Menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu memerlukan tenaga yang cukup luarbiasa.Tuntutan tugasan di pejabat mahupun pelbagai urusan di rumah di rumah segalanya perlu dibereskan dengan sempurna.Oleh yang demikian, aspek kesihatan dalaman dan luaran haruslah dititik beratkan.
Melalui perkongsian dilaman Facebook Rossa Dyla Mahmud, beliau berkongsi minuman kesihatan yang wajib diamalkan buat kaum wanita setiap kali selepas datang bulan.
BAHAN-BAHAN
Halia ( anggaran 2inci )
Kunyit Hidup ( anggaran 2inci )
Serai ( dua batang )
Daun Pandan (2 helai )
Gula Batu atau Madu ( secukup rasa )
Air (3 cawan)
Ads
TAMBAH JIKA PERLU
Daun Sireh ( 2 helai ) jika anda mengalami masalah keputihan.
Buah Manjakani ( 1biji ) untuk merapatkan “Miss V”. (Tidak sesuai untuk anak dara)
CARA MEMBUAT:
1.Basuh bahan dan reneh semua bahan-bahan diatas sehingga menjadi 1 cawan air sahaja.
2.Setelah air kering dan menjadi 1 cawan tutup api serta minum ketika masih suam (tanpa perlu dikisar)
Memastikan kerukunan rumah tangga sama ada suami atau isteri perlu saling ‘berjuang’ untuk memelihara kebahagiaan bahkan saling ingat mengingatkan antara satu sama lain tentang batas pergaulan dengan orang lain.
Ini sebagaimana perkongsian Adam Corrie berkenaan pesanan isterinya yang dikongsikan di akaun Facebooknya baru-baru ini mendapat perhatian warganet. Rata-rata memuji sikap Adam Corrie dalam usahanya untuk menjaga hubungan kekal bahagia.
Selalu Ingat Pesan Isteri
Isteri selalu pesan kat saya, Kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumahtangga elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke.. ataupun rakan.
Takut mereka salah faham pula ingat kita suka kat mereka.
Kalau ada wanita yang nak bergambar berdua. Isteri saya kata.. perempuan ini kalau lelaki tu cakap lembut sikit.. ambil berat sikit.. mulalah perasan.. bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.
Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah.. tolong bagi duit susu anak laa .. nak tumpang rumah laa .. last-last jadi stalker pula.. msg pelik-pelik.. menakutkan. Terus buat report polis.
Sebab tu kalau ada wanita yang nak bergambar berdua.. saya cuba elakkan. Bukan sombong.. Takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri saya ambil gambar sekali.
Kita hidup biar berpada-pada.. jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis.. bukan dengan orang yang berlainan jantina.. bahaya..
Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik.
Jangan la pula ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin 4 ye. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Jaga hati semua orang ..
KELUARGA INSPIRASI selami perkongsian eksklusif keluarga dan kerjaya daripada figura yang pernah menjadi fenomena Bonda Rozita, Encik Azmi Zainal, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Datuk Rashid Sidek dan Ustazah Asma Harun.
Saksikan setiap jam 2.30 petang pada 12-16 September 2022 hanya di facebook keluargamagazine. Jangan ketinggalan ok!
Mengimbau kembali bagaimana Puan Nur Rabitahani Basroh, 30 boleh berjinak-jinak mengusahakan penanaman bayam brazil di kawasan sekeliling rumahnya, ada ceritanya yang tersendiri.
Baginya semua itu dilakukan pada asalnya sekadar untuk mengisi masa terluang setelah berhenti kerja demi menjaga anaknya yang menjalani pembedahan jantung. Kini setelah dua tahun berlalu, siapa sangka melalui tanaman sayur brazil ini juga telah menjana pendapatan sampingan buat keluarganya.
.
.
Saya memang memang masak sendiri makanan untuk keluarga. Jadi terdetik di hati ketika itu, kenapa tidak saya manfaatkan tanah yang ada ini untuk menanam sayuran. Memandangkan saya tidak boleh bekerja kerana perlu menjaga bayi yang baru menjalani pembedahan dan ada banyak masa di rumah. Saya manfaatkan masa dengan berkebun sebaik saja anak tidur. Daripada sekadar hobi dan mengisi masa terluang, kebun dapur saya kini bukan saja membantu menambah pendapatan keluarga malah menjimatkan belanja dapur kerana tidak perlu lagi membeli sayur.
Sebenarnya berkebun juga mampu menjadi sumber pendapatan keluarga. Saya dapat menjimatkan kos barang dapur dengan menanam sendiri sayur-sayuran di rumah. Berkebun di laman rumah juga tak perlukan kawasan tanah yang luas, hanya sedikit ruang dan idea kreatif.
.
Tambahnya lagi, kawasan itu kini menjadi terapi buatnya malah suami dan anaknya banyak membantu dari membersihkan rumput dan menuai hasil tanaman sama ada untuk dimakan sendiri atau dijual.
.
Khasiat yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang pengambilan bayam brazil adalah:-
1) melawan kanser
2) mengekalkan kesihatan mata
3) salah satu sumber vitamin K
4) menguatkan tulang
5) membantu menurunkan berat badan
6) meningkatkan sistem imuniti badan
7) membantu sistem penghadaman
8) mengelakkan daripada sembelit
9) membantu melancarkan darah
10) mencegah anemia
11) mengatasi masalah gusi
12) nutrisi yang baik untuk pembesaran
13) mengekalkan stamina
14) mengekalkan kesihatan mulut
15) mengikat kalsium
16) mencegah penuaan pramatang
17) mengekalkan kesihatan ibu mengandung
Selain itu, mudahnya menanam bayam brazil boleh dijadikan pilihan buat ibu-ibu yang ingin mencuba menanam sayuran di laman rumah. Menurut Nur Rabitahani lagi, bayam brazil ini boleh ditanam melalui keratan batang dan boleh dituai hasilnya seawal 3 minggu. Penjagaan tanaman ini juga cukup mudah dan ringkas, hanya perlu disiram dua kali sehari dan kena rajin dibaja.
Ini antara menu bayam brazil yang enak untuk disediakan kepada keluarga
1. Masak Lemak Ikan masin
.
2. Masak Lemak Udang
.
3. Kerabu
.
Malah enak juga jika dijadikan ulam, dimakan mentah.
Hangat diperkataan kini dikalangan warganet mengenai produk memasak yang harganya mencecah hingga lebih RM7000. Menariknya produk ini boleh memasak dengan memaparkan lebih 57,000 menu pelbagai jenis resipi dengan mudah dan cepat. Bagaikan ‘periuk ajaib’ untuk para isteri menyediakan menu istimewa hidangan seisi keluarga.
Thermomix adalah produk canggih direkacipta dengan menggunakan teknologi Jerman. Nama seakan robot ini, kemunculannya ini dimedia sosial ketika PKP menjadi bualan hangat dikala ramai antara rakyat Malaysia menghadapi krisis kewangan akibat penularan wabak covid-19 sehingga kerajaan menyediakan bantuan kepada golongan B40 dan M40. Warganet berpendapat, produk ini tidak berbaloi untuk dimiliki, namun ada juga sebaliknya. Untuk rekod produk ini telah berada di pasaran Malaysia sejak tahun lepas.
Tidak dinafikan produk canggih membuatkan ramai isteri-isteri teruja namun mimpi ngeri buat suami apabila harganya mahal.Ramai meluahkan rasa kecewa pada harga jualan produk itu.
Dalam pada itu, penjual produk ini, Mohd Yazid Ismail memohon maaf melalui facebooknya. Beliau menjelaskan produk itu disasarkan kepada golongan yang berpendapatan tinggi.
Saya minta maaf pada yang berkenaan. Yang kena tag oleh isteri masing-masing, yang gusar dan susah hati disebabkan oleh status saya yang viral pasal Thermomix tu.
Saya baca komen-komen dan hati saya tersentuh.
Malam tadi ada seorang lelaki call saya, dia kata isteri suruh. Dia tanya macam mana nak dapatkan Thermomix? Bila bagitahu harga, dia hampa dan kecewa. Isterinya nak sangat katanya. Bagus dia sayang isteri.
Tapi, itu lah, isteri kadang-kadang dia tahu tak mampu tapi dia hanya nyatakan impian je. Bukannya dia nak dapat terus. Kira macam window shopping je. Mereka faham kewangan keluarga.
Saya faham dapur robot ni memang mahal. Tapi untuk pengetahuan, ramai yang beli ialah golongan M40.
malah ada beberapa orang dari B40. Mereka beli selepas buat research betul-betul, bukan beli gitu je.
SESUAI UNTUK IBU MENGIDAP TEKANAN TERUK
Widyana Ali cerita kat saya, ada 3 orang kawannya yang beli Thermomix adalah ibu-ibu yang mengidap depression yang teruk, termasuk bipolar. Ini bukan penyakit biasa-biasa. Bila dah ada Thermomix di rumah mereka, tahap depression dapat dikurangkan secara berterusan.
Banyak kali mereka ucap terima kasih kepada Widyana sebab jual Thermomix kat diorang. Alhamdulillah. Urusan di dapur jadi sangat mudah dan tenang.
Dua tiga hari ni, ramai lelaki yang pm sebab nak belikan hadiah untuk isteri. Siap bayar cash on the spot. Alhamdulillah mereka ada duit. Tapi ada yang pm nak beli untuk isteri tapi tak mampu, saya faham, semoga niat murni mereka diberi ganjaran oleh Allah.
CANGGIH SETANDING HARGA
Kehebatan produk ini memang tidak dinafikan setelah mampu menyediakan beribu resipi. Memang superb!
Ini padangan menerusi FB seorang suami, Muhammad Yusoff Masing-masing punya pandanga tersendiri.
Jarang saya menulis pagi-pagi. Tapi oleh sebab tengah viral pasal Thermomix ni eloklah saya tulis sikit pasal benda alah ni.
Firstly, mahal weh RM7000 tu! Serius, main kutu pun rasa tak berbaloi RM7k ni. Kalau kita golongan T20 yang jenis duit tak tau nak buat apa, okay je boleh pejam mata beli tapi pada golongan M40, B40 yang dok terliur sama, pada saya elok simpan je duit RM7k tu.
Kenapa saya cakap better simpan duit? Tahukah anda, dengan RM7000 tu anda boleh beli 7 bijik periuk Noxxa, boleh beli berapa 7 vakuum takde wayar, boleh beli 4 iron Phillips, yang jadi wishlist kaum perempuan kat Malaysia. Ye, dengan RM7000 tu anda boleh berkongsi macam-macam peralatan wishlist kaum perempuan ni untuk kegunaan keluarga sendiri dan kegunaan keluarga mertua, betul tak?
Bahkan dengan RM7000 anda boleh beli completed set perkakas dan barang dapur yang lebih berbaloi berbanding RM7000 untuk satu thermomix sahaja. Silap-silap RM7000 tu siap pakej sekali table top dan kabinet simple + perkakas memasak.
Tapi itulah, kalau teringin jugak nak beli Thermomix ni, pada saya ada baiknya kalau duit tu anda pi beli emas. Sekurangnya ada la jugak gelang emas boleh menunjuk sap, sap angkat lengan baju macam Mami Jarum kan? Emas, kalau takde duit, time susah boleh pi Ar-Rahnu. Kalau beli Thermomix nak gadai macamana, kan?
Yang tak sabar nak beli tu boleh tak sabar sikit sebab benda elektronik ni dia kejap je akan ada pesaing syarikat lain yang akan bagi alternatif pada kita dengan harga yang lebih murah. Tak percaya cuba tengok periuk Noxxa kan berapa banyak syarikat yang dah tiru buat periuk dengan function macam tu. Sama jugak macam Iron Philips, banyak dah syarikat yang dah tiru buat iron dengan function macam tu. Dan paling penting, harganya lebih murah. Ya, yang periuk Thermomix ni pun saya tengok dia pun dah ada yang lebih murah, cer Google atau cari kat Lazada, Shoppe kalau tak percaya.
Dan, satu lagi benda paling penting Bila dah banyak sangat alat elektronik ni, antara kita sedar atau tak, ia dah menghilangkan sedikit demi sedikit nostalgia bunyi ketang-ketung kuali hitam yang mak-mak kita selalu pakai. Hilang dah nostalgia bunyi tumbuk bawang pakai lesung, sampai keluar air mata. Hilang dah nostalgia menguli, mengadun tepung guna tangan nak buat karipap. Hilang dah bunyi sreng, sreng bunyi minyak yang mak-mak tumis bawang yang baunya sampai ke ruang tamu. Then, hilang dah sikit keberkatan air tangan mak-mak sebab semua dah diganti dengan air tangan mesin, kan?
Saya ada tengok video ada orang guna Thermomix untuk masak, saya tengok hasilnya sama je macam kita guna dapur ketang, ketung. Takde beza. Kecualilah kalau Thermomix ni kita boh segala bahan lepas tu kita kata kat dia ‘weh aku nak ikan singgang’ tet, keluar ikan singgang. Kita kata kat dia ‘weh nak nasi goreng kampung’ tet, keluar nasi goreng kampung. Memang berbaloi la beli.
Tapi itulah, pada saya simple je.
Saya tak halang pun sape nak beli. Siapa yang banyak duit tu boleh je pi beli cuma kalau setakat kita yang beli penapis air dan penapis udara pun kadang terskip sebulan dua, pada saya elok kita guna je perkakas yang biasa-biasa je. Alah membeli, menang memakai, betul tak?
Saya tak kata mesin ni tak bagus sebab ia sangat funtional, cuma yang lebih penting time-time PKP ni kita fikir-fikirkanlah antara kehendak atau keperluan, mana satu yang lebih penting?
p/s: boleh share status ni, takdak masalah. Harap status ni boleh bagi pencerahan pada semua yang tengah ketaq tangan, ketaq lutut, ketaq pala-pala nak suruh suami beli benda alah ni. Boleh jugak follow pengulas runcit-runcit pinggan mangkuk dan perkakas dapur:
PILIH BARANG KEMAS
Dalam pada itu, seorang doktor yang sering berkongsi cerita tentang perubatan turut memberi pandangan mengenai alatan memasak ini.
Menerusi Facebook, Sakinah Sulong berpendapat bahawa lebih bermanfaat membeli barang kemas berbanding produk berkenaan.
RM7K utk Thermomix? Tidak, terima kasih Duit suami elok dia belikan saya emas. Pandora pun blh, upah saya masak hari2
Apa yang pasti, produk ini memang superb! Memang idaman ramai para isteri-isteri. Min pun ’mengidam ni. Apa pun, ada pro dan kontra. Yang jelas, kena tepuk dada tanpa poket.