Gugur air mata seorang lelaki tatkala melihat kesusahan dan pengorbanan isteri yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat mereka.
Itu kisah yang ingin dikongsikan oleh saudara Hazaman Suhami menerusi laman facebooknya. Semoga menjadi teladan buat para suami di luar sana dalam menghargai isteri dan anak-anak.
Pasti ada beberapa peristiwa besar berlaku dalam hidup kita yang paling susah untuk dilupakan. Dan di antara peristiwa besar tu pasti ada satu peristiwa yang tersimpan rapat dalam hati, menusuk jauh ke dalam sanubari..
Dan tanpa kita sedar, di situlah bermulanya jalan cerita, kisah suka dan duka, dan kisah PERJALANAN HIDUP KITA..
Saya,
Merupakan seorang lelaki yang degil dan keras hati. Seorang lelaki yang agak kasar, mudah marah, panas baran dan cukup sukar untuk membazirkan air mata hanya untuk perkara yang sia-sia. Bertahun lamanya saya tidak menangis.. Hingga saatnya Allah datangkan saya satu peristiwa & pengalaman yang paling BERHARGA dalam hidup saya..
Dan ianya bukan sekadar menjentik hati, malah telah meluluhkan jiwa lelaki saya.. Hingga ke saat ini, tak akan pernah terpadam dalam memori..
Ads
Itulah peristiwa dan SAAT PERTAMA saya bergelar seorang AYAH..
Saya masih ingat setiap detik dan ketika, isteri melahirkan anak. Masih terbayang wajahnya yang kesakitan, masih terngiang-ngiang jeritannya yang menyesakkan. Satu kesakitan yang bagai dapat dirasa. Hingga terfikir taknak bagi isteri bersalin lagi lepas tu. Saya berdoa dalam hati mohon Allah pindahkan seluruh kesakitan itu pada saya serta merta sebab tak sanggup melihat isteri menanggung derita. Hati saya jadi hancur luluh..
Berbekas tangan bila isteri cengkam sekuat hati. Pandangan matanya seolah ingin katakan, ” Abang tolonglah saya.. Saya dah tak larat menanggung sakit ni abang.. Rasa nak mati dah.. Tolong saya abang.. Saakitt sangatt ni abang..” ???
Saat itu air mata saya mencurah-curah. Laju sangat mengalir macam tak mahu berhenti. Saat itu juga Allah beri bayangan bahawa inilah kesakitan yang pernah ibu saya tanggung sewaktu melahirkan saya dulu. Beginilah rupanya seksa dan derita yang ditanggung seorang wanita saat kelahiran. Ya Allah..
Barulah saya mengerti..
Ads
Terbayang betapa saya banyak berdosa terhadap ibu saya. Terbayang betapa saya banyak melakukan kesalahan pada insan yang bernama WANITA, pada insan yang bergelar IBU, bergelar ISTERI.. Betapa saya tidak pandai menghargai ciptaan tuhan yang indah dan sempurna ini. Malunya saya pada Rasulullah kerana punya akhlak yang terkeji, kerana tak pernah mencontohi akhlaknya yang sentiasa menghargai, selalu memuji dan mengasihi kaum wanita.
Ku mohon keampunanMU ya Allah..
Malam tu saya tak berhenti menangis dan berdoa..
Ya Allah jadikanlah aku lelaki yang sentiasa menghargai wanita ya Allah.. Jadikanlah aku suami soleh, yang baik dan berlemah lembut dengan isteri. Jadikanlah aku anak yang taat dan sentiasa berkhidmat buat ibuku ya Allah..
Ads
Aku terlalu banyak kelemahan dan kekurangan ya Allah.. Lembutkanlah hatiku sebagaimana lembut dan indahnya hati kekasihMU ya Allah..
Sejak dari itulah saya terasa BESARNYA DOSA tiap kali menyakiti hati WANITA.. Kerana hanya mereka yang sanggup ‘mati’ untuk melahirkan zuriat kita.
Wahai lelaki yang bergelar suami Wahai lelaki yang bergelar ayah Wahai lelaki yang bergelar seorang anak
Mari kita menghargai wanita yang pernah bertarung nyawa semata-mata untuk melahirkan satu nyawa.. Janganlah disakiti dan disiksa jiwa mereka. Kerana Rasulullah merupakan manusia yang paling menyanjungi dan mengasihi mereka. Mengapa kita tergamak jadikan mereka mangsa kezaliman dan nafsu amarah kita, kerana kita sendiri punya banyak kelemahan dan keaiban..
Walaupun terlalu sukar, tapi belajarlah bersabar. Kerana penghuni syurga ialah di kalangan orang-orang yang SABAR. Memang tak mudah untuk bersabar, kerana itulah lelaki diamanahkan Allah untuk menjaga dan melindungi kaum wanita.
Boleh jadi merekalah SEBAB UTAMA kita menuju ke syurga. Bukan pada pangkat kita, dan bukan pada amalan kita.. Renungkanlah..
Apabila tiba hari raya bukan sahaja persiapan pakaian raya dan kuih raya aje diperlukan tetapi peruntukkan duit raya untuk ibu ayah, anak-anak, isteri serta anak saudara.
Malah ia seakan menjadi trend, masing-masing menyediakan duit raya dengan jumlah tertentu. Bukan itu sahaja, ada pula membandingkan pemberian duit rayanya dengan pihak lain.
Melalui perkongsian Mohd Fhais di laman facebooknya, menjelaskan bahawa apabila memberi duit raya bukan hanya ikutan tetapi niat untuk bersedekah.
Tolong ubah niat kita bagi duit raya !!
Saya takut cara pemberian kita tu jadi salah kerana ia boleh jatuh “tasyabbuh” ( meniru ) dengan budaya beri ang pow masyarakat cina.
Menurut pejabat mufti wilayah persekutuan jika niat memberi duit raya tu sebagai satu sedekah ia tak menjadi masalah.
Malah banyak manfaat pada si pemberi sedekah dapat jika bersedekah di pagi raya. Antaranya,
1 – Sedekah kepada mak ayah akan mendapat tiga ganjaran besar antaranya amalan birrul walidain ( berbakti kepada mak ayah ), menjaga silaturrahim dan pahala sedekah.
2 – Amalan bersedekah sesama saudara mara, kaum kerabat dan kawan-kawan dapat menjaga silaturrahim serta mendapat pahala sedekah.
Duit boleh di cari tapi silaturrahim yang ada ni mustahil boleh di tukar ganti.
Dengan syarat,
1 – Memberi duit raya tak salah asalkan tidak sampai memaksa diri ( takalluf ) untuk memberi dengan jumlah yang besar, luar dari kemampuan.
2 – Mereka yang menerima pemberian “duit raya” ni tak boleh merungut walau berapa pun jumlahnya. Sebaliknya perlu bersyukur dan mendoakan kebaikan pada si pemberi.
3 – Sebaiknya utamakan memberi “duit raya” kepada golongan fakir, miskin, dan golongan asnaf yang lebih memerlukan. Sedekah wajib bagi golongan asnaf ialah zakat. Oleh itu, sedekah sunat patut di dahulukan kepada mereka.
4 – Elakkan mengungkit terhadap pemberian atau penerimaan duit raya sebagai contoh, “Aku bagi anak dia duit raya RM50, dia bagi anak aku RM5 je”. Tak ikhlas namanya ni!
5 – Jangan sesekali riak kerana beri duit raya besar dan jangan sesekali herdik mereka yang tak mampu beri.
Sambutan hari raya adalah hari kemenangan kita yang telah berjaya menahan lapar dahaga, serta berjaya menjinakkan hawa nafsu sepanjang bulan ramadan ini.
Semua umat islam layak menyambut hari raya ini. Baik yang miskin, kaya, tua, muda dan sebagainya.
Oleh itu, jangan sesekali kita mengukur tahap keikhlasan seseorang daripada “jumlah” duit raya yang di beri kerana setiap orang ada kemampuan berbeza.
Hari raya adalah tentang saling memaafkan, mengeratkan silaturrahim, budaya kunjung mengunjung, berkongsi kegembiraan dan memberi sedekah kepada yang memerlukan. Saya rasa ini yang lebih penting!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Jangan ajar anak meminta-minta duit raya, tapi kalau di beri salam tangan dan ucap terima kasih.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui sudah menjalani prosedur peringkat awal rawatan kesuburan ‘In Vitro Fertilization (IVF)’ dalam usahanya untuk hamil lagi.
“InsyaAllah saya bukan makin muda. Saya sasar sebelum usia 43 tahun. Saya menjalani apa yang doktor sarankan seperti yang dilakukan ketika berusaha mendapatkan Siti Aafiyah. “Ia rezeki. Kalau lekat. jadilah. Saya berserah kepada Tuhan. Tak dapat tak mengapa. Aafiyah sudah menjadi kurniaan indah dalam hidup saya.
“Kalau saya sudah di tahap mula prosedur seterusnya yang lebih tinggi, memang saya kena rehat seperti sebelum ini. Saya pun sudah beberapa kali berjumpa doktor.
“Kalau saya diam tak aktif itu mungkin ia petanda tengah ‘mengeram’ lah itu nampaknya,” katanya yang ditemui di majlis sambutan ulang tahunnya yang ke 41 sekali meraikan kelab peminatnya Siti Zone yang mencecah usia 16 tahun Disember lalu. Dalam pada itu, Penyanyi kelahiran Kuala Lipis ini mendambakan kehadiran anak lelaki memandangkan kini sudah ada anak perempuan.
“Kalau Boleh saya nak sepasang, sekarang dah ada perempuan. Insyaallah kalau ada rezeki mahu lelaki pula. Tetapi andai tiada rezeki tak mengapa saya bersyukur kerana ada Aafiyah,” ujar Siti lagi.
Mengenai majlis hari ini, Siti bersyukur kerana terus disayangi peminat tersayangnya. “Apa yang saya raih ini hingga terus disayangi serta dihargai peminat, sesuatu yang bukan mudah. Bukan semua orang dapat.
Ia rezeki besar. Saya berdoa hubungan dan ukhuwah ini akan kekal sampai akhir hayat,” katanya. Pada majlis itu, Siti turut mendendangkan lagu Anta Permana, Terang dan Cinta Luar Biasa (nyanyian Andmesh Kamaleng).
Pada majlis bertemakan konsep kostum pekerja itu, Siti memilih gaya ahli silap mata.
Siti turut menyumbangkan sumbangan peribadi kepada ahli Sitizone yang kurang bernasib baik.
Sumber: Berita Harian Online & Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham berkongsi khabar gembira apabila bergelar ayah selepas isterinya selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Khabar gembira itu dimuat naik penyampai radio Gegar FM itu menerusi laman Instagramnya.
“31 Ogos 2021. Jam 1.48 PM. Kamu telah merdeka dari perut ibu. Lahirlah zuriat Issey yang pertama.
Dalam pada itu, Issey turut memanjatkan kesyukuran dan menitipkan doa semoga anaknya itu membesar menjadi anak yang soleh serta berbakti buat keluarga.
“Puteraku, Semoga menjadi anak yang soleh dan bebakti kepada keluarga, agama dan negara . Selamat Hari Kebangsaan sayang. Anak,” tulisnya.
Terdahulu, Issey dan isterinya, Noor Aimi Mohamed Jamel telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 Disember 2019 di Kota Bahru, Kelantan.