Selalu kalau masak kari atau sambal tumis, mesti teringat cicah lempeng pun sedap kan? Bertambah sedap kalau lempeng tu, lempeng kelapa. Lemak lembut lempeng tu bergandingan dengan kuah tadi memang marbeles!
Nak buat lempeng kelapa, ada caranya untuk dapatkan yang berlemak lembut dan manis. Petuanya iaitu jangan kedekut nak letak kelapa dalam adunan! Barulah terasa kelapanya, ye dak?
Nak cuba? Ikut saja resipi penuh di bawah yang dikongsikan oleh Jejaka Brownies.
RESIPI LEMPENG KELAPA PARUT LEMAK MANIS
Ads
Bahan-bahannya:
Kelapa parut 250gm
Tepung gandum 500gm
Baking powder 5gm
Garam 1 sudu kecil
Gula 150gm (boleh tambah)
Telur 2 biji (optional)
Air biasa (sukatan agak-agak)
Cara-caranya:
Ads
1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas kecuali air dan campurkan bagi serata. Akhir sekali baru masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi sedikit likat (cair sedikit dari adunan cekodok).
2. Setelah adunan siap, panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali. Bila kuali dah panas kecilkan api lalu masukkan adunan dan leperkan menggunakan belakang sudu.
3. Tunggu bahagian bawah menjadi sedikit perang, bolehlah terbalikkan.
Ads
4. Siap, selamat mencuba!
Petua: Jangan kedekut kelapa parut barulah lempeng jadi sedap dan berlemak
Seakan satu kepuasan bagi kita ibu-ibu ini dalam menyediakan menu jika hidangan yang disediakan bukan sahaja digemari oleh seisi keluarga malah cantik pula bila kita melihat hasil air tangan sendiri terhidang di atas meja.
Apatah lagi ketika menyediakan kuih muih tradisi seperti kuih lapis. Gabungan adunan yang sempurna akan dapat menghasilkan lapisan yang nampak licin, cantik bahkan dapat pula dibuka setiap lapisan satu persatu, itu satu kelebihan!
Andai itu hasilnya, memang terasa diri ini seakan seorang chef profesional! Apa tidaknya, menyediakan kuih tradisi bukan semua orang boleh buat tetapi perlu juga kepakaran barulah menjadi.
Pun begitu buat yang baru ingin mencuba menyediakan kuih lapis ini untuk keluarga, usah kecewa kerana dengan adanya resipi yang terbaik dapat juga memudahkan kita untuk dapatkan hasil yang sedemikian.
Menyentuh tentang resipi kuih lapis apabila ditinjau di media sosial memang diakui begitu banyak versinya. Namun dalam banyak-banyak resipi, perkongsian daripada Aezween di beberapa group masakan ternyata mampu mencuri tumpuan warganet.
Kuih Lapis
Bahan-bahan
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaannya
Langkah 1 : Blender semua dan bahagi kepada 2 bahagian
Musim durian kini sudah sampai ke penghujungnya. Maka tidak hairanlah jika dilihat di sana sini semakin berkurangan tidak semeriah awal bulan Julai yang lalu. Dan pastinya juga buat peminat durian sudah puas menikmati durian dengan pelbagai rasa dan jenisnya.
Selain durian enak dimakan begitu sahaja, tidak dinafikan menikmati tempoyak juga menjadi kesukaan ramai antara kita. Lebih-lebih jika dibuat sambal tempoyak, aroma dan rasanya cukup menyelerakan.
Istimewanya tempoyak yang dihasilkan daripada isi durian ini, ianya boleh disimpan hingga bertahun lamanya. Jadi peminat tempoyak tidak akan bimbang bila terasa teringin makan tempoyak walaupun bukan di musim durian.
Memandangkan masih ada saki baki musim durian, dan tidak menyukarkan ibu-ibu mendapatkan durian, ayuh kita buat tempoyak untuk simpanan sendiri.
Menurut Pak Tam ni cara buat tempoyak di rumah yang sering dibuat untuk pastikan bertahan lama.
1. Pilih isi durian yang molek sahaja.
2. Masukkan isi durian itu ke dalam bekas.
3. Gaul rata dengan sedikit garam.
4. Setelah siap, simpan di dalam peti sejuk. Ini proses peram.
5. Sekurang-kurangnya selepas 2 hari, tempoyak sudah boleh dimakan.
Dan ini pula cara yang lebih detail yang dikongsikan oleh Nielay Husna dan dikatakan inilah rahsia untuk lebih sedap rasa tempoyaknya. Jom semak.
Langkah pertama :
Nak buat Tempoyak kena guna durian. Durian paling baik ialah durian tuang, durian daun @ hijau dan durian berduri panjang. Payah dah nak dapat durian jenis itu. Nak guna durian kampung seperti durian kunyit, durian kucing tidur, durian pangsa atau durian hutan boleh jugalah. Cuma tidaklah sesedap durian kelompok pertama tadi. Nak guna durian klon seperti klon D24 atau Musang King boleh juga. Yang penting durian yang dipilih itu durian segar bukan durian buruk bontot atau durian yang sudah masam baunya.
Langkah kedua :
Bila dah dapat durian segar, berus dulu kulit luar dengan berus. Buang semua hana, pasir dan habuk. Bila dah bersih, baru dikopak pangsa durian. Keluarkan isi durian menggunakan sudu yang bersih dan letakkan ke dalam besen yang kering.
Langkah ketiga :
Asingkan isi durian dari biji durian menggunakan sudu dan garfu. Jangan tujah garfu ke biji durian. Ini mengelakkan air pahit dari biji durian meresap ke isi durian. Kikis isi durian dari biji durian dengan cermat. Jangan asingkan usi durian dari biji durian menggunakan jari jemari kerana boleh memasamkan isi durian. Setiap jari jemari mengeluarkan enzim penghadaman.
Langkah ke empat :
Isi durian yang selesai diasing dari biji dimasukkan ke tapis plastik. Tabur sedikit garam kasar atas isi durian itu. Tapis itu diletakkan ke dalam besen. Perap semalaman @ 10 jam supaya air masam turun ke besen.
Langkah ke lima:
Selesai diperap, masukkan isi durian ke dalam balang botol. Setiap tiga inci ketinggian isi durian di balang botol itu, taburkan secubit garam kasar. Pada kadar dua inci sebelum penuh balang botol itu, berhenti mengisi isi durian. Tabur secubit garam kasar di atas isi durian. Jika isi durian dimasukkan separas mulut balang, isi durian akan meleleh keluar akibat tekanan gas dari dalam bakang botol.
Langkah ke enam :
Tudung balang botol biarkan sahaja pada mulut botol selama 10 jam. Usah ditutup kemas. Biarkan gas durian keluar perlahan-lahan. Selepas sepuluh jam, tutup kemas tudung balang botol itu dan simpan dalam peti ais.
Ekstra Tip
Apabila menggulai tempoyak ikan, ayam, ikan sadin, daging; masukkan secukup cili api, kunyit dan daun kesom. Reneh gulai itu dengan api yang sederhana. Gulai asam tempoyak perlu dirampai dengan terung, ubi atau petai. Gulai itu pula lebih sedap dimakan setelah sejuk.
Begini pula cara puan Sarina Mohd Som menghasilkan tempoyak dan ianya juga turut dikongsi di fb Via MAHN. Katanya, “Lain orang lain caranya, lain negeri lain juga kaedahnya. Asalkan jadi tempoyak, mana-mana pun boleh.”
Proses pembuatan tempoyak.
1. Keluarkan durian dari ruangnya.
2. Keluarkan isi dari biji, campurkan dengan sedikit garam kasar.
3. Tapis semalam. Tutup elak semut dan lalat.
4. Proses penapisan untuk mengelakkan tempoyak menjadi masam.
5. Selepas semalaman, masukkan dalam botol. Jangan tutup rapat khuatir meletup.
6. Jika isi durian tidak lagi menggebu seperti seolah-olah dicampur dengan yis. Boleh tutup rapat botol dan simpan dalam peti sejuk.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Biasanya lepas beli barang dapur, ibu-ibu pasti akan simpan semua dalam peti sejuk. Kita ingatkan, semua bahan yang disimpan dalam peti sejuk boleh tahan lebih lama, bukan?
Sebenarnya, bukanlah semua bahan dapur boleh disimpan dengan cara yang sama. Ada yang tak sampai dua hari dah layu. Terpaksa beli baru jika nak guna.
Mungkin kaedah yang dikongsikan puan Asmawati Ayob dapat membantu ibu-ibu menyimpan bahan masakan lebih lama.
Salam kawan2. Ok hari ni sy cuti..jd bersenang lenang dirumah. *walopon keja umah menimbun tetaplah rasa senanglenang gituu
Ok hr ni sy nk bg tips utk mak2 bagi memudah kn kerja di dapur..iaitu mcm mn nk simpan bahan2 masakan supaya kamu2 tidak perlu berulang alik ke kedai acheh..smpai acheh tu pon dh kenal muka kamu walopon pakai mask .
Satu2 nya tips hr ni adalah…FROZEN kan semua bahan masakan. Halia, lengkuas, serai, daun sup, daun saleri, daun limau purut, daun kunyit, daun kari, daun pandai dan petai (sambal belacan pon daku prozen ).
Ni utk sesiapa yg x mampu nk tanam la kan bahan2 di atas. Kalau yg ada pokok dan sejenis tanam apa pon subur elok..xyah la frozen..pi lah petik kt kebun kamu yg seluas 0.03 hektar tu
*syarat before frozen. Bahan2 tu semua jgn basah. Barulah dia segar elok ok.
Cara frozen ni dpt jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga uols. Jadi tiada alasan utk tidak memasak. Walaopon kadang2 dtg jugakkkk penyakit M tu kan..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di