Kecoh dimedia sosial mengenai isu tidak hadir sekolah dengan alasan ‘urusan keluarga’ . Ia menjadi topik hangat apabila didakwa menjadi alasan biasa ibu bapa apabila anak tidak hadir ke sekolah.

Memetik laporan Sinar Harian, ibu bapa seakan menggalakan budaya ponteng dikalangan pelajar dengan hanya alasan sebegitu.

Laporan Sinar Harian menunjukkan ada segelintir ibu bapa sanggup memonteng anak atas nama urusan keluarga sedangkan sebaliknya. Ia antaranya seperti pergi melancong dan cuti awal persekolahn untuk balik kampung untuk mengelak kesesakan jalan raya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di facebook, pemilik Nor Shazwani Shamshudin mempunyai pandangan tersendiri makna ‘urusan keluarga’.

Wanita itu yang juga seorang guru mendedahkan situasi sebenar di sebalik ketidakhadiran pelajar ke kelas dengan alasan ‘urusan keluarga’, terutama melibatkan pelajar berumur 18 tahun ke atas.

Ads

Menurut guru tersebut, alasan ini sering diterima namun jarang dibincangkan secara terbuka.

Beliau menyatakan bahawa selepas pelajar-pelajarnya tidak hadir, beliau akan bertanya pada minggu berikutnya.

Ads

“Terima Kasih Memahami Kami…” Pendebatan Tak Hadir Sekolah ‘Urusan Keluarga’ Penjelasan Cikgu Ni Begitu Empati

“Kalau mereka mahu bercerita, saya dengar. Tapi kalau mereka tetap dengan alasan ‘urusan keluarga’, saya hormati keputusan itu,” katanya.

Ads

Namun, di sebalik alasan yang nampak umum itu, terdapat realiti pahit yang jarang diungkap. Guru itu menjelaskan bahawa tidak ramai pelajar sanggup berterus terang tentang sebab sebenar ketidakhadiran mereka.

“Ada yang tak datang kerana tiada duit belanja, ada yang perlu temankan ibu ke mahkamah, atau jaga adik sebab ibu atau ayah menghilangkan diri. Malah, ada yang perlu lindungi ibu mereka di rumah,” jelasnya lagi.

Beliau menekankan bahawa perkara-perkara seperti ini mungkin tidak berlaku kepada kita, tetapi itu tidak bermaksud ia tidak berlaku kepada orang lain. Justeru, sikap prihatin dan empati sangat penting dalam menghadapi situasi sebegini, terutama bagi guru dan pendidik.

“Prihatin di tempat yang sepatutnya dan empati adalah kunci.”

Tambahnya lagi, alasan ‘urusan keluarga’ bukan hanya ada di sekolah. Dan banyak sebabnya bukan sekadar percutian keluarga.

Dia juga menyarankan agar masyarakat lebih peka terhadap masalah yang dihadapi pelajar-pelajar mereka.
CIKGU BAGI ‘POSITIF VIBES’ IBU BAPA LUAH SYUKUR MEMAHAMI
“Terima Kasih Memahami Kami…” Pendebatan Tak Hadir Sekolah ‘Urusan Keluarga’ Penjelasan Cikgu Ni Begitu Empati
Gambar sekadar hiasan
Sementara itu meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang terdiri daripada ibu bapa meluahkan isi hati kagum dengan perkongsian wanita berkenaan yang lebih menjurus kepada ‘positif vibes’. Antara komen adalah
“Pernah je berterus terang dgn cikgu, tpi cikgu tu sound kite and suruh kite pikir sndiri utk selesaikan masalah..siap perli anak2 kat sekolah..tak semua plak ckgu faham macam ni..”
“Terima kasih cikgu sebab memahami.”
“Kadang murid tak suka cerita kat guru sebab takut guru tu cerita kepada umum..tak semua org mampu simpan rahsia org.”
“Betul. Pernah melaluinya. Pernah cuba bercerita dengan guru. Tapi….akhirnya mengalah dan pasrah.”
“Setuju jgk point ni..kadang kita tau dia pergi bercuti sebenarnya..tp tulis urusan keluarga..mybe time tu lah ibu/ayah dpt cuti.”
“Maaf. Tak semua benda boleh di share. Pernah dengar cikgu mengata dan bercerita pasal parents lain yg ada masalah personal.”
Sesungguhnya isu ketidakhadiran pelajar atas alasan ‘urusan keluarga’ perlu dilihat dengan lebih mendalam dan penuh empati. Setiap individu mempunyai cabaran tersendiri yang mungkin tidak selalu jelas di mata kita.
Sikap prihatin dan memahami situasi mereka adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih baik antara pelajar dan pendidik. Diharapkan, dengan lebih banyak kesedaran, kita dapat memberikan sokongan yang diperlukan untuk membantu pelajar mengatasi cabaran hidup mereka dan terus fokus dalam pelajaran.- Keluarga

Sumber: Nor Shazwani Shamshudin 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI