Pernah tak, waktu tengah solat orang ketuk pintu panggil kita tiba-tiba? Kalau sekali dua tak apa, ni banyak kali! Terus jadi was-was nak sahut panggilan mereka ke atau nak teruskan solat. Betul tak?
Yang mana ragu-ragu tu, jom baca jawapan ringkas lagi padat dari Ustaz Azhar Idrus ni. Semoga beri manfaat pada semua. InsyaAllah.
JAWAB PANGGILAN IBU BAPA DALAM SOLAT
SOALAN :
Dulu saya ada dengar jika kita sedang solat dan orang tua kita panggil kita boleh berhenti solat tapi ada pula saya dengar orang lain kata tidak boleh berhenti dari solat walau pun orang tua yang panggil.
Mohon penjelasan ustaz.
JAWAPAN :
Ads
Apabila seorang itu telah masuk dalam sembahyang yang wajib maka haram dia berhenti melainkan kerana darurah dari kerana tiap-tiap amalan yang wajib tidak harus memutuskannya melainkan kerana darurah sahaja..
Ada pun pada sembahyang sunat maka tidak haram berhenti tetapi makruh hukumya berhenti jika tiada darurah dan harus berhenti jika dipanggil oleh ibu bapa.
Oleh itu siapa yang sedang menunaikan sembahyang yang fardu dan ibu bapanya memanggilnya maka tidak wajib dia menjawabnya atau berhenti dari sembahyangnya itu.
Artinya : “Dan menjawab pangilan dua ibu bapa itu haram pada sembahyang fardu kerana sengaja memutuskan sembahyang fardu itu haram dan harus memutuskan sembahyang yang sunat.” (Hasyiah Al-Bajuri)
Tersebut pada Kitab Fiqhul Ibadah As-Syafie :
ويحرم على المصلي إذا دخل في الصلاة المكتوبة قطعها إلا لضرورة كإنقاذ حياة طفل أو تجنب حصول ضرر شديد كنشوب حريق . ويجوز قطع النافلة إجابة لأحد الوالدين إن لم يعلم أنه في صلاة وكان يشق عليه عدم الإجابة.
Artinya : “Dan haram atas seorang yang telah masuk ke dalam sembahyang yang fardu memutuskannya kecuali kerana darurah seperti menyelamatkan nyawa kanak-kanak atau mencegah dari berlakunya kemudaratan yang sangat seperti kebakaran. Dan harus memutuskan sembahyang yang sunat kerana menjawab panggilan dua ibu bapa jika mereka tidak tahu dia sedang sembahyang dan kesukaran atasnya kalau tidak dijawab.”
Artinya : “Dan tidak wajib jawab panggilan ibu bapa di dalam sembahyang bahkan haram pada sembahyang fardu dan harus pada sembahyang sunat.” (Kitab Mughni Al-Muhtaj)
KESIMPULAN
Jika seorang sedang sembahyang fardu dan ibu bapanya memanggil maka haram dia jawab dan batalkan sembahyanggnya itu melainkan jika darurah seperti ibu bapa yang memanggil itu sedang kesakitan atau rebah atau seumpamanya.
Tidak wajib orang yang sembahyang sunat menjawab panggilan ibu bapanya di dalam sembahyang tetapi jika dijawabnya maka hukumnya adalah harus dan solatnya itu batal.
wallahua’lam
ustaz azhar idrus
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Hammad Zulkifli dilaporkan meninggal dunia pada pagi Ahad.
Berita duka ini dikongsikan sendiri oleh Dr Zulkifli menerusi satu hantaran di sosial media miliknya pagi tadi.
“Dengan penuh redha dan sabar, saya maklumkan pemergian anakanda Hammad bin Zulkifli (Hammad anak kepada ibunya Shereen) pada jam 5.22 pagi tadi.
“Duhai anakandaku Hammad, air mata deras mengalir menyaksikan sendiri Hammad menghembuskan nafas terakhir di sisi Abah. Abah sekeluarga sejujurnya amat sedih atas perpisahan ini.
“Jutaan terima kasih kepada semua yang banyak membantu kami menguruskan Hammad dari awal, sehinggalah ke liang lahad. Bagi pihak keluarga, saya memohon maaf sekiranya ada salah dan silap di pihak anakanda saya, Hammad,” tulisnya.
Dalam perkongsian terbaru, Dr Zulkifli sempat berkongsi peribadi arwah anaknya dan punca kematiannya.
“Anakanda saya kembali ke rahmatullah pada jam 5.22 pagi. Jam 9.45 pagi beliau disolatkan. Jam 11.30 pagi beliau siap dikebumikan. Alhamdulillah, semuanya diuruskan dengan pantas sebagaimana sunnah Nabi SAW.
“Hammad adalah anak yang soleh. Sentiasa melazimi solat berjemaah dan zikir walaupun ketika sedang tenat di atas katil. Alhamdulillah, beliau meninggalkan kami disisi, dalam keadaan yang amat mudah. Beliau meninggal dunia kerana kanser right soft tissue sarcoma stage 4-5.
“Kematian menyedarkan kita bahawa kehidupan yang hakiki sebenarnya bermula selepas nafas terhenti.” tulisnya.
Siapa yang tak gembira kan melihat pokok yang ditanam hidup subur. Malah berbakti kepada tanah ini memang meninggalkan kepuasan yang berbeza bagi yang menanamnya. Namun, apabila diserang penyakit mahupun haiwan perosak memang automatik rasa geram kan.
Apa tidaknya, kita terpaksa berhadapan dengan haiwan perosak atau haiwan liar seperti babi hutan dan sebagainya yang merosakkan tanaman mereka bila-bila masa sahaja terutamanya jika tiada orang yang menjaga sepanjang masa.
Tambah lagi jika tanaman seperti pokok pisang, buah-buahan lain terutamanya bakal berhadapan dengan babi hutan atau monyet yang akan menyerang tanaman yang telah diusahakan.
Pelbagai petua orang dulu-dulu yang kita boleh praktikkan bagi mengelakkan perkara ini terjadi berulang kali. Jom kita cuba petua mudah ini yang yang dikongsikan Maria Isabella menerusi page Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri
Saya share utk kawan2 kebun bandar.(copy paste)
Kawalan Secara Biologi untuk Mengelak Serangan Babi/khinzir :
Pokok bunga Pukul 10 atau Turnera subulata (bunga putih) ini biasanya di tanam di ladang kelapa sawit. Kalau Tuan/Puan perasan ada di keliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar. Bagi tanaman kelapa sawit Bunga Turnera Dan Air Mata Pengantin ditanam bertujuan untuk mengawal ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.
Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti Pisang, Kelapa dan lain-lain seperti padi.
Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.
Bunga ini mengeluarkan bau yang babi/khinzir tidak suka. Ianya boleh tanam di sekeliling Kawasan tanaman untuk dijadikan sebagai ‘pagar’ bagi mengelak serangan Perosak. Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi.
Bunga ini ada yang berwarna putih dan kuning. Yang kuning nama spesisnya Turnera umnifolia dan Turnera diffusa. Boleh Google.
Kajian pernah dijalankan di Taman Botani Negara Shah Alam terbukti berkesan mengawal serangan babi/khinzir.
Selamat Mencuba!
Sumber Fb: Zarina Jaafar
*BAGUS TEKNIK NIE JIKA BERKESAN 😊💪🙏
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak ingin menimang cahaya mata setelah melangkah ke alam rumah tangga? Setiap pasangan pastinya mahu merasa dipanggil ‘ibu’ dan ‘ayah’, berkongsi kasih sayang dengan si kecil dan melihat mereka membesar di depan mata.
Begitu juga dengan lelaki yang pernah bergelar Duda Idaman Malaya, Abil Fikri Ahmad, 50, yang baru menyambut kelahiran anak sulungnya jam 1.37 tengahari semalam.
Bayi lelaki itu selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.1 kilogram di Hospital Putrajaya.
Malah, berita gembira ini jadi lebih bermakna buat Abil Fikri apabila dia dapat menemani isterinya sepanjang proses bersalin.
Sumber: Sinar Harian.
Menerusi Sinar Harian, pakar motivasi itu menjelaskan isterinya, Nor Aida Mohamad, 30, sepatutnya dijangka bersalin pada 24 September tetapi dipaksa masuk ke hospital pada Isnin lalu kerana berlaku pendarahan.
“Pada waktu itu doktor beritahu kemungkinan isteri akan bersalin dan saya pun ingatkan kami akan dapat anak sempena Hari Malaysia, 16 September. Tapi, nampaknya baby tak mahu keluar lagi.
“Jam 7.30 pagi tadi, isteri saya telefon beritahu yang dia sudah ditolak ke bilik bersalin dan Alhamdulillah saya dapat teman isteri melahirkan anak kami.”
Abil menjelaskan dia sudah bertekad untuk menemani isterinya di bilik bersalin sejak awal kehamilan sebagai tanda penghargaan pengorbanannya mengandung sembilan bulan.
Dia juga berpendapat yang ia wajar bagi seseorang lelaki yang bergelar suami untuk menghormati isteri mereka kerana tidak mudah untuk melahirkan seorang anak.
“Selama ini kita biasa dengar saja wanita cakap sakit bersalin tapi kali ini saya tengok sendiri bagaimana isteri menahan sakit dan ia sungguh menginsafkan.
“Sebaik melihat anak saya selamat dilahirkan, air mata saya bergenang dan sukar dijelaskan perasaan gembira dan rasa syukur itu.
“Selepas ini tanggungjawab saya jadi lebih besar dan dengan lahirnya anak saya yang kami berikan nama Aidan Mikhael ini, ia juga penyambung kasih hidup saya yang pernah diberi gelaran Duda Idaman Malaya,” katanya secara berseloroh.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di