi pada permukaan cermin kereta.
3. Basuh semula tingkap dan lihat hasilnya!
Jimat kan? Tak payah polish kereta dah! Hasilnya, air hujan akan mengalir dengan laju tanpa meninggalkan kesan titisan yang terlalu banyak.
Kentang kalau dah rupa macam ini, terus buang sebab tinggi dengan kandungan glycoalkaloid. Kalau tak nak buang, tanam pun boleh. Glycokoid adalah bahan kimia yang secara semulajadi ada dalam kentang.
Kentang bertunas yang dah lama ada di dapur, tinggi dengan kandungan glycoalkaloid, berbanding kentang baru tidak bertunas. Glycoalkaloid, tidak mengapa jika kandungannya tak banyak apabila dimakan. Tapi jika berlebihan, akan buat penyakit lain pulak yang timbul. Terutama untuk ibu mengandung dan anak kecil.
Lebih hati-hati ya, jika rumah kita ada 2 golongan ini.
Muntah.
Cirit.
Sakit perut.
Antara kesan sampingan jika makan kentang bertunas yang tinggi kandungan glycoalkaloid. Jika terlampau banyak kandungan glycoalkaloid yang diambil, ada risiko lain yang lebih membahayakan.
Rendahkan tekanan darah.
Tinggikan denyutan nadi.
Demam.
Sakit kepala.
Malah, boleh juga bawa kepada kematian. Pernah tengok cerita Hindi, dia kupas biji epal banyak-banyak, dan kisar. Kemudian masukkan dalam protein shake orang yang nak diracun.
Sebab dalam biji epal ada kandungan cyanide yang kalau makan sebiji sahaja tak jadi apa. Tapi kalau makan dengan kuantiti yang banyak, boleh sampai akibatkan kematian.
Dulu sayang jugak nak buang, sebab dua biji sahaja kentang yang tinggal dan dah nak masak pagi itu buat sup ayam pulak. Tapi bila teringat kesan sampingan yang anak-anak ada kemungkinan boleh dapat, tak fikir panjang. Kalau anak-anak sakit, lagi teruk nak handle lepas itu. Apalah sangat dua biji kentang dan sup tanpa kentang kan.