Satu perkongsian yang cukup menyentuh hati. Itu yang boleh diungkapkan apabila menonton video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Siti Sarah.
Dia telah berkongsi momen sweet pasangan suami isteri yang mempunyai masalah penglihatan menerima kejutan daripada anak mereka.
Video tersebut menunjukkan betapa mereka gembira dengan pemberian anak mereka yang turut menyertakan sekali ucapan buat ibu dan ayahnya.
Siti Sarah yang mengusahakan perniagaan ‘delivery surprise’ ini turut sebak apabila membacakan ucapan anak pasangan itu yang begitu mengharukan. Walaupun kejutan itu merupakan sesuatu yang begitu menggembirakan, terbit rasa sayu apabila anaknya yang bertugas sebagai jururawat terlihat begitu menghargai pegorbanan ibu dan ayah menerusi bait-bait ucapan yang tulis.Mereka juga mengakui terharu dengan penghargaan yang dibuat oleh anak pasangan ini. Delivery paling bermakna bagi aku harini dan aku simpan dkt sini .. delivery harini mengajar aku sesuatu … sesuatu yg susah kita nak jumpa .. dan kita sendiri terlepas pandang .. kita selalu nak kan yg perfect nk ibu bapa mcm ni mcmni .. tk dpt apa2 kita bebai .. tapi kadang2 cuba kita fikir mereka yg tk mampu nak bagi .. mak abah yg tak dpt melihat masyallah aku menangis ya waktu nak baca air mata bergenang suara aku bergetar2 dgn harapan makcik tu takdelah perasan .. yg paling aku nampak ialah walaupon mereka buta .. aku tgk dorang happy mcm kita jgak .. tak nmpak sedih langsung .. dikurniakan pulak anak yg baik masyallah bila aku baca dah lah mmg aku panggil mak abah aku dgn panggilan mcmtu dan gelaran aku sendiri ialah kakak .. aku sendiri rasa nak berguling nngis dkt tar eh over lak kau
Mesti mak abah dia syg dkt anak igt kot bday anak dia masyallah bertuahnya kamu
Thnks kepada yg order ni .. betul3 terkesan dihati saya
Paling mencuri tumpuan sudah tentu ucapan balas ibu dan ayah pelanggan Siti Sarah yang turut mengucapkan terima kasih serta mendoakan agar anak mereka terus diberi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jangan buat main, tentang khasiat sayur hijau ini terutama bagi pesakit kencing manis. Di samping menjaga kawalan pengambilan gula seharian, pengambilan sayur-sayuran memberi kesan positi pada tubuh badan pesakit.
Ingin tahu lebih lanjut, baca dan hadam perkongsian Dr Zubaidi Haji Ahmad di laman facebooknya. Ikuti lanjut peneranganya.
Kenapa perlu makan sayur hijau terutamanya bagi pesakit kencing manis.
Sayur hijau ni penting. Tapi ramai orang tak suka makan sayur sebab tak sedap…pahit, tak boleh nak telan, anak tekak tak terima dll. Sebenarnya sayur ni amat penting bagi diet yang seimbang lebih lebih lagi bagi mereka yang sakit. Seelok eloknya amalkan sejak dari muda, jangan tunggu sakit baru nak makan sayur.
Apa faedahnya makan sayur hijau?
✅ Sayur hijau tinggi dengan serat. Apabila dimakan dengan nasi atau karbohidrat yang tinggi indeks glisemik, serat ini akan membentuk spt jaring yang akan menahan kanji ni dari diserap sekali gus. Secara tidak langsung boleh membantu menurunkan indeks glisemik kanji tadi dan tidak meningkatkan paras gula darah secara mendadak.
✅ Sayur hijau melawaskan, ini juga berfaedah menggerakkan makanan dalam usus dengan tempo yang lebih sihat. Dapat mengawal kolestrol dan gula. Syarat kena minum air mencukupi supaya lebih lancar.
✅ Sayur hijau tinggi dengan klorofil. Ia bersifat alkali dan dapat membantu untuk menyahtoksik darah, meng alkali kan darah bagi pesakit kencing manis yang darah nya lebih asidik. Darah berasid ni kuman suka biak, kanser pun suka jugak.
✅ Sayur hijau juga kaya dengan bahan nutrisi yang boleh melebarkan salurdarah, melancarkan aliran darah yang sudah tentunya menjadi masalah besar kepada pesakit kencing manis. Juga sangat sihat bagi kesihatan kardiovaskular.
✅ Sayur hijau kaya dengan nutrisi spt ALA, magnesium, polyphenols yang boleh membantu mengawal paras gula dan meningkatkan sensitiviti insulin. Sgt baik bagi pesakit kencing manis.
✅ Sayur hijau kaya dengan pelbagai phytonutrisi yang boleh melawan radang, melawan radikal bebas (fungsi antioksidannya), vitamin yang berfaedah, folate (untuk kesihatan DNA dan RNA), beta carotene, lutein dan banyak lagi yang berfungsi untuk awet muda.
Nasihat saya bagi pesakit kencing manis, kalau makan nasi, isikan separuh pinggan tu dengan sayur hijau. Ia mengenyangkan dan terbaik untuk kesihatan.
Moga panduan ini memberi perubahan dalam hidup seharian kita terutama mengenai pengambilan nutrien harian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Amboi ramainya anak, meriah betul dah macam satu team bola sepak, Macam mana jaga anak ramai-ramai ni ye? Tak penat Ke? itu antara ayat sinis yang dilemparkan kepada ibu beranak ramai. Tidak cukup dengan itu, ada yang menunjukkan ketidakselesaandengan kehadiran anak-anak tersebut.
Hanya ibu yang mengalami dan merasai tahu apa rasanya di hati dengan pandangan sinis dan kata-kata negatif sesetengah masyarakat. Baik suri rumah mahupun ibu yang bekerja, dua-dua penat. Namun, anak menjadi sumber kekuatan untuk mereka kuat mengharungi dugaan dalam rumah tangga.
Perkongsian Intan Dzulkefli ini mungkin dapat membuka mata kepada masyarakat di luar sana yang suka melemparkan pandangan negatif dan sinis kepada ibu beranak ramai. Bagi yang belum berkahwin atau memiliki anak mungkin tidak rasa perasaan tersebut.
Jadi bersangka baiklah, jangan ingat ibu beranak ramai tidak pandai menjaga penampilan tetapi mungkin ada sebab yang membuatkan mereka tidak betah memikirkan hal yang satu ini. Ada yang lebih penting iaitu keperluan suami dan anak-anak.
Itulah pengorbanan seorang wanita bergelar isteri dan ibu. Patut HORMAT dan TABIK dengan insan begini yang sanggup bersusah payah demi keluarga. Bukan semua mampu melaluinya! SALUTE dengan WANITA KUAT begini…
Secara peribadinya saya tak berapa berkenan kalau orang kutuk-kutuk ibu yang beranak ramai ni nampak aging, nampak tak terurus, pengotor rumah tak berkemas. Tambahan kalau komen pedas itu datangnya dari insan yang belum berkahwin, mahupun yang belum ada anak.
Kadang rasa sebak pun ada.
Seriously you are clueless, didn’t know what they were dealing with.
Awak tak tahu apa rasanya anak nak melekap 24jam. Awak cabut susu badan, dia jaga. Awak gerak sikit dia pun merengek menangis.
Awak tak faham penat bila anak berdukung walau da pandai jalan, berat dah 10-15kg sampai sakit pinggang kesan cucuk ubat masa bersalin, sampai sakit luka perut kena belah masa bersalin.
Awak tak tahu apa rasanya bila baru nak mandi anak dah menangis macam kena pukul. Baru nak lepaskan hajat anak dah meraung depan pintu jamban.
Awak tak tahu macam mana rasanya tidur selang sejam sebab bangun susukan anak. Pedih perit luka sebab menyusukan anak tak mahu berenggang. Tak tahu betapa tingtong kepala & stress rasa bila anak taknak tidur, ajak main sampai 2-3 pagi, menangis semua serba tak kena tanpa diketahui apa punca.
Awak tak tahu rasanya bila kemas rumah pun tetap akan bersepah dengan macam-macam benda yang anak tak bagi sentuh pun. Awak tak tahu macam mana rasa lapar terketar badan lepas susukan anak-anak. Sakit kepala sebab lambat makan, sakit pinggang.
Demam? Sakit? Life must go on. Anak tetap macam tu minta dilayan. Tak ada cuti sakit..
Bukan merungut. Saya cuma beritahu tipikal life mak-mak ni awak..
Jangan cakaplah.. biarkan ajelah anak tu menangis, buat ajelah macam biasa. Uruskan diri tu. Uruskan rumahtangga. Jangan… awak belum rasa.
Yang melaluinya entah berapa banyak kali menangis awak… sebab rasa hidup macam bukan untuk diri sendiri lagi. Masa untuk diri sendiri pun dah tak ada. Apatah lagi privacy & me-time. Seolah-olah lifeless awak tau..
Sayyidatina Fatimah pun menangis tersedu mengadu pada ayahandanya nakkan pembantu sebab penat sangat uruskan rumahtangga, jaga anak-anak. Hingga Rasulullah SAW ajarkan baginda zikir Fatimah.
Itu anak Rasulullah SAW, wanita yang dijamin masuk syurga. Apatah la lagi kita semua yang iman senipis kulit bawang yang hidup di akhir zaman.
Kadang kita ni memang sedap aje mulut bercakap, sebab belum kena batang hidung sendiri. Agaknya kalau kita ditempat orang yang kita kata itu, kita malah lebih teruk lagi.
Belajarlah dari kesilapan saya. Saya dulu pun suka salah faham ingatkan mudah je jadi isteri solehah, didik anak2 & jadi ibu rumahtangga ni. Yelah baca dalam buku & dengar ceramah macam senang sangat je wanita nak masuk syurga. Realitinya mahar syurga itu terlalu mahal.
Kadang terlalu penat tu tak tertanggung mengalir juga air mata, hanya Allah tempat mengadu. Itupun alhamdulillah, suami dah sangat banyak bantu. Bagaimana pula bagi wanita yang suami lepas tangan & yang PJJ dengan suami? MasyaAllah, tak terbayang bagaimana kuat ujian mereka.
Tak perlulah zalim sangat menuduh ibu-ibu yang meluahkan perasaan mereka ni sebagai mengeluh, tak bersyukur. Mereka juga manusia biasa. Mereka bukannya robot. Bila mereka memendam, jadi murung, meroyan… itu lebih tak sihat untuk anak-anak.
Samada stay at home mother, work at home mother atau ibu yang bekerjaya, saya pernah rasa semua title. Jujurnya, semua pun penat. Jadi, tak perlulah rajin sangat nak calculate pengorbanan siapa lagi banyak, siapa lagi penat.
Buat ajelah tugas kita masing-masing & biarkan Allah sahajalah yang menilai segalanya. Tak perlulah kita jadi hakim untuk judge sesiapa. Kita pun bukan hebat mana.
Sememangnya jika sesiapa ada menanam pokok limau kasturi, bila berbuah memang lebat sampai tidak termakan dibuatnya. Jika dibiarkan begitu sahaja, tentu akhirnya akan busuk begitu sahaja.
Jadi apa kata anda buat seperti yang dikongsikan oleh Puan Ummi Ain ini, memandangkan semasa tempoh PKP yang lalu dan musim hujan, pokok limau di rumahnya banyak berbuah. Biasanya hantar ke kedai kawan yang berniaga laksa dengan kantan dan kesum.
Oleh kerana kedai tutup maka limau kasturi banyak di rumah. Kantan dan kesum pun banyak tapi hari ni nak cerita perihal limau kasturi. Dah bagi jiran-jiran tapi masih banyak lagi. Setiap kali suami ke kebun akan bawa balik limau kasturi.
Nak elakkan dari limau rosak jadi jom kita buat kiub limau.
Guna loyang acuan talam je senang. Kalau tak ada boleh guna acuan ais kiub tapi susah sikit nak keluarkan. Mgkin boleh fikir cara lain. Nanti nak guna ambil saja kiub tersebut. Boleh buat air limau asamboi, masuk dlm siakap stim limau dan lain-lain
Saya biasa ambil 2-3 kiub tuang air panas sikit saja kurang dari 1/2 gelas. Minum lepas makan. Boleh bantu turunkan bacaan gula sebab saya ada diabetes.
Macam-macam boleh buat
Meninjau di ruangan komen, ada juga yang berkongsi cara lain yang boleh dimanfaatkan. Contohnya seperti komen oleh Jamaliah Abdullah, “Buat jus cinta sis. Sedap. Limau tu di rebus sekejap dan keluarkan airnya. Sumbatkan asam boi. Smpn 2 bln dlm botoi..sedap buat minuman panas dan sejuk”
Tulis Kuali Mokde pula,“Tq share tipsnya tt.. Tak penah terpikir.. Selalu buah2 limau nipis dekat rumah.. Rosak mcm tu je..so lepas ni dh boleh buat kiub..”
Komen Zainuri Ayie pula, “Saya selalu beli limau kasturi untk buat detox, tips saya basuh bersih limau kasturi, then blend dgn kulit2 lepas tue letak dlm botol kaca hasil blend tdiw, simpan dlm peti ais… setiap pagi amalkan minum pati limau tdi yg dicampur dgn segelas air suam, smbil bekerja akn berpeluh… amalkan setiap malam sebelum tdo dan pagi sebelum sarapan, rasa dyea xberapa masam sb dh blend skali dgn kulit, Alhamdulillah berat trun dan always bertenaga… sekian”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.