Lain orang, lain caranya. Itulah yang dilakukan oleh ibu bapa bagi 3 kanak-kanak ini bagi menghentikan anak-anaknya dari terus menghisap puting.
Tular sebuah video apabila pada bulanya 3 kanak-kanak ni girang bermain dengan belon yang diikat pada puting mereka. Turut kelihatan kanak-kanak lelaki di sebelah mereka yang turut sama bermain belon.
Namun kegirangan itu menjadi tangisan apabila belon-belon helium itu menerbangkan puting-puting mereka yang terlepas dari mulut kanak-kanak tersebut.
Ads
Serentak dari itu, mereka mula menangis apabila melihat belon itu terbang semakin tinggi di langit.
Ads
Menerjah di ruangan komen, rata-rata netizen ada yang melahirkan rasa simpati apabila melihat kanak-kanak tersebut menangis namun memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapa mereka adalah untuk kebaikan mereka juga.
Ads
Ada juga netizen berkongsi cara mereka menghentikan anak-anak menghisap puting. Ada yang memberikan ekpada haiwan, ada yang meletak garam dan pelbagai cara lain. Komen-komen yang diberikan sangat menghiburkan terutamanya apapila terkenangkan reaksi anak-anak pada masa tersebut.
“Dia anak saudara yang saya sayang, membesar dengan tangan saya jadi bila arwah pergi memang berat untuk saya terima.”
Demikian luahan penuh emosi Samad Saad, 48, bapa saudara kepada Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, pendaki yang ditemukan meninggal dunia di puncak Gunung Liang Barat, Muallim, Perak pada 16 Oktober lalu.
Kisah Samad Saad menarik perhatian ramai selepas beliau berkongsi video di TikTok yang memaparkan barangan peribadi milik Mustaqqeem Mansoor yang telah dibersihkan dan dijemur di halaman rumah. Dalam video itu, kedengaran suara Samad yang tersekat-sekat menahan sebak, sementara tangannya kelihatan menggigil ketika memegang pinggan plastik dan sudu milik arwah.
Menurut laporan Harian Metro, Samad Saad berkata beliau amat rapat dengan Mustaqqeem Mansoor kerana pernah menjaganya sewaktu anak saudaranya itu masih bersekolah. Justeru, pemergian arwah memberi kesan mendalam buat dirinya.
“Hanya Allah SWT saja yang tahu bagaimana perasaan saya ketika membersihkan barangan arwah kelmarin. Waktu basuh, saya terbayang betapa terseksanya arwah sebelum dia meninggal dunia kerana baju hujannya ada kesan darah manakala tapak kasut serta tumitnya sudah rosak,” katanya.
Beliau menambah, melihat kesan tersebut membuatnya tertanya-tanya bagaimana Mustaqqeem Mansoor bertahan dalam keadaan hujan lebat dan kesejukan di puncak Gunung Liang Barat.
Menurut Samad Saad, kebanyakan barangan milik arwah telah diserahkan kepada adiknya, Muzammeer Mansor, 33, untuk disimpan sebagai kenangan. Namun, beliau menyimpan sepasang selipar Jepun milik arwah sebagai tanda ingatan.
“Saya hanya ambil selipar Jepun dia saja… saya ambil sebab nak ingat dia, nak pakai pergi masjid dan surau. Tak ada siapa boleh sentuh kerana ia cukup sentimental bagi saya,” katanya lagi dengan nada sebak.
Mengimbau detik terakhir bersama Mustaqqeem Mansoor, Samad Saad berkata mereka sempat berjumpa pada 4 Oktober lalu di majlis perkahwinan keluarga. Arwah kelihatan ceria ketika itu, namun siapa sangka ia merupakan pertemuan terakhir mereka.
“Saya tak pernah ambil gambarnya tapi hari berkenaan, saya ambil gambar arwah dengan isteri serta sepupunya dan minta dia hantar kepada ibunya. Nampak dia suka gambar itu cuma kami tak sempat bergambar bersama,” katanya.
Tambahnya lagi, setiap kali hujan turun, beliau berasa fobia kerana membayangkan bagaimana keadaan anak saudaranya ketika mendaki dalam kesejukan melampau di Gunung Liang Barat.
Pada 10 Oktober lalu, Mustaqqeem Mansoor bersama lapan rakan dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian ke Gunung Liang Barat melalui laluan Bukit Fraser, Bentong. Namun, mereka dilaporkan tidak pulang seperti dijadualkan, menyebabkan isteri mangsa, Nur Faratin Mohd Othman, 31, membuat laporan polis.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang melibatkan JBPM, polis dan APM digerakkan, sebelum mayat Mustaqqeem Mansoor ditemui pada jam 3.30 petang di puncak gunung. Hasil siasatan mendapati punca kematian adalah akibat hipotermia (kesejukan melampau).
Samad Saad menutup perbualan dengan doa agar roh anak saudaranya dicucuri rahmat dan tenang di alam sana. “Saya doakan arwah damai di sana… dia anak yang baik dan kami akan sentiasa kenang dia.”
Perasan tak, kereta walaupun sudah diletakkan pewangi tetapi kadang-kadang berbau juga. Bagi anda yang tak gemar atau alergi pewangi yang mengandungi bahan kimia mungkin petua ini sesuai untuk dipraktikkan.
Terima kasih kepada pengguna instagram, Ahmad Aizatnur Zakaria yang sudi berkongsi tips bagi mengekalkan bau asal, semulajadi sebuah kereta. Bahan yang digunakan pula adalah murah dan sentiasa berada di dalam rumah kita. Tak salah mencuba bukan?
Berikut adalah cara-cara yang ditunjukkan olehnya:
1. Sediakan 1 bekas plastik. Ambil 1 getah gelang.
2. Ambil sehelai kertas tisu.
3. Satu sudu besar kopi.
Letak dalam bekas, tutup dengan tisu dan ikat dengan getah lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi menghilangkan bau. Boleh juga diganti dengan hirisan daun pandan.
Selain kopi ada tip lain yang anda boleh cuba jika kereta berbau kurang enak.
Daun pandan
Memiliki aroma semula jadi yang mampu menyegarkan ruang. Caranya mudah, simpulkan beberapa helai daun pandan dan letakkan dibawah tempat duduk atau mana-mana tempat dalam kereta.
Hasilnya kereta akan berbau harum dan segar secara semula jadi. Pastikan anda gantikannya dalam tempoh 2-3 minggu sebab bila daunnya dah kering dan layu, baunya pun akan hilang.
Baking soda
Percikkan soda penaik atau baking soda di beberapa kawasan berbau dan biarkan semalaman. Kemudian bersihkan keesokan harinya menggunakan vakum.
Cuka Epal (Apple Cider)
Sama seperti baking soda, cuma renjiskan ke beberapa bahagian dalam kereta, contohnya karpet.
Kepingan roti
Letakkan beberapa keping roti untuk membantu menghilangkan dan menuetralkan bau didalam kereta. Jadi sebelum nak wangikan kereta seeloknya neutralkan dulu baunya.
Arang
Hilangkan bau busuk dan hapak dalam kereta juga boleh menggunakan arang.Ambil beberapa ketul arang dan letakkan ia dalam bekas serta biarkan ia terbuka di lantai kereta.
Selain itu, boleh juga bungkuskan arang dengan tisu atau beg kain dan letak berhampiran kawasan berbau. Ada juga dijual dikedai.
Kehidupan sebuah perkahwinan itu, adalah suatu perkongsian hidup, saling melengkapi agar hubungan suami isteri itu sentiasa diharmoni dan bahagia.
Namun, kadang kala, ada suami memerlukan bantuan isteri dalam soal kewangan. Bukan mengabaikan tanggungjawab, namun perlu bantuan isteri agar hidup lebih selesa.
Bagaimanapun ada caranya yang suami kena buat sebelum meminta bantuan isteri. Selanjutnyanya ikuti perkongsian ini.
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni :
1. Jgn terus suruh isteri bayar apa yg kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan…jujur dgn pendapatan, brapa yg kita dpt tanpa ada extra income, brapa yg kita dpt dgn extra income…pastu tunjuk brapa baki setelah pendapatan tu ditolak dgn komitmen serta ansuran bulanan…
Klu negatif, negatif lah…kita nk isteri tgok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yg cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan…
2. Mintak izin dan redha isteri klu nak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nmpk smua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri utk dia bg bantuan tersebut…
Dia kena redha dan rela hati utk bantu, jgn paksa, jgn suruh…mintak elok2…
3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.
Bila isteri nak bantu, maka jgn mintak isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu plak kena kluarkan duit lebih dr kita…kita pulak yg kurang kluarkan duit…maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri…
Bantuan isteri tu hanya utk topup mana yg xcukup, bukan ambik alih atau tanggung semua…
4. Jgn tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Klu rasa lapang bila dibantu, klu rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jgn sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri…jgn upgrade lifestyle, jgn tambah hutang, jgn bermewahan sbb kita tu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita xkan ada duit lebih atau rasa lapang…
Kekalkan atau habiskan komitmen yg ada.
5. Ambik semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami dh ada lebihan, mcm ada ot ke, bonus ke, extra income ke, maka ambik semula apa yg dibayar isteri…kita bayar guna pendapatan kita…
Jgn biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu utk bayar sendiri…
6. Bersyukur bila dibantu, jgn buat perangai.
Kesedaran diri tu sgt penting…klu x mampu, buat cara x mampu…klu dibantu, buat cara dibantu…xpyh nk buat perangai, xpyh nk curang bagai…jgn berat tulang, jgn buat perkara yg boleh menyakiti hati pasangan…
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dlm cara yg kita boleh seperti mengurangkan bebanan keje2 rumah dia…beneficial for each other…
7. Hargai bantuan yg di hulurkan isteri.
Hargai isteri…seskali tu bwk la dia mkn diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bwk dia berjalan…tambah kasih syg dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kpd dia kerana sanggup bantu kita, kluar duit utk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan utk tanggung dan bayar semua…
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.