Terbayang Adik Sendiri, Lelaki Ini Bagi Tambang Balik Rumah Bikin Sebak Netizen

Menolong seseorang adalah bentuk kepedulian kita kepada sesama manusia. Dan hal itulah yang seharusnya dilakukan oleh setiap manusia kepada manusia yang lainnya. Sikap tolong menolong adalah amalah mulia yang mana dituntut dalam ajaran Islam.

Allah SWT berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya siksa Allah sangat berat.” (QS al-Maidah:2)

Perkongsian saudara,Ramzi Vishes di facebook miliknya mengudang sebak dikalangan netizen apabila dia sanggup memberhentikan kenderaannya untuk membantu seorang anak muda yang tidak dikenalinya.

Membanyangkan jika kesusahan itu dialami oleh adiknya, dia berharap ada juga insan lain mempunyai sikap peduli apabila berhadapan situasi begitu.

Ikuti perkongsiannya ini.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

IKLAN

Terbayang Adik Sendiri, Lelaki Ini Bagi Tambang Balik Rumah Bikin Sebak Netizen

l kisah malam tadi sewaktu aku dalam perjalanan balik kerja, aku ternampak adik nie duduk di bahu jalan dalam keadaan gelap gelita. Aku beranikan diri berhenti tanya dia nak kemana, jawapannya dia nak pergi ke tol KLIA untuk tumpang mana2 lori balik ke johor. Disebabkan tol KLIA agak jauh, jadi aku tumpangkan dia sampai ke tol KLIA.

Sampai je dkat sana, aku berborak kejap dngn adik nie tanya dia dari mana, nak kemana dan kenapa jalan kaki. Jawapan yg dia bagi agak terkilan pada aku. Nama adik nie ”mizi” berumur 19 tahun, berasal dari rengit johor, dia belajar dkat sebuah universiti di putrajaya dan adik nie sedang menjalani cuti sem untuk itu dia buat keputusan nak balik ke johor untuk cari kerja sepanjang dia bercuti nanti.

Masa aku jumpa dia tu rupanya dia baru selesai solat dekat masjid KLIA dan jalan kaki nak ke tol KLIA. Pergghh … Jauh tu. Dia cakap dia takde duit, duit yg dia ada ngam2 je buat tambang dari putrajaya ke klia sambil menunjukkan dompet dia yg cuma berisi kertas dan IC.

Adik nie masih ada mak ayah tapi mak ayah dia pun bekerja sekadar cukup2 makan dan dia tak sampai hati nak mintak duit dkat mak ayah dia. Dia nak balik nie pun dia tak bgtau mak ayah dia taw. Aku offer nak call pun dia taknak, dia takut mak ayah dia susah hati.

 

IKLAN

 

Dia cerita lagi yg sebelum aku jumpa dia, dia dah cuba menahan 2-3 buah lori untuk dia tumpang tapi semuanya tak berhenti. Memang tak berhenti la dik oi kau tahan dkat jalan yg gelap. Sape je berani nk berhenti . Aku tanya mana phone dia. Phone dia pulak rosak masa tu  Allahu .. Dugaan btol hidup kau dik.

Sepanjang aku berborak dngn dia, aku perasan dia bnyak kali pegang perut dia, mungkin dia lapar  aku terus la tahan macho, taknak nampak aku nie sedih lagi2 dlm keadaan aku pakai uniform . Selesai je aku soal siasat adik nie  aku sedekahkan sikit duit untuk dia, tak banyak tapi aku harap cukup la untuk adik tu buat makan dan tambang bas balik ke johor tanpa dia perlu menumpang org ataupun jalan kaki.

Itupun dia berkeras taknak ambik, aku cakap “ kalau kau tak ambik, ikut aku pergi balai. Tido sana sehari. Esok baru aku hantar kau balik“ laju terus dia amik duit tu  Kalau dia tipu aku, pandai2 dia jawab dkat akhirat nanti. Aku tolong dia disebabkan memang menjadi tanggungjawab hamba Allah iaitu membantu org yg dlm kesusahan.

Sampai ke malam aku terfikirkan apa la khabar adik nie. Dah smpai johor ke ? Dah makan ke ? Dapat bas ke dia ?
Aku tengok dia, buat aku teringatkan adik2 aku. Ya Allah, sekiranya perbuatan aku membantu adik nie kau mahu berikan balasan, balas lah pada adik2 aku.

Sekiranya mereka dalam keadaan susah, kau hantar la bantuan yg mampu menyelesaikan masalah mereka. Buat kawan2 dan geng2 johor yg aku kenali, sekiranya korang jumpa adik nie. Bantu la mana yg patut.

IKLAN

Di sini aku sertakan detail2 dia yg aku dapat semalam. Kalau boleh korang pakat2 share pun takpe, biar cerita nie sampai ke pengetahuan Uni dia ataupun jiran2 dia serta pihak berwajib yang boleh bantu meringankan beban adik nie dan seluruh keluarga dia.

Nama : SHAHRIZAL SHAHMIZI BIN SIDEK
Umur : 19 Tahun
Alamat : KAMPUNG SERI BELAHAN, RENGIT, JOHOR
Tempat belajar : UNIMY atau UNIMAI (aku pun lupa mintak nama penuh uni dia

 

Sumber: Ramzi Vishes

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Terbayang Adik Sendiri, Lelaki Ini Bagi Tambang Balik Rumah Bikin Sebak Netizen

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI