Bagi yang pertama kali menjejak kaki ke Madinah tentunya teruja untuk melihat kota bersejarah ini.
Salah satu lokasi yang menjadi tumpuan ramai adalah Masjid Nabawi. Masjid ini lokasi berada tepat di tengah-tengah kota Madinah, dengan beberapa hotel dan pasar-pasar yang mengelilinginya.
Masjid Nabawi merupakan masjid ketiga yang dibangun dalam sejarah Islam dan kini menjadi salah satu masjid terbesar di dunia. Masjid ini menjadi tempat paling suci kedua dalam agama Islam, setelah Masjidil Haram di Mekkah. Masjid ini dibuka setiap hari.
Perkongsian seorang jemaah yang berkunjung ke Masjid Nabawi meraih perhatian ramai apabila memaparkan beberapa gambar seolah-olah mayat merata di Masjid Nabawi.
Hakikatnya, ia adalah persekitaran yang biasa di lihat oleh masjid berkenaan apabila ramai yang tidur dengan menutup keseluruhan badan.
TERKEJUT INGAT MAYAT
Saya dan isteri dalam perjalanan naik ke dataran Masjid Nabawi daripada tempat parking bawah tanah. Waktu ini sekitar jam 2.30 pagi.
Bila sampai di tangga ini, beliau teragak-agak nak naik tangga ini ke tak, nak naik ke tak.
“Abang, orang mati ke tu?!”
Patut lah teragak-agak. Beliau fikir itu mayat rupanya.
Biasa lah kalau Masjid Nabawi & Masjidil Haram, tidur je lah mana-mana pun. Selagi tak halang laluan orang & tak ada ada yang halau, ikut suka hati lah nak tidur di “hotel” mana satu.
Tapi, kena hati-hati! Risau tengah sedap-sedap tidur tak perasan pakaian terselak.
Pernah lah isteri saya tiba-tiba bisik;
“Abang, pergi tegur lah mamat tu!”
Ingat kan apa, rupanya ada seorang mamat ini elok tidur tengah-tengah dataran masjid Nabawi dalam keadaan pakaiannya tak berapa sempurna tutup. Dah lah waktu itu tengahari buta. Orang lain elok lalu lalang situ
Kalau selubung macam dalam gambar gini, selamat lah sikit. Cuma yang first time tengok, jangan terkejut pula ingat mayat merata-rata!
Uwais Madinah
Malaysian in Medina.
Sumber: FB Madinah Di Hati
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Menarik fakta ini!
Menurut Pakar Motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.
“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Se ks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.
Beri Kesan Positif
Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.
Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.
Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.
Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.
Jadi para suami, selalulah peluk isteri semoga makin dipanjangkan umur.
Menyentuh antara cabaran membesarkan anak-anak yang boleh menyebabkan seorang ibu umumnya mempunyai sifat lemah lembut boleh bertukar menjadi ‘singa’ yang garang, lain tak bukan bila stres mengadap perangai anak-anak yang suka bergaduh antara satu sama lain.
Mungkin kalau dua orang anak, kurang sedikit tekanannya tapi cuba bayangkan jika mempunyai anak yang ramai. Hanya diri sendiri sahaja memahami keadaan itu.
Namun jika diikutkan emosi dan perasaan stres, hal tersebut bimbang lama kelamaan akan menjadi lebih serius.
Lalu ada baiknya untuk kita melihat dari sisi lain dengan mengambil pendekatan yang lebih positif.
Ini sebagaimana yang dikongsikan dari seorang bapa ini. Menurutnya, kita sebagai ibu ayah kena relak.
Jangan Stress Kalau Anak Bergaduh, Rilek!
Anak sorang tak rasa benda ni, bila masuk dua orang berputar 360 darjah hidup. Dari hidup tenang jadi serabut ya amat, Allah!
Kalau dapat anak tu hero dua tiga orang, masyaAllah lagi la hari hari duk telan panadol. Pening, serabut, stress semua ada.
Ini yang bahaya!
Anak anak akan trauma dengan status emosi kita masa tu.
Pada mulanya anak anak bergaduh tanpa ada sebarang pengaruh emosi. Tiada rasa dengki, tiada rasa cemburu, tiada dendam langsung. Itu sebab diorang gaduh sekejap je lepas tu baik semula.
Tapi di sebab trauma emosi dari kita ni, anak mula rasa emosi negatif. Terutama anak yang dah besar.
Kita asyik duk backup yang kecil, mula la dalam hati si kakak akan rasa “tak disayangi”, lama kelamaan timbul rasa benci pada adik pula.
Kita anggap si kakak cemburu tapi yang sebenarnya terbeku dalam hati tu rasa marah yang amat dalam.
Jadi duk rilek je mak ayah sekalian. Anak bergaduh ke, berebut mainan ke kita rilek dan tenang dulu. Jangan fikir negatif.
Bergaduh bukan tak bagus, tapi bergaduh itu sangat bagus!
Dari bergaduh la,
Bonding adik beradik makin akrab
Belajar sosial skil
Asah negotiate skil diorang
Bantu perkembangan IQ
Kuatkan PQ
EQ meningkat mendadak
Dan banyak lagi kebaikannya..
Yang patut kita stress ialah apabila sesama adik beradik tak pernah bergaduh langsung. Hah, itu tanda hubungan diorang ada masalah la tu.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik..”
Jadi mak ayah sekalian, lepas ni jangan cuba jadi pengadil lagi ye, jadi moderator sudah la. Tugas pengadil cari siapa salah siapa betul tapi tugas moderator pastikan semua orang happy..
Sedang anak remaja kita hari ini jika dilihat begitu asyik melayan gadjet ditangan tanpa mengira waktu namun berbeza sekali dengan Syukor Khamis, 14 tahun ini. Anak kampung kelahiran dari negeri Terengganu yang juga merupakan anak bongsu daripada lapan adik beradik ini sudah mencipta populariti hingga peringkat dunia apabila gambarnya bersama kerbau peliharaan ayahnya yang diambil oleh jurufoto telah tersenarai menjadi antara 20 gambar terbaik dunia dan merupakan Juara Peringkat Asia.
Pencapaian ini juga telah menarik perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut menzahirkan rasa kagumnya melalui posting akaun fb Mufti Wilayah Persekutuan.
Mengenali lebih dekat, anak remaja ini yang merupakan Pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu, siapa sangka setiap petangnya usai pulang daripada sekolah akan ke ladang untuk mengurus dan sekali gus ‘berkawan’ dengan ratusan ekor kerbau milik keluarganya.
Hal ini bukan perkara baru buat Syukor, malah sejak dari kecil lagi begitulah kelaziman rutin hariannya.
Memandangkan ayahnya Encik Khamis Jusoh, 63 tahun telah sekian lama mengusahakan perternakan haiwan yang diwarisi sejak dahulu. Maka tidak hairanlah hinggakan ada beberapa ekor binatang ternakan begitu mesra dan manja dengan anak bongsunya itu.
Pun begitu, sekitar tahun 2015 barulah aksi dan gelagat Syukor dirakamkan oleh jurufoto sama ada di sekitar Terengganu hatta hingga di serata negeri sekali pun sanggup datang untuk merakam aksi kehidupan anak kampung bersama haiwan peliharaan yang mana hubungan ini cukup unik dan tersendiri.
Biarlah gambar berbicara…
Lantas bila diajukan soalan kepada ayahnya, mungkinkah suatu hari nanti Syukor akan meneruskan legasi sebagai seorang penternak, nyata hati kecil seorang ayah ini mahukan yang terbaik buat anaknya.
“Pakcik tidak menghalang atau tentukan apa seharusnya anak pakcik hendak lakukan bila besar nanti. Biarlah dia buat apa yang dia suka dan minat. Dan jika ingin dilihat pada kelebihan yang ada pada dirinya, selain mudah ‘mesra’ dengan haiwan-haiwan tu, pakcik nampak minat dan bakatnya terarah dalam bab membaiki motor berkuasa besar. Mungkin dia juga boleh jadi mekanik, itu pun sebab dia selalu terdedah dengan kerja-kerja abangnya” ujarnya ringkas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.