Ibu ibu engkaulah ratu hatiku… Ibu adalah insan yang penting dalam kehidupan anak-anak. Inilah insan yang menjadi idola, pemberi semangat dan juga orang yang bertanggung jawab dalam membentuk sahsiah dan peribadi anak-anak mereka.
Part membebebal dan menegur itu lumrah, kalau tidak anak-anak tidak menjadi ‘orang’. Ada baiknya apa yang ibu-ibu lakukan, bukan semata-mata mahu mendera tetapi mahu mengajar supaya menjadi insan yang berguna.
Satu perkongsian oleh saudari Nurlia Mohd Nor di laman facebooknya cukup menyentuh hati. Bercerita tentang rutin arwah ibunya yang sehingga kini dipraktikkan olehnya terutama dalam bab penjagaan rumah dan disiplin.
.
Saya senaraikan beberapa perkara yang semasa hidupnya Mak dah tunjuk contoh tauladan yang baik dalam bab penjagaan/ mengemas rumah:-
1) Bangun pagi perkara pertama Mak buat adalah kemas tempat tidur, dan katil tu takkan ada siapa berani landing untuk bersantai- santai / berehat. Nak landing sila ke sofa/ruang tamu tengah. Sampai malam katil tu cadarnya tetap ‘tegang’. Hehehe.
2)Mak akan basuh baju di awal pagi selepas solat Subuh. Sesiapa lepas solat Subuh tidur balik dan bangun lambat silalah basuh baju sendiri. Kalau taknak basuh sendiri, mandi dulu kemudian sambunglah tidur semula. Hahaha. Dalam baldi memang takkan ada pakaian kotor.
3) Mak akan sidai pakaian sebaik sahaja siap cuci. Takde tangguh-tangguh. Kadang- kadang Abah perli,
” Matahari pun tak muncui lagi. Awei beno pun sidainya..”
4) Selepas sidai pakaian di ampaian luar Mak akan ambil penyapu luar. Mak sapu halaman dan sapu dalam longkang. Buang daun kering etc. Kemudian Mak masuk rumah semula, ambil penyapu di dalam dan sapu dalam rumah pula.
5) Mak akan breakfast. Lepas makan terus basuh pinggan, cawan. Rumah kami takkan ada pinggan mangkuk dalam sinki. Abah pun basuh pinggan dan cawan sendiri walaupun dia seorang guru besar, ketua di sekolah dan juga ketua keluarga. Abah pun tunjuk contoh tauladan yang baik. Kerja rumah mesti sama-sama buat. Bukan harap Mak semua. Settle breakfast kemudian Mak akan berehat sambil baca surat khabar.
6) Tepat pukul 10 pagi Mak akan masuk dapur untuk masak. Settle masak Mak akan siap hidang semua. Pinggan, gelas, periuk nasi semua dah ada atas meja. Dapur pula Mak akan lap, kemudian Mak akan sapu semula ruang dapur.
Ads
7) Selesai masak dalam pukul 12 tengahari Mak akan angkat pakaian di ampaian dan terus lipat. Dalam rumah kami memang takkan ada longgokan baju yang belum dilipat. Mak pantang tengok benda berlonggok.
8) Kemudian Mak akan terus mandi, pakai telekung dan menunggu waktu solat Zohor.
9) Lepas Zohor Mak akan makan dan berehat sehinggalah pukul 4 Mak dah siap mandi dan stand by untuk Asar.
10) Waktu petang aktiviti santai. Ada masa sambil bersih halaman Mak bersembang dengan jiran, ada masa Mak dok rumah menonton tv. Kalau ada kelas mengaji biasanya lepas Asar Mak akan pergi sampailah pukul 6.30 petang.
11) Nak masuk Maghrib Mak akan mandi lagi sekali. Waktu ni Mak akan make sure semua orang dah rendam pakaian dalam baldi untuk dibasuh keesokkan hari. Bagusnya Mak ni setiap kali nak menghadap Allah dia akan make sure mandi dan badan dalam keadaan bersih. Sehari Mak mandi 4 kali. Sebab tu kalau nak tahu kulit badan Mak cantik. Tiap kali mandi dia akan gosok daki di badan, sabun. Bila Mak sakit setiap kali mandikan dia saya memang suka tengok kulit Mak. Mak dah la putih, kulit pulak bersih, halus walaupun dah berumur 70++.
12) Selepas solat Maghrib ada masa Mak akan makan dulu, ada masa Mak akan tunggu Isyak.
Ads
13) Settle dinner Mak akan bersihkan semua meja makan. Sampah kalau dah penuh Mak akan buang di tong sampah luar.
.
Selain itu:-
1) Towel, telekung, selimut, sarung bantal, cadar, Mak ada jadual berkala untuk basuh. Sebab tu kalau tengok semua telekung Mak takkan ada kotoron contoh kuning di dagu, tahi lalat etc. Sampai reput kain tu tetap bersih. Sama juga dengan towel, selimut. Dah bertahun- tahun pun masih elok.
2) Bilik air bukan tunggu kotor baru cuci. Sambil mandi pun kadang-kadang dengarlah Mak memberus.
3) Buku cerita/mainan selepas baca/main silalah simpan di tempatnya. Bukan suka hati nak selit sana sini. Kalau tak letak di tempat yang sepatutnya Mak akan ambil.
Ads
Habit ni saya dah perhati dari kecil lagi. Imagine hari-hari tengok rutin yang sama. Memang ‘meresap’ masuk dalam otak dah. Hehehe. Ia bukan soal kemas, bersih semata- mata sebenarnya, tapi ia berkaitan dengan DISIPLIN. Mak ni tambahan masa muda orangnya lemah lembut je. Saya pun tak ingat bila mak pernah marah. Mak tak pernah pun bagi arahan/ marah kami untuk ikut rules dia. Mak bukan jenis pot pet, pung pang marah. Bukan.
Tapi..
Saya belajar dari PEMERHATIAN. Bila dah biasa dengan keadaan begitu, sebagai anak kita pun dah terikut habit Mak. Sebab tu kalau nak anak- anak buat sesuatu, kita mesti buat dulu dan tunjuk contoh tauladan yang baik.
Percayalah..
Terima kasih Mak sebab dah didik satu perkara yang baik untuk kami ikut. Bila terkenang rutin harian Mak ni rasa rindunya Ya Allah. Rindu pada susuk tubuh itu.
Al fatihah Mak..
.
*Dalam gambar ini adalah bilik Mak Abah di sini. Semua dah tinggal kenangan. Walaupun dah berumur, tapi sebab dah biasa kemas tetap akan kemas juga kan. Dan gambat yang lagi satu adalah ‘rumah’ baru Mak. Mudah- mudahan rumah baru Mak ini Allah gantikan yang lebih baik dari apa yang ada di sini. Aaminnn..
Nota: Habit Mak ni saya perhati dari KECIL. So bila dah berakal, dah faham pelan-pelan kami pun ikut habit Mak dan bantu Mak buat kerja rumah sama. Umur 4, 5 tahun dah boleh bantu Mak buang sampah, umur 6 tahun basuh pinggan mangkuk, sapu sampah dan sebagainya. Tugasan ikut kesesuaian umur. Bukanlah Mak buat semua ni seorang sampai tua. Jangan salah faham. Mak dan Abah saya bawa tinggal bersama sejak 7 tahun lalu. Bila Mak tak sihat saya yang jaga Mak, mandikan dia hari-hari, sediakan makan minum, cuci najis Mak dan sebagainya sehinggalah Mak menghembuskan nafas terakhirnya di sini. Jasad Mak pun bersemadi di sini bukan di kampung. Mak dah takde, sekarang Abah tetap tinggal bersama kami. Alhamdulillah Allah bagi peluang untuk berbakti pada orang tua walaupun saya tahu sampai bila-bila pun jasa mereka membesarkan saya takkan terbalas..
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi kita doa itu merupakan senjata paling ampuh,menjadi sumber kekuatan dan harapan untuk mencapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Bahkan doa itu adalah suatu ibadah.
Tiada had masa untuk kita berdoa padaNya, bahkan di dalam solat sekali pun jika dihayati setiap bacaan yang diucapkan penuh dengan pengharpaan dan doa. Umpamanya cuba kita renungkan makna satu persatu bacaan saat kita sedang duduk antara dua sujud.
Malah menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, beliau suka ulang-ulang bacaan tersebut walau di luar solat.
Apa sebabnya ya?
Baca perkongsian penuh daripadanya untuk lebih faham.
Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).”
Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup.
Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.
Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mencari dan mengekalkan kebahagiaan hidup berumah tangga tentunya ada rahsianya yang tersendiri.
Bak kata orang tua-tua, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Apa yang penting, suami dan isteri kena saling tolak ansur dan sama-sama sabar untuk lalui asam garam hidup berumah tangga.
Begitulah juga apa yang cuba dijelaskan oleh PU Amin ini. Beliau berkongsi pengalaman hidup yang dilalui di awal usia perkahwinannya. Nyata dalam perkongsian tersebut banyak tip dan saranan yang boleh kita cedok untuk dijadikan inspirasi.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Masa ni baru seminggu kawen. Umur baru 22 tahun. Masa ni cuti kawen, sebelum balik Azhar Mesir untuk sambung baki pengajian 2 tahun lagi.
Masa ni belum ada nama PU Amin lagi. Masa ni jalan jalan shoping pakai duit biasiswa je . Masa ni naik motor pergi mall. Masa ni asyik berangan kalau ada rumah sendiri, kalau ada kereta sendiri, kalau kalau tak habis habis berangan. Berangan kan free .
Masa ni lah pergi beli kasut pertama untuk isteri saya. Murah pun ok, janji ada hadiah. Haha Alhamdulillah rezeki Allah. Banyak yang Allah bagi lepas 8 tahun ni.
Parent saya kata nak bagi tambah rezeki kena sentiasa jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan baik suami isteri.Jangan cakap benda tak elok, jangan kuat marah, sabar kena banyak.
Betul apa yang mereka pesan, rezeki Allah banyak bila kita hargai pasangan kita. Family saya tak sempurna macam orang lain. Sebab tu jarang share pasal life family kiteorang kat socmed. Sama je macam orang lain.
Bagi yang baru kawen kalau life kita tak meriah sangat tak apa , jangan follow orang lain, layan je life korang, ni moment indah untuk korang create kasih sayang waktu susah untuk korang hargai waktu senang nanti. Makan nasi bungkus share sama sama pun sedap, beli baju downtown, bundle pon xpe, baju jugak janji tutup aurat, settle.
Relax je, nanti Allah susun rezeki korang. Jangan mudah ungkap perkataan cerai, pisah dan benci. Banyak doa yang baik baik. Jangan cari kesempurnaan. Sebab manusia mana ada sempurna. Kan, So Moga korang dan saya terus bahagia selamanya di bawah jagaan Allah Swt.
Soal cerai tiada dalam kamus hidup kerana setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumahtangga mendambakan ikatan pernikahan kekal sehingga ke akhir hayat. Namun, panas yang disangkakan hingga ke petang rupanya gerimis mengundang ditengah hari.
Yakin dan dan percaya pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Tidak ada orang yang mahu penceraian berlaku tetapi andai ternoktah sampai setakat itu sahaja hubungan yang terjalin, kena terima dengan reda.
Berkongsi pandangan mengenai hal ini, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, memilih untuk berterus terang kepada anaknya tentang hal cerai antara suami isteri.
Q: Macam mana nak bagitau anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.?
FL: Dengan bagitahu anak2 yang ibu bapa dia sebenarnya dah bercerai.
Saya bercerai 10 hari selepas ulang tahun kedua Maream. Memandangkan kami selesaikannya secara profesional di mahkamah, jadi saya ada masa untuk mempersiapkan diri, begitu juga dengan Maream.
Saya katakan kepada dia, ibu bapanya cerai kerana masalah tertentu yang sama sekali tidak ada kaitan dengannya. Keputusan itu tidak ada kaitan dengan kehadirannya, tingkah lakunya, atau hanya dia. Kedua ibu bapanya telah berusaha keras dan ini adalah keputusan terbaik untuk kita semua. Itu tidak kira bentuk keluarganya; jarak; kedua ibu bapanya akan selalu menyayanginya.
Anda fikir pada usia dua tahun, dia akan faham.? Tidak, dia tak faham. Tetapi saya sentiasa memberitahunya, kerana ‘perceraian’ adalah sebahagian dari dirinya dan dia MEMPUNYAI HAK untuk mengetahui mengenainya.
Sekarang, dia sudah faham, dia bahkan menjelaskan kepada anak-anak usianya apa maksud perceraian.
Beritahu mereka segera. Lebih baik melibatkan mereka dalam perbincangan anda jika anda belum memutuskannya sehingga mereka merasa disertakan. Mereka mempunyai hak untuk mengetahui (terlibat) kerana mereka adalah SEBAHAGIAN KELUARGA, dan keputusan itu mempengaruhi pembentukan keluarga mereka.
Things happened.
The best way to face it is by acknowledging it, not otherwise. #FLparenting
Menjelang hari raya yang bakal disambut tidak berapa hari lagi, pasti ada diantara kita yang melapangkan masa untuk mencuba buat kuih raya bersama anak-anak di rumah.