Setiap anak tak sama perangai dan karenahnya. Itulah yang membuatkan sesetengah ibu bapa pening kepala. Lagi- lagi kalau memiliki anak ramai. Semua nak kena layan memang bikin ibu bapa pening.
Yatt Hamzah, antara seleberiti yang sering memuat naik perkongsian menerusi laman instagramnya. Selain rajin berkongsi resipi memasak, dia juga tidak lokek bercerita mengenai anak-anaknya.
Ads
Ibu yang baru memasuki usia 40 tahun dan kini sedang hamil anak keenam ini berkongsi cerita mengenai anak kelimanya yang mana pembersih orangnya.
Ads
Susah jadi pembersih ni..Terlalu pembersih pun kena marah.
Bila baby setahun #SuciHawaZulaikha kena marah manje2 dg abahnya sbb asyik nak sanitize tangannya jeee. Al maklumlah tak mandi lagi.. 😂😅😂 Kejadian pagi Jumaat tadi masa tunggu Bonda kat klinik. Tengok saat ke 21-23 Hawa dok cari Bondanya nak ngadu nasib minta Tolong tp Bonda takde.. Kesiannn anak Bonda..Dahlah baru baik demam, selsema lg, habis hingus semua meleleh.. 😅😅😅 Bonda masa tengok video ni tak tahulah nak gelak ke nak sedih ke atau nak marah abahnya.. Semua rasa ada..😂😂😂 Hepppp, biase abah niiii😠😡🤪 @zulfadhli_khiruddin Sayaanggg anak Bonda Hawaa.. Dah jangan nangis2 yaa.. Bonda kan ada
zulaikha_zainallhaha .. sama gan anak kita bonda . bila nampak dlam kete kita pkai sanitize dia pun nak jugak .. tapi xde lah kerap sngat mcm hawa ni smpai kena marah😂😂😂😂
Sempena Hari Bapa yang diraikan semalam, Fara Fauzana yang juga penyampai radio popular Hot FM telah membuat kejutan untuk tiga rakan gandingannya itu dengan menyediakan ucapan penuh bermakna dari anak-anak kepada KJ, Johan dan juga AG.
Menerusi rakaman disiarkan dalam segmen Bekpes Hot kendalian pagi tadi, naluri seorang bapa jelas kelihatan apabila KJ sebak dan akhirnya, mengalirkan air mata selepas mendengar ucapan penuh kasih sayang anak-anaknya hingga menjadi bahan usikan penyampai lain.
“We love you Papa, kita kan dah sambut father’s day semalam. We love you much Papa,” luah anak mantan Menteri Kesihatan itu.
Seorang lagi anak KJ berkata, “Knock, knock… who’s there?”
“Huppy… Huppy who?
“Happy Father’s Day, Papa… I love you,” kata seorang lagi anaknya.
Sebaik mendengar kiriman ucapan dua anaknya, KJ tidak dapat menahan air mata, sambil mengesatnya dan tersenyum.
AG dan Johan yang kebetulan meraikan ulang tahun kelahiran, minggu ini tersentuh dengan ucapan yang dilayangkan anak-anak mereka.
Selain ucapan selamat hari lahir yang jatuh pada hari ini, kelima-lima anak AG atau nama sebenarnya, Muhammad Azmir Selamat turut menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang adiwira.
“Selamat Hari Bapa, Daddy. Saya sangat menyayangi anda. Apapun yang berlaku, anda adalah ‘superhero’ saya.
“Selamat Hari Lahir,” kata salah seorang anaknya.
Bagi anak-anak Johan, mereka meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang bapa yang bertanggungjawab dan terbaik buat mereka.
“Sodiq nak ucap terima kasih kerana selama ini menyokong Sodiq. Sodi nak doakan papa, murahkan rezeki papa.
“Terima kasih kerana menjadi seorang papa yang terbaik selama ini,” ungkap Sodiq atau nama sebenarnya, Ahmad Sodiq Hanania.
Teruja dengan hadiah tidak disangka-sangka, ketiga-tiga penyampai radio berkenaan mengucapkan terima kasih kepada Fara atas kejutan cukup bemakna.
Sumber : Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lima tahun bergelar suami isteri, pelbagai onak duri dan dugaan ditempuhi Datin Alyah dan suami, Dato Ramli MS. Jelas Alyah, pelbagai dugaan dan rintangan harus ditempuhi sebelum mengecap kemanisan sekarang.
“Setelah melalui fasa yang sukar dalam kehidupan saya, Allah dah bagi satu benda yang saya sendiri tak terfikir. Kami saling mengenali antara satu sama lain. Kami take it easy. Orang lain yang fikir bukan-bukan, kenapa tak bergambar dengan suami. Kami keluar bersama cuma tak tayang kemesraan depan public.
“Kalau ada yang sempat ambil adalah tapi tak suka nak tayang dengan berselfie atau bergambar bersama. Satu yang saya kena respect adalah isteri bagaimana gah kat luar pun , bila pulang ke rumah, dia tetap akur kerana berada di bawah suami. Jika suami tak suka benda-benda begini, maka isteri kena akur.
Akui Alyah, awal-awal dulu dia juga tertanya-tanya juga kenapa tak boleh ambil gambar tapi bila fikir kembali, usia Tokram (Suami) sudah berapa sekarang kan. Dia nak kena jaga hati anak-anak dan ibunya jadi lama-lama Alyah boleh memahami.
‘Orang boleh cakap apa sahaja tapi yang melalui adalah kami. Jadi be yourself. Baik buruk kami yang kena tanggung. Ini rumah tangga saya, kalau kita asyik tunjuk kebahagian depan orang tapi kita tak tahu apa akan jadi pada masa depan. Allah pegang semua tu, kita tak tahu jadi saya tak nak benda yang tak elok berlaku. Terlalu riak dalam hubungan pun tak bagus juga kan.
Kami berdua bukan jenis romantik, Tokram pun panggil saya Jah di rumah. Jadi, hanya orang yang datang ke rumah nampak bagaimana kehidupan kami. Jadi cara dia ambil berat adalah dengan hubungi kalau saya selalu balik lambat. Kasih sayang dia ditunjuk melalui perbuatan bukan kata-kata. Malah, kalau saya nak makan sesuatu dia akan cuba penuhi. Dia akan cari waktu untuk pergi, beli dan bawa balik rumah.
Mula2 saya tak tahu tapi bila lama-lama baru perasaan cara Tokram tunjuk kasih sayang. Jadi saya faham sendiri perangai suami. Malah Tokram jenis pemalu sebenarnya.
Jujur mengakui cara suami sedemikian boleh diterima, bersyukur dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mewah namun bahagia.
“5 tahun hidup sebagai suami isteri tanpa dikurniakan zuriat, namun kami bahagia. Soal mendapatkan zuriat memang ada keinginan untuk buat IVF tapi memandangkan sekarang banyak benda nak kena settle jadi biarlah dulu. Kalau buat IVF saya kena fokus betul-betul 3 bulan tanpa fikirkan hal lain.
“Soal bersedia memang dah lama memandangkan usia saya sudah 37 tahun. Cuma saya berusaha cara saya tanpa war-warkan pada orang. Jika Allah nak beri maka Dia akan bagi, begitu juga sebaliknya. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, saya minta yang terbaik.
“Mungkin sekarang Allah belum nak beri kerana saya ada mak yang perlu dijaga dan anak angkat yang perlu sekolahkan. Saya fikirkan itu sahaja, mungkin nanti ada rezeki, semua Allah punya kuasa Soal kata-kata orang saya sudah tak ambil kisah.
“Ada macam-macam tip yang orang berikan, kita dah usaha berurut, check up dan tiada masalah Cuma tiada rezeki lagi. Mungkin juga lifestyle turut mempengaruhi hal ini,” ujar Alyah.
Ditanya mengenai karekter Datuk Ramli MS di rumah , akui Alyah suaminya itu orang yang paling rajin memasak menu ikan bakar, asam pedas dan sebagainya.
“Dato jenis simple orangnya, tapi dia agak cerewet kalau bab makan sebab dia nak makanan yang masak di rumah dan dia memang rajin memasak. Cuma Dato dia ada sejenis perangai pelik apabila memasak.
“Selain tak suka orang ada di dapur ketika dia memasak, dia juga akan sukat terlebih dahulu setiap bahan yang akan di masak. Dah macam gaya chef memasak di dapur. Cerewetnya sampaikan saya tak larat nak melayan. Jadi saya biarkan dia masak sendiri. Yang penting saya dapat makan.
“Biasanya saya akan sediakan bahan-bahan dan suami akan memasak. Kalau suami jenis masak ikut sukatan, saya pula main campak-campak sahaja. Dato juga jenis pembersih orangnya dan tak boleh lihat ada sampah di dapur,”ujar Datin Alyah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benar, anak-anak itu penyeri rumah tangga. Namun, sebelum mereka dapat membahagiakan hati kita sebagai ibu dan ayah, sebenarnya kita perlulah terlebih dahulu memberi didikan yang sempurna terutamanya dari segi pendidikan agama. Apabila terdidik hatinya maka terdidiklah tingkah lakunya menjadi sempurna.
Pun begitu tidak dinafikan, soal mendidik anak dalam zaman moden ini penuh dengan cabaran. Kalau dalam zaman datuk nenek kita dulu, usaha mengawal anak-anak daripada terbabit kegiatan kurang sihat agak mudah dilakukan.
Lalu bagaimana dan apa perlu kita lakukan dalam memastikan anak-anak ini terus dilindungi jiwa dan hatinya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok?
Perkongsian daripada seorang ibu yang mempunyai 9 orang anak mungkin sedikit sebanyak boleh dipraktikkan disamping usaha-usaha yang lainnya untuk memastikan anak-anak terus berpelakuan positif.
Jom semak perkongsiannya itu.
Teringat anak-anak remaja Mama Fatim yang sedang belajar di Semenanjung. 3 orang di sana dan 6 orang di sini. Bohong kalau dikatakan tak rindu. Hati seorang ibu kan?
Dengan keadaan dan zaman yang serba mencabar begini, dengan kecanggihan teknologi moden yang tidak serupa zaman kanak-kanak Mama Fatim, hati ibu mana yang tidak risau.
Walau dari kecil kita jaga macam mana baik sekalipun, tetap satu hari anak-anak kita akan dilepaskan juga untuk berdikari satu hari nanti.
Cuma satu yang perlu diingati , hati anak-anak itu Allah yang pegang. Jadi kita banyakkan doa supaya mereka tetap berpegang pada tali Allah dan berjaya di dunia serta akhirat.
Kita serahkan hati anak-anak kita supaya Allah yang jaga dengan banyakkan doa-doa ini.
Mari kita amalkan dan bacakan pada anak-anak
1) Surah Al-imran ayat 38 – doa ini supaya anak-anak menjadi yang terbaik.
” Di sanalah Zakaria berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
2) Surah As-Saffat ayat 100 – untuk hati yang gelisah dan untuk jadikan anak yang soleh.
” Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang) anak yang termasuk orang yang soleh”
3) Surah Al-Furqan ayat 74 – untuk jadikan anak-anak penyejuk mata dan menjadi pemimpin.
” Dan orang yang berdoa: ” Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang yang bertakwa”
4) Doa Nabi kepada Anas bin Malik
” Ya Allah, banyakkan hartanya, banyakkan anaknya, berkati segala yang Engkau berikan kepadanya”.
Punya anak ramai atau sikit itu tidak salah, yang penting kita berusaha menjadi ibu bapa terbaik, berusaha mencari rezeki, berusaha mendidik mereka dengan kaedah terbaik supaya mereka menjadi anak-anak yang berkualiti dan diredhai Allah.
Yang pasti, Allah itu ada untuk kita mohon pertolongan.
Moga Allah pegang hati anak-anak kita menjadi anak yang terbaik, berkualiti, diberkati dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.