Sekiranya anak teringin hendak makan pancake pisang dan dalam masa yang sama stok tepung habis pula di rumah. Jadi usah kecewakan keinginan anak, apa kata anda cuba menyediakan dengan resipi istimewa ini yang dikongsikan oleh Yanie Rosdi di akaun facebooknya.
Cara membuatnya cukup mudah dan yang paling penting adalah unik sebab tidak menggunakan tepung! Selamat mencuba.
RESEPI RINGKAS PANCAKE PISANG TANPA TEPUNG
Cuti sekolah ni takde idea boleh cuba resepi ringkas ni.
Anak-anak pasti sukakan pancake pisang ni. Mak-mak yang tengah diet pun boleh juga layan sebab hanya guna pisang dan telur sahaja.
Bahan-bahan :
3 biji pisang
2 biji telur
Satu sudu madu
Ads
Langkah 1 : Lenyek pisang bersama telur sehingga sebati @ boleh juga gunakan blender untuk hancurkan bahan tadi.
Ads
Langkah 2: Masakkan dengan non-stick pan dan guna api perlahan sahaja.
Ads
Langkah 3: Setelah siap boleh curahkan satu sudu madu. Sesuai juga dihidangkan bersama ais krim.
Selamat mencuba.
sumber : Yanie Rosdi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tempe enak dimasak dengan pelbagai menu, sama ada digoreng, dimasak sambal, dijadikan bahan tambahan untuk masakan sayuran dan pelbagai lagi menu dapat dihasilkan dengan menggunakan tempe.
Pun begitu, walau ramai yang tahu cara memasak tempe dalam pelbagai citarasa, namun tidak semua antara kita tahu cara atau proses membuat tempe ini.
Diharapkan dengan perkongsian daripada Puan NorAinon Othman ini dapat membantu untuk sesiapa yang ingin mencuba menghasilkan sendiri tempe homemade. Jom semak.
Projek PKPB ~ CARA BUAT TEMPE
Saya tak ada la pakar pun buat tempe. Baru je cuba dan tak sangka eksperimen saya berjaya.
Di sini saya kongsikan cara buat tempe supaya kawan-kawan pun boleh buat sendiri.
Tak perlu minta izin nak share, ambil saja semoga perkongsian ini bermanfaat.
Saya cari maklumat di google dan minta sedikit panduan dari rakan fb yang asyik tayang eksperimen dia buat macam-macam jenis tempe. Intan la tu…
Resipi buat tempe ni saya olah ikut kesesuaian dan kaedah yang memudahkan kerja saya.
Tempe dibuat melalui proses pemeraman dengan ragi tempe. Jadi jangan guna ragi tapai pulak tau…
Antara khasiat tempe ialah mencantikkan kulit dan rahsia awet muda, membantu menurunkan berat badan dan kolestrol.
Saya suka makan tempe goreng cicah sambal kicap, buat sambal goreng jawa atau bahan sampingan dalam sambal terung dan kentang. Boleh juga buat sambal tempe, lontong dan lodeh (kalau rajin).
Bahan-bahan :
1 kilogram kacang soya
* Kalau dapat, beli kacang soya Kanada. Ada jual di pasar raya dan di Shopee
1 sudu besar @ sudu makan ragi tempe
* Boleh beli di Shopee, murah je, boleh guna banyak kali
1 sudu besar cuka makan Kertas pembungkus makanan
Cara buat:
1. Mula-mula rendam kacang soya semalaman. Kalau nak senang, malam sebelum nak tidur, rendam dulu, tutup dengan tudung saji.
Bilas kacang soya yang sudah kembang dengan air beberapa kali sehingga bersih.
2. Rebus setengah jam dengan api sederhana sehingga menggelegak.
3. Bilas dan ramas-ramas untuk menanggalkan kulit kacang sehingga 70 peratus. Biar kacang pecah terbahagi dua pun tak apa. Ketika proses mengasingkan kulit, biarkan sehingga kacang terendam kerana kulitnya akan terapung sebab ringan.
Kaup dengan penapis dan bilas beberapa kali sehingga bersih. Kulit kacang boleh digunakan sebagai baja untuk tanaman. Nanti tempe dapat, pokok pun kebaboom sebab soya bertindak sebagai booster yang menyuburkan tanaman.
4. Rebus sekali lagi kacang soya sehingga menggelegak. Masukkan 1 sudu besar cuka supaya tempe kita nanti tahan lebih lama.
5. Buang air, bilas hingga bersih.
6. Toskan dan letakkan kacang dalam dulang untuk proses pengeringan. Seeloknya ratakan dalam dulang besar supaya kacang cepat kering. Saya malas nak tunggu lama, jadi saya keringkan di hadapan kipas selama 3 jam sehingga warnanya kekuningan.
Sambil tunggu kacang kering, boleh la buat kerja lain dulu. Boleh juga jemur kacang di bawah sinaran matahari. Pastikan betul-betul kering ye… Kalau tidak, nanti tempe tak jadi.
7. Gaul kacang dengan 1 sudu makan ragi tempe. Saya gaul guna sarung tangan sebab tak mau kacang banyak kena tangan sebab nak buat tempe ni kena pastikan betul-betul bersih. Basuh dulu sarung tangan sehingga kering baru guna.
8. Kemudian boleh la dibungkus ikut saiz dan cita rasa masing-masing. Saya guna kertas pembungkus makanan sebab senang nak dapat.
9. Simpan dalam suhu bilik. Dalam proses pemeraman, kacang akan berpeluh dan kalau kita sentuh, akan rasa panas macam orang demam .
10. Selepas 20 jam, kita boleh lihat hasilnya. Kacang soya sudah berkabut serangkai mawar. Jadilah tempe yang putih mulus dan kacangnya juga sudah lembut dan dah boleh dimakan.
11. Kalau nak tahan lama, tempe yang dah jadi tu bolehlah disimpan dalam peti sejuk supaya proses fermentasi dapat diperlahankan. Kalau tidak, nanti tempe cepat matang dan jadi tempe busuk.
sumber : NorAinon Othman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rupanya seakan-akan daun sup, tapi baunya lebih menyengat. Tapi daunnya tak tahan lama, kalau beli dalam kuantiti yang banyak mudah rosak.
Kalau ibu-ibu rajin, boleh juga tanam sendiri je daun ketumbar ni. Rupa-rupanya, pokok ketumbar ini sejenis tananam yang paling mudah ditanam.
Nak tahu caranya jom cuba kaedah yang dikongsikan oleh Nina Diana. Jom cuba ibu-ibu!
Perkongsian untuk rakan-rakan yang masih belum berjaya tanam ketumbar
Kali pertama saya tabur terus benih sebiji2 – gagal!
Tak nampak bayang tumbuh.
Kali kedua, pecah2 kan sikit benih dan tabur (tak rendam pun)
Alhamdulilah jadi.
Yg ini saya semai terus dalam pot. Biar je dia kat situ.
Ada satu pasu yg dialihkan dari tray semaian tak sampai seminggu innalillah.
Kesimpulannya:
1. Pecah2 kan sikit biji benihnya
2. Semai terus dalam pasu/polybag tak payah alih2.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.
2. BAU
Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3. TEKSTUR
Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.
4. MATA IKAN
Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.
5. WARNA INSANG
Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.
6. PILIH IKAN BERLENDIR
Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.
7. SISIK & SIRIP KUAT
Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.
8. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.