“Arrgghh… Stresnya aku tengok anak-anak lipas yang berkeliaran dalam kereta ni. Manalah agaknya sarang dia. Tak boleh jadi, nanti dibiarkan makin seronok dia beranak-pinak. Apa cara halau lipas dan kaum kerabat dia semua sekaligus ya?”
Bila anak-anak duduk dalam kereta, biasanya mesti ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal, bukan? Jadi, tak hairanlah kereta mudah menjadi tempat pembiakan lipas.
Walaubagaimanapun, ada juga sesetengah kereta yang bersih dan masih menjadi kegemaran lipas. Puas kita halau, masih muncul lagi lepas beberapa hari.
Tapi, kalau asyik ‘spray’ berkali-kali, takut kita pula yang pening. Kesan bahan kimianya pula dikhuatiri membahayakan anak kecil. Jadi, apa yang patut buat?
Jangan risau, di sini kami senaraikan 9 petua menghalau lipas secara semulajadi. Tentu selamat dan sesuai bagi anda yang ada anak kecil.
9 CARA HALAU LIPAS DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI
Berikut adalah 9 petua dan cara halau lipas dengan menggunakan bahan semulajadi. Mudah, tapi amat berkesan!
1. DAUN PANDAN
Salah satu cara paling mudah dan berkesan adalah menggunakan daun pandan. Baunya yang kuat dan wangi ini amat dibenci oleh lipas.
Caranya mudah, cuci terlebih dahulu dan hiriskan daun ini untuk mengeluarkan baunya. Kemudian, isikan dalam beg kain yang berjaring halus.
Kalau nak ikatkan dan letak terus dalam kereta pun boleh, tapi jangan biarkan sampai terlalu kering dan reput kerana nanti susah mencucinya. Malah, mungkin boleh menarik serangga lain pula.
Ads
2. DAUN DURIAN BELANDA
Daun durian belanda juga boleh digunakan untuk menghalau lipas. Caranya hampir sama dengan daun pandan di atas. Tapi, ada yang mengatakan ianya lebih berkesan apabila digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta.
3. SEMBURAN SERAI WANGI
Semburan serai wangi adalah salah satu alternatif semulajadi yang sesuai untuk mengelakkan lipas daripada bersarang dalam kereta anda.
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Campurkan dengan sedikit air dan masukkan dalam botol penyembur. Semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Ada juga yang dijual terus sebagai produk penghalau serangga yang organik dan selamat digunakan.
4. BAKING SODA
Salah satu petua menghalau lipas yang berkesan adalah menggunakan baking soda. Ia bukan saja toksik terhadap lipas, tetapi ia boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Taburkan selapisan baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda memvakumkannya semula.
Ads
5. ‘GLUE TRAP’
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Letakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. PERANGKAP BOTOL MINUMAN
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman seperti yang dibuat oleh Puan Sharifah.
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada tepi seat kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, barulah lipas akan susah untuk memanjat keluar.
Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya.
Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7. LISTERINE
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Ads
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. MINYAK AROMATERAPI
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. VAKUM BAWAH KARPET
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya sukar dicapai oleh manusia. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya.
Mereka juga mungkin mempunyai solusi lain dan teknik tersendiri untuk membunuh lipas ini dengan pantas dan berkesan.
JAGA KEBERSIHAN DALAM KERETA JUGA OK!
Dalam tempoh membunuh dan menghalau lipas ini, cuba elakkan daripada makan di dalam kereta. Jika ada sisa makanan, cepat-cepat bersihkan dan jangan tinggalkannya semalaman kerana lipas-lipas kereta ini dapat membiak dengan cepat ya.
Tanaman dan pokok-pokok yang kita tanam jika hidup subur pasti buat kita rasa senang hati. Berbaloi berpeluh dan patutlah orang kata berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya.
Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan. Jom ikut petua yang diberikan oleh Sepang Farmville untuk menghasilkan baja organik yang baik sebagai penggalak pokok.
Kita suka kan kalau pokok kita subur dan cantik gebu gebas kan? Hari ni mari kita belajar buat baja organik PSB(photo synthetic bacteria).
Baja ni sgt baik utk pokok. Bahan2 pun mudah ja. Antara faedah PSB ialah untuk kesuburan tanah dan pokok, penggalak bunga. Guna seminggu sekali pada tanaman.
Malah, baja ini juga boleh juga digunakan untuk merawat air dalam kolam/aquarium. Caranya sama dengan merawat tanaan. Hanya tuang masuk dalam kolam atau aquarium.
Resipi:
3 biji telur(hancurkan skali dgn kulit telur)
2 sudu ajinomoto
1 sudu belacan
3 sudu sos ikan
5 liter air tanpa klorin
(boleh tadah air paip dan simpan semalaman sblm guna/air mineral/air telaga/air sungai/air terjun dari 7 gunung)
Cara membuat:
Untuk sukatan tu boleh letak lebih, takde masalah. Kita nk buat baja organik, bukan nak buat adunan kek.
Masukkan semua bahan tersebut ke dalam botol air 5 liter dan goncang. Jemur tengah panas. Jemur selama sebulan atau sehingga telah bertukar warna menjadi “crimson red”.
Buka sedikit penutup supaya ada pengudaraan ketika proses penghasilan bakteria.
Nk cepat sikit, tambah pati PSB(jika ada). Proses akan jadi lebih cepat, dlm 2 minggu dh boleh guna.
Nnti dh jadi, guna 5ml pati PSB dengan 1 liter air tanpa klorin. Kemudian spray pada medium dan bawah daun. Selamat mencoba dan moga berjaya.
Memperoleh rezeki melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada maknanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Berikut petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal. Mari fikir-fikirkan.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagaikan kasih seorang ayah kepada anaknya, biarpun berlainan bangsa namun itu tidak menghalang seorang pakcik ini membantu seorang anak muda berbangsa Cina yang meminta bantuan memakaikan tali leher kerana dia mahu menghadiri temuduga.
Perkongsian video seorang youtuber yang dikenali sebagai Leeroy Wong, ketika membuat eksperimen sosial meminta orang awam yang tidak dikenali untuk memakaikan tali leher, dan video ini tular di Tik Tok oleh akaun @royroy1228 dan di platform YouTube.
Dapat dilihat betapa pakcik ini ikhlas hatinya membantunya untuk mengikat tali leher tersebut. Bahkan dipakaikan dengan kemas dan turut disikatnya rambut youtuber tersebut dengan rapi. Persisi seorang ayah melakukan semua itu untuk anak lelakinya.
Difahamkan momen indah ini dirakamkan di sekitar ibu kota baru-baru ini.
Menerusi video itu, Leeroy pada mulanya cuba menghampiri pakcik tersebut untuk meminta bantuan mengikatkan tali lehernya memandangkan kononnya dia datang ke kota untuk menghadiri temu duga dan tidak tahu mengikat tali leher.
Mendengar permohonan Leeroy, pakcik tersebut dengan pantas mengikat tali leher dan memaikannya di kolar Leeroy.
Bukan itu sahaja, pakcik tersebut mahu Leeroy terlihat kemas untuk menghadiri temuduga lantas turut menyisir rambut Leeroy. Tindakan spontan ini menyebabkan Leeroy tersentuh hati dan mengundang rasa sebak.
Melihat di ruangan komen ramai antaranya tersentuh hati melihat video tersebut
Turut tampil memberi komen adalah isteri pakcik tersebut dan anaknya. Rupa-rupanya pakcik tersebut memang baik orangnya dan penyanyang sikapnya.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Pelakon dan pengacara, Ain Edruce yang kini hamil anak keduanya mengakui berat badan badannya kini semakin bertambah secara mendadak biarpun kandungannya baru berusia lima bulan.