Tidak dinafikan ramai ibu bapa inginkan anak cerdik pandai dalam memastikan kejayaan yang cemerlang. Malah meletakkan kejayaan anak sebagai satu KPI kepada dirinya.
Namun kadang kita lupa, bahawa kita akan menjadi tua dan meninggalkan alam yang fana ini suatu hari nanti. Setiap yang hidup pasti akan mati.
Anak yang soleh dan solehah akan sentiasa mendoakan ibu bapa dan adik beradiknya walaupun akademiknya biasa-biasa. Terima anak seadanya.
Perkongsian oleh Muhammad Yusof begitu deep untuk direnungi bagi mereka yang bergelar ibu bapa. Moga kita muhasabah diri.
Gambar hiasan
Tadi aku solat maghrib kat sebuah stesyen minyak. Sorang-sorang. Masuk rakaat kedua ada suara perlahan baca Allahuakbar jadikan aku imam. Habis sembahyang aku tengok rupanya sorang budak mungkin tingkatan 1 atau tingkatan 2 sembahyang belakang aku.
Lepas tu aku duduk kat kerusi luar pakai kasut. Tengah-tengah pakai kasut budak yang jadi makmum datang kat aku. Dia kata best la abang jadi imam, lepas tu dia salam aku.
Ads
Tiba-tiba dia hulur kacang rebus kat aku. Rupanya dia kata dia jual kacang rebus kat kedai makan kat kawasan situ.
‘Bang ambillah’ dia kata. Aku tanya ‘berapa ringgit dik?’
Dia kata ‘takpe bang hari ni saya belanja sebab saya happy sangat, adik saya dapat 3A UPSR, jadi saya nak bagi kat abang sebungkus la..Alhamdulillah bang..’ sambil tersenyum. Lepas tu dia hilang dengan bakul merah dia.
DOAKAN AHLI KELUARGANYA
Ads
Allah, Allah. Aku belajar sesuatu malam ni.
Ada anak yang dilahirkan pandai. Ramai mak ayah suka kerana akademiknya pandai.
Ads
Ada anak yang dilahirkan biasa-biasa, akademik biasa-biasa tapi rajin solat, rajin baca Al-Quran, rajin doakan mak ayah dunia dan akhirat.
TERIMA ANAK SEADANYA
Setiap anak ada level mereka masing-masing.
Berapapun A yang mereka dapat, hargailah kerana itu adalah usaha mereka. Peluk mereka, senyum pada mereka, bagi kata-kata semangat pada mereka. Insyaallah, satu hari nanti bila mereka matang, mereka inilah yang akan jadi anak yang membahagiakan kita, dunia dan akhirat. Percayalah .
Esok umat Islam bakal menyambut 1 Syawal, pastinya segala persiapan tersedia untuk seisi keluarga. Bagi yang gemar tampil sedondon, pasti inilah saat yang dinanti-nantikan.
Ibu dan ayah orang yang paling sibuk saat ini dalam menyediakan segala keperluan seisi keluarga. Bertuah andainya dikurniakan pasangan yang cukup memahami dan sentiasa berlembut dengan anak isteri.
Berbeza bagi situasi yang pernah dilalui oleh puan Intan Dzulkefli baru-baru ini apabila melihat situasi seorang suami memarahi isterinya.
“Mahal-lah! Dah letak balik!” jerkah suara si suami.
Nampak reaksi sedih di wajah isteri dan anak yang ditempik.
Allah.. Kita yang berada berhampiran pun terasa tempiasnya.
Boleh rosak mood window shopping apabila melihat lelaki yang marah-marah isteri, marah-marah anak-anak di tempat awam begini.
Wahai encik suami, jika tidak mahu isteri memilih baju yang mahal, atau usik barang mahal bila keluar shopping, dalam rumah atau dalam kereta sila beritahu siap-siap berapa bajet yang ada. Larang siap-siap, dah lihat harga barulah boleh sentuh.
Orang perempuan ni bila dia lihat cantik, mulalah dia nak mencuba, atau dia suruh suaminya cuba. Kadang, dia cuma sentuh, belek-belek dan sekadar mencuba sahaja. Bukan nak beli sangat pun, tetapi bila reaksi suami yang marah-marah, boleh sedih dibuatnya isteri dan anak-anak yang ceria nak shopping barang raya tadi.
Berpakaian sedondon, buat persiapan raya ni memang seronok kalau semua sehati sejiwa, tak banyak cerita, suami beri izin dan support. Tiada perli-perli, tiada kata-kata menyakitkan hati.
Namun, kalau dapat salah satu pihak yang ‘bekeng’, itu tak nak, ini tak boleh, itu tak payah, ini membazir. Pendek kata semua pasangan nak buat, semua dibantah, semua nak marah-marah, terasa tak bermakna semua itupun.
Tiada makna jika baju sahaja lawa berwarna sedondon, tetapi hati penuh rasa tak puas hati sesama sendiri. Lebih baik tidak ada buat apa-apa, hati tak sakit, duit pun tak terusik. Walau akhirnya duit itu tetap akan habis juga, percayalah.
Biasa orang perempuan yang sibuk hendak sedondon, nak beli itu ini, buat persiapan raya. Sebab mereka seronok. Kadang isteri tak mahu susahkan suami, mereka sendiri berdikit kumpul duit untuk beli itu ini.
Bukannya apa, kebanyakan isteri kadang berkorban, guna duit sendiri untuk beli serba sedikit, untuk menjaga air muka pasangan juga bila tetamu berkunjung. Biarpun akhirnya orang akan fikir itu semua duit poket suami walau ada sesetengah suami, tak pernah ambil tahu pun.
Ya, demikianlah sayangnya, tak ramai suami fikir semua ini. Betapa hal-hal remeh ini sebenarnya mendatangkan rasa seronok di hati isteri. Sesetengahnya tak habis-habis fikir ini semua hanyalah membazir! Tak habis-habis nak menghabiskan duit!
Masih terkesan rasa hati ini dengan peristiwa tadi. Hati tisu betul ?
Wahai suami, hargailah isteri. Selagi tidak berlebihan, apa kata raikan sahaja permintaan mereka. Isteri dan anak-anak kalian sahajalah orang yang sudi pakai warna yang sama dengan kalian, berseronok meraikan hari lebaran bersama. Cuba tanya orang lain, tentu tak hingin mereka nak ada pakaian sama tona warna dengan kalian pun.
Jangan bila dah tiada nanti baru hendak terkenang, ‘kalau isteri saya ada… Tentu dia buat ini, buat itu bila nak raya macam ni…’ Dah terlambat! Itu semua dah berlalu…
Maaflah emosional sedikit.
Entahlah.. Doa diri ini buat semua isteri yang diuji dengan suami jenis begini, semoga rahmat Allah-lah semata yang mampu membahagiakan hati kalian, InsyaAllah. Biarpun mungkin tiada siapa mengiktiraf khidmat kalian dalam bab yang dianggap ‘remeh’ dan ‘membazir’ ini, percayalah, semoga ia bernilai pahala di sisi Tuhan.
Sempena malam-malam Ramadan yang bakal meninggalkan kita ini, jangan lepas dari bibir untuk berdoa, “Allahuma innaka afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu anni,”
Moga Allah jugalah yang akan membalas kalian dengan sebaik-baik perhiasan, secantik-cantik pakaian di syurgaNya kelak di hari merayakan kemenangan paling besar, bertemu lelaki yang paling sayangkan kita, itulah dia Rasulullah SAW. Aamiin.
Beliau antara insan terawal yang menggerakan #Justicebella. Bairpun tiada sebarang kaitan mahupun ikatan persaudaraan, namun semuanya atas dasar kemanusiaan membuatkan wanita bernama Mona Dinini sanggup mengharungi seribu satu kepayahan.
Alhamdulillah sinar mula menerangi kes penderaan adik Bella bila mana ada campur tangan daripada Tunku Mahkota Johor 9TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga isteri,YM Che Puan Besar Khaleeda.
Dalam satu pertemuan baru-baru ini, puan Mona Din berkesempatan berbual bersama Isteri kesayangan TMJ ini. besar harapannya untuk memastikan adik Bella terus diberi keadilan yang sewajarnya.
Dalam facebooknya, Puan Mona Din berkongsi beberapa permintaannya kepada Che Puan Besar Khaleeda untuk adik Bella.
HARAPAN BUAT YAM CHE PUAN BESAR KHALEEDA ( CPB)
Semalam masa jumpa TMJ & CPB, saya sempat mempunyai moment ‘mother’s talk’ berdua dgn Che Puan.
Antara perkara2 yg saya minta dr CPB adalah :
1. Saya minta CPB tolong carikn KELUARGA ANGKAT unt Bella.
Saya rasa mungkin CPB ada kwn2 yg layak mjadi ‘ibu dan family’ for Bella.
Saya ckp Bella deserved at least satu peluang dlm hidupnya untuk merasa bahagia, mengetahui yg sebenarnya masih ada ‘ a beautiful life’ di luar sana, yang mungkin selama ini tidak pernah Bella tahu, tidak pernah Bella rasa.
Saya ceritakn bagaimana Bella dulunya di jumpai merayau di jalanan dlm keadaan tidak terurus, tidak ditemui waris / keluarga, tidak pernah punya apa2 identiti hatta umur nya hanya sekadar di teka, dan krn dia mnyebut bella kala di tanya nama; itulah satu2 nya identiti yg dia ada – namanya, Bella.
Saya minta CPB fikir2 kn kot2 ada yg mampu mberikn kasihsyg buat Bella – kerana unt seorang anak syurga Sindrom Down, hanya ada 2 perkara yg penting buat mereka :
Mereka suka mempamerkn kasih sayang, dan mereka sgt mharap org berikn mereka kasih sayang. Itu sahaja.
Saya bagitau CPB, saya memang sangat berhajat unt mngambil Bella, tapi saya tidak mampu. Saya sudah terlalu tua unt mjaga 2 anak Sindrom Down, apatah lagi saya sekarang mpunyai masalah slipdisc stage 3.
2. Saya cdgkn CPB pergi melawat Bella.
Saya ada minta CPB pi melawat Bella, dan saya ada bpesan, JANGAN bawa press & media dan jgn juga buat live video unt seluruh msia tengok – saya cdgkn CPB mlawat tanpa heboh, bagi mngelak kemungkinan blaku trauma ketakutan adik Bella bila bjumpa ramai orang.
Saya juga bagitau CPB yang Bella suka kartun Frozen. Bella juga suka mekap. Bella suka mewarna. Mungkin boleh bawa hadiah2 tsebut unt Bella.
Juga, mungkin CPB boleh bawakan Bella beberapa baju kurung & tudung baru – so that Bella blh pakai proper bila Bella kena dtg Mahkamah nanti.
3. Saya juga ada mendengar Bella suka mandi swimming pool. Lalu saya syorkn jika CPB blh sponsor unt pegawai pelindung Bella bawa Bella mandi pool – harap dpt menjadi terapi unt membantu mngubat trauma Bella.
Saya beritahu CPB, perasaan seorang anak apabila merasa mereka tak punya keluarga , tidak ada yg mnyayangi, adalah sangat mnyedehkn.
Saya dpt mlihat kesan itu apabila saya mngambil Nadira – anak angkat SDown yg sama umur dgn Bella, dan sama tempat tinggal dulu di jkm seremban together with Bella.
Nadira sgt suka peluk saya. Suka sgt suka kiss saya. Nad suka mnyatakan kasihnya kpd saya.
Nadira sgt takut jika saya mahu bawa dia keluar ke mana2, sptnya dia takut jika saya mahu menghantarnya kembali ke tempat lama.
Kerana itu Nadira selalu sebut dia tak mahu pergi mana2, dia hanya nak duduk di ‘rumah kita’ ( rumah saya sekarang ).
Nadira selalu sebut ini rumah kita, ini rumah kita. Nad sepertinya cuba nak beritahu ini rumah dia, ini family dia- she belongs to this house too..! Sedih sangat setiap kali nadira sebut mcm tu.
Bagi saya itulah pernyataan perasaan dia, di dlm cara & bahasanya sebagai seorg anak syurga sdown, yg nad sgt bsyukur akhirnya mpunyai sebuah keluarga.
Dan saya juga ceritakan kpd CPB beberapa kesan ‘trauma’ diri nadira dulu hidup sbg anak buangan, rasa takut dlm diri mereka, takut di sakiti yg masih tidak hilang hingga ke hari ini.
Saya ceritakn nadira sehingga sekarang hidup btemankan pmukul lalat – dan bagaimana dia akan panic attact klu pmukul lalat itu hilang..!
Seolah2 pemukul lalat itu perisai keselamatan dirinya, dan dia akn sgttakut jika perisai itu hilang ! [ masa saya bcerita ttg perkara ni, airmata saya tumpah jua wlu sekuat perasaan saya cuba menahan.. dan tkasih kpd CPB yg telah mngambil 3 helai tisu mberikn kpd saya, buat saya mnyapu si airmata ..]
Itulah 3 perkara yg saya sempat minta secara pribadi kpd CPB di pertemuan semalam dalam perbualan kami berdua, pbualan di antara 2 orang ibu, di kala team # yg lain sedang rancak berbual dgn TMJ.
Itu harapan yg sangat dalam dari hati saya. Harapan yg saya salurkn kpd Che Puan, yang rasanya hanya Che Puan yg mampu melakukan, kerana saya bukan sesiapa, saya yg tak punya apa2 unt mlayakkan saya mberikn semua itu buat Bella.
Semoga harapan saya ini menjadi kenyataan. Harapan yg saya selitkn di setiap doa2 saya. Tuhan, tolong beri Bella peluang unt bahagia. Tolong hadirkn sesaorang yg mampu melakukan semua itu untuk Bella.
“Saya inginkan maklumkan bahawa telah pulih, tapi tak sepenuhnya.”
Perkara itu dikongsikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menerusi twitter,miliknya @chedetofficial.
Katanya, kini telah pulang ke rumah namun berulang alik ke hospital untuk menjalani beberapa rawatan.
Anggota parlimen Langkawi dan pemimpin Parti Pejuang Tanah Air itu ini juga mengucapkan terima kasih yang mendoakannya dan berkata bahawa dirinya tidak lama lagi dia akan pulih sepenuhnya.
Dalam pada turut sebuah kenyataan media daripada Pejabat Dr Mahathir pada Jumaat (4 Feb) memaklumkan mantan Perdana Menteri Malaysia itu dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu dan kemudian kembali ke IJN untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.
Ramai yang mendoakan kesihatan dan bersyukur Mahathir kembali sihat.
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.