Sejak dalam dalam tempoh PKPB tentu ada yang teringin nak makan pelbagai makanan. Maklumlah duduk di rumah ajer. Nak keluar pun bimbang dengan wabak yang sudah tersebar dalam komuniti kita setempat. Kes pula saban hari turun naik.

Bagi yang teringin nak makan bubuk lambuk tak perlu ke kedai mencari hidangan ini, buat ajer di rumah. Walaupun bahan-bahannya agak banyak, boleh dah cuba hadam sekarang, hujung minggu ni boleh beli bahan-bahan yang diperlukan.

Ayuh cuba buat sendiri bubuk lambuk ini. Ikuti perkongsian beliau

IKLAN

RESEPI BUBUR LAMBUK
Bahan-bahan:
1 cawan beras (kalau rasa sikit boleh letak 2 cawan)
2 sudu besar minyak masak
1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga
daging secukupnya
segenggam udang kering
2 helai daun pandan
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan kasar
1 biji bawang besar – hiris
3 biji bawang putih – hiris
2 inci halia – di blend dengan 2 cawan air dan ditapis
1 sudu kecil serbuk lada hitam ( saya guna lada hitam biji dan tumbuk)
2 cawan santan pekat (kalau nak kurang pun boleh)
6 biji bawang merah – buat bawang goreng
daun sup dan daun bawang
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara-cara:

IKLAN

Teringin Nak Makan Bubuk Lambuk, Ini Resipinya. Rasa Rempah Buat Jadi Lebih Sedap. Mesti Cuba!

1. Panaskan minyak masak..setelah panas tumis bawang besar dan bawang putih…tumis hingga naik bau..tak yah goreng sampai kuning
2. lepas bawang dah naik bau…masukkan daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik bau.
3. kemudian masukkan daging.. masak hingga daging keluar air…dah keluar air daging..masukkan air halia…biar didih.
4. lepas tu masukkan air biasa…agak2 le banyaknya tuk masak nasi tu nanti..biar didih
5. dah didih air..letak serbuk lada hitam yg dibancuh dengan sedikit air.
masuk kan beras..masak hingga beras jadi hancur..kalau tak cukup air boleh tambah lagi..
6. selepas beras dah hancur..letak kan garam dan udang kering.
7. kemudian boleh la letak pati santan..ikut suka la..kalau tak nak lemak sgt boleh kurang kan santannya. masak hingga bubur pekat.
8. bila dah pekat boleh la letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

IKLAN

Sumber:Kamar Maria

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI