Anak sulung Shuib Sepahtu, Uwais Alqarni sememangnya cukup meminati sukan golf. Bahkan Allahyarham Siti Sarah sewaktu hayatnya masih ada sangat memberi galakan.
Baru-baru ini juga Shuib ada berkongsikan kejayaan Uwais yang dinobatkan sebagai juara pada kejuaraan pertama yang disertainya.
Terbaru, Shuib Sepahtu, memuatnaik video yang mempamerkan aksi hebat Uwais pada kejuaraan Palm Resort Junior Open Golf Championship. Berjaya mengakhiri tournament ini dengan jayanya, Shuib dan Raissuddin bersorak riang melihat aksi anak sulung ini.
Rata-rata melahirkan Rasa terharu dan sebak melihat Shuib memeluk erat dan mengucup Uwais.
Anak yang hebat hasil didikan Shuib dan bapa mertuanya ini tidak mustahil boleh menjadi seorang yang ternama dalam sukan termasyur ini.
Ibu bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia setahun empat bulan, yang maut dilanggar bas sekolah di Salak Tinggi, berharap agar polis tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemandu terbabit.
“Saya dan suami reda dengan pemergian anak kami, malah tidak berdendam dengan pemandu bas tersebut,” kata Zainab Mohideen Abdul Kadar, 37, ibu kepada kanak-kanak itu.
Mangsa, Zahida Mohammmad Kassim adalah anak bongsu daripada tujuh adik-beradik.
Menurut Zainab, dia sudah lama mendapatkan khidmat pemandu itu untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah.
Katanya, ketika hari kejadian dia dan suami sedang bekerja manakala anak-anak mereka dijaga oleh ibu mentuanya.
Dia dalam pada Itu mengakui belum berjumpa pemandu berkenaan. Namun lelaki berusia 50 tahun itu ada menelefon dan memohon maaf.
“Saya pun tak boleh nak salahkan abang bas itu sebab dia pun dah trauma sangat, lagi pun dia susah dan bas dia kena sita,” katanya.
Pembantu kantin itu dalam nada hiba berkata walaupun kehilangan anaknya itu meninggalkan kesan mendalam, dia rela hati memaafkan pemandu bas berkenaan.
Sementara itu, kakak kepada mangsa, Nurul Aishah, 13, berkata ketika kejadian, dia baru turun dari bas itu selepas memberikan duit belanja sekolah kepada adiknya yang berusia lapan tahun.
Katanya selepas turun dari bas dia ternampak Zahida di bawah kenderaan itu yang sedang bergerak.
“Saya cepat-cepat ambil dia sebelum tayar belakang bas melanggarnya lagi. Saya menjerit dan selepas itu terus bawa Zahida masuk ke dalam rumah.
“Kemudian ada jiran yang datang dan bawa saya serta nenek bersama Zahida menaiki kereta ke klinik kesihatan berdekatan,” katanya.
Nurul Aishah berkata selepas menyedari Zahida dilanggar, pemandu bas itu segera turun dan meminta maaf kepada neneknya, namun neneknya menyuruh pemandu itu menghantar budak-budak ke sekolah dahulu.
Pak cik datang semula selepas selesai hantar budak-budak. Pak cik cakap dia minta maaf, dia tak nampak (Zahida) dan tidak sengaja melanggarnya,” katanya.
Menurut Nurul Aishah adiknya itu seorang kanak-kanak yang ceria dan suka mengekori kakak-kakaknya, serta sangat manja dengan ayah dan nenek.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata pemandu bas itu sudah dibebaskan dengan jaminan polis malam tadi selepas selesai memberi keterangan.
“Kita akan siapkan siasatan dan bawa kertas siasatan ke pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Sumber: BERNAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, berkata, pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkatra yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Sumber: Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rezeki berganda buat pelawak Ali dari Kumpulan Puteh apabila baru menimang cahaya mata keempatnya selepas merangkul gelaran naib juara program Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021).
Ali atau nama sebenar Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 32, memaklumkan isterinya, Melati Fitri selamat melahirkan bayi lelaki secara normal di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah syukur pada Allah, isteri saya selamat melahirkan seorang baby boy pada pukul 2.40 petang.
“Semua proses kelahiran dipermudahkan dan isteri serta bayi berada dalam keadaan sihat.
“Perasaan saya menanti kelahiran kali ini sama sahaja macam kelahiran sebelum ini,” katanya ketika dihubungi mStar.
Berkongsi kegembiraan tersebut, Ali dan isteri masih belum membuat keputusan mengenai nama yang sesuai untuk diberikan.
“Buat masa ni nama belum terfikir lagi, kami selesaikan dulu urusan di hospital sampai baby balik rumah dulu.
“Cukup masa dan bila dah jumpa nama barulah kita beritahu nama anak kami itu.
“Apa-apa pun saya nak berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kami,” ujarnya.
Untuk rekod, Ali dan Melati Fitri Abdullah mendirikan rumah tangga pada Mei 2016.
Pasangan ini dikurniakan dua anak perempuan Sharifah Nur Aaira Qaireen, 4, dan Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang meninggal dunia selepas tiga bulan dilahirkan akibat komplikasi jantung.
Pada 25 September tahun lalu, mereka dikurniakan cahaya mata ketiga, Syed Umar Iskandar yang kini berusia setahun.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.