Pelakon Puteri Sarah Liyana bersama anak – anaknya menjadi perhatian peminat baru – baru ini di laman sosial menerusi video terbaharu pelakon tersebut.
Difahamkan, video tersebut bertujuan untuk mempromosikan satu jenama produk makanan yang telah menjadi viral ketika ini.
Melalui video tersebut, Sarah baru sahaja pulang dari penggambaran dan meluahkan rasa penat sambal memeluk dan mencium anak lelakinya, Syaikhul Islam.
Melihat di ruangan komen, rata – rata netizen memuji kehebatan Sarah menjadi ibu tunggal kepada dua orang anak yang masik kecil.
Ads
Malah, ada juga yang mempersoalkan bagaimana pelakon tersebut melihat muka anak lelakinya yang persis muka seperti bekas suaminya, Syamsul Yusof.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof telah sah bercerai talak satu pada 15 Jun lalu.
Anak kepada doktor selebriti, Dr Say dikatakan trauma selepas terdengar teguran pihak polis kepada lelaki warga asing yang masuk ke dalam rumah mereka beberapa hari lalu.
Menerusi posting yang dibuat Dr Say menerusi Insta Storynya, anaknya, Sefriel, yang kini baru berusia tiga tahun seakan trauma malah emosinya sedikit terganggu dan lebih banyak berdiam diri selepas melalui pengalaman itu.
“Sefriel trauma gila semalam. Tak bersuara dia lepas dengar polis ‘ajar’ Bangla/Pakistani/ pendatang tu,” tulis Dr Say.
Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana emosi anaknya tidak berlarutan dan kini sudah pun kembali pulih.
“Mujur harini dah kembali kepada dirinya yang asal,” ujarnya lagi.
Terdahulu, tular di media social berkenaan pembantu rumah Dr Say yang merupakan seorang warga Indonesia serta Filipina telah membawa masuk dua lelaki tidak dikenali ke dalam bilik pada waktu malam.
Hal itu sudah semestinya amat mengecewakan Dr Say dan isterinya, Dr Azura. Tambah pula bila anak ketiga mereka turut sama berada di dalam bilik berkenaan.
Tindakan licik mereka yang mengalihkan kamera litar tertutup (CCTV) nampaknya tidak berjaya apabila Dr Say dan isteri lebih cekap apabila mengesyaki sesuatu terhadap pembantu rumah mereka.
Disebabkan bimbang terjadi perkara tidak diingini terhadap anak-anak, dia segera menefon pihak polis dan meminta bantuan bagi menyerbu bilik pembantu rumah.
Selepas serbuan dibuat, terdapat dua orang lelaki sedang berbaring diatas katil pembantu rumahnya dan anak ketiganya berada di tengah-tengah katil tersebut.
Setakat ini, Dr Say memberitahu bahawa pembantu-pembantu rumah tersebut telah dipulangkan semula ke agensi mereka selepas dia hilang kepercayaan terhadap kedua-duanya.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Kita biasa mendengar bahawa jika menggunakan sudu besar boleh menjejaskan khasiat madu. Malah penggunaan ini dalam pengendalian madu adalah tidak dibenarkan. Persoalannya adakah ianya satu mitos atau ada kebenarannya. Untuk cuba menjawab persoalan ini ikuti pencerahan daripada pakar kimia, Fatimah Salim ini.
Ikuti perkongsian ini.
Ada yang bertanya mengenai penggunaan jenis sudu untuk mencedok madu. Ada yang kata, tidak boleh menggunakan sudu besi untuk mencedok madu.
Jawapan saya: TIADA masalah untuk guna sudu besi mencedok madu.
Mungkin yang buat kenyataan tidak mengalakkan pengunaan sudu besi disebabkan sifat asidik madu. Madu bersifat asidik disebabkan kandungan bahan kimia asid organiknya. Skala pH madu biasanya antara 3.4 – 6.1.
Disebabkan bahan berasid boleh menghakis logam (seperti sudu besi ini) dikuatiri komponen logam boleh bercampur dalam madu. Maka, ada yang melarang dalam penggunaan.
Begini, kita bukan tinggalkan sudu dalam madu, hanya mencedok sahaja. Maka tiadalah potensi tindakbalas berlaku. Jika kita tinggalkan sudu logam dalam madu untuk tempoh masa yang LAMA, mungkin akan berlaku tindakbalas. Macam konsep peralatan memasak dengan bahan berasid juga.
Cuma bukan semua madu mempunyai tahap keasidan yang sama. Contoh madu tualang mempunyai pH sekitar 3.5-4.0, madu Manuka pula pH 3.2-4.2 dan madu kelulut 2.0-3.0. Jadi, potensi tindakbalas juga berlainan. Sekali lagi, kesan tindakbalas ini hanya berlaku jika sudunya dibiarkan berendam dalam madu untuk tempoh masa yang lama.
Nota:
1) Skala pH ialah skala yang digunakan untuk mengukur tahap keasidan dan kealkalian bahan yang larut air. Semakin kecil nombor, semakin berasid sifat bahan itu.
2) Madu tinggi dengan kandungan gula fruktosa (~ 39%) dan gula glukosa (31%). Sebab itu rasanya manis. Maka, bagi yang mengawal kandungan gula, perlu lebih peka.
Kredit: Fatimah Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tular di sosial media sebuah video yang memaparkan seorang lelaki sanggup mendermakan buah pinggang kiri kepada isteri tercinta.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Tiktok itu seorang lelaki yang dikenali sebagai Bukhari, 25, mendapat tumpuan ramai kerana kesudiannya menderma buah pinggang kiri kepada isteri, Nurul Hasanah Salim, 31, menerusi prosedur transplan, 12 Mei lalu.
“Isteri berhak hidup sihat seperti orang lain. Sebagai suami, saya nak dia hidup bahagia,” kata Mohamad Al Bukhari Ellia atau mesra disapa Bukhari.
Hasil ikhtiarnya dan dengan izin Allah, Nurul Hasanah kini tidak lagi menderita akibat penyakit buah pinggang.
Berkongsi kisahnya, Bukhari berkata, dia diijabkabulkan dengan Nurul Hasanah pada 25 September 2020 dan hanya dapat menjalani kehidupan normal sebagai pasangan suami isteri selama seminggu sebelum isterinya dikejarkan ke hospital akibat komplikasi teruk pada buah pinggang.
Bukhari mengakui sedih dan terkesan dengan keadaan isterinya itu namun cuba berlapang dada dengan menganggap ia sebagai ujian Allah SWT.
Demi menyelamatkan nyawa Nurul Hasanah, Bukhari mengikut saranan doktor dengan menjadi penderma buah pinggang kerana enggan isterinya terus melakukan rawatan dialisis.
“Dulu saya bekerja sebagai juruteknik perkhidmatan cucian namun ambil keputusan berhenti kerja kira-kira dua bulan selepas berkahwin.
“Saya kemudian berniaga keropok lekor atas jenama sendiri, Hasbuq Lekor kerana nak beri tumpuan kepada isteri dan menemaninya ke pusat dialisis.
“Ikutkan kami tak sempat pergi berbulan madu kerana selepas seminggu kahwin, isteri tunjukkan simptom badan berasa sejuk, tak larat, menggigil dan nak muntah.
“Hasil pemeriksaan awal ujian darah yang dilakukan oleh isteri menunjukkan keputusan tidak normal, kemudian doktor sahkan dia ada masalah buah pinggang kerana organnya itu mengecut dengan fungsi hanya lima peratus saja.
“Doktor kata kalau nak hidup normal kena dapatkan buah pinggang daripada penderma hidup atau mati otak, jadi saya tawarkan diri (untuk jadi penderma) dan teruskan hasrat itu selepas berbincang serta dapat restu keluarga,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Menurutnya, ada juga segelintir pihak yang mempersoalkan keputusannya namun dia nekad kerana sudah berfikir panjang dan mempertimbangkan kesannya.
Meskipun perlu menunggu dua tahun untuk menjalani transplan buah pinggang, Bukhari bersyukur kerana layak menjadi penderma selepas melepasi saringan ditetapkan malah puas dapat membantu insan tercinta.
“Ramai juga tanya dengan saya mengapa saya nak dermakan buah pinggang dan tak takut ke memandangkan masih muda.
“Jujurnya memang gementar kerana ia soal hidup dan mati malah saya sampai tulis wasiat tetapi cekalkan hati demi isteri.
“Lagipun organ yang saya ada itu adalah pinjaman Allah SWT, jadi apa salahnya derma buat isteri yang memerlukan.
“Dua kali juga pemindahan buah pinggang itu hampir gagal kerana komplikasi ketika cuba masukkan organ ke saluran pundi namun akhirnya berjaya.
“Cuma isteri ditidurkan selama dua hari selepas prosedur itu,” katanya yang mencari rezeki di Tapak Gerbang Malam, Pusat Bandar Bagan Serai, Perak.
Menceritakan perkembangan terkini, Bukhari berkata, keadaan isterinya bertambah baik dan kini menjalani rawatan susulan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dia juga dalam usaha menjaga pemakanan dan tidak terlalu aktif dengan aktiviti lasak seperti disyorkan doktor.
Berhubung perkongsian di TikTok, Bukhari tidak menyangka video dimuat naiknya akan dapat perhatian netizen hingga tular dan meraih hampir sejuta tontonan.
“Bagi saya, transplan buah pinggang satu prosedur biasa memandangkan ramai lagi di luar sana buat yang sama dan niat kongsi video di TikTok adalah untuk jadikan kenangan.
“Tak sangka akan tular malah ramai tonton video itu luahkan rasa sedih dan mendoakan selain DM (hantar kiriman mesej),” katanya.
Sumber: TikTok & Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.