Diakui memasak lemang buluh bukanlah kerja sejam dua boleh siap, mahu seharian masadiperlukan bermula dari merendam pulut hinggalah membakar lemang. Memang cukup lama dan hanya yang mahir dan berpengalaman serta sabar sahaja dapat membuatnya.
Pun begitu, dalam kita beraya di musim PKP ini andai terasa teringin juga untuk menikmati lemang di pagi raya bersama keluarga, apa kata anda sediakan sahaja menu Lemang Cawan Kukus yang dikongsikan oleh Nur Masri.
Lemang ini dimasak secara kukus dan uniknya untuk mendapatkan bentuk lemang buluh, pulut dimasukkan di dalam cawan kertas yang telah diisi dengan daun pisang. Ini bagi memberi rasa sama macam lemang yang dimasak secara tradisi. Cukup kreatif dan nampak mudah untuk kita sediakan.
Untuk itu, jom kita masak Lemang Cawan Kukus ini di pagi raya untuk memberi kemeriahan kepada anak-anak menikmati hari raya dengan juadah istimewa. Selamat mencuba.
Buluh lemang tak ada, buat lemang cawan je….Rasa ok je lemang ni, macam ketupat palas pon ada sebab kukus, guna pulut susu memang lembut …sedap.
RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS
Bahan- bahan
2 kg pulut susu rendam 4 jam
3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak
Daun pisang
Cawan kertas
Ads
Cara-caranya :
1. Letak daun Pisang keliling cawan kertas
Dapat 20 cawan
2. Isi 5 Sudu besar beras pulut
3. Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut
Ads
4. Susun dalam periuk kukus
5. Kukus selama1 jam setengah
6. Siap, daun Pisang yg lbh bagn ats Tu blh lipat ke bwh tekan2 cikit bghn ats pulut bg rata.
Hamparan permaidani di sudut-sudut tertentu rumah kita memang buat rumah tambah seri. Cantik memang cantik tapi serius, kalau nak pakai permaidani kenalah upgrate kerajinan diri sendiri. Lagi-lagi kalau ada anak kecil.
Permaidani yang tidak dijaga dengan sempurna biasanya akan cepat rosak dan menjadi kusam. Apalagi sekiranya jarang dibersihkan. Habuk terperangkap dan kuman bersarang sehingga boleh menjejaskan kesihatan di samping bau yang kurang menyenangkan.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cukadalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, tak dapat lari dari berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara suami isteri. Namun, yang memburukkan keadaan bila mana masing-masing tidak mahu beralah dan ego. Akhirnya rumah tangga yang dibina berantakan.
Lebih-lebih lagi apabila sudah berumur, kita semakin sensitif dan mudah tersinggung, mudah marah. Itu yang mengakibatkan timbulnya konflik. Ini boleh mengancam kehormonian dan keutuhan hubungan suami isteri.
Tanpa sedar ego yang dijunjung tak bawa ke mana, sebaliknya penyesalan yang akan dirasai bila mana pasangan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Waktu itu, menangis air mata darah sekali pun sudah tidak berguna. Yang pergi takkan kembali lagi.
Hadamkan perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar .Moga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah ini.
“Biasalah isteri kadang-kadang merajuk kan,” kata dia sambil kesat air mata. Aku yang tadi boleh lagi membentuk senyum dah mula rasa berat bibir. Tak mampu membalas aku cuma mengangguk tanda setuju.
Dia sambung, “malam tu pula dia panggil saya tidur sebelah dia. Saya yang rasa berat perasaan nak ikut cakap suami. Saya buat keras tak nak.
Saya sibukkan diri main telefon dan mesej dengan kakak saya. Bercerita pasal suami saya lah. Tak sangka esoknya dia meninggal.”
Lagi banyak air jernih jatuh daripada mata dia. Disapunya kain tuala kecil ke mata kiri dan kanan. Keringkan air mata yang mengalir tak sudah. Makin disapu, makin banyak yang keluar.
Mungkin terkilan sangat dia tak layan suami betul-betul malam sebelum tu.
“Tak sangka ustaz, saya memang tak sangka suami nak pergi secepat ini,” diulang dekat 3-4 kali sepanjang kami bersembang hal kematian suami dia.
Puan ini saya kenal melalui seorang kawan. Dia sungguh nak tahu tentang pembahagian harta. Jadi bawa jumpa dengan saya. Banyak benda bersembang sampai akhirnya dia cerita hal tadi.
Benar kawan-kawan, kita ini selalunya rasa akan hidup lama lagi. Bermasam muka hari ini dengan pasangan, kita biar berlarutan 2,3 hari. Bahkan ada yang sampai berminggu-minggu tak bercakap. Walhal duduk serumah.
Kadang masing-masing tak nak mengalah. Menunggu-nunggu dipujuk. Kalau suami tak pujuk, isteri terus simpan muncung mulut. Biar panjang berjela.
Suami pun sama, kalau isteri tak pujuk punya lah sibuk main game tak sudah. Konon tak ada apa, tapi dalam hati merayu-rayu.
Bertahan-tahan akhirnya lewat malam tertidur. Esok pagi bangun terkejar-kejar urusan nak pergi kerja pula. Kalau sempat bersalaman lah, kalau tak sempat main lambai-lambai begitu sahaja. Mata tak bertentang langsung. Masih pertahan ego sendiri.
Takdir Tuhan salah seorang meninggal. Tuhan ambil dahulu. Tak balik dah rumah lepas keluar pergi kerja pagi tadi.
Allahu.
Tinggal lah seorang sendirian. Waktu ini apa pun dah tak boleh. Nak patah balik masa jangan harap. Meratiblah perkataan maaf berjuta kali sekali pun, dah tak sampai ke deria pendengaran pasangan kita. Ini yang banyak berlaku.
Kawan-kawan yang dikasihi;
Pertahankan ego ni tak akan ke mana. Lebih lagi dalam hidup rumahtangga. Dengan pasangan kita lah lebih lagi untuk kita mudah beralah dan mengalah.
Sebelum tidur setiap malam, berdamailah. Minta maaf dan memberi maaf. Itu lebih baik buat kita dan pasangan.
Bukan untuk orang lain, untuk jiwa yang kita mengaku separuh hidup kita juga.
Sebelum segalanya tinggal kenangan, kalian bina lah kenangan yang indah. Yang menjadi realiti. Bukan cuma dalam mimpi bila kita tinggal sendiri nanti.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar, Balik daripada perjumpaan tu baru lah aku menangis sakan. Ya Tuhan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Parvo adalah satu penyakit virus yang menyerang si bulus. Lebih membahayakan apabila virus parvo boleh menjangkiti kucing-kucing lain dengan begitu cepat dan menyebabkan kematian.
Selain bawa kucing anda ke klinik veterinar, boleh juga cuba petua guna rumput ini. Mana tahu berkesan. Sekali tengok orang akan cakap ia tumbuhan liar, tetapi banyak manfaatnya pada haiwan terutama kucing.
Bagi anda yang membela kucing dan menghadapi masalah kesihatan seperti demam, tak lalu makan dan sebagainya, boleh cuba kaedah yang dikongsikan oleh Boby Cat Shop.
Nak tahu caranya jom baca ni:
Rumput ini pernah viral dulu. Sekarang viral semula.
Nama rumput ni, RUMPUT PENDUL.
Kalau ada kucing yang sakit Parvo, Selsema atau demam, boleh berikan air rebusan rumput ni pada kucing tersebut. Kucing yg hilang selera makan atau tanak makan langsung pun boleh diberikan air rebusan rumput ni.
Rumput ni tumbuh meliar di kawasan lapang yang tanahnya agak lembab. Ia tidak akan tumbuh dicelah pohon besar. Ia suka tempat terang dengan cahaya matahari.
CARA-CARA BUAT AIR REBUSAN:
1️⃣ Cabut rumput ini bersama akarnya.
2️⃣ Bersihkan tanah dari akar dan daun.
3️⃣ Patahkan sikit-sikit masukkan daun, batang dan akar kedalam bekas dan rebus dengan api yang sederhana hingga agak mendidih. Jangan guna api besar, khasiatnya akan hilang.
4️⃣ Bila kandungan air sudah jadi separuh, matikan api dan sejukkan pada suhu bilik.
5️⃣ Bila sudah sejuk, bagi 10mil hingga 20mil pada kucing yang sakit pagi dan malam.
✔️ Selebihnya boleh disimpan di dalam peti sejuk. Tapi janganlah lebih dua minggu. Hilang khasiatnya. Kena cari rumput baru dan buat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.