Bila duduk rumah ni, untungnya boleh asah skill memasak. Mana taknya, pantang nampak ibu macam tak berapa nak busy, ada la yang request makanan yang susah-susah!
Misalnya macam resipi yang min nak share hari ni, Nasi arab. Sesetengah resipi ada guna rempah tambahan kan untuk bagi sedap? Haaa tak payah semua tu! Ikut Je cara ni, mudah, ringkas & paling penting sedap. So… tunggu apa lagi? P cari pen kertas catit resipi dari Noor Atika Mahamood ni cepat!
~~ Assalammualaikum, hari ni sy nak kongsikan resepi Nasi Arab yg simple utk berbuka… Resepi ni sy R&D sendiri (olah sedikit drpd resepi2 yg sy study),,setiap org kan ada cara dan citarasa sendiri,, 😃😁 ok Jom tgk bahan2 dan tutorial dibawah 👇👇👇
NASI ARAB SIMPLE 👩🍳👩🍳👩🍳
Bahan rebus ayam :
– 4 ketul ayam bahagian peha
– 1 sk ketumbar
– 1 sk jintan putih
– 1 sk jintan pedas
– 1 sk lada hitam
– 1/2 sk lada putih
– 1 kiub ayam
– 1 biji tomato belah 4
– 1 sk rempah beriani
– sedikit garam
** Cara memasak ada pd setiap gambar.
Cara-cara rebus bahan:-
1. Rempah ratus utk rebus ayam dan menumis nasi.
2. Cuci ayam bersih2, toskan, hiris2 mcmni supaya bila rebus nanti.. Segala rempah ratus meresap dlm ayam. Ayam akan jd sedap in sha Allah 😊
Tip masak telur mata yang ‘sempurna’ masak sendiri lebih terjamin kebersihan. Telur mata menjadi kegemaran semua peringkat usia sama ada kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tip Masak Telur Mata Yang ‘Sempurna’
Telur mata, lauk paling cepat dimasak dan boleh dipadankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas.
Walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui.
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas hanya untuk menggoreng sahaja.
Gunakan Minyak Zaitun
Menggunakan minyak zaitun untuk menggoreng telur ia membantu telur yang digoreng lebih sihat dan bersih. Namun anda boleh sahaja gunakan mentega atau minyak biasa untuk rasa yang lebih ranggup di bahagian tepi dan kuning yang seperuh masak.
Cara Goreng
Bila menggunakan minyak zaitun, anda perlu masukkan dua sudu minyak zaitun, kemudian pecahkan telur di dalamnya dan hidupkan api dan gunakan api sederhana sahaja. Jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi dalam minyak zaitun dan telur akan hilang.
Setelah hidupkan api, tutup telur. Biarkan beberapa minit, ia bertujuan supaya kuining telur boleh masak tanpa perlu dibalikan untuk mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terserah pada cita rasa.
Jika menggunakan Minyak Dan Kuali Biasa
Jika anda menggunakan kuali dan minyak biasa. Anda perlu lebihkan sedikit minyak masak dalam kuali. Kemudian panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur, sebaliknya terus angkat dan hidangkan.
INFO TENTANG TELUR:
Telur ayam, terutamanya telur separuh masak/ telur mata sangat bahaya jika tidak dimasak dengan betul kerana risiko bakteria Salmonella yang boleh membawa maut.
Untuk menyediakan telur mata, kulit telur perlu dibasuh dibawah air mengalir untuk memastikan ianya bebas daripada najis sebelum dimasak.
Pastikan capai suhu memasak yang betul dan masa memasak yang cukup untuk memastikan semua bahagian makanan masak serata (tidak ada bahagian yang mentah/ separuh masak).
Jika menyediakan dalam kuantiti yang banyak dan akan di hidangkan lewat, elakkan menyediakan menu telur mata separa masak kerana bakteria dalam telur mata ada tempoh masa yang banyak untuk membiak!
Bakteria salmonella boleh menyebabkan keracunan makanan serius dan boleh menyebabkan kematian.
Kalau dulu bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.
Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.
CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH
🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵
Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.
Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.
Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.
Okay, jom baca.
Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.
1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.
2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.
Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.
Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.
3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.
Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.
4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.
5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).
Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.
6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.
Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.
Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.
InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.
Bukan semua orang menggemari ikan keli. Salah satu sebab ikan keli jarang dipilih dalam menu kita kerana sukar untuk menyiangnya selain sukar hendak menggorengnya.
Letupan ketika menggorengnya bukan biasa-biasa. Inilah yang menakutkan kita untuk menggorengnya.
Anda sebenarnya boleh cuba tiga petua nenek-nenek kita ni. Insyaallah ikan yang digoreng akan ‘diam’ sahaja hingga garing. Tak perlulah guna perisai lagi kala nak berperang di dapur. Jom cuba cara ni.
1. Tepung gandum
Sama ada lumurkan tepung gandum bersama dengan garam dan kunyit sebelum digoreng atau taburkan tepung gandum ke dalam kuali ketika menggoreng ikan. Kedua-dua cara ini berkesan untuk menghentikan ‘letupan’ ikan keli yang digoreng.
Selain daripada itu, dikatakan mencuci ikan dengan tepung gandum juga dapat menghilangkan rasa hanyir dan memberi rasa isi ikan yang lebih enak ketika
dimakan.
2. Halia
Gorengkan beberapa hiris halia terlebih dahulu di dalam minyak yang sama, sebelum menggoreng ikan. Kemudian gorenglah ikan keli seperti biasa.
3. Kulit Bawang
Kulit bawang dikatakan dapat membuatkan ikan goreng tidak melekat pada kuali. Malah juga dapat mengelakkan minyak daripada meletup ketika digoreng. Ketika goreng ikan keli, masukkan kulit bawang ke dalamnya dan biarkan sahaja hingga ikan garing.
4. Asam keping
Penggunaan asam keping juga dikatakan mampu menghentikan kesan ikan keli yang digoreng daripada meletup. Caranya semasa ikan digoreng, masukkan dua atau
tiga keping asam ke dalam kuali.
Kemudian tutup dengan tudung periuk dan biarkan sehingga masak. Kaedah ini bukan sahaja selamat malah ikan yang dimasak lebih garing dan enak rasanya.
5. Garam kasar
Orang tua-tua ada juga berpesan untuk gunakan garam kasar untuk tujuan ini. Caranya cukup mudah, hanya masukkan beberapa biji garam kasar ke dalam minyak yang panas sebelum menggoreng ikan. Elok juga untuk dicuba mungkin helah ini berjaya mengatasi kesukaran saat menggoreng ikan keli.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Majlis kahwin tinggal dua hari, anggota Bomba meninggal dunia akibat komplikasi tiroid. Kegembiraan menjelang hari bahagia bertukar duka apabila seorang anggota bomba, Mohd Kasyfi Remali, 42, menghembuskan nafas terakhir semalam akibat komplikasi tiroid yang menyebabkan tekanan darah tinggi.